Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 19 June 2013

#1 Tips nak berjaya dalam bisnes

Assalamualaikum,

Weh, pejam celik aku dah nak final exam next week. Serius cuak kebebeh. Aku ada benda nak update iaitu pasal trip ke Kelantan pada Jumaat lepas. But i'm too busy and lazy. hehe. So, just nak update siket jer.

Well, aku pergi trip untuk buat kajian tentang how they manage their business. Well, aku tertarik dengan style abang ni. Sebab umur dia baru 24tahun, bagi aku dia dah berjaya dalam perniagaan Serunding beliau.

maaf, gambor golap. Yang pegang anak tu abe fahmi(owner) n Dr. Bard

Ni signboardnya.hehe

Actually, kat sini banyak gila perniagaan serunding. Kira persaingan yang sengit dan hebat juga laa. Tapi, abang Fahmi ni berfikiran di luar kotak, sebab dia supply kat tempat lain macam Johor dan Brunei. Kalau jiran2 perniagaan tu semua hantar kat atas pasar. Oh lupa nak kabo, tempat ni kat Palekbang. Tempat ni glamour dengan serunding, betul dak ore klate? Maaf saya orang ganu. haha.

Ok, apa yang aku nak kongsi ialah kalau kita nak berniaga ni tak boleh 'kedeng' atau kedekut. Sebab lagi kita berkira dengan orang, lagi rezeki susah nak masuk. Sama jel lah macam konsep sedekah. Kan sedekah itu membuatkan rezeki kita lagi murah.

En. Fahmi ni siap sediakan kuih apam warna-warni<banyak pula tu> dengan air oren satu balang besau. Macam tau-tau je kitorang dahaga nak mampuih. Pastu siap bekalkan untuk bawak balik yang baki kuih tu. 

Aku rasa sebab tu lah dia boleh berjaya. pastu, walaupon harga bahan mentah naik <as uolls knew>, tapi dia up harga RM1 per kg sahaja. Klo orang lain, mesti dah mark-up double triple punya, dengan alasan barang mentah naik harga. 

Ok, yang ni aku nak bagi contoh lain lah pulak. Contohnya, kau buka kedai makan, then total up semua RM21.90. Tak boleh ke kau buang sen yang belakang tu, amek jumlah genapnya. Takde miskinnya kau setakat sen2 tu. Lagi customer suka nak datang lagi, sebab kau jenis tak berkira. Ini, kalau customer takde sen2 pon, jenuh laa tunggu customer korek dalam kereta ataupon tuan kedai tu boleh kata cenggini;

'Takpelah dik, lain kali datang bayar laa.'

What the tettt, kalau setakat sen2 pon berkira susah la brader.

Ok choww. Just my opinion.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...