Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 17 July 2013

#Puasa1434H-Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum.

Kalau kita solat berjemaah kat surau atau masjid, lepas azan mesti ada gap sekejap untuk solat rawatib,kan? Tapi, perasan tak berapa kerat je yang bangun untuk solat sunat tu, yang pasti orang tua je lah yang bangun. Yang muda chitchat dengan kawan sebelah, layan fb,twitter,wechat dan segala benda yang melaghakan lah. Padahal bukan susah pon 2 rakaat je. sekejap je pon. At least boleh tambah pahala dan menampung dosa kita yang tak terkira banyaknya. Aku je yang banyak dosa tu. 

Solat Sunat Qabliyyah tu dibuat sebelum solat fardhu, manakala solat sunat Ba'diyyah tu dilakukan selepas solat fardhu. Solat sunat Rawatib ni kira macam mengiringi solat fardhu lah. 2 rakaat dan 1 salam je dah cukup. Kadang-kadang aku terfikir lah, kenapa masa sekolah dulu boleh je buat. Makin tua, makin liat nak tambah pahala. 

SUBUH-Qabliyyah (2 rakaat sebelum solat suboh)

Zohor- Qabliyyah dan Ba'diyyah (2 rakaat sebelum dan 2/4 rakaat selepas solat Zohor)

Asar- Qabliyyah (2/4 rakaat sebelum solat Asar)

Maghrib- Ba'diyyah (2 rakaat selepas solat Maghrib)

Isya'- Qabliyyah dan Ba'diyyah (2 rakaat sebelum dan selepas solat Isya')

So, sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, mari amalkan solat sunat Rawatib. Walaupon solat sorang-sorang, tetap boleh lakukan solat sunat Rawatib. Tapi, jangan pulak bila Ramadhan je kita buat, istiqamah itu penting.Just sharing. Kalau ada salah info, sila inform ye. Sekian, wassalam.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...