Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 10 March 2013

#Sikap Manusia 2

Assalamualaikum
 
Semalam berduyun-duyun anak muda mari ke bandar kuala terengganu. Kenapa diorang pergi sana ek? Cer fikir sekejap? Yang takde lesen pon, selamber badak je bawak motor. Yang perempuan pakai baju ketat dan sedap peluk pakwe. Peluk macam taknak lepas punya. Ala-ala i sayang u ketat-ketat tu. Bodoh betei. Eh, kemain ganu le ni kaloh keyell weh. Terkezutt ambo.
 
Ini semua sebab nak pergi KONSERT JOM HEBOH. Tahukah anda, konsert ini sebenarnya mengundang maksiat. Konon siapa tak pergi konsert malam tu, tak style la kan. Whatdehek.
 
Macam mana aku boleh melihat situasi lagha ni? Semalam, bas aku pukul 10 malam. Dan OTW to MBKT, sumpah banyak gila motor-motor bersama jantanss and betinass OTW hala ke tempat terletaknya karnival yang kononnya mengeratkan silaturrahim kejadah tu. Ye, mungkin ada possibility yang karnival ni membawa kebaikan kepada rakyat. Tapi, yang lagha tu aku lihat lebih banyak percentage nya.
 
Aku tak pernah pergi Jom Heboh ni. So, ada kesah? Siket pon tak heran weh. Kejadah apa aku nak berhimpit-himpit lelaki perempuan dan berpanas kat situ. Yang pasti, mesti kerja nak perabih duit kat situ je kan. Jalan-jalan dahaga-beli air. Pastu lapor-beli makanan. Sambil tengok konsert, takkan tak makan dan minum pulak kan? Kalau duduk kat rumah pon, kita boleh tengok konsert tu kat TV kan. tak perlu nak berpanas dan bersesak-sesak dengan lautan manusia.
 
Cuba bandingkan dan renung-renungkan, mana kita akan pilih?
 
A. Pergi konsert.
 Dapat jumpa artisss. Dapat peluk awekss/balakss. Boleh tayang muka kat TV. Kononnya kau lah paling style sebab dah berjaya jejakkan kaki di konsert yang sebegitu.

B.Pergi dengar ceramah agama
Dapat pahala. Terhindar dari maksiat. Boleh juga tayang muka kat TV-klo program macam Al-Kulliyyah and Halaqah. Untung-untung dapat makanan free di akir rancangan/ceramah.
 
Tapi, berapa ramai yang akan pilih B. Malam tu aku tertengok Halaqah kat TV9<ni kat rumah Tok>. Almaklomlah kat rumah aku, channel TV9 tak dapat. #Peminat tegar TV3. #No ASTRO.
 
Sikit je yang datang untuk dengar caramah ustazah dan ustaz tu yang bertajuk 'Tak Kenal Maka TAK Benci'. Aku tengok dah separuh jalan. Dan yang mendengar, i will called it as tetamu. And you knew what? Tetamu yang hadir untuk mendengar ceramah ni sangat sedikit. Yang majoritinya ialah pelajar-pelajar UiTM yang mana aku percaya pasti mereka dipaksa hadir untuk mendapatkan kupon maybe. Dah biasa kena paksa untuk menghadiri program masa kat UiTM Merbok dulu. Kalau anda datang dengan rela hati-ALHAMDULILLAH.
 
Teruk kan, nak kena paksa bagai? Kenapa tidak dengan kerelaan hati untuk mendengar caramah agama? Mungkin kau rasa ilmu kau dah cukup banyak? Sebenarnya, lagi banyak kita explore, lagi banyak kau akan rasa-ya allah, ilmu aku cuma seciput je kalau nak banding dengan kawan-kawan kau maybe, hmm?
 
So, lets explore our own religion. There's a lot to be learn day by day. Renung-renungkan dan selamat beramal. Choww.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...