Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 23 April 2013

PRU-13:Melayu dan Islam

Assalamualaikum.

Hai, sekarang ni mana-mana pong,orang sibuk dengan PRU ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013. Tarikh keramat seh yang akan menentukan jatuh bangun sebuah kerajaan. Sama ada masih kekal kerajaan yang lama ataupun sekarang kan semua pon nak PEMBAHARUAN, ambik lah nak bagi rasa pembaharuan sangat tu kan.

Aku pon tak terkecuali nak bagi pandangan aku since ramai blogger nak up entry pasal PRU ke-13 ni. Walaupon, aku tak cukup umur untuk mengundi tapi kita kena ambik tahu pasal politik coz one day we as the next generations will lead this country.

1.Comment aku pasal 'PEMBAHARUAN'
Ye, aku sangat setuju dengan pembaharuan ni. Orang muda boleh dikatakan mostly tolak dacing. Sebab kita nampak kerajaan membazir duit atau dana pada benda-benda yang merepek. Why not, you use it for the sake of poor citizens? Bagi aku, tu je yang aku tak suka. And one more, aku bersetuju dengan Pas untuk buat hukum hudud. Orang Pas marah gila pasal ni. Hukum hudud tu hukum Allah, sentiasa relevan sebab bumi ni Allah yang punya-UAI. But, i dont know why UMNO persons are againts this like they are not Muslims. Sumpah, aku sedih bila diorang menunjukkan kebangangan depa pasal Islam.

Kononnya PKR bagus lah. Takkan makan rasuah and chronism. Tapi, kau tahu tak yang ahli PKR tu semua serpihan UMNO.So, kemungkinan untuk berperangai begitu sangat tinggi. Sama je semua. So, dont expect to much. Dan, secara rasionalnya, kalau kau ada jawatan sebagai Menteri Besar la kan. Mesti kau akan bawa semua ahli kelurga kau untuk jadi orang bawahan kau ke untuk tender ke, kan? Yes, that's Malaysian. We can't deny it.

Aku sokong perjuangan PAS sebab bila kita berlandaskan agama, kita takkan buat kerja haram seperti rasuah and etc. Tapi, yang menghalang aku untuk sokong PAS apabila parti ini bersetongkol dengan DAP yang dengan jelas kafir tu. Ini bukan racist tapi nationalist and religionist. Ahli Pas buat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan duit,pangkat atau nama. Tak macam parti lain,ada duit baru nak gantung bendera,buat kerja semua.

Kalau PAS bergabung dengan UMNO, pasti umphh punya. Tapi, PAS kata UMNO kafir, tak boleh bergabung. Then, yang kau combine dengan DAP tu apa? Haish, aku pon pening.

Pastu, kalau pembangkang menang. Konon 1 Malaysia sangat tu macam-macam diorang nak buat. Apa yang paling aku risaukan hak kita sebagai orang Melayu akan dihapuskan atau dikurangkan sedikit demi sedikit. Well, like I said before this, this is not racist but nationalist-DATO’ SRI PROF. IR. DR. SAHOL HAMID BIN ABU BAKAR. Korang tahu tak nilai equity orang Melayu dalam Malaysia ni tak sampai pon 20%. Itu yang kau nak banggakan?

Tolong sedar, orang Melayu tak kaya dan tak bijak mana pon. Yang dalam TV tu semua hot hot chicken shits je. Jadi, kita memang sangat sangat memerlukan kerajaan dan juga institusi Raja-Raja MELAYU untuk melindungi hak kita. Kerajaan yang macam mana yang aku maksudkan? Bukan yang bila dah menang, nak buka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum yang mana UiTM hanya untuk bumiputera dan orang Melayu sahaja. Inilah satu-satunya maruah orang Melayu.

Kalau UiTM takde, kau rasa mak bapak kita mampu ke nak hantar kita belajar kat private or other IPTA. Hmm? Cuba renung-renungkan. Kalau UiTM tak wujud, mak bapak kita dan kita sendiri, mungkin kerja toreh getah, kerja kat bendang dan kerja-kerja kampung yang lain. Bukan aku menghina kerja orang kampung. Nope. What i meant was we need to have kemajuan as we are in this millenium era. Takkan selamanya orang Melayu duduk kat kampung, orang Cina kat bandar manakala Kaum India tinggal di estate. Sampai bila nak camtu? UiTM punya yuran pengajian paling murah antara IPT yang ada. Sebab, kerajaan dah memperuntukkan perbelanjaan untuk menampung separuh daripada yuran pengajian kita. Itupon tak tahu bersyukur lagi ke?

Korang tahu tak, apa itu balas budi? Kita kan orang Melayu, orang dah berbudi dengan kita, kita kena lah balas, ye dak? Ini lagi kau nak melawan kerajaan. Kerajaan dah tanggung kau belajar kat luar negara nun, balik Malaysia jadi orang kuat pembangkang. Apa tak boleh? Tapi, korang mesti kata. 'Itu tanggungjawab kerajaan untuk bagi blabla kepada rakyat,kerajaan tak boleh mengungkit apa yang dia dah bagi.Suka hati lah nak undi mana-mana pong. Itu hak kami.'

Ye, aku tahu. Itu tanggungjawab sebuah kerajaan, but what if the government decide to stop all the dana given to education sector? Pernah tak kau terfikir? Semua kena bayar full without any subsidy or half-supported by the government? Mampukah kita? Ye,mungkin korang akan kata. Mampu sebab mak bapak korang dah senang sekarang,boleh lah depa tanggung hangpa. Cuba kalau dari dulu memang kita mengamalkan sistem macam ni, mana mak bapak hang nak cari duit hantar hang pi belajaq. Kalau tak bergolok bergadai harta,emas dan tanah. Cer fikir.

2.Impian aku
Aku nak sebuah kerajaan yang mengamalkan Islam secara total,bukan hanya tertulis pada perlembagaan sedangkan rakyatnya mengamalkan riba,seks bebas,tak solat,tak mengeluarkan zakat yang jauh tersasar dari syariat Islam.Sangat sedih ok. Aku ingat lagi cikgu sejarah masa aku tusyen Form 4 pernah cerita masa zaman khulafa Ar-Rasyidin dulu, cara Saidina Umar atau Uthman<i'm not sure,please refer to your ustaz/zah> pilih menteri, beliau tanya soalan dan siapa yang pernah tak buat perkara itu,duduk dan dikira disqualified lah.
Antara soalannya ialah:

1.Siapa yang pernah meninggalkan solat? Masa tu semua jaga solat,semua masih berdiri.
2.Seterusnya, siapa yang pernah meninggalkan membaca alQuran setiap hari? Adalah beberapa kerat yang dah duduk.
3.Siapa yang pernah meninggalkan solat malam iaitu solat tahajjud,hajat n etc. Masa ni siapa yang masih berdiri terus dilantik sebagai pemimpin.


abaikan yg tepi tu. baca apa yg Nor Adila post je ok.


Aku rasa ada leakage pada cerita aku ni. Mohon anda baca/kaji/atau bertanya pada yang pakar. Tapi,point aku kat sini, kalau kita select pemimpin melalui cara ini, mashaAllah memang superb kerajaan kita. 

In order to achieve what i want, dacing perlu bergabung meletop dengan bulan. Tapi, kalau ego membataskan apa yang kau nak buat, boleh jalan la weh. Impian rakyat hanya tinggal angan-angan mat jenin je lah.

Ok, now watch this video and make your own assumptions. sedarlah wahai oarang Melayu yang beragama Islam.

Aku punya pandangan, apa-apa pon semua orang Melayu yang dipergunakan. Kau takkan nampak anak kaum India mahupon Cina buat mogok,berpiket segala. Pasti diorang gelak besar melihat kebodohan kita dan perpecahan kaum Melayu. Come on my dear Melayu, open your heart and mind. Dan siapa yang duduk kat Penang je tahu apa yang berlaku.Yang kaya semua Cina.

Aku rela UMNO menang PRU ni sebab aku sayangkan MELAYU dan agama Islam. Dan aku harap UMNO berubah. Tolong buang jauh-jauh perangai yang rakyat benci tu. Dan, besarlah harapan hamba agar Pas mengundurkan diri dari bergabung dengan DAP. Pas tu banyak penyokong, kau boleh menang tanpa bergabung dengan kafir laknatullah tu pon. Mereka hanya mempergunakan korang je.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...