Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 23 July 2013

Bertahanlah mama demi anak-anakmu

Assalamualaikum.

Ya Allah, kau panjangkanlah usia mama dan ayahku agar dapat aku balas jasa mereka, sekurang-kurangnya dapat merasa gaji pertamaku hasil titik peluhku. Kurniakan mereka kesihatan yang baik dan sembuhkanlah penyakit mamaku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Tolong Amiin kan beramai-ramai. Terima kasih.

Aku tahu aku kena kuat tapi sampai satu ketika aku akan down and give up. Kat mana lagi nak berubat, habis semua tempat dah pergi. Benda tu keluar masuk, bila pergi berubat mama sihat kejap. Pastu, badan flat balik. Dia kalau dah bertapak memang senang je benda tu nak masuk.

Apa perasaan korang bila tiba-tiba mama/ayah korang cakap pasal mati? Memang lah biasa kalau beliau tak sakit, ini kalau dah terlantar sakit camtu, what do you feel? Entah aku tak tau lah sama ada aku yang emosi terlebih ke hape kan. Memang aku ni jenis yang mudah tersentuh. 

Kita tak baik berdendam dengan orang, tapi kalau ikut panas hati aku ni, kalau aku tahu sapa orang tu rasa macam nak cincang lumat-lumat, tapi biarlah Allah SWT yang membalasnya di akhirat kelak.  Aku sanggup merayu kat kau berhenti lah buat kerja-kerja yang dibenci Allah, apa yang kau sakit hati sangat dengan kami? Kami bukannya kaya mana pon, hutang berlambak. Andai kami ada buat hangpa sakit hati, kami minta maaf. 

Aku bukanlah nak berlagak aku ada 6th sense ke apa, tapi emm entahlah. Malas nak cakap, satgi orang kata aku takbur. Tapi, kalau tengok keadaan mama aku, memang macam dah tak lama. Ya Allah, hambamu ini tak bersedia lagi untuk kehilangan orang yang aku sayang. Aku tak kuat. Dah lah aku sorang je kat rumah ni, adik-adik aku kat asrama. Kalau boleh aku nak depa ada sekali kat sini. 

Kuatlah wahai hati kerana aku tahu Allah takkan uji hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hambanya. Aku kuat, cekal dan tabah. Maaf andai ada kawan-kawan aku yang terasa hati sebab aku tak cerita kat hangpa masalah aku cuma entah lah it supposedly to be private. Ini kira aku dah tak mampu nak tahan perasaan sedih sorang-sorang. Selama ni aku cerita kat Kak Syu, kekadang aku rasa cam nak suruh orang yang terdekat dengan aku <kawan2> ada di sisi ku di saat ini. <mimpi je lah>

Dengan rasa rendah hati, aku minta tolong dari korang untuk doakan mama aku agar sembuh dari penyakitnya. 'Berdoalah mohon mama panjang umur kalau kome nak rasa ada mama lagi.' (Mama, Julai 2013). Aku takut nak bayangkan masa depan, macam-macam menerjah fikiranku, semuanya negatif. Ada ketika aku rasa macam nak suruh mama jangan tidur sebab aku takut kemungkinan yang satu itu. Ya Allah, jauhkanlah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...