Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 31 May 2013

UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum,

Hai dah kenapa aku up entry pasal UiTM Penang ek? Sobab eh, aku tau ramai bebenor yang google pasal UiTM Bukit Mertajam Permatang Pauh. Terima kasih kerana menaikkan jumlah viewers akak. Ok, aku assume yang search keyword camni, pelajar lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA yang korang dapat melalui UPU ye dak. Komfem lah kome ni dapat sambung belajar either in diploma or foundation. Tahniah kerana anda terpilih dari saringan berjuta-juta permohonan.

Well, adik aku pon dah selamat ku hantorkan ke dalam hutan belantara  Matrik Teknikal Jengka pada hari Isnin yang lepas. Semoga angah berbahagia duduk kat sana. Along tau angah boleh survive dok kat sana. Miss u like crazy, sis. Eh dah kenapa beremosi tetiba ni.

Ok, sekarang ni sebagai akak senior korang, <ada chance aku buli hangpa> akak sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke UiTM Penang ni. Bagi adik-adik yang tak pernah berenggang dengan parents, rilek adik adik rilek. Akak pon tak pernah ada pengalaman duduk kat asrama. Chill je, tak nangis pon. Sebab ada ramai kawan kalau korang reti bergaul dengan orang lah kan. Oh ye satu pesan akak, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau larilah. <mau mati ka?> Maksudnya, pandai-pandailah bawa diri, asal jangan lupa diri sudah. Ingat pesan mak ayah, solat jangan tinggal, Insha Allah boleh.

Kat bawah ni akak nak bagi lahh serba sedikit info yang aku tau since akak baru je check in UiTM Penang ni hujung bulan Mac lepas. Akak amek degree, uolls ni diploma ataupon asasi kan, so benefits lagi banyak sebab uolls majority, degree students ni minority tau dak?

1.KOLEJ

Based on my experience yang dah merasa tinggal kat Kolej Intan dan Delima, akak bagi bintang 4/5 sebab masih baru dan dalam keadaan baik kalau nak compare dengan UiTM Kedah dulu. Tapi, takde water cooler and washing machine. Pi lah hantaq dobi kalau hat pemalaih tu<ok terasa>, kalau hangpa rajin, berus la baju tu hari2. Oh pastu kat sini, aku tak berapa suka faktor pencahayaan dia. I tak suka tau baju i tak kena panas.<gedik gilal>. Dulu masa kat Merbok, akak dok kat kolej Masria, tu diaa sidai baju kat tempat lapang-yang direct kena cahaya matahari. Terus kering baju, sedap je pakai baju yang kena terik mentari ni. 

Oh kalau duduk kat kolej Intan, dia cam bilik biasa lah kan-1bilik=4 orang. Kalau kat kolej Delima, 1 rumah=2 bilik tidur=8 orang=2 bilik air dan 2 tandas. Pastu kat sini ada lif, takde lah korang susah payah mengangkut barang ke tingkat lapan tu, ye dak?

2.KAFETERIA

Dont worry, berlambak kafe ada. Korang boleh pilih. Kalau tak sedap atau mahal, sila reject kedai tersebut. Harga boleh lah. Ok kalau aku nak compare dengan UiTM Kedah<kedai Melayu> murah lagi kat Kedah. Tapi standard lah, Penang kan sama taraf dengan keyell.<kononnya lah kan>. Pastu, kat depan tu pon, berderet kedai yang menyediakan pelbagai jenis aneka juadah. Haha dah macam iklan lah pulak. Tapi kat luar tu ada macam2 pilihan lah, harga pon murah. Siap ada delivery lagi uolls. Kalau rasa malas nak menapak call je pakcik Siam+Kedahan tu. Tiada caj tersembunyi dikenakan. <ok, aku memang dibayar untuk promote kedai Tomyam Never Die ke terbalik nama. Ah, lantak lah>.

3.FASILITI RIADAH

OK,bab ni kome usah ler risau. berlambak court dengan padang. Yang pasti, semua lelaki conquer. Aku pelik betei entah ke mana la semua pompuan pergi time petang-petang. Think positive depa ni tengah basuh baju tetiap petang, tak pon study atau buat assignments. Bukan takde yang beriadah, cuma aku nak perempuan beriadah <bukan berdating berdua-duaan ok> seramai lelaki-lelaki yang turun untuk main bola, boleh gitu? Pastu, kita buat game laki lawan pompuan, gempak bukan imaginasiku? Hehe. Kalau jogging tu adalah, 2-3 kerat. Aku sekejap je semangat berkobar-kobar, pastu kita malu lah suma laki je pass by. Oleh itu, aku manfaatkan  masa petang dengan online dan melaghakan diri.

IKLAN SEKEJAP...

Actually, akak dah tak tau nak cerita menda lagi. Cukup lah 3 benda di atas yang mana akak rasa penting dan terlintas di fikiran. Sebarang pertanyaan sila email ke tetttt. Dah macam apa je. Korang komen ler kat bawah tu, akak akan cuba penuhi hasrat adik  jawab mana yang tercapai dek akal.

Oh, ni akak baru teringat satu benda yang mana dulu akak konfius.

4.UiTM ni ada berapa cawangan kat Penang ni?

Yang akak tau, ada tiga iaitu HQ di UiTM Bukit Mertajam, Permatang pauh. Korang punya kolej dan segala macam pendaftaran semua kat sini. <tertakluk kepada pindaan>. Kedua di PERDA. Yang ni akak tak pernah menjejakkan kaki, tapi Jusco kat Perda. hehe. Ok ini update terbaru, akak dah pernah pergi yg kat Perda ni Fac of Business, nak jumpa lecturer utk tengok carrymark di sini ye tapi lect x suka menyusahkan student, beliau akan Whatsapp CR n most of the lect ada bilik kat HQ.The last one is UiTM Balik Pulau yang aku tengah ulang-alik hari-hari ni. Penat tau dak. Berhampiran dengan Hospital Balik Pulau dan JPN. Ok update baru Kampus Bertam untuk kos yang berkaitan dengan Sains seperti Pharmacy and Sains Kesihatan but currently offered to Diploma only. Kampus dia cantik gila. Tengok dalam gambor je pon. Hehe.

Ianya merupakan sebuah bangunan kedai yang mana pihak UiTM sewa. Dengar kabo untuk pelajar asasi sains gitu ler, malas la nak cara. Yang pasti kitorang selesa, line wifi laju gila babas. Fasiliti kat sini canggih compare kat HQ. Makanan little bit mahal, akak beli nasi lemak kat kafe kolej, merangkap lunch ler tu. Sat gi, sampai kolej kol 5pm, beli nasi untuk dinner. Jimat kan? Oh, pastu apa yang best, kita boleh lalu Penang Bridge hari-hari, kau ado? Perjalanan mengambil masa kurang lebih sejam sebab pagi kan jalan sesak. So, kita akan bertolak pukul 7.30am, kelas mula pukul 9am. Kira kome ada masa untuk makan dan tidur lah setengah jam tu. Padahal dalam bas membuta juga. 

5. CHARLIE

Korang google lah binatang apa charlie ni ye. Binatang ni hanya ada di kawasan sawah padi, mostly kat utara tanah air. Memang dia bahaya, tapi Alhamdulillah akak dan kawan-kawan akak masih hidup walaupon dah banyak kali kena lovebite dengan charlie ni. Ubat sapu boleh amek kat UK-Unit Kesihatan. Nak cepat hilang kesan parut, sapu ubat gegat gigi, tapi pedih oii, tak sanggup aku nak tahan sakit.

Akhir kata, jangan takut. Dah besar kan? Kami tak makan orang pon. Selamat menjadi mahasiswa/wi UiTM dan juga lain-lain IPTA/IPTS/POLITEKNIK and etc. Selamat berorientasi atau lebih dikenali sebagai Mds-Minggu Destinasi Siswa. tak tau kot dah ubah nama lain, sebab aku MDS masa NOV'11 at UiTM Merbok. kehidupan-sebagai-seorang-mahasiswi.Kat Penang, aku tak payah orientasi, jadi VVIP katanya. Haha. Oh, one more thing, hidup ni kena ada dugaan dan cabaran, baru best. Duduk kat tempat orang, lagi luas skop kita tentang adat dan budaya orang. Kalau ada masalah, jangan senyap je, jumpa abang/kakak senior tepi jalan tanyalah. Ada mulut,kan? Malu bertanya sesat jalan dik oii.

Notakaki: Saat paling tak best, bila kita dah selalu jadi junior, tetiba nak kena jadi senior. Dah kena tukar panggil akak sebab batch95 ni semua sebaya angah je.

Ok ni link-link lain yang kome boleh baca untuk dijadikan pedoman bergelar mahasiswa/wi. haha. Yang baik tu jadikan panduan, yang buruk jangan ikut tapi jadikan pengajaran ok adik-adik.

entry akak dapat buat degree at UiTM Penang

same phase like uolls- pre law uitm merbok

Thursday, 30 May 2013

Suka menjadi duka Part 1

Assalamualaikum,

Hai korang. Aku rindu gila nak update. Aku ni dah boleh dikategorikan sebagai gila social networking. Sehari tak update, rasa nak marah je,something wrong somewhere gitu. Oii melampau benor kamuu.The latest one tak update status facebook selama 3 hari tu pon, aku dah meroyan. Blog ni lagi lah kan. Sian dia,terabai ye. I busy laa.Konon.

Well, aku nak cerita apa yang jadi. Aku sampai Puchong hari Jumaat pukul 12 malam la gedebak-gedebuk kan. Then, esoknya hantar sepupu aku ke UPM Serdang,pagi-pagi dah keluar rumah. Lepas tu, busy buat preparation untuk kenduri doa selamat angah malam tu. Takde lah besor benor kendurinya, untuk adik-beradik mama je.Tu yang update status seperti di bawah tu.


Pastu, hari Ahad tu pergi kenduri kat rumah Amirah at Kampung Tengah. Kawan baik Angah. Dah kahwin dah abang Amin. Oh, kat sini, kemain ramai ler aku jumpa kawan2 lama tapi lelaki lah. Takde lah akutegur, buat tak kenal je. Maaf korang. Aku tetiba rasa malu nak bermesra alam kat public.Haha. Yang aku ingat Acap. Syidi, Udin dan senior-senior yang lain.

Then, hari Isnin lepas Suboh terus gerak ke Jengka. Aku tak ingat jalan sebab sepanjang perjalanan gua tidur. Konon nak cover tidur yang tak pernah cukup tu. Sampai kat Kolej Matrikulasi Jengka yang mana dahulunya ialah Sekolah Menengah teknik Jengka. Besar gila, kalah SEPTECH angah.Oh pastu, felda kat Jengka ni ada 25 yang mana lebih dikenali dengan nama bunga seperti cempaka dan dahlia. Ini semua sebab aku bosan dok kat situ, aku dengar lah apa yang DJ tu kabo. Haha.Tapi yang tak bestnya, oldschool gila dia punya dorm,Perempuan lah kan. Oh, pastu aku dah jumpa UiTM Jengka. Dekat je dengan Matrik. 

Sebagai kenangan, aku renew lesen kat JPJ Jengka. Kemain lagi kan.Oh yeah, saya dah ada lesen besau sekarang. Tak main P dah. Cett, padahal bawak pon terkial-kial. Sebenarnya, aku cuak bila dah takde P, kau salah je orang akan hon/marah. Tiada lagi percubaan untuk kau, get it! Lepas dah pergi makan, hantar angah balik ke asrama.Kitorang gerak balik Puchong. Oh kat kedai makan ni, phone aku tertinggal.Nasib lah kat kedai tu semua geng matrik. Selamat phone i.Alhamdulillah.

Pastu kan, aku sambung tidoq balik. Pasai pa la dengan aku ni, asal ada aircond je, mata pon kuyu. Sedar-sedar, adik aku kejut suruh teman mama pi tandas kat RnR Lanchang. Rupanya mama aku bleeding. Bukan sebab pregnant ok, tapi dah memang penyakit mama aku lagu tu. Ramai perempuan sakit camni, Ya Allah minta dijauhkan. Aku pegang handbag mama aku, berdiri tercongok depan tandas, sekali aku dengar bunyi gedebukk. Aku syak mama aku jatuh pengsan. Aku ketuk pintu berulang-ulang kali. Aku tak boleh nak masuk sebab mama aku lock pintu. Yelah. mana nak tau benda nak jadi kan. Kang kalau tak kunci pintu, mau tetiba ada orang terjah, tak ke dah buat free show.

to be continue...

Friday, 10 May 2013

Dont's in class

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Helloo, wassup bro and sis? Hope you are in good condition. Enough with PRU 13. Lets pray for our country-MALAYSIA.

Well, i thought i should not write this entry as i'm sure all of you were well behave in class, rite? But, its sad when i saw some of my friends who does not behaved in class. I also got confused. Did you knew your job as a student is to study, learn and etc. 

Dah kenapa mood English on. Ok tettt. Aku sekarang bukan budak law lagi, tukaq nah.

1. Datang kelas lewat. Biar kita tunggu lecturer, bukan lecturer tunggu kita. Kalau aku jadi lecturer, lambat je, sila berambus. Kalau mood aku baik sikit, kau boleh masuk belajar tapi jangan sign attendance. Kalau lambat kurang 10 minit, boleh dimaafkan lagi. Ini yang lambat setengah jam ataupon dah sejam belajar baru kau nak tunjuk muka. Pergh, jadah dia. Pastu buat muka tak bersalah, menonong masuk dan duduk di tempat kejadian. At least say sorry dan beri alasan yang munasabah lah beb. Ini tak, ada ke patut alasan'overslept'. Cliche sangat weh.

2.Bila lecturer atau sesiapa saja lah mengajar ataupon bercakap kat depan, kau buat gosip cik kiah kat belakang. Dalam kelas, dengar apa yang lecturer atau cikgu cakap, bukannya masa tu lah hang nak bincang satgi nak makan kat mana, hujung minggu nak hang out tang mana. No, this is not the right place for you to have a conversation with your friend/s, okey! Kalau hang kata, lantak pi lah, aku yang cakap, tak kacau hang pon. Eh helloo uolls, ianya mengganggu kawan2 kau yang sedang berniat murni untuk menuntut ilmu. Kalau hang cakap bisik-bisik takpa lah, ni kalau boleh satu kelas tu dengar. Kalau yang hat bisik-bisik tu, pastu tetiba gelak. Tak ke orang cop hang gila meroyan. 

3.Main game kat handphone, bertwitter, berfacebooking,bermesej,berwechat dan segala macam dari phone korang yang canggih tu. Aku siket pon tak jeles tapi aku rasa sedih,bengang,bersalah sebab korang macam tak hormat lecturer kat depan. Memang dia tak nampak, tapi Allah nampak, kan? Aku kalau terdesak sangat nak reply mesej, rasa bersalah gila babeng lah. Sebab tu masa asasi dulu, aku off terus phone aku bila masuk kelas. Tapi laa ni, silent je, tapi campak dalam beg. 

4.Gelakkan kesalahan lecturer. Well, biasalah beb, manusia memang tak perfect. Kalau aku jadi lecturer, dah lama aku lempangkan mereka yang kurang ajar ni. Haha, kejam gila kan? Sebagai contoh, sir aku ni tertypo plak, pastu depa boleh bantai buat-buat tak faham. What is that? Err, watdefak la weh. Benda boleh fikir logik kot. Mungkin korang akan kata, alah rilek brader brader rilek, gua nak bergurau je pon. Eh hello, dalam kelas please be serious and focus. Takde maknanya kau nak bergurau senda atau berpolitik dalam kelas. 

5. Bila lecturer kasi break a.k.a take five, masa tu lah hang nak keluar pi qada' hajat, beli air, hisap rokok<err,tutup hidung lah pastu> dan segala aktiviti yang bersesuaian dengan 5 minit tersebut. Bukannya bila dah habis break baru hang nak keluar pi tandas. Lecturer dah bersemangat waja nak teruskan lecture, hangpa telah menurunkan semangat kami yang nak belajar dan lecturer tau dak?

Ok, aku bukan nak kata aku ni jenis hat yang fokus 100% dalam kelas, but at least pretend like you are the most focus student in the class,can you? Dan satu yang aku tau, kita ada adab dalam menuntut ilmu. Dan salah satu daripadanya ialah menghormati guru atau pensyarah. 

Sunday, 5 May 2013

Corat-coret sebelum PRU-13

Assalamualaikum

Well, dah masuk 5 mei 2013.Tarikh keramat. To be honest, aku takut untuk hadapi tarikh ni. Bukan apa, aku takut kalau perubahan yang bakal berlaku tak seperti apa yang kita jangkakan. It just a drama maybe to gain your votes. But, think positive and pray who will lead this country can fulfill what they had said and promise. Apa yang aku nak beri komen:-

1.Gaduh atau sabotaj dan seangkatan dengannya.

Well, i just wanna to said that orang Pakatan mostly educated person. Kau boleh tengok betapa ramai doktor,engineer,lawyer and etc keluaran luar negara joined depa. So, bila kita ada pendidikan yang agak tinggi, before we do something, we use our brain to think wisely either what we want to do is right or wrong or just membabi buta ikut emosi. Bukanlah aku nak kata orang bien tu semua bodoh, takde pelajaran semua. No, it just that sometimes bila emosi menguasai minda, anything unexpected may happen. Then, agama memainkan peranan di sini. Kau nampak tak sequences dia? 

Kalau kau jenis orang yang tak solat,kerja nak berfoya-foya kat kelab, memang kau senang terpemgaruh dengan emosi,hawa nafsu yang selalu diapi-apikan oleh syaitan.Bila orang nak menegakkan Islam, kemain kau menentang. Yeah, what the fish manusia camni.

Oh, cam dah lari dari point. Actually what i wanna to said ialah tadi aku pergi berkempen berjimba kat Bukit Bendera dan Komtar. So, i noticed some of view that make me thought like what i had said above.

Aku nampak gambar Lim Guan Eng dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim kena spray dengan warna hitam pada muka depa. Nampak sangat macai bien yang pi buat kerja bangang tu kan? Tak pon, mesti depa kata; 'alah, sebenaqnya orang depa sendiri yang pi buat lagu tu,pastu tuduh parti lawan buat kerja lagu tu.' Yeah,anything can be said. It's ok,just accept others opinion or saying.

Tapi, bagi aku orang pakatan takde pulak menggelabah ayam pergi buat report polis.<kalau boleh setiap balai polis nak ada report pasal banner/bendera bien kena sabotaj,kan?> Orang pakatan rileks je. Rilek brader brader rilek, yeah thats song please. Sebab depa tahu, polis tu berlambak lagi kerja yang polis nak buat, nak jaga keamanan negara amnya dan keselamatan rakyat khususnya. Bukannya setakat benda kecik boleh settle, kau buat report macam ada pembunuhan bersiri ke.

Oh ye, yang pasal isu flashmob dekat Ipoh tu. Komen aku satu je, orang bien ni dia import semua mat rempit jadi ahli pemuda dia. So, kau tahu je lah perangai mat-mat rempit ni kan ala-ala taiko, gangster and so on. That's why all this things happened. Kan dah rosak nama bien. Benda berlaku sehari sebelum PRU. Dah orang nampak Pakatan tu lagi baik dari BN, acano? Kerana setitik nila,rosak susu sebelanga. Tak gitu?

2.Ketidakadilan

Kiri,kanan,depan,belakang semua dia. Kat Youtube, newspaper, tv termasuk yang berbayar, radio pon termasuk radio seperti red fm. Tu tak campur plak better nation-sayangi selangor segala. Mesej hari-hari, tak kira waktu. Ini even aku sokong kerajaan pon, aku rasa annnoyed tahu tak? Kau memang bodoh bila hantar mesej waktu malam pukul 11 keatas tu dah kira waktu tidur orang lah. Bukan macam kau yang takde kerja. Esok kami ada kelas atau pergi kerja. Selalunya kalau waktu cenggitu ada emergency ataupon ada orang mati je. #Konsepfamilyaku.

Then, aku beribu kali suka dengan flashmob. This is the only way the opposite party can kempen. Kesian kat depa ni. Kalau cara lain, ada je halangannya. Pastu konvoi petang tadi sampai malam ntah2 sampai sekarang pon ada, sepanjang jalan tu penuh dengan bendera pakatan yang berkibar megah oleh mat-minah motor,kereta mahupon yang berdiri di tepi jalan which is rumah depa. Awesome.

Aku pon tetiba semangat berkobar-kobar dan rasa nak menangis bila terkenangkan betapa pakatan dizalimi. Ini bukan isu aku sokong pakatan tapi isu kemanusiaan dan keadilan,ok?So, sepanjang perjalanan dari bukit bendera balik ke uitm, semua lah aku angkat tangan. Pakcik bas tu je yang tak sporting tak mao bunyikan hon. Ada orang bunyikan loceng dari bas. Heheh.

3. Eksploitasi Kanak-kanak
 Bagi aku dua-dua belah pihak bangang bila melibatkan budak-budak bawah umur. Dulu bien kutuk orang Pas bawak anak-anak pergi Bersih 2.0 tu kan? Itu memang aku tak nafikan, depa memang tanam sejak kecik semangat yang jitu untuk sokong Pas.#ForeverPas. Pastu, yang bien pulak suruh budak-budak pegang bendera bien. Oh, kalau budak U kena dengar ceramah. Itu biasa, aku memang suka pergi, dapat makanan, markah KI lagi. Kau ada?

Pastu, benda-benda macam ni memang tak sesuai dengan mereka. Nanti karang bergaduh dekat sekolah sebab depa sendiri ada fahaman politik yang berbeza. Tak ke menyusahkan cikgu. Pastu, bila join Bersih contohnya, orang yang tua bangka tu bila emosi dah menguasai minda, tak fikir dah anak-anak kecik yang turut sama menjayakan kempen/mogok or etc. Depa tau nak bergocohh macam Perang Dunia je.

So, please avoid all this things from budak-budak yang tak matang dan tak cukp umur lagi. Aku bagi contoh lah ye, tadi dalam bas rapid ada sorang budak comey, umur 5 tahun,nama Jiha. Sepanjang jalan tu kan ada bendera DAP,PKR dan PAS. Tapi, dia akan sebut BN sebab hari2 tengok iklan kat TV-Bien kan? Nampak tak kau dah bagi negative fluence to them?

hari mengundi dah jadi hari undifitri


4. Buat solat hajat dan bacaan Yasin


Why not orang Bien semua pakat turun buat solat hajat dan bacaan Yasin. Bukannya kau upah orang, dan pemimpin ni hisap rokok,sembang lebat-job million-millon, solat apa semua tak buat. Aku bukan apa,tapi aku respect gila dengan orang Pas, diorang buat sungguh-sungguh tahu. Tadi, aku tengok sampai jammed jalan sebab kat masjid Pas tu ada buat solat hajat sempena PRU-13 ni hah. Aku rasa sebab tu depa ramai pengikut, sebab agama is the basic structure of the party.

Aku harap sangat andai kata BN menang kali ini, deme berubah ler.Totally change 100%.Kami bagi anda other chance, you give us new style of govern the government. Aku rasa kesian kat deme yang dah macam merayu sangat2 kat kita.

5.Ucapan,Harapan dan seangkatan dengannya

Aku mohon korang buat solat hajat dan istikharah untuk membuat pilihan yang terbaik. Pastu, kita boleh berdoa. Alaa macam korang tak tahu kan. Oh yea, lagi satu sepanjang perjalanan ke pusat mengundi sila berzikir. Ini kat twitter ramai share. Dah macam nak pergi medan perang ataupon medan gempur peperiksaan je gayanya.

Aku tak yakin nak kata Pakatan boleh menang ataupon vice versa because everything is possible to happen. Kau main kotor untuk menang pon boleh. Just wait and see. Actually, hati aku berbelah bahagi walaupon aku belum layak untuk mengundi. Mesti korang pon pening,dalam dilema nak pilih yang mana satu,kan? Apapon, korang tetap kena tanda pangkah kat kotak tu. Tolong jangan buat undi rosak. Itu bangang namanya,membazir ja hang pi pusat mengundi,last-last buang undi rosak. Motipp sangat uollz.

Lastly, jaga keselamatan diri anda walau di mana pon anda berada. Pastikan guna akal bukan nafsu. Selamat Mengundifitri. Lantaklah kau nak #IniKalilah mahupon #LainKaliLah. Ingatlah orang yang tersayang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...