Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 28 April 2013

2nd Anniversary

#IniKaliLah.Haha


Assalamualaikum.

Woah, kau memang cari pasal kan Syira. Satgi orang bien hentam kau baru tau. Takde sebenarnya, aku cari gambor kek. Ate nya, udah sekarang demam PRU kan, aku saja je kasi panas siket. Haha.

Ok, hari ni 28 April, aku mula buat my 2nd blog which is Coretan Hatiku. Kat sinilah aku luahkan perasaan<tak semua lah kan,Allah is the best place untuk kita mengadu>, idea, lontarkan pendapat aku and etc. Dah jadi macam diari kehidupan aku pon ada ni haa. 

Sebenarnya, aku takde apa nak cakap. Aku harap blog aku terus hidup selagi aku bernafas di muka bumi Allah ini. Memberi manfaat kepada aku dan juga pembaca.

Aku ni memang seorang yang suka tulis tarikh2 penting terutamanya beday family and kawan2. So, tarikh berderet ni aku nak list kat sini.

26hb April 1994-Liyana Izzati Birthday.Ini blog dia.Yana Dia ni junior aku masa Asasi Undang-undang kat UiTM Merbok dulu.
27hb April 1992-Syafiq Boyka Birthday. Dia ni mentor taekwondo kat UiTM Kedah dulu. Sekarang ni dia dah habis diploma. Dia ni satu family join taekwondo. Memang aku tabik spring lah kat depa. Tarikh ni memang kena ingat sebab result kuar masa sem 1 tu.Haha.Memang, hang dapat hadiah berganda lah wei.
28hb April 2011-blog aku lahir. Ceceh, cam lahirkan anak je gamaknya kan.

Ok choww. Semoga perjalananku balik Butterworth sellamat sampai ke destinasi. Aku taip ni pada 27hb tau sebab dah balik sana nanti aku busy. Takde masa nak update. Konon. Take care uolls. 

Saturday, 27 April 2013

Sentuhan Nurani & Sanubari

Assalamualaikum.

Pernah tak korang adore somebody. Ala-ala crush on that girl or guy maybe. Well, its normal rite? Aku bukannya tak pernah nak feeling-feeling cenggitu cuma i try my hard to the maximum level not to fall in love again. Peritnya perpisahan hanya orang yang pernah break je lah yang tahu,kan? 

Misi aku lepas frust menonggeng<wowowo gila sadis ayat, tolonglah ni bukan aku k> ialah 'tak main lah cintan-cintun ni, gua nak kahwin terus'. Serius,memang itulah tekad aku sebab aku rasa membazir je aku spend time and money dengan kau, lastly kau kahwin dengan orang lain juga. Dan, aku memang bukan jenis yang hari2 nak kena bergayut 24/7 dengan pasangan. 

Tapi, kau fikir hati kau batu ke? Kau tak pernah dengar pepatah, batu pon kalau hari-hari kena bantai dengan air laut, dia lut jugak.<pergi google sendiri, x pon pergi tengok kat laut,batu besar lama2 jadi kecik>contoh:batu tunggul. Walau kau bina tembok ala-ala tembok besar China sekalipon siap simen double-layer, kalau Allah dah buka hati kau untuk terima dia, who u wants to against takdir Allah, rite?

Pastu kan, ada lah post kat fb yang mengatakan, 'Tak payah sibuk2 nak cari siapa pemegang tulang rusuk kiri kau tu. Kita bukannya tahu, tu semua kerja Allah.' Ya, betul tu. Setuju sangat. Tapi, Allah suruh kita berusaha bukannya tunggu sahaja. Usaha tu banyak caranya, pandai-pandailah kau nak buat cara apa pong. Nak masuk Cari Jodoh Online ke hape ke. Tapi, jangan rendahkan maruah kau.

Bagi aku pulak term 'usaha' tu, ramai orang salah anggap. Bagi aku berkawan dengan lelaki tu kira usaha lah. Dan bagi aku plak, aku KAWAN je, takde pong terlintas kat hatiku, aku kawan dengan kau sebab aku nak kau jadi suami aku in future. Itu semua kerja Allah, if one day kita sama2 jatuh cinta, then let it be. Aku tak rasa this is my perfect time to settle down sebab aku baru 20 tahun, banyak lagi impian yang tak tertunai. Yang paling penting aku nak bagi mama dan ayah merasa duit gaji aku before i get married. Insha Allah.

Tapi, kalau kerja kau asal jumpa lelaki je,minta nombor. Itu bukannya usaha tapi bagi aku kau merendahkan maruah kau sebagai seorang perempuan. Serius, aku nampak kau sangat murah di situ. I'm sorry. 

Dan, tahu tak kita kena mengawal pandangan mata dari memandang bukan muhrim. Tu dah jatuh dalam zina mata tahu dak?Ini tak, lagi kita tenung mamat yang kononnya mencairkan hati kau,kalau boleh macam nak telan hidup2. Kalau yang lelaki plak pandang sambil zoom pompuan tu.Bangang. Cubalah #ubah #IniKalilah bila kita tengah lalu/pass by a group of guys,kau pandang bawah,just ignore them. Lantaklah depa nak bersuwit kat hang ka nak kata hang sombong ka,ada kesah? Let say, dalam group tu ada sorang mamat ni perasan korang x layan lelaki, then percentage kau up sket klo nak compare dengan pompuan yang jenis layan lelaki. Kengkonon, kau perempuan sejati dan melayu terakhir la kan.Then, klo dia tu jenis hati yang suci murni, komfem lah dia akan cari kau buat bini. Pergh, imaginasi tinggi bhai. Insya Allah ada and i hope so.

Then, kalau betullah hati kita ni dah jatuh suka gila babeng.Jatuh cinta bukan sebab paras rupa, tapi sebab agama beliau. Yeah, why not kau propose dia. Tak salah kan kalau perempuan propose lelaki. Ye, aku tahu nanti orang kata macam perigi cari timba plak kan. Tapi, mana kau nak? Bahagia di masa depan which is ada orang yang boleh guide kau, atau kau dapat suami yang kaki judi,panas baran and etc? 
haa insaf x?

Pastu, aku ada baca post kat fb, 'kalau kita suka kat seseorang ni, berdoalah supaya Allah dekatkan hati dia dengan kita. Andainya dia bukan tercipta untukku,maka Kau jauhkanlah rasa cintaku terhadap beliau.' Yes, i did it. Dululah. Bila aku ada crush on someone. Oh, bila takde crush, takde lah kau berdoa ye. Err, taklah. Sekarang ni aku tukar doa.'Ya Allah, kau temukanlah aku dengan seorang suami yang bertanggungjawab,soleh dan penyayang,mampu memimpin aku ke syurgaMu, dan juga membentukku menjadi seorang isteri yang solehah.' Amiiin.


Ok, based on pic atas ni, aku nak bagi komen. Bila kita mula berjinak-jinak dengan cinta, kita pon mula lupakan Allah. Tak percaya? Cuba check balik. Sebelum bercinta, tetiap malam kita mengaji, tapi bila dah couple tetiap malam bergayut. Dah tak nampak dah alQuran yang terletak elok di sudut meja study tu kan? Dulu, selalu pergi solat berjemaah di masjid ataupon dengar ceramah agama, tapi la ni, syaitan pon berkata: baik hang pi dating dengan awek/balak hang. Solat kat rumah/bilik/mall pon boleh. Dengar ceramah agama tu nanti hang tua, pi lah dok kat masjid mengaji. La ni pi enjoy puas-puas. Betul? Kalau korang bercinta tapi tuntutan kau sebagai seorang Islam sedikit pon tak terjejas, Alhamdulillah, wa respect sama lu. 

Yang aku tak suka, bila kau dah putus dengan kekasih duniawi, barulah nak cari Allah. Pastu update status 'Cinta pada manusia akan layu, cinta pada Allah yang kekal selamanya.' Habis tu, selama ni kau tak tahu lah yang Allah itu sentiasa ada bersama kita di kala susah dan juga senang,huh? Barulah, kau akan sedar betapa kau telah jauh dari Allah dan membazir masa muda kau selama bertahun-tahun melayan karenah manja/menggedik/rajuk tahap gaban awek/balak kau.

So, aku harap kita semua bertemu jodoh yang baik. Dah tu klo orang tu jahat, dia takde jodoh la,cenggitu? Err, no i meant sapa yang nak laki dia yang kaki rempit, mat pit tu semua,ada ke? Jadinya, kita sebagai hambaNya minta yang baik2 saja. Kalau dapat hat yang buruk kelaku tu, cuba ubah siket2. Insha Allah boleh. Aku tau cakap memang la senang,kan? Tapi usaha tangga kejayaan maa.Choww.

~Actually, i dont know why i update entry like this. Mungkin terpengaruh dengan #Terfaktab kot. Ngehngeh. I'm not perfect but i'm try to be a good person.Insha Allah. Andainya aku tersasar satu hari nanti, sedarkan aku.Aku pon ada perasaan dan naluri untuk dicintai dan mencintai. Pergh, ayat tak boleh blah.

Tuesday, 23 April 2013

PRU-13:Melayu dan Islam

Assalamualaikum.

Hai, sekarang ni mana-mana pong,orang sibuk dengan PRU ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013. Tarikh keramat seh yang akan menentukan jatuh bangun sebuah kerajaan. Sama ada masih kekal kerajaan yang lama ataupun sekarang kan semua pon nak PEMBAHARUAN, ambik lah nak bagi rasa pembaharuan sangat tu kan.

Aku pon tak terkecuali nak bagi pandangan aku since ramai blogger nak up entry pasal PRU ke-13 ni. Walaupon, aku tak cukup umur untuk mengundi tapi kita kena ambik tahu pasal politik coz one day we as the next generations will lead this country.

1.Comment aku pasal 'PEMBAHARUAN'
Ye, aku sangat setuju dengan pembaharuan ni. Orang muda boleh dikatakan mostly tolak dacing. Sebab kita nampak kerajaan membazir duit atau dana pada benda-benda yang merepek. Why not, you use it for the sake of poor citizens? Bagi aku, tu je yang aku tak suka. And one more, aku bersetuju dengan Pas untuk buat hukum hudud. Orang Pas marah gila pasal ni. Hukum hudud tu hukum Allah, sentiasa relevan sebab bumi ni Allah yang punya-UAI. But, i dont know why UMNO persons are againts this like they are not Muslims. Sumpah, aku sedih bila diorang menunjukkan kebangangan depa pasal Islam.

Kononnya PKR bagus lah. Takkan makan rasuah and chronism. Tapi, kau tahu tak yang ahli PKR tu semua serpihan UMNO.So, kemungkinan untuk berperangai begitu sangat tinggi. Sama je semua. So, dont expect to much. Dan, secara rasionalnya, kalau kau ada jawatan sebagai Menteri Besar la kan. Mesti kau akan bawa semua ahli kelurga kau untuk jadi orang bawahan kau ke untuk tender ke, kan? Yes, that's Malaysian. We can't deny it.

Aku sokong perjuangan PAS sebab bila kita berlandaskan agama, kita takkan buat kerja haram seperti rasuah and etc. Tapi, yang menghalang aku untuk sokong PAS apabila parti ini bersetongkol dengan DAP yang dengan jelas kafir tu. Ini bukan racist tapi nationalist and religionist. Ahli Pas buat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan duit,pangkat atau nama. Tak macam parti lain,ada duit baru nak gantung bendera,buat kerja semua.

Kalau PAS bergabung dengan UMNO, pasti umphh punya. Tapi, PAS kata UMNO kafir, tak boleh bergabung. Then, yang kau combine dengan DAP tu apa? Haish, aku pon pening.

Pastu, kalau pembangkang menang. Konon 1 Malaysia sangat tu macam-macam diorang nak buat. Apa yang paling aku risaukan hak kita sebagai orang Melayu akan dihapuskan atau dikurangkan sedikit demi sedikit. Well, like I said before this, this is not racist but nationalist-DATO’ SRI PROF. IR. DR. SAHOL HAMID BIN ABU BAKAR. Korang tahu tak nilai equity orang Melayu dalam Malaysia ni tak sampai pon 20%. Itu yang kau nak banggakan?

Tolong sedar, orang Melayu tak kaya dan tak bijak mana pon. Yang dalam TV tu semua hot hot chicken shits je. Jadi, kita memang sangat sangat memerlukan kerajaan dan juga institusi Raja-Raja MELAYU untuk melindungi hak kita. Kerajaan yang macam mana yang aku maksudkan? Bukan yang bila dah menang, nak buka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum yang mana UiTM hanya untuk bumiputera dan orang Melayu sahaja. Inilah satu-satunya maruah orang Melayu.

Kalau UiTM takde, kau rasa mak bapak kita mampu ke nak hantar kita belajar kat private or other IPTA. Hmm? Cuba renung-renungkan. Kalau UiTM tak wujud, mak bapak kita dan kita sendiri, mungkin kerja toreh getah, kerja kat bendang dan kerja-kerja kampung yang lain. Bukan aku menghina kerja orang kampung. Nope. What i meant was we need to have kemajuan as we are in this millenium era. Takkan selamanya orang Melayu duduk kat kampung, orang Cina kat bandar manakala Kaum India tinggal di estate. Sampai bila nak camtu? UiTM punya yuran pengajian paling murah antara IPT yang ada. Sebab, kerajaan dah memperuntukkan perbelanjaan untuk menampung separuh daripada yuran pengajian kita. Itupon tak tahu bersyukur lagi ke?

Korang tahu tak, apa itu balas budi? Kita kan orang Melayu, orang dah berbudi dengan kita, kita kena lah balas, ye dak? Ini lagi kau nak melawan kerajaan. Kerajaan dah tanggung kau belajar kat luar negara nun, balik Malaysia jadi orang kuat pembangkang. Apa tak boleh? Tapi, korang mesti kata. 'Itu tanggungjawab kerajaan untuk bagi blabla kepada rakyat,kerajaan tak boleh mengungkit apa yang dia dah bagi.Suka hati lah nak undi mana-mana pong. Itu hak kami.'

Ye, aku tahu. Itu tanggungjawab sebuah kerajaan, but what if the government decide to stop all the dana given to education sector? Pernah tak kau terfikir? Semua kena bayar full without any subsidy or half-supported by the government? Mampukah kita? Ye,mungkin korang akan kata. Mampu sebab mak bapak korang dah senang sekarang,boleh lah depa tanggung hangpa. Cuba kalau dari dulu memang kita mengamalkan sistem macam ni, mana mak bapak hang nak cari duit hantar hang pi belajaq. Kalau tak bergolok bergadai harta,emas dan tanah. Cer fikir.

2.Impian aku
Aku nak sebuah kerajaan yang mengamalkan Islam secara total,bukan hanya tertulis pada perlembagaan sedangkan rakyatnya mengamalkan riba,seks bebas,tak solat,tak mengeluarkan zakat yang jauh tersasar dari syariat Islam.Sangat sedih ok. Aku ingat lagi cikgu sejarah masa aku tusyen Form 4 pernah cerita masa zaman khulafa Ar-Rasyidin dulu, cara Saidina Umar atau Uthman<i'm not sure,please refer to your ustaz/zah> pilih menteri, beliau tanya soalan dan siapa yang pernah tak buat perkara itu,duduk dan dikira disqualified lah.
Antara soalannya ialah:

1.Siapa yang pernah meninggalkan solat? Masa tu semua jaga solat,semua masih berdiri.
2.Seterusnya, siapa yang pernah meninggalkan membaca alQuran setiap hari? Adalah beberapa kerat yang dah duduk.
3.Siapa yang pernah meninggalkan solat malam iaitu solat tahajjud,hajat n etc. Masa ni siapa yang masih berdiri terus dilantik sebagai pemimpin.


abaikan yg tepi tu. baca apa yg Nor Adila post je ok.


Aku rasa ada leakage pada cerita aku ni. Mohon anda baca/kaji/atau bertanya pada yang pakar. Tapi,point aku kat sini, kalau kita select pemimpin melalui cara ini, mashaAllah memang superb kerajaan kita. 

In order to achieve what i want, dacing perlu bergabung meletop dengan bulan. Tapi, kalau ego membataskan apa yang kau nak buat, boleh jalan la weh. Impian rakyat hanya tinggal angan-angan mat jenin je lah.

Ok, now watch this video and make your own assumptions. sedarlah wahai oarang Melayu yang beragama Islam.

Aku punya pandangan, apa-apa pon semua orang Melayu yang dipergunakan. Kau takkan nampak anak kaum India mahupon Cina buat mogok,berpiket segala. Pasti diorang gelak besar melihat kebodohan kita dan perpecahan kaum Melayu. Come on my dear Melayu, open your heart and mind. Dan siapa yang duduk kat Penang je tahu apa yang berlaku.Yang kaya semua Cina.

Aku rela UMNO menang PRU ni sebab aku sayangkan MELAYU dan agama Islam. Dan aku harap UMNO berubah. Tolong buang jauh-jauh perangai yang rakyat benci tu. Dan, besarlah harapan hamba agar Pas mengundurkan diri dari bergabung dengan DAP. Pas tu banyak penyokong, kau boleh menang tanpa bergabung dengan kafir laknatullah tu pon. Mereka hanya mempergunakan korang je.

Friday, 12 April 2013

#Entry kasi sentap

Assalamualaikum,

Aku rasa aku nak start buat entry dakwah siket-siket,  no, i mean i have to make an islamic post in order to make me and my audience realize that we are going too far from our right path, am i right? And, i knew that we should use a diplomatic atau yang jenis lembut terus melekat di hati. But, is it true? Tapi bagi aku, kasi sentap tu lagi bagus. Terus menusuk dalam hati kau and then you will realize what had you done was totally wrong.

Ok, enough with introduction. Lets proceed.

I just thought that how stupid am I or you if we say that 'Kita baru nak kenal atau mendalami Islam'. What the tett is that? Selama ni kau dilahirkan dan dibesarkan dalam agama apa? Bukan Islam ek. Aku rasa yang selayaknya untuk mengeluarkan statement begitu ialah mereka yang baru nak memeluk atau mengenal Islam or to be exact the mualaf one not you who are borne as Islam. 



Halloo, come on my dear Muslims, lets make Islam as the WAY OF LIFE

Mesti ada yang akan kata, 'aku baru dapat hidayah atau kesedaran untuk jadi seorang Muslim yang sejati.' Alhamdulillah, semoga lebih ramai yang akan dapat hidayah dari Allah. Amiin. Tapi, itu lah yang macam aku cakap kat atas tadi, aku rasa cam 'ahh,why so stupid,huh?'

So, what i want to stress on, i am begging to those who will be or you are the parents of your handsome son and gorgeous daughter, do guide them as a Muslim and Muslimah. So that, in future they will raise up their son and daughter in Islamic way not in Western style. Yes, i do know that we are moving forward in millenium era err sorry we are now in this bullshit era, yang mana halal jadi haram, yang haram jadi halal.<yeah, so great,rite?> 



Let's make it together. If we have zero knowledge about Islam, then find it. Everywhere, it just up to us, either we want it or we just ignore it. Just take some of your precious time to muhasabah yourself, and take action, ok my dear Muslimin and Muslimat yang dirahmati oleh Allah sekalian.





p/s: i'm not perfect or ustazah, but i'm moving forward to be a better Muslimah.Insha Allah.Aamiiin.

Saturday, 6 April 2013

Mix Entry

Hello everbody,lets shake your body. <ok over sudaa>
 
Well, actually i had a lot of things to up in my blog. Seriously coz i am a person who observe and try to learn a lesson from that situation. So that, i will not do the same stupid thing. Insha Allah. Aku rasa nak muntah bagi alasan yang sama je bila lama tak update. Alasan yang mungkin korang akan kata bangang tapi itulah hakikatnya.
 
Aku selalu ada masalah dengan line. Sekarang aku OTW nak terminate P14G sebab kat kolej aku langsung tak boleh connect. Line kat kolej macam pffft kejap ada banyak lama takde. Tu yang aku punya fb sentiasa on sebab aku tak sempat log out. Lalu terbengkalai lah fbku selama berhari-hari.
 
Well, start on 1st April, students Faculty of Business part 1 had a long journey <1 hour plus2 je pon>,
from UiTM Permatang Pauh to UiTM Kampus Balik Pulau. Dalam bas memang aku tidur la tapi bila dah jalan macam kat Karak atau genting, mao tak terjaga pulak aku. Tambah pulak pakcik tu bawak kemain laju. Kitorang kat dalam tu dah macam naik roller coaster dah.<over sangat>
 
Ptptn tak dapat lagi. Aku dah rasa desperate sangat untuk mendapatkan duit. Sampai aku terfikir nak pergi kerja part time kat Macd sebab dekat je. Naik bas rapid bayar RM1.40 dah sampai. Aku tak pernah terfikir nak buat kerja haram jadah macam mencuri tu ok. Duit aku dikawal sekarang ni sebab aku seorang yang amat boros. Duit hadiah ipt dari kerajaan terengganu tu dapat RM1000 ke RM1500 <ntah x ingat plak>, ayah aku tak bagi gedebuk terus. Kalau duit kat tangan, ada aja benda yang nak dijolikan.

Oh one more thing, aku tak suka classmates aku yang memekak dalam kelas. Kau tahu tak maksud respect? Bila orang cakap kat depan,kita dengar. Bukannya sama-sama bercakap, then orang kat depan tu cakap dengan meja ke,hah?

Lastly, aku kecewa sebab takde ROTU <idk whether it is the correct spelling> and paling sadis sekali, Taekwondo takde untuk degree. Komuniti Ijazah Sarjana Muda kan sikit, macam tak berbaloi lah kan. Kitorang kan kampus cawangan je. Maybe next sem ada. Aku baru cadang nak all out in Taekwondo. Yang ni je aku boleh makan untuk kutip markah KI kot. Last2, aku join UiRC-kelab rekreasi meh. Gempak tak?

Secara tuntasnya, aku memang sibuk sekarang. Sehari tak update rasa cam aku miss something kot. Sebab blog dengan aku memang tak dapat dipisahkan lah sangat. Ok chowww.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...