Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 25 July 2013

Bila kereta kecik potong kereta besau...

Assalamualaikum.

Tadi masa aku OTW nak ke kedai, aku speed laju2 nak masuk simpang. Dari arah bertentangan tu ada kereta BMW, aku dah boleh agak yang dia nak masuk simpang tu jugak. Biasalah orang sekarang ni suka susahkan orang, kalau kau bagi signal dari awal kan senang kita nak agak. So, aku dah banyak pengalaman 'terkena' camni, aku lipat je lah masuk simpang.

Agaknya dia bengang kot, boleh plak kat jalan yang sempit tu kau nak potong aku. Hei, walehwaleh gua takdak masa nak main police entry one to jaga. Haha. Lantaklah, hang nak rasa tercabar ke apa, aku dah tengah line clear, aku masuk lah. Lain lah kalau ada kereta nak keluar dari simpang tu,kan?

Ok, the point is based on my observations and true experience, sapa2 yang bawak kereta besaq ni akan rasa tercabar kalau motor ataupon kereta yang lagi kecik dari dia potong depa,kan?

Contoh kalau balik Terengganu, bila lalu Jabor tu memang cam apa je jalan kan. Lori berlambak. So, jalan pon slow cam siput. Pastu, tetiba kereta kancil potong kereta ayah aku konon nak cepat sampai kampung dia. Comfirm punya akan keluar ayat ni;

'Hekeleh, kereta kancil je pon. Nak eksyen kamen potong orang.' 

Ok ini memang biasa sangat berlaku. So what,apa masalah kalau kereta kecik potong kereta besaq. Sapa suruh hang bawak kereta slow, cam nak makan angin. Aku paling tak suka betei kalau drive takde hala tujuan, pastu mula lah bawak slow. Takpon kalau kita potong kereta yang 'lems' ni mesti lah nak ushar apa yang dia buat sampai lembab sangat. Rupanya tengah bermesra dengan awek, garu janggut, cari frekuensi radio dan sebagainya. Woi, lu pehal, ni kat atas jalan raya. Silap sikit, melayang nyawa. Kalau nyawa kau je melayang takpe, ni kala melibatkan nyawa orang lain, tu yang tak syok nak dengar.

Cuba lah setiap kali kau nak drive tu, tahu hala tuju destinasi, bukannya nak makan angin. Bukanlah aku suruh kau bawak laju gila babeng cuma berpada-pada lah beb. Jangan slow n laju benor. 

Konklusinya, jangan lah rasa tercabar ego kau bila kereta kecil takpon kereta lain potong hang, fahamlah yang mereka nak cepat sampai rumah <bukanlah tahap bawak cam schumacer ye>, mereka tak suka makan angin di atas jalanraya, lagi baik aku pi tepi pantai weh kalau nak makan angin dan pelbagai alasan lain. The problem is you, drive asal golek tayar je boleh jalan laa, kau ingat ni tengah latihan memandu dalam litar ke hape? Peace yau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...