Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 17 March 2013

Berniaga pasar malam dan solat Maghrib


Assalamualaikum dan salam hujung minggu.
 
Semalam aku pergi AEON kat Perda tu. Then, OTW balik singgah pasar malam kat Taman Pauh Indah kot. Entah aku kan warga baru Penang ni. And 1st time naik rapid kat Penang ni. Kat Kedah naik teksi dan sewa kereta je kalau nak pergi mana-mana. Keluar je gate UiTM Kedah, semua ada. Tapi kat sini, keluar je gate UiTM Permatang Pauh, berderet kedai makan. Oh, kat sini naik prebet sapu dan bas rapid je. Jimat kos ok. Kalau nak sewa kereta tu kena ada nombor tepon kaki dia la kan.
 
Then, I would like to share what had happened at that night market. Masa aku pergi tu pukul 7++. Pastu, dah masuk maghrib. Then, ada sorang pakcik ni cakap pakai haler-tutup lampu, hormat kat orang bang tu. Ada lah segelintir yang tutup, yang lain tu buat derk je. Masih lagi berurus niaga.
 
Oh dan ada satu kedai ni, sumpah aku salute dia ala-ala tabik spring gitu. Dia tinggalkan kedai dia dan pergi solat kat surau berdekatan. Aku teringat masa aku sekolah agama kat SRA Batu 13, Puchong dulu, ustazah aku kata saudagar-saudagar masa zaman Nabi Muhammad S.A.W begitu lah. Bila dengar azan je, diorang akan segera tinggalkan urusan jual beli. Kerana urusan dengan Allah itu lebih utama. Bila kita amalkan begini, insha Allah berkat rezeki kita dan bertambah maju perniagaan kita.
 
Ada beberapa persoalan yang ingin aku lontarkan di sini:-
 
1.      Kalau setakat tutup lampu, tapi kau masih berurus niaga dan tak pergi solat Maghrib sama je weh. Cuma mungkin la kan, lama-lama nanti orang yang pegang haler tu, nak kena cakap begini:’Hentikan urus niaga anda, marilah sama-sama kita berjemaah di surau/masjid’. Ye aku rasa sewajibnya begini.
2.      Lepas ni, mungkin kita sebagai pembeli ni boleh belajar untuk tidak berurus niaga pada waktu maghrib.Maghrib sangat pendek ok. So, don’t waste your time on other bullshit things.
3.      One more thing, why not kita hidupkan semula cara sahabat-sahabat Nabi berniaga. Bila dengar azan, diorang akan tinggalkan macam tu je. Tak de pon, orang nak curi. Kalau ada juga kes tu, Allah akan beri pembalasan yang setimpal sebab kau berniat baik iaitu pergi menunaikan tanggungjawab seorang Muslim,kan?
 
Konklusinya, kalau nak keluar after or before maghrib. Waktu maghrib tu selalunya lengang-takde customer. As my past experience when I worked at Macd and bookstore. Then, Nampak sangat lah kau tu jenis tak solat, bila kau duduk kat situ dari sebelum Maghrib hinggalah dah azan Isya’. Oh, pastu kalau kat negeri Pantai Timur especially Kelantan dan Terengganu, malam tu memang dah takde kedai yang buka. Kecuali kedai makan je. Cuma mungkin sekarang, dah maju siket since ada pelancongan-ada lah siket yang buka.Choww.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...