Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 2 June 2013

Suka menjadi Duka Part 2

Assalamualaikum

ok, kalau hangpa tak baca lagi episod 1, sila klik link di bawah ini.<kalau rajin lah>
http://nabm930627.blogspot.com/2013/05/suka-menjadi-duka-part-1.html



Ok, aku nak sambung balik entry ni. Konon nak update dalam bulan Mei jugak sebab nak capai target 5 entry per month. Tapi, tak sempat lah. i'm busy. Cuti mid sem seminggu ni aku rasa macam sehari je. Over sangat.

Oh back to the scene which my mom was fainted at toilet. Masa tu mana kita nak sedar kotoq ka bersih ka walaupon kita ni jenis pembersih. Dah nama pon pengsan, tak sedaq apa lah namanya. Dalam keadaan separuh sedar, mama aku buka pintu dan hampir nak tersembam ke lantai lagi sekali. Cepat-cepat aku tahan dengan sebelah tangan. Masalahnya, tangan kiri aku tak kuat, aku kan right-handed, so energy aku banyak kat belah kanan la. Dah lah, tangan kanan tu aku pegang handbag mama. Then, aku cakap kat akak depan toilet yang tengah tunggu anak dia buang air, suruh tengok-tengokkan mama aku.

'Kak, tolong tengokkan mama saya kejap. Saya nak pangil ayah kat luar.'

Then, what do you expect? Dia boleh tengok je. Haram jadah tak tolong pegang, nasib baik aku dah dudukkan mama aku, dan mama sandarkan kepala dia ke dinding. Berlari aku keluar cari ayah, sekali tengok ayah tengah beli buah. Aku cakap kat ayah yang mama pengsan, ayah passed kat aku makanan dan minuman yang dibeli, aku sumbat semua sekali dengan handbag mama kat dalam kereta. Masa ni, aku bengkek bila adik aku merayap ke mana entah. Tapi, dia kata dia jerit nama aku masa tengah kecoh-kecoh tu. Aku kalau kat public memang selalu buat dont know je, sebab aku selalu terperasan orang panggil nama aku-Syira. Padahal orang panggil anak dia-Mira. Bengong.

Pastu, ayah dukung mama, baringkan dalam kereta. Sambil tu call ambulans. Paling dekat Hospital Temerloh. Aku ingat nak angkat mama sorang-sorang, tapi tak larat even ayah aku pon sesak nafas dukung mama. Walaupon, badan mama aku kecik je tapi entah lah. I dont know what to say. Dengan bau darahnya lagi. Habis kusyen kereta. Sekali bapak punya lama tunggu ambulans, tak sampai-sampai lagi. Aku dah berpeluh berdiri tercongok kat tengah panas rembang padahal kejadian berlaku pukul 4pm cenggitu. Ayah aku follow up call banyak kali, last sekali, dia tanya; 'Abih tu perlu ke tak ambulans ni?'

Al mangkukun betei, orang dalam emergency mesti lah nak. Ingat sesuka hati nak call 999. Rupanya dari Temerloh nak ke Lanchang tu jauh nak kena u-turn bagai lah. Then, ayah aku decide nak bawa sendiri pergi klinik kesihatan/hospital terdekat. pasang lampu emergency, semua kenderaaan bagi laluan. memang laju ayah aku bawak. Dah macam ambulans, eh tapi ambulans lagi laju gila bapak ah.

Then, sampai lah koi di Klinik Kesihatan Karak. Terus masuk air. Mula-mula, aku masuk dalam klinik tu, sekali ayah aku suruh duduk luar sebab ada Cina mampus mati kat dalam tu. Sakit jantung. Padan lah Pegawai Kesihatan,<err, aku tak tau lah pasal pangkat depa> tu pandang aku macam tak kasi masuk je. Aku pikir sebab aku tak solat, semangat pon dah melayang ke mana. So, it's better for me to wait outside, in a meanwhile, i text to my mom and dad siblings regarding my mom's situation. Pastu, jenuh aku nak pick up call and reply mesej. Dah semua handphone kat aku. Adik malas nak bergerak aktif sebab dia ditumbuhi bisul<haha, cam lawak je ayat aku>. tapi, serius lah, kesian aku tengok dia, jalan terkengkang-kengkang. Sakit oii. Pastu EN. Qari tu bagi ayam kepsi kat kitorang yang muka kebuluran ni. Terima kasih.

Pastu, datang lah ambulans dari Hospital temerloh, dia nak pastikan lah sama ada itu panggilan palsu atau tak. Apa pon terima kasih kerana membantu. Then, mama was admitted to Hospital bentong via ambulans. Mula-mula masuk Unit Kecemasan, aku dah banyak pengalaman naik ambulans ni. Mama aku boleh pengsan kat atas stretcher tu masa tengah masuk air. Ingatkan tidur, masa ni kitorang keluar cari hotel. Lagipon, doktor dan nurses serabut lah ramai-ramai nak masuk. padahal sakit tak camne pon<sila terasa bagi korang yg bersikap sebegini.> Yang tak boleh blah, sorang aunty India ni ada bisul kat leher, yang datang berduyun-duyun, aku ingat dah mati 10 orang. Tu yang aku cakap dengan adik aku, kau bisul pon kita tak kecoh cenggitu.


Tidurlah kitorang kat Hotel Tras Mutiara, Bentong. Ok lah, selesa, bersih dan murah.RM88/NITE. Then, kitorang makan kat Ikan Bakar Sri Tanjong. Sedap, murah dan cepat. Sampaikan masa balik Terengganu hari Jumaat malam tu, kitorang singgah lagi. Sebelum tu kitorang pergi kat Medan Selera tu, tapi disebabkan servis yang sangat lembab dan tak banyak pilihan, kitorang choww cari kedai lain. Oh, aku ada satu cerita lawak:

Adik: Saya nak telur bistik satu dengan nasi putih.
Dia:  Telur bistik tu camne?
Aku: Telur bistik lah, ada ayam, sayur campur, kuah. <amboi, kemain aku plak yang mengajor kau>
Dia: Masakan panas je yang ada. 
Adik: Hmm, takpe lah. Nasi goreng pataya satu. <sambil buat aksi facepalm>

Konklusinya, baru aku tau telur bistik tu masakan sejuk. Kalau takde, cakap je lah takde. Tukang masak pastikan ada, macam lah kau tak tau sekarang musim cuti sekolah, orang semua nak balik kampung. Mesti singgah makan kat kedai OTW nak balik ke kampung, dah kebulur tau dak. Pastu, ayah aku nak bayar lah air yang kitorang minum ni, nak kira pon lembab. Kau congak je lah, ni baru nak tanya kat mak kau. Agak-agak je, takde miskinnya ekau.

Ok ini tips, kalau nak tahu kedai tu servis dia pantas dan efisien ke tidak, tengok berapa lama dia ambil masa untuk hantar pesanan air korang. Kalau air pon lembab, memang lambat lah jawabnya.

Ok, memandangkan aku dah menetap sementara di Bentong ni, aku dah tau banyak benda. Meh aku listkan.

1.Tong Fatt Value Mart. 

Haha. Dulu, aku tanya kawan aku yang tinggal kat Raub, apa yang ada di Raub? Dia kabo Tong Fatt ada la. Ok, Tong Fatt ni sah kaya kat sepanjang perjalanan dari Bentong ke raub tu ada TF. Disebabkan kitorang bercuti <lah sangat> tanpa disangka, memang tak prepare pakaian, konon hantar angah kat Jengka terus balik rumah. Then, aku dengan adik jalan kaki seberang jalan pergi TF Bentong. Habis seratus lebih, mahal jugak baju kat sini. Memang tak dapat la, 'nak murah,nak cantik'. Banyak cantik muka kau.

2.Kedai makan Ecah kat Raub

Hai, tanpa disangka, aku telah pergi ke rumah ecah a.k.a kedai makan. Yang ni sebab bosan, kitorang dah check out hotel sebab mama kata dah boleh discharge. Sekali kena tunggu result darah pukul 11.30 malam. Pusing punya pusing entah berapa kali pusing pekan Bentong, lepas dah memborong kat Sakan, beli air ECPI yang sangat murah kalau nak compare kat tempat aku-RM6.90 sebotol. Kat Puchong-RM8/Bottle. Aku mesej Ecah nak pi rumah dia.<muka x malu seh>. oH Ecah ni kawan aku masa asasi kat Merbok dulu. Sekarang, dia degree kat Shah Alam, tu yang macam jejak kasih siket. Haha.

3.Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong

curi kat google.http://relakssminda.blogspot.com/2013/05/senibina-masjid-di-negeri-pahang.html
Masjid ni sangat best. Besar dan cantik. Aku rasa macam tak nak balik pon ada. Atas bukit. Kalau solat terawih, mesti syok gila. Parking lot dia banyak sangat, tapi aku rasa kalau bulan puasa mesti tak cukup kan? Dekat masjid ni disediakan bilik mandi dan tandas<for sure la kan>, pastu tempat wuduk besar. Rasa cam nak tidor je kat dalam tu. Oh, kat sini juga aku jumpa kak Ayu yang OTW nak balik Machang. Keciknya dunia. Dan baru aku tahu, kalau nak balik Kelantan lalu Bentong-Raub-Lipis. Sebab selalu kalau time raya, aku nak balik terengganu, aku nampak depa masuk ikut lain. Ada banyak jalan lah kiranya. 

ok, ni lah mamaku. Bengkak tangan mama kena cucuk jarum.
4.Hospital Bentong

Ini hospital lama tapi bagus sebab dia satu tingkat je, tak payah penat-penat nak naik tangga cam Hospital Klang. <eh bukana da lif ke?> Ah, gasakkan yang penting tak sesak dengan patients sangat. Persekitaran dia nyaman je. Boleh lepak di bangku-bangku yang disediakan. Nurse semua baik-baik belaka. Yang tak best, surau menghadap bilik mayat. Seram gila aku nak solat. Dah ah memang sunyi sepi, solat sorang-sorang plak tu. Sebab tu, masa Suboh, aku lagi rela ikut ayah aku solat kat Masjid Bentong. Lagi satu yang tak best, masa aku teman mama aku kat wad, memekak je patients yang nyanyuk tu. Ya Allah, ingat awak sorang je sakit. Nak terpekik terlolong dalam wad. Maunya darah tinggi mama aku tak naik, kalau tak dapat nak tidur lena. Aku pon, berdenyut kepala. Kalau tak pikir dia sakit dan dah tua, dah lama aku tampor bagi senyap.<uish, garang betei keh ni.>




 PESANAN PENAJA:

Kalau setakat sakit biasa-biasa je yang tak membawa maut, tak payah nak menggedik nak masuk wad. Benci aku tengok. <bagi pihak orang lain yang datang melawat> Apa yang best kalau dapat tidur kat wad? bosan tau dak, makanan semua untuk orang sakit. Takde rasa. Tak dapat bergerak bebas, asyik-asyik nurse datang nak check BP, kena cucuk dengan jarum panjang, nak check kolestrol, kencing manis and etc. Even, malam pon kau kena bangun dari tidur untuk buat check-up. Tak lena kan tidur? Nampak aku bagi semua keburukan bila duduk kat hospital, so that kau takde lah menyusahkan nurse dan doktor, bagi lah peluang kat orang lain yang lebih memerlukan. Ini patah tangan je pon, yang datang melawat macam dah komfem mati. Apa pon, pihak atasan iaitu doktor lebih mengetahui dari aku yang nobody. Ini cuma pandangan aku sahaja. Harap maklom.

Terima Kasih yang tidak terhingga buat kalian yang telah terlibat secara langsung ataupon tidak dalam kes mama saya. Tak lupa juga, yang mendoakan kesejahteraan mama. Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

#Doakan mama aku sembuh. Aamiiin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...