Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 26 July 2013

Mimpi oh mimpi

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran. Dah khatam belum? Moga korang dapat khatamkan or at least pegang dan baca AlQuran, bukannya simpan je dalam almari. Hari tu aku ada baca kat facebook tentang pengalaman seorang yang bekerja di hospital kat bilik ICU ke apa ntah, dia kata bila dah hampir tiba saat-saat kematian seorang pesakit yang beragama Islam,mesti depa minta nak pegang alQuran buat kali terakhir. Ye lah, kalau nak baca dah tak mampu, yang mana selama ni tak pernah sentuh alQuran, pastu dia suruh staf hospital tu bacakan. Air mata berderai-derai turun. Moga dijadikan pengajaran kepada kita. Bukannya lepas kita dah khatam alQuran masa kecik, terus tak sentuh alQuran. Sebenarnya, kita kena baca, amalkan dan fahamkan alQuran tu sebab dalam tu semua Allah dah ceritakan lengkap.

Ok apa yang aku nak cerita ialah malam semalam memang aku tidur tak lena. Tak tau pasaipa, mimpi lah, pastu bunyi alarm. Yang alarm tu kononnya nak bangun Istikharah, menyesal pulak aku tak bangun. Pi bantai tidoq balik, padahal masa tu aku tak rasa mengantuk pon, tak macam malam sebelum tu. Punya seksa nak bangun. Ahh, nak menyesal pon tak guna Syira oii. Benda dah lepas.

Pastu aku mimpi kena kejar buaya kat kampung-Terengganu. Bukan aku yang kena kejar tapi Huda, my kazen. Aku tengok je, tak tolong pon. Tak guna punya sepupu. Dah lah dalam mimpi tu, kitorang baru lepas balik tandas, kat kampung memang tandas kat luar rumah. Sah, balik kampung nanti, aku akan lebih berhati-hati dan tolonglah perut jangan meragam masa malam/pagi buta time semua orang pakat tidoq. Aku rasa mimpi buaya sebab petang tu aku tengok kat FB pasal bangkai buaya kat Kuala Selangor kot. Tu yang sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Pastu pasal si Huda tu mungkin petunjuk yang Ayah Ngah aku nak mai mengubat mama aku hari ni kot. Sebab Huda tu anak ayah Ngah. 

Then, aku mimpi kat baju Angah ada tulis 'Kalau nak mengaji/pegang AlQuran kena ada wudhu', kalau tak berdosa.' Ok pastu terus insaf. Memang sebelum ni aku tak amek wudhu' pon sebab ada sesetengah ulama' berpendapat kalau AlQuran tu ada tafsir, tak perlu wudhu'. Tapi, kalau aku nak baca alQuran yang takde tafsir memang ada wudhu' la, cuma sekarang ni adik-beradik aku semua pakat ada alQuran tafsir Sdn Bhd, tu yang konon boleh pegang/baca bila-bila masa sahaja. Then, aku fikir balik, demi menjaga kesucian AlQuran, aku kena amik wudhu' setiap kali nak baca/pegang alQuran. Pastu aku anggap ini sebagai hidayah Allah sempena Nuzul Quran.

Oh, pastu sebenarnya aku ada lagi 2 mimpi cuma aku tak pasti itu aku berkhayal atau memang mimpi. Tapi, mimpi lemas oii. Gila bak hang. Satu tu, aku kononnya snorkeling <betui ke dak eja tak tau> bersama anak-anak nelayan <motif? mungkin projek next sem kot. Haha>, pastu kitorang main-main sapa selam paling lama-ni memang aku selalu buat dengan adik2 aku kalau pi mandi kolam,laut dan juga air terjun. Sekali aku tak timbul2, haa cuak kan? Pastu, aku rasa sambungan dari lemas ni, ada mamat sorang ni tolong lah selamatkan aku, pastu dia buat CPR, dush tak rela mak nok, aku sedar, tengok jam menunjukkan pukul 5.07am, terus bangun panaskan lauk. Kalau tak, memang terlajak soq aku hari ni.

Memang banyak nightmaress aku, yang positifnya satu je. Ya Allah, minta dijauhkan dari musibah. Amiin. 

2 comments:

  1. haha..banyak nye mimpi?? hehe..paling kelakar yg kena kejar buaya..penangan dr tengok bangkai buaya smpai terbawak2 dlm mimpi..huhu..tak basuh kaki ye b4 tido?? :p

    ReplyDelete
  2. entah lah, ye lah kot. tapi dah baca doa tidur. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...