Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 22 July 2013

Cerita dalam kelambu jangan cerita kat public

Assalamualaikum.

Wowo, lu pehal bulan-bulan puasa nak up entry cenggini. Eh beb gua bukan suka-suki nak MENCAPUB tapi i have my own reason why i do so.

Ok, aku PALING suka baca METRO lantaklah orang kata itu paper paling putar alam, cerita nak gempak je. Ada aku kesah? Entah, aku ada alasan tersendiri pasepa aku pilih Metro kalau nak compare with other newspapers. 

Apa yang aku nak cerita ialah iklan ubat kuat yang buat aku rasa malu nak baca. Mesti, ada yang kata hang toksah baca la hat iklan tu. Haa memang pon, aku terus skip pi page lain. Dak laa, aku nak bagi nasihat sket, aku tau lah hang bahagia dapat suami kuat <lah sangat> konon 'saya puas dengan hasilnya.' Ya Allah, takdak ka rasa malu walau sekelumit pon masa hangpa nak tulis ayat tu untuk buat iklan. Satu Malaysia baca tau dak. Dah lah gambaq terpampang kat situ. Mungkin akan ada orang yang kata 'Demi duit apa pon depa sanggup buat.' Sentap? Bagus lah kalau terasa so that after this takdak dah iklan yang promote cara camtu.

Ni mesti ada yang kata; 'Hang ni tak open-minded laa, biasa lah benda tu.' Okey, lantak hangpa lah nak kata aku ni jenis closed-minded ke hape. Tapi, bagi aku benda dalam kelambu tak payah nak cerita kat orang luaq la woi. Dah tu sebelum guna ubat tu, kau tak puas? Tu bukan ke dah kira tak bersyukur dengan apa yang ada? Lagi satu, kat iklan tu nampak macam kau ujub,riak dan takbur. 'Siapa mao jadi hebat macam saya,minumlah tettt, pakailah tett'. Sekali Allah tarik nikmat tu, baru hang tau. Ok, why not kat setiap iklan yang kononnya kau sebagai testimoni produk tersebut dah sembuh atau ada perubahan yang baik, kau buat ayat yang lebih kurang cenggini;

Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini serta doa yang tak putus-putus kehadrat Allah, saya sudah boleh berjalan dan melakukan kerja seharian seperti biasa. Saya cadangkan anda untuk minum/makan/pakai produk ini, Insha Allah boleh sembuh dengan izinNya.

Maaf, aku tak reti susun ayat bagi cantik. Kau ingat aku duta produk ke? Tapi, apa yang penting sertakan kau dah sembuh dengan izin Allah bukannya sebab produk tu semata-mata. Tu dah macam mensyirikkan Allah dengan sesuatu seolah-olah kita percaya hanya dengan ubat ni kita boleh sembuh. Oh, maaf kalau ada salah fakta, aku bagi pendapat berdasarkan apa yang aku tahu dan belajaq ja. Do inform me if i'm wrong.

Oh, lagi satu pasal masalah period ke hape? Perlu kah bercerita kat orang luar selain dari suami,doktor <kalau boleh cari lah doktor perempuan>, adik-beradik lelaki <perlu ke?>. Ye, aku tau mesti ada yang kata laa itu pon salah ka? Sharing is caring. Waklu, apa keperluan kau bercerita kat si dia tu? Aku rasa nak menyorok dalam almari je bila, tiba-tiba kita tengah sembang-sembang kau buka cerita pasal period kau yang tak betul and blabla. Lain lah kalau lelaki tu tanya kau; 'kau selalu tak kena senggugut, sebab aku kesian lah kat wife aku. Boleh tak kau bagi cara-cara nak kurangkan period pain?' Eh, perlu ke kau tanya kat kawan perempuan, mak-mak lagi banyak tips nya okey. Memanglah lelaki kena tau pasal benda ni semua sebab one day they will have their own wife and daughter. Emm, tapi boleh tak nanti masa kau dah kahwin kau tanya bini kau pasal semua tu. Ini kan masalah girls, then just share your period problems with girls only babeh.

Konklusinya, ini cuma pandangan aku je. Kolotkah aku? Hoyeah, aku cakap benda betul la ni. Aku rasa malu bila nak cerita bab-bab ni. What is suppose to be private, just keep it on your own and don;t SELL it to PUBLIC. That's all. Peace no war brader and sister. Haha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...