Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 21 June 2013

Pantang aku kalau korang...

Assalamualaikum

Setiap manusia ada macam-macam perangai. Ye, aku tau. Tapi kalau dah tahap minta penyepak acano?

My blog, my life, my rules. But i also act based on how you treat me. Thank you.

1. Tak tepati waktu

Aku paling benci jadi mak pacak, nak-nak tengah panas rembang. Nak je aku maki kau tengah-tengah orang ramai cenggitu. Tapi, aku jaga maruah dan air muka kau, then aku simpan dalam hati. Nangis sorang-sorang. Bapak sadisnya cerita aku. 

Tapi, serius ni beb, tolong lah tepati masa. Kau ingat kerja aku nak tunggu kau je. That's why i will prefer to be lone ranger. Nak pergi mana-mana sorang je, tak payah nak berkait dengan orang. Kalaulah aku jadi 'somebody' dalam persatuan mana-mana kan, kau lambat je aku tinggal/gugur/denda dan sewaktu dengannya. Harap maklom. Oleh itu, sila jangan undi saya untuk mana-mana jawatan. Haha, poyo shiall.

2. Kedekut

Ok, yang ni sumpah aku benci tahap gaban manusia yang berperangai begini. Macam gampang. Duit orang hutang kat kau ingat memanjang, cuba kalau kau hutang kat orang haram nak ingatnya. Lagi satu kalau kes aku tolong potostatkan nota ke apa ke, then, i used my money first. then, memey comfirm aku takkan dapat baik the exact amount i gave out. 

Pastu, contoh lah kita minta tolong orang belikan something, can you give her/him extra money as bonus or at least say thank you. No big deal right? Takdelah dia rasa dihambakan. Ada orang yang memey suka amek kesempatan ni, dia memang malas ke apa aku tak tau, yang tau order je. Kengkonon dengan alasan kau dah ada kat situ, tolonglah beli sekali. Ye, sekali takpe beb, ini berkali-kali takpon memey setiap kali macam tu. Takpon, kita gilir-gilir, ak dah tolong order, kau pergi amek. Boleh? Consider lah beb.

Macam kau sorang je yang nak berjimat-cermat. Aku ni memey anak TanSri yang tetiap bulan ayah aku masukkan 10k, gitu? Berat nanang sungguh laa.

3. Suka mengeluh

Aku tak tahu since when i hate those people yang suka mengeluh ni. But you should knew how annoyed we felt when you keep told us <merengek minta penyepak>; 'Penatlah,banyak kerja nak kena buat.'  Memang kau sorang je ada kerja kan? Tapi ni tahap aku boleh terima lah, cuma tak boleh terima bila u keep said the same phrases repeatedly. Kalau aku dah pandang semacam tu paham-paham je lah. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...