Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 24 July 2013

Accept the differences among us

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

Well, aku pelik lah tetiba nak main isu sensitif pasal perkauman ni. Jadah apa, selama ni kita hidup aman damai je. Tolonglah, jangan nak cuba timbulkan bibit-bibit racism, kau nak ke jadi macam 13 Mei tu? Aku nak komen siket pasal beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan;

1. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain

Eh kita ni dah berapa lama hidup kat Malaysia dengan pelbagai kaum, dah lama kan? Selama ni takdak pon nak kutuk ke hina or whatsoever. Aku sekolah sekular, so semua kaum ada yang main ialah Melayu, Cina dan India. Aku kawan je dengan depa semua, takdak pilih kasih pon. Depa pon baik je. Konsep dia senang je, kau hormat agama aku, aku hormat agama kau. Walaupon kita berbeza fahaman politik agama. Apa motif kau buat benda takdak pekdah ni,hah? Contohnya, macam bulan puasa ni, kawan-kawan aku yang Non-Muslims tu kemain nak makan/minum sorok-sorok sebab depa tau that they supposedly respect the Muslims who were fasting in Ramadhan. It same goes to us, we should respect them, dont insult them. Setiap agama ada cara/amalan nya sendiri. 

2.  Non-Muslims pon puasa

So what, ada masalah? Biaq pi lah depa nak rasa camne penat, nak tahan lapar dan dahaga semua. Aku tabik spring la kat depa yang sanggup puasa. Kawan-kawan aku dulu ramai je yang puasa. Kita yang beragama Islam ni tolonglah bagi support, jangan pulak hang pi kata kat dia; 'Oi, hang mana boleh puasa, tak sah blablabla.' Woi, hang ni aku nak tarbiyah sket, biaq la depa cuba nak puasa, mana nak tau satu hari nanti depa ni dapat hidayah dari Allah, terus masuk/peluk agama Islam. Sebab tu kita kena support depa. Sebab, depa tau puasa ni banyak faedahnya, orang kita je yang tak mao puasa. Masa ni lah nak bagi perut rehat, selepas sebelas bulan kita isi macam-macam dalam perut ni. Puasalah diet terbaik. Dan macam-macam lagilah benefits if we are fasting. 

3. Racist

Masa aku sekolah rendah, aku tak tau pon pasal benda ni. Sebab semuanya tenang je, takdak pon nak gaduh. Kita makan,main dan belajar sama-sama. Mungkin Shah Alam tu memang tenang, takde nak gaduh-gaduh. Oh tu dulu sekarang dah lain. Tapi, bila aku meningkat remaja <uish,gelinya ayat> baru lah aku tau pasal gaduh antarabangsa kaum ni. Benda kecik ja, depa yang suka perbesarkan sampai nak gaduh kat luar sekolah konon. Kemain kereta peronda dok tunggu depan pagar sekolah, jadah dia? Ingat sekolah tempat berkelahi ke bro? Mungkin masa ni baru nak up, darah tengah panas, fikiran tak matang tu yang jadi gaduh tu. Pastu, asal gaduh bawak geng, kau pk ini cerita sarip dol gangster kampung dusun?<eh, ada kena-mengena ke? gasakkan> Yang ni sumpah kelakar, kalau lu rasa hebat one-to-one la brader, apa kes bawak geng. Nampak sangat la lu kecut. 

4. Punca pergaduhan

Macam yang aku kata kat atas tadi, benda kecik je. Contohnya kau main bola sepak kat padang pastu team kau kalah. Penyebab kekalahan tu ialah sebab referee berat sebelah. Cett, padahal memang team kau noob, eh maaf kurang hebat. Nak dijadikan cerita referee tu berbangsa India, pastu disebabkan kau panas hati yelah dah ah penat nak lari ke hulu ke hilir, pastu tengah panas rembang, rasa cam nak tampor je sesapa yang cari pasal kan. Eh, tak ni aku je.HAHA. Pastu, kau pon mulalah dengan perkataan yang tak sepatutnya seperti K#L*NG PA&*%# Blabla, dan start from this, the war begin. Nampak tak benda kecik je, terus jadi pergaduhan antara kaum. 

5. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Amboi, tudiaa dah keluaq dah peribahasa masa nak buat karangan. Aku bukan apa, aku ni kan ramai kawan-kawan dan customer ayah yang Non-muslims, so bila aku jumpa depa, aku jadi malu plak nak jumpa/cakap dengan depa disebabkan hal-hal yang berlaku dewasa ini. Depa pon ada perasaan jugak, kita kena la hormat depa sama, asyik depa je yang hormat kita. tak boleh jadi. Kenalah sama-sama hormat-menghormati antara satu sama lain. Kat sekolah dulu pernah je buat karangan beratus-ratus patah perkataan pasal 'Cara-cara memupuk amalan muhibbah/semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia'. Pastu, bagi la idea bombastik kau tu seperti menziarahi jiran tetangga apabila tiba musim perayaan, mengadakan rumah terbuka, bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga,  dan sebagainya. Oh back to my peribahasa tadi, haa cerita dia camni, yang dok pulun mengata kaum X tu sekelompok kecil kaum Y, tapi kaum X akan assume the whole kaum Y tu mengata kaum X, get it? So, depa pon mengata kat kita, kan dah jadi besar kes ni? 

Konklusinya, kita mampu mengubahnya dengan tidak menyentuh hal-hal sensitif, luaskan silaturrahim dengan berkawan dengan non-muslims, dont be racist, we are 1 Malaysia, rite? Penat je kerajaan wujudkan konsep 1 Malaysia yang sememangnya wujud sejak dulu lagi kalau tengok cerita P. Ramlee lah. Bila negara kita aman damai, bersatu teguh bercerai roboh, takdelah anasir luar menceroboh masuk ke negara kita. Peace yau. Just my thought.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...