Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 5 July 2013

MATI: Hanya orang yang pernah rasa je tahu

Assalamualaikum dan salam Jumaat

Apa khabar kalian? Alhamdulillah masih diberikan kesempatan bergelar hambaNya di atas muka bumi ini. Dah lama aku nak up pasal ni, tapi takde masa dan memandangkan untuk bulan July aku takde idea dan Ramadhan is just around the corner, aku rasa sesuai benor kalau aku update pasal Mati. 

Ok, dulu kan kalau kat sekolah orang kutip derma kilat ada cikgu atau parents kawan-kawan mati, kita just hulurkan duit tanpa ada perasaan sedih ke insaf or whatsoever. Dah nama pon budak kecik. Tapi, aku lebih memahami perasaan orang/keluarga yang kehilangan bila opah aku meninggal pada hari raya pertama-31 Ogos 2011. Selepas itu, tok ki aku pulak menyusul pada awal Januari 2013.

Sebenarnya, bagus kalau ada orang yang terdekat dengan kita pergi menghadap Allah S.W.T sebab orang sekeliling dia akan rasa insaf. Bahawasanya mengingati mati itu dapat mengelakkan kita dari melakukan maksiat.Dalil pasal mengingati mati. Aku bagi contoh, lepas je opah aku meninggal, sehabis boleh aku jaga solat dan mengaji tetiap malam. Sebab aku tahu aku banyak dosa dan solat tu benda pertama yang akan ditanya oleh Allah, yang mana umat zaman ini memandang remeh je hal solat ni.

Contoh lain, kawan aku punya mak insaf lepas sedara dia meninggal, terus pakai tudung dan pergi haji. Nampak tak sequence dia? Kalau one of your family meninggal, korang follow laa mandikan, kafankan, solat dan mengiringi jenazah ke kubur. Once u did all this, you will knew how is that feeling. Nak-nak bila dengar imam baca talkin, Ya Allah, mampu ke idak ler kita untuk menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir tu kan? 

Ok, sebenarnya aku dah lari topik. Apapon, semoga kita semua insaf. Ingatlah mati tu bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Walau kita kaya mana pon, takde nya kau boleh sogok malaikat Maut tu dengan duit. Ya Allah, takutnya. 

1 comment:

  1. Nice read, I just passed this onto a colleague who was doing a little research
    on that. And he just bought me lunch since I found it
    for him smile Therefore let me rephrase that: Thank you for lunch!


    Here is my weblog ... les meilleurs stickers islam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...