Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 30 July 2013

Review Samurai Chicken Burger

Assalamualaikum

Sapa tak terliur tengok iklan Samurai Burger kat TV kan? Erk, ke aku je yang tak kuat iman. So, mula-mula aku nak tunggu time aku cuti baru nak pi beli samurai ni. Tapi, nampaknya gua dah tak tahan, asyik termimpi-mimpi di siang hari <ok, over sangat>, so semalam aku pi lah beli. Chicken Samurai. Maaf gua tak amek gambor, aternya udah teringin benor, tu yang azan je terus balun. 

So, komen aku, ini apa yang aku rasa. Tekak aku kan.

TAK SEDAP.

Entah, mungkin imaginasi aku based on iklan kot. Tekak aku tak boleh masuk kot. Benci lah. Eh, aku bukan benci burger, tak baik. Ahh, apa-apa je lah. Yang pasti aku kecewa, dah lah bapok mahal. RM11.++ kot walaupon aku beli time value dinner. Mahal sebab aku tukar fries tu kot, yelah menda baru mesti try. Sekali dah cuba, dah tahu tak sedap, tobat tak mao makan dah. HAHA.

Pastu, bila fikir balik memBAZIR je aku beli burger tu sebab harga macam tu aku cekik sorang2. Cuba kalau pergi bazar, haa kan boleh beli makanan untuk dimakan seisi keluarga gitu. Ahh, aku tergoda... Ayah aku tanya sedap ke tak, aku cakap ler sedap hingga menjilat jari sebab nak cover harga mahal punya pasal.

Oh, pastu dulu masa aku kerja kat Macd, SAMURAI tu kitorang punya term kalau customer suruh keratkan burger supaya senang anak deme nak makan. Nampak tak, kami baik, ikutkan je apa yang customer nak.

Tapi, apa pon ini tekak aku je ye. Lain tekak, lain selera. Peace yau. 

Pastu, ni tadi aku tengok kat beautiful nara. Haha. Tu yang terus update ni. Tengok tau video di bawah.

Raya tak bermakna tanpa mereka

Assalamualaikum.

Sekarang ni kemain lagu raya berkemundang di corong-corong radio, sales semua gempak belaka. Kalau duit tu pakai daun dah lama aku serbu SOGO,Mid and etc. Haha. Alah lagipon baju raya memey dah siap lama sebab takut tailor tu full booked. Aku tempah sekali dengan baju kurung untuk intake degree hari tu. Lagipon, raya tahun ni dah tak bermakna bagi aku sebab macam2 lah. Dah tua mungkin. Sebab tu, orang kata kalau Hari Raya budak-budak je yang seronok.

Pastu, pernah tak korang dengar yang kita tak boleh takbir sebelum sampai hari raya, nanti jenazah sedih. Mula-mula aku pelik jugak tapi betul beb bila raya kita akan rasa gila lah kehilangan orang tersayang. Raya dah tak bermakna bagi sesebuah keluarga itu bila one of their family members died or sick. Ye lah, takkan kau nak raya sakan sedangkan dalam rumah tu ada orang yang terlantar sakit dan beberapa bulan/tahun sebelum tu, one of them died. Kiranya deme ni tengah berkabung lah. Kau kena faham tu.

It same goes to me as my opah passed away on 30th August 2011, which is it was on FIRST HARI RAYA Aidilfitri. So, setiap kali Hari raya memang kita akan memorize balik detik2 pemergian arwah opah. ''Masa ni, kita tengah kafankan mak''-Mama. Pastu, rumah tok aku dekat benor dengan Masjid Negeri Ipoh, kalau jalan kaki mao berpeluh ketiak weh. Aternye moh ler kita naik kereta, apa guna kereta banyak,kan? Kalau nak solat terawih dan solat sunat Hari raya tak kira lah aidilfitri mahupon aidiladha. Arwah opah aku suka duduk saf depan<saf orang tua>, so bila lepas solat dan khutbah, kitorang akan pergi kat opah dan salam2 semua. Lama kitorang lepak kat masjid tu. Pastu, hari tu masa Aidiladha, kitorang beraya kat Ipoh, memang aku menangis sepanjang berada kat masjid tu sebab macam terasa arwah opah ada di saf hadapan tu. Orang sebelah aku sah pelik, pasepa laa budak ni nangis. Balik dari masjid terus pergi kubur. Balik rumah pon takde buat apa, sebab atok aku duduk rumah taman walaupon nama Kg.Tersusun. Nak pergi raya pon pergi Manjoi je, ada mak mentua Mak Uda dan pergi rumah sedara-mara Mama. 

Pastu, masa bulan Januari 2013 yang lepas, tok ki aku plak meninggal. So, raya tahun ni kitorang balik Terengganu dulu. Kesian plak kat tok aku, nanti dia sunyi plak. Cuba kau bayangkan rumah besar, tapi tok aku tinggal sorang je dalam rumah tu. Atas faktor keselamatan, tok aku pon tidur kat rumah Ayah Long aku tetiap malam. Tapi, biasalah kalau aku pon tak selesa kat rumah orang. HOME SWEET HOME, kan? So, lepas balik dari berniaga kat pasar payang dan Manir hari Sabtu, memang tok spend time kat rumah. Sunyi gila wa cakap lu. Budak-budak memang lah ramai je yang datang rumah nanti, tapi entahlah perasaan ku kosong. Eh, kiranya dah tak meriah sangat raya kat terengganu sebab selalu cucu Haji Salleh yang suka ronda satu kampung, tapi sekarang kepala dia dah besar, malu lah weh. Budak-budak tu plak, kalau takde kepala, duduk je lah kat rumah. 

Lastly, tak ke rasa kurang ajor sangat kalau kitorang bergumbira sedangkan mama aku takberapa sihat. ye, memang lah some people would said that; 'Dah tu kalau ada orang sakit/mati, tak boleh nak bergumbira laa. Life must go on beb.' ye, aku tahu tu beb, but it just to show that we respect to them and feel symphaty <betui ke dak eja tak tau> . 

Aku sejak-sejak dah habis SPM, terus jadi anak dara Melayu terakhir, duduk kat rumah, buat air hidang kat tetamu. Oh, pehliss. Dah tu kau nak suruh aku buat apa, terbongkang tengok TV, apa kata dek orang a.k.a bakal mentua iolls. Haha.Takdelah, kiranya aku paling besar kat belah Ipoh, yang belah Terengganu plak dalam rumah tu memang lah bukan aku paling tua, dah tu takkan aku nak suruh BAKIM buat air plak. Keluarga ayah long memang busy lah kat rumah diorang, 5hari 5 malam buat open house, deme kan orang kuat  BIEN plus cikgu sekolah lagi. Ramai lah tetamunya. Eh, dak aih aku melawak ja. Melampau benor 5 hari 5 malam,kan.

Konklusinya, bila Raya ni sebenarnya memang untuk mengingati ahli keluarga,saudara-mara dan juga kawan-kawan yang telah pergi meninggalkan kita lebih awal buat selama-lamanya. So, bila dengar lagu raya, aku sedih tapi boleh control lagi. mak su aku setiap kali lagu raya berkumandang di stesen radio terbabit, dia tukar frekuensi. Its hard to those who experienced this. 

Monday, 29 July 2013

Setiap persoalan telah dijawab oleh Allah

Assalamualaikum, 

Kekadang dalam hidup ni, pelbagai persoalan muncul di minda. Kenapa begitu, kenapa begini? Manusia takkan pernah puas dengan apa yang kita dah ada,kan? Sebenarnya, apa yang kita soal tu, Allah dah jawab dalam alQuran. Kalau kita baca tafsir dan fahaminya lah kan. 


Perkongsian Tazkirah yg dihantar kpd saya melalui whatsapp pagi tadi.-Ayahanda Sahol-


TAZKIRAH RAMADHAN :- 8 Soalan MANUSiA & AL-QUR'AN bila ditimpa Masaalah:-

1) Manusia : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Ali Imraan : 139

2) Manusia : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Al-Baqarah : 286

3) Manusia : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an : …boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah : 216

4) Manusia : Kenapa aku diuji ?

Qur’an : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Al-Ankabuut : 2 

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.Al-Ankabuut : 3

5) Manusia : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an : ...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. Yusuf : 87

6) Manusia : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an : Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. Ali Imraan : 200

7) Manusia : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an : …cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.At-Taubah : 129

8) Manusia : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. At-Taubah : 111


P/S: Aku copy paste dari fb Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar-VC UiTM

Sunday, 28 July 2013

Review Nyamuk Tak Berdosa

Assalamualaikum.

Ok, sapa tengok cerekarama ni tadi? Best kan? Banyak pengajaran dalam cerita ni. Aku memang dah lama tak layan drama Melayu, tapi bila tengok iklan aku dah memang pasang niat nak tengok. Tapi, aku lupa bila tarikh cerita ni disiarkan. Tetiba tadi bosan, aku buka TV pukul 10.30pm terpampang lah cerita ni.

Aku nak tengok sebab ada klon Liyana Jasmay, si Puteri Balqis yang comel dengan Kamal Adli je. Haha. Tapi, cerita ni memang ada mesej la bukan just for fun. Tak sangka Kamal tu dah berlakon jadi bapak orang <ke aku yang tak sedar?>. Bini dia memang tabah lah wa cakap lu. Dan si budak kecik tu pon memainkan peranan penting untuk sedarkan bapak dia yang pemarah tu. Good job aqish. 

Dalam hidup ni, jangan nak berkira/kedekut. Bukannya kau boleh bawak mati pon duit tu. Pastu, beramah-mesra dengan jiran sebab bak kata Abang Majid tadi, kita ni bukannya sentiasa sihat, adakala bila kita sakit atau dalam kesusahan, we need our neighbours help. Pastu, ni pendapat aku lah, nanti kita mati, orang lain jugak yang akan uruskan jenazah kita. And for sure your neighbour will contribute more as he/she is the one who close to you, am i rite? Lastly, don't take for granted when you has that 'POWER'. For example, as a husband, you are the leader in the house but you have no right to make abuse against your wife and children. Mentang2 lah kau lagi kuat, habis kaki tangan semua naik kat badan isteri dan anak-anak. Bukan semua lelaki mungkin segelintir sahaja. Think wisely man before you do some act. Lower your EGO and you will be loved by everyone. Peace yau. 

Friday, 26 July 2013

Mimpi oh mimpi

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran. Dah khatam belum? Moga korang dapat khatamkan or at least pegang dan baca AlQuran, bukannya simpan je dalam almari. Hari tu aku ada baca kat facebook tentang pengalaman seorang yang bekerja di hospital kat bilik ICU ke apa ntah, dia kata bila dah hampir tiba saat-saat kematian seorang pesakit yang beragama Islam,mesti depa minta nak pegang alQuran buat kali terakhir. Ye lah, kalau nak baca dah tak mampu, yang mana selama ni tak pernah sentuh alQuran, pastu dia suruh staf hospital tu bacakan. Air mata berderai-derai turun. Moga dijadikan pengajaran kepada kita. Bukannya lepas kita dah khatam alQuran masa kecik, terus tak sentuh alQuran. Sebenarnya, kita kena baca, amalkan dan fahamkan alQuran tu sebab dalam tu semua Allah dah ceritakan lengkap.

Ok apa yang aku nak cerita ialah malam semalam memang aku tidur tak lena. Tak tau pasaipa, mimpi lah, pastu bunyi alarm. Yang alarm tu kononnya nak bangun Istikharah, menyesal pulak aku tak bangun. Pi bantai tidoq balik, padahal masa tu aku tak rasa mengantuk pon, tak macam malam sebelum tu. Punya seksa nak bangun. Ahh, nak menyesal pon tak guna Syira oii. Benda dah lepas.

Pastu aku mimpi kena kejar buaya kat kampung-Terengganu. Bukan aku yang kena kejar tapi Huda, my kazen. Aku tengok je, tak tolong pon. Tak guna punya sepupu. Dah lah dalam mimpi tu, kitorang baru lepas balik tandas, kat kampung memang tandas kat luar rumah. Sah, balik kampung nanti, aku akan lebih berhati-hati dan tolonglah perut jangan meragam masa malam/pagi buta time semua orang pakat tidoq. Aku rasa mimpi buaya sebab petang tu aku tengok kat FB pasal bangkai buaya kat Kuala Selangor kot. Tu yang sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Pastu pasal si Huda tu mungkin petunjuk yang Ayah Ngah aku nak mai mengubat mama aku hari ni kot. Sebab Huda tu anak ayah Ngah. 

Then, aku mimpi kat baju Angah ada tulis 'Kalau nak mengaji/pegang AlQuran kena ada wudhu', kalau tak berdosa.' Ok pastu terus insaf. Memang sebelum ni aku tak amek wudhu' pon sebab ada sesetengah ulama' berpendapat kalau AlQuran tu ada tafsir, tak perlu wudhu'. Tapi, kalau aku nak baca alQuran yang takde tafsir memang ada wudhu' la, cuma sekarang ni adik-beradik aku semua pakat ada alQuran tafsir Sdn Bhd, tu yang konon boleh pegang/baca bila-bila masa sahaja. Then, aku fikir balik, demi menjaga kesucian AlQuran, aku kena amik wudhu' setiap kali nak baca/pegang alQuran. Pastu aku anggap ini sebagai hidayah Allah sempena Nuzul Quran.

Oh, pastu sebenarnya aku ada lagi 2 mimpi cuma aku tak pasti itu aku berkhayal atau memang mimpi. Tapi, mimpi lemas oii. Gila bak hang. Satu tu, aku kononnya snorkeling <betui ke dak eja tak tau> bersama anak-anak nelayan <motif? mungkin projek next sem kot. Haha>, pastu kitorang main-main sapa selam paling lama-ni memang aku selalu buat dengan adik2 aku kalau pi mandi kolam,laut dan juga air terjun. Sekali aku tak timbul2, haa cuak kan? Pastu, aku rasa sambungan dari lemas ni, ada mamat sorang ni tolong lah selamatkan aku, pastu dia buat CPR, dush tak rela mak nok, aku sedar, tengok jam menunjukkan pukul 5.07am, terus bangun panaskan lauk. Kalau tak, memang terlajak soq aku hari ni.

Memang banyak nightmaress aku, yang positifnya satu je. Ya Allah, minta dijauhkan dari musibah. Amiin. 

Thursday, 25 July 2013

Bila kereta kecik potong kereta besau...

Assalamualaikum.

Tadi masa aku OTW nak ke kedai, aku speed laju2 nak masuk simpang. Dari arah bertentangan tu ada kereta BMW, aku dah boleh agak yang dia nak masuk simpang tu jugak. Biasalah orang sekarang ni suka susahkan orang, kalau kau bagi signal dari awal kan senang kita nak agak. So, aku dah banyak pengalaman 'terkena' camni, aku lipat je lah masuk simpang.

Agaknya dia bengang kot, boleh plak kat jalan yang sempit tu kau nak potong aku. Hei, walehwaleh gua takdak masa nak main police entry one to jaga. Haha. Lantaklah, hang nak rasa tercabar ke apa, aku dah tengah line clear, aku masuk lah. Lain lah kalau ada kereta nak keluar dari simpang tu,kan?

Ok, the point is based on my observations and true experience, sapa2 yang bawak kereta besaq ni akan rasa tercabar kalau motor ataupon kereta yang lagi kecik dari dia potong depa,kan?

Contoh kalau balik Terengganu, bila lalu Jabor tu memang cam apa je jalan kan. Lori berlambak. So, jalan pon slow cam siput. Pastu, tetiba kereta kancil potong kereta ayah aku konon nak cepat sampai kampung dia. Comfirm punya akan keluar ayat ni;

'Hekeleh, kereta kancil je pon. Nak eksyen kamen potong orang.' 

Ok ini memang biasa sangat berlaku. So what,apa masalah kalau kereta kecik potong kereta besaq. Sapa suruh hang bawak kereta slow, cam nak makan angin. Aku paling tak suka betei kalau drive takde hala tujuan, pastu mula lah bawak slow. Takpon kalau kita potong kereta yang 'lems' ni mesti lah nak ushar apa yang dia buat sampai lembab sangat. Rupanya tengah bermesra dengan awek, garu janggut, cari frekuensi radio dan sebagainya. Woi, lu pehal, ni kat atas jalan raya. Silap sikit, melayang nyawa. Kalau nyawa kau je melayang takpe, ni kala melibatkan nyawa orang lain, tu yang tak syok nak dengar.

Cuba lah setiap kali kau nak drive tu, tahu hala tuju destinasi, bukannya nak makan angin. Bukanlah aku suruh kau bawak laju gila babeng cuma berpada-pada lah beb. Jangan slow n laju benor. 

Konklusinya, jangan lah rasa tercabar ego kau bila kereta kecil takpon kereta lain potong hang, fahamlah yang mereka nak cepat sampai rumah <bukanlah tahap bawak cam schumacer ye>, mereka tak suka makan angin di atas jalanraya, lagi baik aku pi tepi pantai weh kalau nak makan angin dan pelbagai alasan lain. The problem is you, drive asal golek tayar je boleh jalan laa, kau ingat ni tengah latihan memandu dalam litar ke hape? Peace yau.

Orang Perak suka santau orang?

Assalamualaikum.

Woah, dah kenapa tajuk ku mengundang gaduh benor? Ok, aku bukannya nak buat permusuhan negeri ke apa jadah. Mama aku orang Perak, i'm proud to be Perakians.

Pernah tak korang dengar RUMOURS; 'Jangan kawan/kahwin dengan orang Perak, deme ni kuat main santau.' Amboi kome, sentap tahu tak anak-anak Perak? Pastu, orang akan kata; 'Jangan haruih  <harus> kome nyinggah<singgah> makan di Perak nun, kang disantau nya kome, teman idak nak menjawabnya. Amboi, buruk benor aku tiru gaya cakap atok aku. Jangan haruih tu memang wajib sebut. Haha.

Pastu, semalam aku dengar tazkirah ringkas dari seorang Ustaz ni lepas selesai 'berubat', dia kata sebenarnya bukan orang kedai makan tu yang santau customer dia. Ye lah, kalau pikior <fikir> secara logik pon, takkan lah deme nak nyantau customer sendiri, ye dak? Apa ke pekdahnya deme buat camtu? 

Kat Perak ni memang terkenal benor dengan ilmu santau ni, siap masuk dalam Majalah 3 lagi uolls. Siap deme main macam sumpit orang asli tu nak hantor santau tu. Yang ni kat Taiping. Woo, takutnya. Oh, pastu ustaz tu kata 'benda tu' nak bebas, dia tak suka terkurung aje. At least sebulan setiap tahun kasi lepas. So, pengamal atau yang ada santau ni dia akan lepaskan ikut suka hati dia. Benda tu pon terbang lah ke mana saja. Selalunya, orang tu akan lepaskan kat tempat ramai orang seperti pasar malam/tani dan kedai makan. Benda tu pulak, dia main masuk je kat badan sesapa sebab tuan dia tak tuju kat sapa-sapa pon. Dah dia nak bebas sangat. Kalau tak silap aku, benda tu macam beranak-pinak tau, so bila dah terlampau banyak dalam botol/bekas tu, tak ke sesak dah macam ikan sardin dalam tin, sebab tu dia kena dilepaskan. 

Oleh yang demikian, kome yang ada mengamalkan ilmu santau ni buanglah dengan segera. Kang nak mati susah plak, nak kena buka bumbung, nak turunkan ilmu kat anak bagai semua. Benda ni kan khurafat dan jatuh syirik. Lagi satu, ianya menyusahkan/menganiaya orang ramai, kau ingat senang nak berubat sana-sini. Kau fikir dah cukup hebat dapat santau orang? Kita dah di era modenisasi ni, takkan nak main santau lagi, tak kurlass lah jah oii. Oh lagi satu, tak semestinya orang Perak je suka main santau ni, negeri lain pon ada. Bagi deme, lagi kuat kesannya jumpa tok sami siam. Astaghfirullahalazim. Aku ingat zaman dulu je ada khurafat ni sebab dulu agama Islam baru nak bertapak so deme masih jahil tapi rupanya makin moden kita makin jahil dalam bab agama. 

So, before kita makan kat mana-mana sekalipon baca lah doa makan, Bismillah tu penting sebelum buat apa-apa kerja. Oh lagi satu baca DOA ELAK SANTAU; Bismillahillazi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie, wahuwas samie ul alim. Baca 7 kali, kalau ada santau dalam bekas makanan tu, dengan izin Allah boleh pecah pinggan tu. Wallahua'lam. Just sharing. Ni ustaz Jalan Kebun, aku tak ingat nama eh aku yang tak tanya.

Wednesday, 24 July 2013

Accept the differences among us

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

Well, aku pelik lah tetiba nak main isu sensitif pasal perkauman ni. Jadah apa, selama ni kita hidup aman damai je. Tolonglah, jangan nak cuba timbulkan bibit-bibit racism, kau nak ke jadi macam 13 Mei tu? Aku nak komen siket pasal beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan;

1. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain

Eh kita ni dah berapa lama hidup kat Malaysia dengan pelbagai kaum, dah lama kan? Selama ni takdak pon nak kutuk ke hina or whatsoever. Aku sekolah sekular, so semua kaum ada yang main ialah Melayu, Cina dan India. Aku kawan je dengan depa semua, takdak pilih kasih pon. Depa pon baik je. Konsep dia senang je, kau hormat agama aku, aku hormat agama kau. Walaupon kita berbeza fahaman politik agama. Apa motif kau buat benda takdak pekdah ni,hah? Contohnya, macam bulan puasa ni, kawan-kawan aku yang Non-Muslims tu kemain nak makan/minum sorok-sorok sebab depa tau that they supposedly respect the Muslims who were fasting in Ramadhan. It same goes to us, we should respect them, dont insult them. Setiap agama ada cara/amalan nya sendiri. 

2.  Non-Muslims pon puasa

So what, ada masalah? Biaq pi lah depa nak rasa camne penat, nak tahan lapar dan dahaga semua. Aku tabik spring la kat depa yang sanggup puasa. Kawan-kawan aku dulu ramai je yang puasa. Kita yang beragama Islam ni tolonglah bagi support, jangan pulak hang pi kata kat dia; 'Oi, hang mana boleh puasa, tak sah blablabla.' Woi, hang ni aku nak tarbiyah sket, biaq la depa cuba nak puasa, mana nak tau satu hari nanti depa ni dapat hidayah dari Allah, terus masuk/peluk agama Islam. Sebab tu kita kena support depa. Sebab, depa tau puasa ni banyak faedahnya, orang kita je yang tak mao puasa. Masa ni lah nak bagi perut rehat, selepas sebelas bulan kita isi macam-macam dalam perut ni. Puasalah diet terbaik. Dan macam-macam lagilah benefits if we are fasting. 

3. Racist

Masa aku sekolah rendah, aku tak tau pon pasal benda ni. Sebab semuanya tenang je, takdak pon nak gaduh. Kita makan,main dan belajar sama-sama. Mungkin Shah Alam tu memang tenang, takde nak gaduh-gaduh. Oh tu dulu sekarang dah lain. Tapi, bila aku meningkat remaja <uish,gelinya ayat> baru lah aku tau pasal gaduh antarabangsa kaum ni. Benda kecik ja, depa yang suka perbesarkan sampai nak gaduh kat luar sekolah konon. Kemain kereta peronda dok tunggu depan pagar sekolah, jadah dia? Ingat sekolah tempat berkelahi ke bro? Mungkin masa ni baru nak up, darah tengah panas, fikiran tak matang tu yang jadi gaduh tu. Pastu, asal gaduh bawak geng, kau pk ini cerita sarip dol gangster kampung dusun?<eh, ada kena-mengena ke? gasakkan> Yang ni sumpah kelakar, kalau lu rasa hebat one-to-one la brader, apa kes bawak geng. Nampak sangat la lu kecut. 

4. Punca pergaduhan

Macam yang aku kata kat atas tadi, benda kecik je. Contohnya kau main bola sepak kat padang pastu team kau kalah. Penyebab kekalahan tu ialah sebab referee berat sebelah. Cett, padahal memang team kau noob, eh maaf kurang hebat. Nak dijadikan cerita referee tu berbangsa India, pastu disebabkan kau panas hati yelah dah ah penat nak lari ke hulu ke hilir, pastu tengah panas rembang, rasa cam nak tampor je sesapa yang cari pasal kan. Eh, tak ni aku je.HAHA. Pastu, kau pon mulalah dengan perkataan yang tak sepatutnya seperti K#L*NG PA&*%# Blabla, dan start from this, the war begin. Nampak tak benda kecik je, terus jadi pergaduhan antara kaum. 

5. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Amboi, tudiaa dah keluaq dah peribahasa masa nak buat karangan. Aku bukan apa, aku ni kan ramai kawan-kawan dan customer ayah yang Non-muslims, so bila aku jumpa depa, aku jadi malu plak nak jumpa/cakap dengan depa disebabkan hal-hal yang berlaku dewasa ini. Depa pon ada perasaan jugak, kita kena la hormat depa sama, asyik depa je yang hormat kita. tak boleh jadi. Kenalah sama-sama hormat-menghormati antara satu sama lain. Kat sekolah dulu pernah je buat karangan beratus-ratus patah perkataan pasal 'Cara-cara memupuk amalan muhibbah/semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia'. Pastu, bagi la idea bombastik kau tu seperti menziarahi jiran tetangga apabila tiba musim perayaan, mengadakan rumah terbuka, bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga,  dan sebagainya. Oh back to my peribahasa tadi, haa cerita dia camni, yang dok pulun mengata kaum X tu sekelompok kecil kaum Y, tapi kaum X akan assume the whole kaum Y tu mengata kaum X, get it? So, depa pon mengata kat kita, kan dah jadi besar kes ni? 

Konklusinya, kita mampu mengubahnya dengan tidak menyentuh hal-hal sensitif, luaskan silaturrahim dengan berkawan dengan non-muslims, dont be racist, we are 1 Malaysia, rite? Penat je kerajaan wujudkan konsep 1 Malaysia yang sememangnya wujud sejak dulu lagi kalau tengok cerita P. Ramlee lah. Bila negara kita aman damai, bersatu teguh bercerai roboh, takdelah anasir luar menceroboh masuk ke negara kita. Peace yau. Just my thought.

Tuesday, 23 July 2013

Bertahanlah mama demi anak-anakmu

Assalamualaikum.

Ya Allah, kau panjangkanlah usia mama dan ayahku agar dapat aku balas jasa mereka, sekurang-kurangnya dapat merasa gaji pertamaku hasil titik peluhku. Kurniakan mereka kesihatan yang baik dan sembuhkanlah penyakit mamaku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Tolong Amiin kan beramai-ramai. Terima kasih.

Aku tahu aku kena kuat tapi sampai satu ketika aku akan down and give up. Kat mana lagi nak berubat, habis semua tempat dah pergi. Benda tu keluar masuk, bila pergi berubat mama sihat kejap. Pastu, badan flat balik. Dia kalau dah bertapak memang senang je benda tu nak masuk.

Apa perasaan korang bila tiba-tiba mama/ayah korang cakap pasal mati? Memang lah biasa kalau beliau tak sakit, ini kalau dah terlantar sakit camtu, what do you feel? Entah aku tak tau lah sama ada aku yang emosi terlebih ke hape kan. Memang aku ni jenis yang mudah tersentuh. 

Kita tak baik berdendam dengan orang, tapi kalau ikut panas hati aku ni, kalau aku tahu sapa orang tu rasa macam nak cincang lumat-lumat, tapi biarlah Allah SWT yang membalasnya di akhirat kelak.  Aku sanggup merayu kat kau berhenti lah buat kerja-kerja yang dibenci Allah, apa yang kau sakit hati sangat dengan kami? Kami bukannya kaya mana pon, hutang berlambak. Andai kami ada buat hangpa sakit hati, kami minta maaf. 

Aku bukanlah nak berlagak aku ada 6th sense ke apa, tapi emm entahlah. Malas nak cakap, satgi orang kata aku takbur. Tapi, kalau tengok keadaan mama aku, memang macam dah tak lama. Ya Allah, hambamu ini tak bersedia lagi untuk kehilangan orang yang aku sayang. Aku tak kuat. Dah lah aku sorang je kat rumah ni, adik-adik aku kat asrama. Kalau boleh aku nak depa ada sekali kat sini. 

Kuatlah wahai hati kerana aku tahu Allah takkan uji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hambanya. Aku kuat, cekal dan tabah. Maaf andai ada kawan-kawan aku yang terasa hati sebab aku tak cerita kat hangpa masalah aku cuma entah lah it supposedly to be private. Ini kira aku dah tak mampu nak tahan perasaan sedih sorang-sorang. Selama ni aku cerita kat Kak Syu, kekadang aku rasa cam nak suruh orang yang terdekat dengan aku <kawan2> ada di sisi ku di saat ini. <mimpi je lah>

Dengan rasa rendah hati, aku minta tolong dari korang untuk doakan mama aku agar sembuh dari penyakitnya. 'Berdoalah mohon mama panjang umur kalau kome nak rasa ada mama lagi.' (Mama, Julai 2013). Aku takut nak bayangkan masa depan, macam-macam menerjah fikiranku, semuanya negatif. Ada ketika aku rasa macam nak suruh mama jangan tidur sebab aku takut kemungkinan yang satu itu. Ya Allah, jauhkanlah.

Monday, 22 July 2013

Cerita dalam kelambu jangan cerita kat public

Assalamualaikum.

Wowo, lu pehal bulan-bulan puasa nak up entry cenggini. Eh beb gua bukan suka-suki nak MENCAPUB tapi i have my own reason why i do so.

Ok, aku PALING suka baca METRO lantaklah orang kata itu paper paling putar alam, cerita nak gempak je. Ada aku kesah? Entah, aku ada alasan tersendiri pasepa aku pilih Metro kalau nak compare with other newspapers. 

Apa yang aku nak cerita ialah iklan ubat kuat yang buat aku rasa malu nak baca. Mesti, ada yang kata hang toksah baca la hat iklan tu. Haa memang pon, aku terus skip pi page lain. Dak laa, aku nak bagi nasihat sket, aku tau lah hang bahagia dapat suami kuat <lah sangat> konon 'saya puas dengan hasilnya.' Ya Allah, takdak ka rasa malu walau sekelumit pon masa hangpa nak tulis ayat tu untuk buat iklan. Satu Malaysia baca tau dak. Dah lah gambaq terpampang kat situ. Mungkin akan ada orang yang kata 'Demi duit apa pon depa sanggup buat.' Sentap? Bagus lah kalau terasa so that after this takdak dah iklan yang promote cara camtu.

Ni mesti ada yang kata; 'Hang ni tak open-minded laa, biasa lah benda tu.' Okey, lantak hangpa lah nak kata aku ni jenis closed-minded ke hape. Tapi, bagi aku benda dalam kelambu tak payah nak cerita kat orang luaq la woi. Dah tu sebelum guna ubat tu, kau tak puas? Tu bukan ke dah kira tak bersyukur dengan apa yang ada? Lagi satu, kat iklan tu nampak macam kau ujub,riak dan takbur. 'Siapa mao jadi hebat macam saya,minumlah tettt, pakailah tett'. Sekali Allah tarik nikmat tu, baru hang tau. Ok, why not kat setiap iklan yang kononnya kau sebagai testimoni produk tersebut dah sembuh atau ada perubahan yang baik, kau buat ayat yang lebih kurang cenggini;

Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini serta doa yang tak putus-putus kehadrat Allah, saya sudah boleh berjalan dan melakukan kerja seharian seperti biasa. Saya cadangkan anda untuk minum/makan/pakai produk ini, Insha Allah boleh sembuh dengan izinNya.

Maaf, aku tak reti susun ayat bagi cantik. Kau ingat aku duta produk ke? Tapi, apa yang penting sertakan kau dah sembuh dengan izin Allah bukannya sebab produk tu semata-mata. Tu dah macam mensyirikkan Allah dengan sesuatu seolah-olah kita percaya hanya dengan ubat ni kita boleh sembuh. Oh, maaf kalau ada salah fakta, aku bagi pendapat berdasarkan apa yang aku tahu dan belajaq ja. Do inform me if i'm wrong.

Oh, lagi satu pasal masalah period ke hape? Perlu kah bercerita kat orang luar selain dari suami,doktor <kalau boleh cari lah doktor perempuan>, adik-beradik lelaki <perlu ke?>. Ye, aku tau mesti ada yang kata laa itu pon salah ka? Sharing is caring. Waklu, apa keperluan kau bercerita kat si dia tu? Aku rasa nak menyorok dalam almari je bila, tiba-tiba kita tengah sembang-sembang kau buka cerita pasal period kau yang tak betul and blabla. Lain lah kalau lelaki tu tanya kau; 'kau selalu tak kena senggugut, sebab aku kesian lah kat wife aku. Boleh tak kau bagi cara-cara nak kurangkan period pain?' Eh, perlu ke kau tanya kat kawan perempuan, mak-mak lagi banyak tips nya okey. Memanglah lelaki kena tau pasal benda ni semua sebab one day they will have their own wife and daughter. Emm, tapi boleh tak nanti masa kau dah kahwin kau tanya bini kau pasal semua tu. Ini kan masalah girls, then just share your period problems with girls only babeh.

Konklusinya, ini cuma pandangan aku je. Kolotkah aku? Hoyeah, aku cakap benda betul la ni. Aku rasa malu bila nak cerita bab-bab ni. What is suppose to be private, just keep it on your own and don;t SELL it to PUBLIC. That's all. Peace no war brader and sister. Haha.

Saturday, 20 July 2013

Semua yang HARAM kau nak TIBAI

Assalamualaikum

Ok, semalam aku tengok berita kat TV3. Ceh kat facebook kemain like page Kami boikot Buletin Utama TV3, tapi itu juga lah yang akan aku dan keluarga tengok hari2. Haha. Ok apa yang aku nak cerita pasal Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dah keluarkan FATWA yang mengatakan SHISHA adalah HARAM. So, i harap uolss yang sedut shisha tu berhenti lah dari sedut benda alah tu. Kesan shisha lagi kuat dari rokok tahu dak?

Shisha ni orang ingat sket je effect nya sobab eh amek jarang-jarang, tak macam rokok yang sehari kau boleh habiskan sekotak rokok. Amboi, kau makan ke apa? Lantak lah yang pasti, aku tak suka orang merokok tapi takde lah sampai tahap aku taknak kawan dengan kau kalau kau ni perokok tegar. Cuma kau kena tahu satu benda, orang yang hidu asap rokok kau 2kali ganda lagi teruk. Tolong bagi udara segar boleh tak, dah lah ada jerebu tambah plak dengan asap kau. Ingat sket brader yang kau hisap tu racun. Sayangi lah orang di sekeliling anda.

Ok, apa yang aku nak cerita ialah orang Melayu yang beragama Islam ni semua yang haram dia berani buat seperti ROKOK, SHISHA, ARAK, DADAH. Cuma satu je yang depa tak berani cuba lagi iaitu Makan BAB 1. Ke ada yang dah berani try? Hang pk hang dah habih tera ka? Sedaq-sedaq lah diri sempena bulan RAMADHAN ini ye.


Friday, 19 July 2013

Nasihat Kubur kepada bakal jenazah



Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Pernah tak bayangkan bila kita akan mati. Well, tak payah fikir sebab tu semua dah ditentukan oleh Allah. Just be prepare. Sebab kita tak tahu bila saatnya akan tiba. Mungkin kejap lagi, esok lusa. Tak kira tua atau muda. Sedangkan budak baru lahir pon ada yang terus meninggal. Dia dapat tengok dunia sekejap je tu pon labor room dan dia pergi dalam keadaan suci tanpa dosa. Terus masuk syurga sambut mak ayah dia. 

Pastu, kita digalakkan untuk mengingati MATI dengan menziarahi, sembayahkan dan mengiringi jenazah ke kubur, mandi dan kafankan jenazah. Ini semua kan termasuk dalam fadhu kifayah sebagai seorang Muslim. Bila kita ingat mati, kita akan kurang buat maksiat. 


Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah semanis kehidupan malam pertama didunia iaitu selepas kita bernikah. Pesanan untuk diriku yang pelupa.

Nasihat Kubur: 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURRAHIM . ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca  AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Edited and copy paste from page Zizan Raja Lawak.

Wednesday, 17 July 2013

#Puasa1434H-Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum.

Kalau kita solat berjemaah kat surau atau masjid, lepas azan mesti ada gap sekejap untuk solat rawatib,kan? Tapi, perasan tak berapa kerat je yang bangun untuk solat sunat tu, yang pasti orang tua je lah yang bangun. Yang muda chitchat dengan kawan sebelah, layan fb,twitter,wechat dan segala benda yang melaghakan lah. Padahal bukan susah pon 2 rakaat je. sekejap je pon. At least boleh tambah pahala dan menampung dosa kita yang tak terkira banyaknya. Aku je yang banyak dosa tu. 

Solat Sunat Qabliyyah tu dibuat sebelum solat fardhu, manakala solat sunat Ba'diyyah tu dilakukan selepas solat fardhu. Solat sunat Rawatib ni kira macam mengiringi solat fardhu lah. 2 rakaat dan 1 salam je dah cukup. Kadang-kadang aku terfikir lah, kenapa masa sekolah dulu boleh je buat. Makin tua, makin liat nak tambah pahala. 

SUBUH-Qabliyyah (2 rakaat sebelum solat suboh)

Zohor- Qabliyyah dan Ba'diyyah (2 rakaat sebelum dan 2/4 rakaat selepas solat Zohor)

Asar- Qabliyyah (2/4 rakaat sebelum solat Asar)

Maghrib- Ba'diyyah (2 rakaat selepas solat Maghrib)

Isya'- Qabliyyah dan Ba'diyyah (2 rakaat sebelum dan selepas solat Isya')

So, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, mari amalkan solat sunat Rawatib. Walaupon solat sorang-sorang, tetap boleh lakukan solat sunat Rawatib. Tapi, jangan pulak bila Ramadhan je kita buat, istiqamah itu penting.Just sharing. Kalau ada salah info, sila inform ye. Sekian, wassalam.

Rujukan:

Tuesday, 16 July 2013

Jangan Berlagak dengan orang bawahan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak

First and foremost, Praise be to Allah SWT because i had finished my first sem. Hopefully, i will pass with excellent result. Sapa tak nak dean list kan? But I just hope that i PASS all the subjects without REPEAT. Amiin.

Ok, apa yang aku nak cerita kat hangpa ialah, walau tinggi mana pon pangkat kita di DUNIA ini, tolonglah jangan nak berlagak sangat. Dunia ini ibarat roda, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah. Tanpa orang bawah atau staf sokongan, siapa lah anda yang di atas tu. Orang bawah yang buat kerja, kau dapat nama. Eh? Takde semua orang buat kerja kan, that's what we call KERJASAMA.

Semalam masa aku mengangkut barang-barang nak balik ke Puchong ni, ada pakcik tu tengah sapu sampah kat longkang UiTM, agaknya dia nampak aku dari jauh pulun mengangkat luggage dan barang kan. So, dia kata 'sat2 pakcik tolong, berat tu,' Aku ni bukan nak berlagak tak mao orang tolong, tapi selagi aku ada kudrat aku buat sendiri, tak mao susahkan orang, nak-nak pulak pakcik tu dah tua kot. Aku tolong tampung la, satgi tergolek plak pakcik tu bersama beg aku. 

Pastu, sembang-sembang la sat. Dia tanya aku belajaq apa? Aku cakap lah degree blabla. Pastu, dia kata Alhamdulillah, pakcik doakan anak berjaya. Ya Allah, saat tu aku rasa nak menangis dah. Tapi, control lah kan, satgi dia ingat aku gila plak tetiba nak teriak,kan? I terharu ok, orang yang aku tak kenai, sanggup nak doakan aku. 

Konklusinya, tolong hormat  at least senyum la kat depa walaupon depa kerja sebagai cleaner sekalipon. Kan selalu lecturer nasihat kita supaya bertegur sapa, senyum dan hormat kat depa ni. Jangan ingat hang sedang study degree, ingat tinggi sangat ka? 

Friday, 5 July 2013

MATI: Hanya orang yang pernah rasa je tahu

Assalamualaikum dan salam Jumaat

Apa khabar kalian? Alhamdulillah masih diberikan kesempatan bergelar hambaNya di atas muka bumi ini. Dah lama aku nak up pasal ni, tapi takde masa dan memandangkan untuk bulan July aku takde idea dan Ramadhan is just around the corner, aku rasa sesuai benor kalau aku update pasal Mati. 

Ok, dulu kan kalau kat sekolah orang kutip derma kilat ada cikgu atau parents kawan-kawan mati, kita just hulurkan duit tanpa ada perasaan sedih ke insaf or whatsoever. Dah nama pon budak kecik. Tapi, aku lebih memahami perasaan orang/keluarga yang kehilangan bila opah aku meninggal pada hari raya pertama-31 Ogos 2011. Selepas itu, tok ki aku pulak menyusul pada awal Januari 2013.

Sebenarnya, bagus kalau ada orang yang terdekat dengan kita pergi menghadap Allah S.W.T sebab orang sekeliling dia akan rasa insaf. Bahawasanya mengingati mati itu dapat mengelakkan kita dari melakukan maksiat.Dalil pasal mengingati mati. Aku bagi contoh, lepas je opah aku meninggal, sehabis boleh aku jaga solat dan mengaji tetiap malam. Sebab aku tahu aku banyak dosa dan solat tu benda pertama yang akan ditanya oleh Allah, yang mana umat zaman ini memandang remeh je hal solat ni.

Contoh lain, kawan aku punya mak insaf lepas sedara dia meninggal, terus pakai tudung dan pergi haji. Nampak tak sequence dia? Kalau one of your family meninggal, korang follow laa mandikan, kafankan, solat dan mengiringi jenazah ke kubur. Once u did all this, you will knew how is that feeling. Nak-nak bila dengar imam baca talkin, Ya Allah, mampu ke idak ler kita untuk menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir tu kan? 

Ok, sebenarnya aku dah lari topik. Apapon, semoga kita semua insaf. Ingatlah mati tu bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Walau kita kaya mana pon, takde nya kau boleh sogok malaikat Maut tu dengan duit. Ya Allah, takutnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...