Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 30 May 2013

Suka menjadi duka Part 1

Assalamualaikum,

Hai korang. Aku rindu gila nak update. Aku ni dah boleh dikategorikan sebagai gila social networking. Sehari tak update, rasa nak marah je,something wrong somewhere gitu. Oii melampau benor kamuu.The latest one tak update status facebook selama 3 hari tu pon, aku dah meroyan. Blog ni lagi lah kan. Sian dia,terabai ye. I busy laa.Konon.

Well, aku nak cerita apa yang jadi. Aku sampai Puchong hari Jumaat pukul 12 malam la gedebak-gedebuk kan. Then, esoknya hantar sepupu aku ke UPM Serdang,pagi-pagi dah keluar rumah. Lepas tu, busy buat preparation untuk kenduri doa selamat angah malam tu. Takde lah besor benor kendurinya, untuk adik-beradik mama je.Tu yang update status seperti di bawah tu.


Pastu, hari Ahad tu pergi kenduri kat rumah Amirah at Kampung Tengah. Kawan baik Angah. Dah kahwin dah abang Amin. Oh, kat sini, kemain ramai ler aku jumpa kawan2 lama tapi lelaki lah. Takde lah akutegur, buat tak kenal je. Maaf korang. Aku tetiba rasa malu nak bermesra alam kat public.Haha. Yang aku ingat Acap. Syidi, Udin dan senior-senior yang lain.

Then, hari Isnin lepas Suboh terus gerak ke Jengka. Aku tak ingat jalan sebab sepanjang perjalanan gua tidur. Konon nak cover tidur yang tak pernah cukup tu. Sampai kat Kolej Matrikulasi Jengka yang mana dahulunya ialah Sekolah Menengah teknik Jengka. Besar gila, kalah SEPTECH angah.Oh pastu, felda kat Jengka ni ada 25 yang mana lebih dikenali dengan nama bunga seperti cempaka dan dahlia. Ini semua sebab aku bosan dok kat situ, aku dengar lah apa yang DJ tu kabo. Haha.Tapi yang tak bestnya, oldschool gila dia punya dorm,Perempuan lah kan. Oh, pastu aku dah jumpa UiTM Jengka. Dekat je dengan Matrik. 

Sebagai kenangan, aku renew lesen kat JPJ Jengka. Kemain lagi kan.Oh yeah, saya dah ada lesen besau sekarang. Tak main P dah. Cett, padahal bawak pon terkial-kial. Sebenarnya, aku cuak bila dah takde P, kau salah je orang akan hon/marah. Tiada lagi percubaan untuk kau, get it! Lepas dah pergi makan, hantar angah balik ke asrama.Kitorang gerak balik Puchong. Oh kat kedai makan ni, phone aku tertinggal.Nasib lah kat kedai tu semua geng matrik. Selamat phone i.Alhamdulillah.

Pastu kan, aku sambung tidoq balik. Pasai pa la dengan aku ni, asal ada aircond je, mata pon kuyu. Sedar-sedar, adik aku kejut suruh teman mama pi tandas kat RnR Lanchang. Rupanya mama aku bleeding. Bukan sebab pregnant ok, tapi dah memang penyakit mama aku lagu tu. Ramai perempuan sakit camni, Ya Allah minta dijauhkan. Aku pegang handbag mama aku, berdiri tercongok depan tandas, sekali aku dengar bunyi gedebukk. Aku syak mama aku jatuh pengsan. Aku ketuk pintu berulang-ulang kali. Aku tak boleh nak masuk sebab mama aku lock pintu. Yelah. mana nak tau benda nak jadi kan. Kang kalau tak kunci pintu, mau tetiba ada orang terjah, tak ke dah buat free show.

to be continue...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...