Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 27 April 2013

Sentuhan Nurani & Sanubari

Assalamualaikum.

Pernah tak korang adore somebody. Ala-ala crush on that girl or guy maybe. Well, its normal rite? Aku bukannya tak pernah nak feeling-feeling cenggitu cuma i try my hard to the maximum level not to fall in love again. Peritnya perpisahan hanya orang yang pernah break je lah yang tahu,kan? 

Misi aku lepas frust menonggeng<wowowo gila sadis ayat, tolonglah ni bukan aku k> ialah 'tak main lah cintan-cintun ni, gua nak kahwin terus'. Serius,memang itulah tekad aku sebab aku rasa membazir je aku spend time and money dengan kau, lastly kau kahwin dengan orang lain juga. Dan, aku memang bukan jenis yang hari2 nak kena bergayut 24/7 dengan pasangan. 

Tapi, kau fikir hati kau batu ke? Kau tak pernah dengar pepatah, batu pon kalau hari-hari kena bantai dengan air laut, dia lut jugak.<pergi google sendiri, x pon pergi tengok kat laut,batu besar lama2 jadi kecik>contoh:batu tunggul. Walau kau bina tembok ala-ala tembok besar China sekalipon siap simen double-layer, kalau Allah dah buka hati kau untuk terima dia, who u wants to against takdir Allah, rite?

Pastu kan, ada lah post kat fb yang mengatakan, 'Tak payah sibuk2 nak cari siapa pemegang tulang rusuk kiri kau tu. Kita bukannya tahu, tu semua kerja Allah.' Ya, betul tu. Setuju sangat. Tapi, Allah suruh kita berusaha bukannya tunggu sahaja. Usaha tu banyak caranya, pandai-pandailah kau nak buat cara apa pong. Nak masuk Cari Jodoh Online ke hape ke. Tapi, jangan rendahkan maruah kau.

Bagi aku pulak term 'usaha' tu, ramai orang salah anggap. Bagi aku berkawan dengan lelaki tu kira usaha lah. Dan bagi aku plak, aku KAWAN je, takde pong terlintas kat hatiku, aku kawan dengan kau sebab aku nak kau jadi suami aku in future. Itu semua kerja Allah, if one day kita sama2 jatuh cinta, then let it be. Aku tak rasa this is my perfect time to settle down sebab aku baru 20 tahun, banyak lagi impian yang tak tertunai. Yang paling penting aku nak bagi mama dan ayah merasa duit gaji aku before i get married. Insha Allah.

Tapi, kalau kerja kau asal jumpa lelaki je,minta nombor. Itu bukannya usaha tapi bagi aku kau merendahkan maruah kau sebagai seorang perempuan. Serius, aku nampak kau sangat murah di situ. I'm sorry. 

Dan, tahu tak kita kena mengawal pandangan mata dari memandang bukan muhrim. Tu dah jatuh dalam zina mata tahu dak?Ini tak, lagi kita tenung mamat yang kononnya mencairkan hati kau,kalau boleh macam nak telan hidup2. Kalau yang lelaki plak pandang sambil zoom pompuan tu.Bangang. Cubalah #ubah #IniKalilah bila kita tengah lalu/pass by a group of guys,kau pandang bawah,just ignore them. Lantaklah depa nak bersuwit kat hang ka nak kata hang sombong ka,ada kesah? Let say, dalam group tu ada sorang mamat ni perasan korang x layan lelaki, then percentage kau up sket klo nak compare dengan pompuan yang jenis layan lelaki. Kengkonon, kau perempuan sejati dan melayu terakhir la kan.Then, klo dia tu jenis hati yang suci murni, komfem lah dia akan cari kau buat bini. Pergh, imaginasi tinggi bhai. Insya Allah ada and i hope so.

Then, kalau betullah hati kita ni dah jatuh suka gila babeng.Jatuh cinta bukan sebab paras rupa, tapi sebab agama beliau. Yeah, why not kau propose dia. Tak salah kan kalau perempuan propose lelaki. Ye, aku tahu nanti orang kata macam perigi cari timba plak kan. Tapi, mana kau nak? Bahagia di masa depan which is ada orang yang boleh guide kau, atau kau dapat suami yang kaki judi,panas baran and etc? 
haa insaf x?

Pastu, aku ada baca post kat fb, 'kalau kita suka kat seseorang ni, berdoalah supaya Allah dekatkan hati dia dengan kita. Andainya dia bukan tercipta untukku,maka Kau jauhkanlah rasa cintaku terhadap beliau.' Yes, i did it. Dululah. Bila aku ada crush on someone. Oh, bila takde crush, takde lah kau berdoa ye. Err, taklah. Sekarang ni aku tukar doa.'Ya Allah, kau temukanlah aku dengan seorang suami yang bertanggungjawab,soleh dan penyayang,mampu memimpin aku ke syurgaMu, dan juga membentukku menjadi seorang isteri yang solehah.' Amiiin.


Ok, based on pic atas ni, aku nak bagi komen. Bila kita mula berjinak-jinak dengan cinta, kita pon mula lupakan Allah. Tak percaya? Cuba check balik. Sebelum bercinta, tetiap malam kita mengaji, tapi bila dah couple tetiap malam bergayut. Dah tak nampak dah alQuran yang terletak elok di sudut meja study tu kan? Dulu, selalu pergi solat berjemaah di masjid ataupon dengar ceramah agama, tapi la ni, syaitan pon berkata: baik hang pi dating dengan awek/balak hang. Solat kat rumah/bilik/mall pon boleh. Dengar ceramah agama tu nanti hang tua, pi lah dok kat masjid mengaji. La ni pi enjoy puas-puas. Betul? Kalau korang bercinta tapi tuntutan kau sebagai seorang Islam sedikit pon tak terjejas, Alhamdulillah, wa respect sama lu. 

Yang aku tak suka, bila kau dah putus dengan kekasih duniawi, barulah nak cari Allah. Pastu update status 'Cinta pada manusia akan layu, cinta pada Allah yang kekal selamanya.' Habis tu, selama ni kau tak tahu lah yang Allah itu sentiasa ada bersama kita di kala susah dan juga senang,huh? Barulah, kau akan sedar betapa kau telah jauh dari Allah dan membazir masa muda kau selama bertahun-tahun melayan karenah manja/menggedik/rajuk tahap gaban awek/balak kau.

So, aku harap kita semua bertemu jodoh yang baik. Dah tu klo orang tu jahat, dia takde jodoh la,cenggitu? Err, no i meant sapa yang nak laki dia yang kaki rempit, mat pit tu semua,ada ke? Jadinya, kita sebagai hambaNya minta yang baik2 saja. Kalau dapat hat yang buruk kelaku tu, cuba ubah siket2. Insha Allah boleh. Aku tau cakap memang la senang,kan? Tapi usaha tangga kejayaan maa.Choww.

~Actually, i dont know why i update entry like this. Mungkin terpengaruh dengan #Terfaktab kot. Ngehngeh. I'm not perfect but i'm try to be a good person.Insha Allah. Andainya aku tersasar satu hari nanti, sedarkan aku.Aku pon ada perasaan dan naluri untuk dicintai dan mencintai. Pergh, ayat tak boleh blah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...