Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 16 July 2013

Jangan Berlagak dengan orang bawahan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak

First and foremost, Praise be to Allah SWT because i had finished my first sem. Hopefully, i will pass with excellent result. Sapa tak nak dean list kan? But I just hope that i PASS all the subjects without REPEAT. Amiin.

Ok, apa yang aku nak cerita kat hangpa ialah, walau tinggi mana pon pangkat kita di DUNIA ini, tolonglah jangan nak berlagak sangat. Dunia ini ibarat roda, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah. Tanpa orang bawah atau staf sokongan, siapa lah anda yang di atas tu. Orang bawah yang buat kerja, kau dapat nama. Eh? Takde semua orang buat kerja kan, that's what we call KERJASAMA.

Semalam masa aku mengangkut barang-barang nak balik ke Puchong ni, ada pakcik tu tengah sapu sampah kat longkang UiTM, agaknya dia nampak aku dari jauh pulun mengangkat luggage dan barang kan. So, dia kata 'sat2 pakcik tolong, berat tu,' Aku ni bukan nak berlagak tak mao orang tolong, tapi selagi aku ada kudrat aku buat sendiri, tak mao susahkan orang, nak-nak pulak pakcik tu dah tua kot. Aku tolong tampung la, satgi tergolek plak pakcik tu bersama beg aku. 

Pastu, sembang-sembang la sat. Dia tanya aku belajaq apa? Aku cakap lah degree blabla. Pastu, dia kata Alhamdulillah, pakcik doakan anak berjaya. Ya Allah, saat tu aku rasa nak menangis dah. Tapi, control lah kan, satgi dia ingat aku gila plak tetiba nak teriak,kan? I terharu ok, orang yang aku tak kenai, sanggup nak doakan aku. 

Konklusinya, tolong hormat  at least senyum la kat depa walaupon depa kerja sebagai cleaner sekalipon. Kan selalu lecturer nasihat kita supaya bertegur sapa, senyum dan hormat kat depa ni. Jangan ingat hang sedang study degree, ingat tinggi sangat ka? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...