Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 25 July 2013

Orang Perak suka santau orang?

Assalamualaikum.

Woah, dah kenapa tajuk ku mengundang gaduh benor? Ok, aku bukannya nak buat permusuhan negeri ke apa jadah. Mama aku orang Perak, i'm proud to be Perakians.

Pernah tak korang dengar RUMOURS; 'Jangan kawan/kahwin dengan orang Perak, deme ni kuat main santau.' Amboi kome, sentap tahu tak anak-anak Perak? Pastu, orang akan kata; 'Jangan haruih  <harus> kome nyinggah<singgah> makan di Perak nun, kang disantau nya kome, teman idak nak menjawabnya. Amboi, buruk benor aku tiru gaya cakap atok aku. Jangan haruih tu memang wajib sebut. Haha.

Pastu, semalam aku dengar tazkirah ringkas dari seorang Ustaz ni lepas selesai 'berubat', dia kata sebenarnya bukan orang kedai makan tu yang santau customer dia. Ye lah, kalau pikior <fikir> secara logik pon, takkan lah deme nak nyantau customer sendiri, ye dak? Apa ke pekdahnya deme buat camtu? 

Kat Perak ni memang terkenal benor dengan ilmu santau ni, siap masuk dalam Majalah 3 lagi uolls. Siap deme main macam sumpit orang asli tu nak hantor santau tu. Yang ni kat Taiping. Woo, takutnya. Oh, pastu ustaz tu kata 'benda tu' nak bebas, dia tak suka terkurung aje. At least sebulan setiap tahun kasi lepas. So, pengamal atau yang ada santau ni dia akan lepaskan ikut suka hati dia. Benda tu pon terbang lah ke mana saja. Selalunya, orang tu akan lepaskan kat tempat ramai orang seperti pasar malam/tani dan kedai makan. Benda tu pulak, dia main masuk je kat badan sesapa sebab tuan dia tak tuju kat sapa-sapa pon. Dah dia nak bebas sangat. Kalau tak silap aku, benda tu macam beranak-pinak tau, so bila dah terlampau banyak dalam botol/bekas tu, tak ke sesak dah macam ikan sardin dalam tin, sebab tu dia kena dilepaskan. 

Oleh yang demikian, kome yang ada mengamalkan ilmu santau ni buanglah dengan segera. Kang nak mati susah plak, nak kena buka bumbung, nak turunkan ilmu kat anak bagai semua. Benda ni kan khurafat dan jatuh syirik. Lagi satu, ianya menyusahkan/menganiaya orang ramai, kau ingat senang nak berubat sana-sini. Kau fikir dah cukup hebat dapat santau orang? Kita dah di era modenisasi ni, takkan nak main santau lagi, tak kurlass lah jah oii. Oh lagi satu, tak semestinya orang Perak je suka main santau ni, negeri lain pon ada. Bagi deme, lagi kuat kesannya jumpa tok sami siam. Astaghfirullahalazim. Aku ingat zaman dulu je ada khurafat ni sebab dulu agama Islam baru nak bertapak so deme masih jahil tapi rupanya makin moden kita makin jahil dalam bab agama. 

So, before kita makan kat mana-mana sekalipon baca lah doa makan, Bismillah tu penting sebelum buat apa-apa kerja. Oh lagi satu baca DOA ELAK SANTAU; Bismillahillazi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie, wahuwas samie ul alim. Baca 7 kali, kalau ada santau dalam bekas makanan tu, dengan izin Allah boleh pecah pinggan tu. Wallahua'lam. Just sharing. Ni ustaz Jalan Kebun, aku tak ingat nama eh aku yang tak tanya.

5 comments:

  1. wohooo, seram nya teman mendengar nya punn. teman dah lah study perak skang nie >___< mohon dijauhkan lahh ...

    sebab tu orang kata, masakan ibu jauh lebih bersih dan baik berbanding masakan di restoran2 tuu.

    ReplyDelete
  2. hmm, tapi tanjung malim tu takde apa rasanya. baca doa tu yang penting. hat lain tawakal je. tak sangka hang sibuk kerja boleh singgah blog aku nah. thanx beb.

    ReplyDelete
  3. sekarang dah tahun 2016..ada x kes santau kat perak sekarang ni...??? atau dah senyap begituu sahaja..

    ReplyDelete
  4. sekarang dah tahun 2016..ada x kes santau kat perak sekarang ni...??? atau dah senyap begituu sahaja..

    ReplyDelete
  5. [1:56AM, 5/19/2016] kewi: "TOLONG BERINGAT SEBELUM TERKENA"!

    Assalamualaikum wbt.
    Pesanan ini datangnya dari orang perak sendiri.Pada anak jati kelahiran perak dlm group ni atau sesiapa saja yg berhajat nk pi perak tu.Klu ada, mohon semua berhati2 & jgn lupa baca apa2 doa apabila mkn di luar sana tu...Musim santau tahun ni dah bermula...Dah ramai mangsa yg terkena... Innalillah tak dapat diselamatkan.
    Pesanan ikhlas ini dari warga...
    Bota,seri iskandar, lambor,kg gajah...Kes yg terbaru nie di seri iskandar plk...

    👆Whatapps dari member2 perak
    [21/04 11:21 pm] Kawasan yg tengah panas dgn santau nie:
    1. Grik.
    2. Beruas.
    3. Pantai Remis.
    4. Ayer Tawar.
    5. Gopeng.
    6. Kamunting.
    7. Taiping.
    8. Manjoi kwsn baru.
    [1:57AM, 5/19/2016] kewi: Cerita ini di email kn oleh rakan sy yg berada di utara...

    Kejadian santau ni disebarkan oleh pelajar2 perempuan yg menuntut ilmu sesat kononnya untuk membalas dendam pada lelaki dan syaratnya hendaklah membunuh 100 nyawa.. melalui santau angin. Mereka ini selalunye dilihat makan berseorangan dan mempunyai kuku yg panjang kerana mereka tidak boleh memotong kuku.. tolong berhati-hati jika terserempak atau jika mengesyaki sesuatu, berhenti lah makan dan segera tinggalkan gerai tersebut. Mereka ini juga khabarnye memasuki restaurant2 barat seperti KFC dll. Di Tapah sudah ada 1 kes kematian.. 4 lelaki yg makan di Simpang Pulai. Seorang telah meninggal dan lg 3 masih lagi di hospital. Di Slim River juga sudah ada 1 kes kematian.. Kebanyakkan mangsa akan muntah darah yg mengeluarkan kaca2 halus hingga membawa ajal... na'uzubillah. Oleh kerana telah banyak kedai2 di utara terutamanya Ipoh sudah ditutup, perempuan ini mula datang dari rumah ke rumah, kononya meminta air... Berhati- hatilah dan jgn buka pintu sekiranya mengesyaki sesuatu.. Dari turutan tempat2 yang terkena santau ini yg bermula dr Grik, Lenggung, Kuala Kangsar, Ipoh, Kampar, Tapah dan yang terbaru di Slim.. berkemungkinan & tidak mustahil jika pengamal2 ilmu sesat ini sedang menuju ke Kuala Lumpur..

    Berhati-hati bg yang sering makan di luar.. Bacalah ayat2 suci apa yang patut sebelum menjamah makanan di luar atau pun bungkus makanan dan makan di rumah... Apa2 pun ajal maut di tangan Tuhan..

    Friends...

    FYI... .tak lama lagi cuti sekolah akan bermula..dah tentu ramai yg plan nak bercuti dgn family. so i nak remind u all and those yg selalu pegi outstation... tolong jangan berhenti makan kat mana2 kedai from Tapah to Taiping sebab dah kecoh kat sana esp Simpang Pulai dan Ipoh dah banyak yang kena santau. ..dan banyak kedai makan yang dah tutup. sesiapa yg tengok Melodi ari tu tentu perasan Wahid ada bercakap dengan Fara Fauzana yg berbasikal ke utara supaya jangan makan di luar kat Ipoh... since wife Wahid tinggal di Ipoh dia pun tah
    u hal ni... .ok..hati2....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...