Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 31 May 2013

UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum,

Hai dah kenapa aku up entry pasal UiTM Penang ek? Sobab eh, aku tau ramai bebenor yang google pasal UiTM Bukit Mertajam Permatang Pauh. Terima kasih kerana menaikkan jumlah viewers akak. Ok, aku assume yang search keyword camni, pelajar lepasan SPM yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA yang korang dapat melalui UPU ye dak. Komfem lah kome ni dapat sambung belajar either in diploma or foundation. Tahniah kerana anda terpilih dari saringan berjuta-juta permohonan.

Well, adik aku pon dah selamat ku hantorkan ke dalam hutan belantara  Matrik Teknikal Jengka pada hari Isnin yang lepas. Semoga angah berbahagia duduk kat sana. Along tau angah boleh survive dok kat sana. Miss u like crazy, sis. Eh dah kenapa beremosi tetiba ni.

Ok, sekarang ni sebagai akak senior korang, <ada chance aku buli hangpa> akak sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan anda ke UiTM Penang ni. Bagi adik-adik yang tak pernah berenggang dengan parents, rilek adik adik rilek. Akak pon tak pernah ada pengalaman duduk kat asrama. Chill je, tak nangis pon. Sebab ada ramai kawan kalau korang reti bergaul dengan orang lah kan. Oh ye satu pesan akak, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau larilah. <mau mati ka?> Maksudnya, pandai-pandailah bawa diri, asal jangan lupa diri sudah. Ingat pesan mak ayah, solat jangan tinggal, Insha Allah boleh.

Kat bawah ni akak nak bagi lahh serba sedikit info yang aku tau since akak baru je check in UiTM Penang ni hujung bulan Mac lepas. Akak amek degree, uolls ni diploma ataupon asasi kan, so benefits lagi banyak sebab uolls majority, degree students ni minority tau dak?

1.KOLEJ

Based on my experience yang dah merasa tinggal kat Kolej Intan dan Delima, akak bagi bintang 4/5 sebab masih baru dan dalam keadaan baik kalau nak compare dengan UiTM Kedah dulu. Tapi, takde water cooler and washing machine. Pi lah hantaq dobi kalau hat pemalaih tu<ok terasa>, kalau hangpa rajin, berus la baju tu hari2. Oh pastu kat sini, aku tak berapa suka faktor pencahayaan dia. I tak suka tau baju i tak kena panas.<gedik gilal>. Dulu masa kat Merbok, akak dok kat kolej Masria, tu diaa sidai baju kat tempat lapang-yang direct kena cahaya matahari. Terus kering baju, sedap je pakai baju yang kena terik mentari ni. 

Oh kalau duduk kat kolej Intan, dia cam bilik biasa lah kan-1bilik=4 orang. Kalau kat kolej Delima, 1 rumah=2 bilik tidur=8 orang=2 bilik air dan 2 tandas. Pastu kat sini ada lif, takde lah korang susah payah mengangkut barang ke tingkat lapan tu, ye dak?

2.KAFETERIA

Dont worry, berlambak kafe ada. Korang boleh pilih. Kalau tak sedap atau mahal, sila reject kedai tersebut. Harga boleh lah. Ok kalau aku nak compare dengan UiTM Kedah<kedai Melayu> murah lagi kat Kedah. Tapi standard lah, Penang kan sama taraf dengan keyell.<kononnya lah kan>. Pastu, kat depan tu pon, berderet kedai yang menyediakan pelbagai jenis aneka juadah. Haha dah macam iklan lah pulak. Tapi kat luar tu ada macam2 pilihan lah, harga pon murah. Siap ada delivery lagi uolls. Kalau rasa malas nak menapak call je pakcik Siam+Kedahan tu. Tiada caj tersembunyi dikenakan. <ok, aku memang dibayar untuk promote kedai Tomyam Never Die ke terbalik nama. Ah, lantak lah>.

3.FASILITI RIADAH

OK,bab ni kome usah ler risau. berlambak court dengan padang. Yang pasti, semua lelaki conquer. Aku pelik betei entah ke mana la semua pompuan pergi time petang-petang. Think positive depa ni tengah basuh baju tetiap petang, tak pon study atau buat assignments. Bukan takde yang beriadah, cuma aku nak perempuan beriadah <bukan berdating berdua-duaan ok> seramai lelaki-lelaki yang turun untuk main bola, boleh gitu? Pastu, kita buat game laki lawan pompuan, gempak bukan imaginasiku? Hehe. Kalau jogging tu adalah, 2-3 kerat. Aku sekejap je semangat berkobar-kobar, pastu kita malu lah suma laki je pass by. Oleh itu, aku manfaatkan  masa petang dengan online dan melaghakan diri.

IKLAN SEKEJAP...

Actually, akak dah tak tau nak cerita menda lagi. Cukup lah 3 benda di atas yang mana akak rasa penting dan terlintas di fikiran. Sebarang pertanyaan sila email ke tetttt. Dah macam apa je. Korang komen ler kat bawah tu, akak akan cuba penuhi hasrat adik  jawab mana yang tercapai dek akal.

Oh, ni akak baru teringat satu benda yang mana dulu akak konfius.

4.UiTM ni ada berapa cawangan kat Penang ni?

Yang akak tau, ada tiga iaitu HQ di UiTM Bukit Mertajam, Permatang pauh. Korang punya kolej dan segala macam pendaftaran semua kat sini. <tertakluk kepada pindaan>. Kedua di PERDA. Yang ni akak tak pernah menjejakkan kaki, tapi Jusco kat Perda. hehe. Ok ini update terbaru, akak dah pernah pergi yg kat Perda ni Fac of Business, nak jumpa lecturer utk tengok carrymark di sini ye tapi lect x suka menyusahkan student, beliau akan Whatsapp CR n most of the lect ada bilik kat HQ.The last one is UiTM Balik Pulau yang aku tengah ulang-alik hari-hari ni. Penat tau dak. Berhampiran dengan Hospital Balik Pulau dan JPN. Ok update baru Kampus Bertam untuk kos yang berkaitan dengan Sains seperti Pharmacy and Sains Kesihatan but currently offered to Diploma only. Kampus dia cantik gila. Tengok dalam gambor je pon. Hehe.

Ianya merupakan sebuah bangunan kedai yang mana pihak UiTM sewa. Dengar kabo untuk pelajar asasi sains gitu ler, malas la nak cara. Yang pasti kitorang selesa, line wifi laju gila babas. Fasiliti kat sini canggih compare kat HQ. Makanan little bit mahal, akak beli nasi lemak kat kafe kolej, merangkap lunch ler tu. Sat gi, sampai kolej kol 5pm, beli nasi untuk dinner. Jimat kan? Oh, pastu apa yang best, kita boleh lalu Penang Bridge hari-hari, kau ado? Perjalanan mengambil masa kurang lebih sejam sebab pagi kan jalan sesak. So, kita akan bertolak pukul 7.30am, kelas mula pukul 9am. Kira kome ada masa untuk makan dan tidur lah setengah jam tu. Padahal dalam bas membuta juga. 

5. CHARLIE

Korang google lah binatang apa charlie ni ye. Binatang ni hanya ada di kawasan sawah padi, mostly kat utara tanah air. Memang dia bahaya, tapi Alhamdulillah akak dan kawan-kawan akak masih hidup walaupon dah banyak kali kena lovebite dengan charlie ni. Ubat sapu boleh amek kat UK-Unit Kesihatan. Nak cepat hilang kesan parut, sapu ubat gegat gigi, tapi pedih oii, tak sanggup aku nak tahan sakit.

Akhir kata, jangan takut. Dah besar kan? Kami tak makan orang pon. Selamat menjadi mahasiswa/wi UiTM dan juga lain-lain IPTA/IPTS/POLITEKNIK and etc. Selamat berorientasi atau lebih dikenali sebagai Mds-Minggu Destinasi Siswa. tak tau kot dah ubah nama lain, sebab aku MDS masa NOV'11 at UiTM Merbok. kehidupan-sebagai-seorang-mahasiswi.Kat Penang, aku tak payah orientasi, jadi VVIP katanya. Haha. Oh, one more thing, hidup ni kena ada dugaan dan cabaran, baru best. Duduk kat tempat orang, lagi luas skop kita tentang adat dan budaya orang. Kalau ada masalah, jangan senyap je, jumpa abang/kakak senior tepi jalan tanyalah. Ada mulut,kan? Malu bertanya sesat jalan dik oii.

Notakaki: Saat paling tak best, bila kita dah selalu jadi junior, tetiba nak kena jadi senior. Dah kena tukar panggil akak sebab batch95 ni semua sebaya angah je.

Ok ni link-link lain yang kome boleh baca untuk dijadikan pedoman bergelar mahasiswa/wi. haha. Yang baik tu jadikan panduan, yang buruk jangan ikut tapi jadikan pengajaran ok adik-adik.

entry akak dapat buat degree at UiTM Penang

same phase like uolls- pre law uitm merbok

49 comments:

  1. akak, maksudnya daftar je la kat hq? class semua kat balik pulau ke? kenapa kat google maps takda pon?

    ReplyDelete
  2. kiranya kolej semua kat bukit mertajam,then setiap hari kena naik bas gerak pergi balik pulau ke ? and lagi satu berapa sem ye program bm 243 ?

    ReplyDelete
  3. Tengok surat tawaran kamu dia suruh daftar kat mana tapi akak dulu memey daftar kat kampus Permatang Pauh sebab situ je ada kolej. Then, setiap pagi kamu akan naik bas UiTM pergi Balik Pulau.

    ReplyDelete
  4. Yup, UiTM Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Tepi jalan je. Masa akak datang hari tu sampai terlajak, tak perasan. HR ada 6 sem = 3 years. Kolej ada kat Pmtg Pauh dan Bertam. Tapi Bertam tu utk kos Farmasi dan Sains Kesihatan etc (DIPLOMA). Kamu akan naik bas UiTM pergi dan balik. Dont worry about transport cuma kena punctual. Dont be late.

    ReplyDelete
  5. Akak!!! akak tak payah orientasi sbb akak penerapan ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab akak dulu asasi UiTM. Kenapa?

      Delete
    2. ohh k k... dulu saya asasi undang2 uitm jugak,so sy pun tak perlu mds ke ? sbb dekat surat tawaran saya tak tulis bila tarikh daftar,just suruh dtg kuliah je 8/9,tp camne nak tahu kolej ?

      Delete
    3. daftar kolej 7/9 klo student lama la. Kira kamu pon sekali la. 8/9 tu dah start kelas.

      Delete
  6. salam akak, saya bakal pgi uitm permatang pauh untuk sarjana muda kejuruteraan mekanikal? ramaikah perempuan amik kos ni? so, kolej palam lagi better la kan dye punyer facilities kan..adoi, risau sye nak bljar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk. i'm not sure laa. Apa yg pasti segala jenis bengkel ada kat Pmtg Pauh. Major in engineering. So, welcome to UiTM Permatang Pauh. Klo x ramai pompuan laa best, peluang pekerjaan besar. Eh ye ke. Hehe. X yah risau laa. Good Luck!

      Delete
    2. nadia, saya@akak dah tanya kawan yg amek mechy. Dia lelaki laa tapi. Dia kata dlm kelas dia 6 out of 22 perempuan. Ok laa tu kan. Lagipon kat kolej kamu boleh buat kawan apa. Dah semuanya pompuan, memey la kan. Akak amek HR, dlm kelas akak ada 5 orang je lelaki. elok je. Hehe. Its not bout gender, whatever it is u must be strong enough to face this environment sbb naty kita kerja pon camni dikelilingi oleh lelaki. Hehe. Just my opinion

      Delete
  7. Assalamualaikum, Saya bakal sambung degree BM240 Marketing di Balik Pulau. Sepanjang Cik belajar di Balik Pulau, susah x hari2 pergi balik naik bas dari permatang pauh ke balik pulau? Maksud sy susah dari segi pengaturan masa, jadual, kelas.. Maaf bertanya, sbb risau nk sambung study ni. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumslm. Pada pandangan saya, mula2 memey rasa susah nak bangun pagi, penat and etc. Tapi, lama-kelamaan kita dah immune dgn rutin tu. So, x jadi masalah. Lagipon, dalam bas tu nanti boleh qadha tidur. Kelas semua sama je, cuma nak kena bangun awal siket dan naik bas hari2. Lagipon utk 1 sem je awak kena berkorban. Sem 2 dan ke atas kelas kat main campus. Good luck! Kitorang boleh buat, kenapa tidak kalian, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah semua dipermudahkan untuk kita semua.. Amiiiin.. Study di Balik Pulau untuk semester 1 je? Termasuk kos sy? Sorry byk plak tnya.. -.-

      Delete
    2. Insha Allah Amiin. Semua kos bisnes (HR, Mktg n OM) Sem 1 SAHAJA akan pergi ke Balik Pulau. Its ok, no prob.

      Delete
  9. salam akak nk tnye transport nk blk kl sng x?,cos hotel ade dkt bukit mertajam ke balik pulau?terma kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Nak balik kl laa akk rasa paling no prob. Tiket banyak, klo nak balik on the spot pon boleh. Naik prebet pg jetty about RM 15. Kat situ ada train n bas. Klo nak g airport RM 50-100.

      Delete
    2. kos hotel kat UiTM Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Memang faculty korang tersergam indah di situ. Boleh la klo nak sewa hotel UiTM. hehe

      Delete
  10. salam kakak . emm akak duk dalam kolej sampai habis belajar ke ? atau satu tahun je duk dalam kolej ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Firstly, akk x tau kamu lelaki ke pompuan, hopefully girl la ye. Lelaki jarang baca blog. Insha Allah duduk kolej sampai tamat pengajian. But still kena attend la aktiviti2 yg dianjurkan oleh pihak kolej, MPP, JPSM n etc. Sebab degree siket je. Siswa yelah kena duduk kat luar sem 2 dan ke atas kecuali klo kamu active kelab persatuan.

      Delete
    2. saya perempuan . oh makna nya saya boleh duduk situ sampai habis sem eh . saya amik degree masuk 1 sept nih . takut . btw thanks akak :)

      Delete
    3. oh ok. Insha Allah boleh. Welcome to degree life n welcome to Penang. welcome. Anything, kindly PM me on FB or whatsapp me.

      Delete
  11. As'salam..akak course marketing ke??sy dpt course marketing dkt balik pulau..klau penerapan kira dftr 7/9 gak la kn??sorry bnyk tnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm. Akak HR. Yup penerapan daftar 7/9. sama la daftar dgn pelajar lama. Its ok. Sorry for the late reply.

      Delete
    2. thanx..lg 1 nk tnya awk duduk asrama mana ek??(baru perasan sama umur plak,sorry sblm nie pnggil akak)..apa beza asrama intan dgn delima??sy ada la google2 psal kolej nie tpi mcm susah sikit la nk dpt maklumat..ley sy dpt fb or whtsapp awk??

      Delete
    3. Saya duduk kat delima. Mula2 dulu duk kat Intan sebab saya 2nd intake. Intan tu 1 bilik 4 orang tandas kat luar kena share dgn plus minus 10 bilik yg lain tapi banyak je tandas n blk mandinya. Klo Delima satu rumah ada 8 orang (ada 2 bilik tidur, 2 bilik air n 2 blk mandi n sinki). FB nama penuh sy (ada link kat atas kanan blog ni). No ws 019-2148697

      Delete
  12. Assalamualaikum akak. Saya yanie. Sy ditawarkan sambung belajar di balik pulau course operation mgmt. Sy daftar masuk 7/9 di permatang pauh. Kolej tidak disediakan. Adakah saya perlu mencari rumah sewa disekitar balik pulau atau saya perlu memohon kolej di permatang pauh?? Untuk degree, kolej yg disediakan kena bayar ke untuk duduk. And kolej mana?? Saya harap akak dapat membantu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslm. Oh ok, cuba call pjbt kolej 04-382 3104 dan koin grup FB Komuniti Ijazah Sarjana Muda UiTMPP, Faculty of Business Management UiTM P.Pinang n Aduan Kolej Kediaman UiTM Pulau Pinang. Kolej utk Degree- Siswi (Delima), Siswa(Baiduri).

      Delete
    2. Ohh okayy terima kasih. Btw akak dah brape tahun kat uitm penang eh?? Best tak??

      Delete
    3. dah masuk tahun 2. Best je. Nanti rasa ler sendiri. Nak rasa best kita kena explore, jgn dok kat kolej je. Weekend join program outdoor atau buat trip dgn kawan2 explore Penang. Kereta sewa banyak n public transport pon banyak.

      Delete
  13. Terima kasih tuan punya blog.
    Terima kasih semua pembaca.
    PENCARIAN RUMAH SEWA DITUTUP.
    Barakallahu fikum yang bagi kerjasama.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err nak tanya ni, awak duduk luar ke? Like seriously sebab jarang berlaku siswi duk luar. hehe.

      Delete
    2. Maaf. Saya yang iklan nak cari housemate tadi. Tapi skrg tak jadi. Sebab baru lepas call pejabat. Puan tu kata tadi, mulai sem ni TAKKAN ADA LAGI KELAS DI BALIK PULAU. Jadi kawan2 yang bakal sama2 masuk september ni, tak perlu risau. Campus akan ada di permatang pauh dan bertam sahaja. In syaa Allah. :)

      Delete
    3. oh ye ke, but still Bertam tu pon agak jauh, hmm ntah la x tau nak cakap. Pergi je la daftar n be prepare to face whatever things that may happen coz kita ni student kena ikut cakap depa. Insha Allah, semuanya beres.

      Delete
    4. Kelas dah takde dekat balik pulau?? Betul.ke ni?? Maknanya untuk course business belajar dekat mana??

      Delete
    5. Assif jiddan. Terlupa sangat sangat Bertam ke Bukit Mertajam. Tapi puan tu kata, Balik Pulau mmg tutup dah. Transport disediakan utk yang duduk kolej. In syaa Allah lah. Bak kata senior tu, be prepared for future lah. Hehe

      Delete
    6. semua faculty business kelas kat Bertam including me. So, see u there my junior!

      Delete
  14. Salam..pointer asasi saya hnya tiga ke atas dan tak mencecah 3.5,saya nak tanya peluang untuk isi upu untuk dapat kejuruteraan itu ada atau tida??layak ke saya denga result yg tak seberapa ni

    ReplyDelete
  15. Waalaikumslm. Kamu check syarat kelayakan utk mohon kos tu. Akak tengok syarat minimum Asasi UiTM to Degree is 2.75. So, kamu layak la. Insha Allah cuba dulu. Ada rezeki dapat lah. Klo xdapat, usaha lagi. BTW, kamu ni dari asasi apa? If pre law to engineering, i dont think that u can apply for that course.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum. nak tanya time bila yg perlu pakai pakaian kurung putih tuh ? hari first day daftar or keesokkan harinya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. first day pakai baju kurung dan kasut bertutup(siswi) dan baju kemeja, seluar slack, kasut hitam (siswa). Baju putih tu masa MDS nanti baru pakai. Tapi, klo kamu lelaki, pakai je la baju putih tu, takde hal punya

      Delete
    2. oh sorry adik dah cakap baju kurung. Yup. baju putih tu bawak je utk dipakai masa MDS. Daftar pakai baju kurung sopan dan tak jarang dan tak ketat dan kasut bertutup ye.

      Delete
  17. akak. nak tanya. kmpus bukit mertajam yg dekat permatang pauh kan? bukan yang dkt area summit hotel tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kat permatang pauh dekat jgk dgn Politeknik Seberang Perai. tepi jalan je. summit hotel kat mana plk tu? maaf lambat reply..

      Delete
  18. Akak, sem berapa yg wajib duduk dalam kolej. Sem 2 dah boleh duduk luar ke belum?

    ReplyDelete
  19. no fon ada x? senang sikit nak tanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 019-2148697. sorry busy kerja. tak bukak blog. hehe

      Delete
  20. akak, kalau brg beli online pos ke alamat uitm bukit mrtajam boleh tak? Saye NR, x dpt kolej sbb student pnerapan huhuuuuuu....Bkan ape, sbab kalau nk poskan ke alamat rumah sewa, tkut mase tu saye xdek di rumah dan tkut jugak disoglap. Sekian

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...