Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 1 March 2013

Balik kampung ohoho balik kampung

Assalamualaikum, 

 Welcome March. Please be nice to me. Ok ayat cliche kat fb mahupon twitter. Kalau aku la kan, aku nak update 'Evey year, every month, every day and every second of my life, i wish all  best thing and moments happen in my life.' Boleh camtu? Tak thrill la hidup kalau takde dugaan, kan? Kan dugaan tu mematangkan kita.Peace yau.

Eh sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain. Dan nak buat short entry je pon. Tetiba terbagi tazkirah a.k.a motivasi kat atas ni hah. I'm not in writing mood actually but i force myself to write on 1st March. Rasa cam best je update pada tarikh pertama di bulan baru. NEW SPIRIT maybe.

Ok, malam ni gua nak balik Terengganu. Naik bas Transnasional kat belakang OTK Puchong tu je pon.Jam 9.15pm. Saja mention kot-kot ada my readers yang sama bas ke. Haha. Maybe for one week. Result rayuan keluar 8hb. Pray for me my readers. Semoga saya dapat sambung degree at UiTM. Amiin.

So, aktiviti yang akan dijalankan di sana? Follow tok g berniaga kat pasar Payang dan Manir. Lepak kat rumah, masak la kononnya. Kemas rumah. Lepak kat kedai minum-makan, semua tok yang support. For sure. Oh satu #fakta yang korang kena tahu, orang Terengganu memang macam kaya bila minum dan makan kat kedai hari2. Kekadang dalam sehari tu 3 kali diorang datang kedai.

1.Pagi- sebelum pergi menoreh getah,berniaga kat pasar
2.Tengahhari-lepas balik menoreh
3.Petang-Ni bagi orang yang baru balik berniaga kat pasar dan orang yang berkebun
4.Malam-selalunya orang makan kat rumah. Tapi selalunya tok aku akan belanja cucu2 dia makan walaupon dah makan nasi kat rumah. Ye lah cucu dia pelahap punya orang-yang lelaki je ok. Roti tisu menjadi feveret kami.

Oh lagi satu #fakta kat Terengganu, selalunya orang perempuan yang berniaga. Yang lelaki cam tanam benda2 tu. Cam tok aku meniaga tembakau. If u dont know what is tembakau-just google it. Alah yang letak kat dalam rokok daun tu. Then, arwah tok ki aku tanam la daun tembakau tu-besar woo. Petang lepas balik dari pasar cam lepas asar, tok aku pegi la kebun. Tolong apa yang patut.

Pastu, arwah tok ki aku dulu ada tanam serai. Banyak gila. Pastu tolak kat orang. Dia jaga baik punya. Tapi bila tolak kat orang tu, dia amek murah je. Dan macam2 lagilah hasil tanaman yang ada. Ini termasuklah buah rambutan, rambai dan duku. Inilah yang aku suka gila bila balik Terengganu. #Syurgabuah-buahan.

Lagi satu, kat kampung aku tu. Kiri-kanan-depan-belakang semua saudara-mara. Dan yang bestnya semua berniaga. Macam-macam lah. Ada yang jual buah-buahan,jeruk,serunding,sayur-sayuran,tembakau paling banyak.Jadi, bila aku pergi pasar, memang sep-sep aku la kan. 

Ohohoi, entry ni dah macam promote kampung sendiri nampak. Hehe. Yelah, aku nak lawan sep-sep klate ni. Semoga perjalananku pergi dan balik selamat. Amiin.

Mungkin kalau aku rajin, aku update live from Kg. Tok Badir, Serada, Bukit Payong, Kuala Terengganu. Eh aku pelik gila bila dalam alamat tu, semua daerah dia nak kaut cam sekolah angah SAMSMEL dulu dah Bangi,Kajang. Last sekali Sepang. Whatever la. Asalkan ada alamat kan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...