Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 30 July 2013

Raya tak bermakna tanpa mereka

Assalamualaikum.

Sekarang ni kemain lagu raya berkemundang di corong-corong radio, sales semua gempak belaka. Kalau duit tu pakai daun dah lama aku serbu SOGO,Mid and etc. Haha. Alah lagipon baju raya memey dah siap lama sebab takut tailor tu full booked. Aku tempah sekali dengan baju kurung untuk intake degree hari tu. Lagipon, raya tahun ni dah tak bermakna bagi aku sebab macam2 lah. Dah tua mungkin. Sebab tu, orang kata kalau Hari Raya budak-budak je yang seronok.

Pastu, pernah tak korang dengar yang kita tak boleh takbir sebelum sampai hari raya, nanti jenazah sedih. Mula-mula aku pelik jugak tapi betul beb bila raya kita akan rasa gila lah kehilangan orang tersayang. Raya dah tak bermakna bagi sesebuah keluarga itu bila one of their family members died or sick. Ye lah, takkan kau nak raya sakan sedangkan dalam rumah tu ada orang yang terlantar sakit dan beberapa bulan/tahun sebelum tu, one of them died. Kiranya deme ni tengah berkabung lah. Kau kena faham tu.

It same goes to me as my opah passed away on 30th August 2011, which is it was on FIRST HARI RAYA Aidilfitri. So, setiap kali Hari raya memang kita akan memorize balik detik2 pemergian arwah opah. ''Masa ni, kita tengah kafankan mak''-Mama. Pastu, rumah tok aku dekat benor dengan Masjid Negeri Ipoh, kalau jalan kaki mao berpeluh ketiak weh. Aternye moh ler kita naik kereta, apa guna kereta banyak,kan? Kalau nak solat terawih dan solat sunat Hari raya tak kira lah aidilfitri mahupon aidiladha. Arwah opah aku suka duduk saf depan<saf orang tua>, so bila lepas solat dan khutbah, kitorang akan pergi kat opah dan salam2 semua. Lama kitorang lepak kat masjid tu. Pastu, hari tu masa Aidiladha, kitorang beraya kat Ipoh, memang aku menangis sepanjang berada kat masjid tu sebab macam terasa arwah opah ada di saf hadapan tu. Orang sebelah aku sah pelik, pasepa laa budak ni nangis. Balik dari masjid terus pergi kubur. Balik rumah pon takde buat apa, sebab atok aku duduk rumah taman walaupon nama Kg.Tersusun. Nak pergi raya pon pergi Manjoi je, ada mak mentua Mak Uda dan pergi rumah sedara-mara Mama. 

Pastu, masa bulan Januari 2013 yang lepas, tok ki aku plak meninggal. So, raya tahun ni kitorang balik Terengganu dulu. Kesian plak kat tok aku, nanti dia sunyi plak. Cuba kau bayangkan rumah besar, tapi tok aku tinggal sorang je dalam rumah tu. Atas faktor keselamatan, tok aku pon tidur kat rumah Ayah Long aku tetiap malam. Tapi, biasalah kalau aku pon tak selesa kat rumah orang. HOME SWEET HOME, kan? So, lepas balik dari berniaga kat pasar payang dan Manir hari Sabtu, memang tok spend time kat rumah. Sunyi gila wa cakap lu. Budak-budak memang lah ramai je yang datang rumah nanti, tapi entahlah perasaan ku kosong. Eh, kiranya dah tak meriah sangat raya kat terengganu sebab selalu cucu Haji Salleh yang suka ronda satu kampung, tapi sekarang kepala dia dah besar, malu lah weh. Budak-budak tu plak, kalau takde kepala, duduk je lah kat rumah. 

Lastly, tak ke rasa kurang ajor sangat kalau kitorang bergumbira sedangkan mama aku takberapa sihat. ye, memang lah some people would said that; 'Dah tu kalau ada orang sakit/mati, tak boleh nak bergumbira laa. Life must go on beb.' ye, aku tahu tu beb, but it just to show that we respect to them and feel symphaty <betui ke dak eja tak tau> . 

Aku sejak-sejak dah habis SPM, terus jadi anak dara Melayu terakhir, duduk kat rumah, buat air hidang kat tetamu. Oh, pehliss. Dah tu kau nak suruh aku buat apa, terbongkang tengok TV, apa kata dek orang a.k.a bakal mentua iolls. Haha.Takdelah, kiranya aku paling besar kat belah Ipoh, yang belah Terengganu plak dalam rumah tu memang lah bukan aku paling tua, dah tu takkan aku nak suruh BAKIM buat air plak. Keluarga ayah long memang busy lah kat rumah diorang, 5hari 5 malam buat open house, deme kan orang kuat  BIEN plus cikgu sekolah lagi. Ramai lah tetamunya. Eh, dak aih aku melawak ja. Melampau benor 5 hari 5 malam,kan.

Konklusinya, bila Raya ni sebenarnya memang untuk mengingati ahli keluarga,saudara-mara dan juga kawan-kawan yang telah pergi meninggalkan kita lebih awal buat selama-lamanya. So, bila dengar lagu raya, aku sedih tapi boleh control lagi. mak su aku setiap kali lagu raya berkumandang di stesen radio terbabit, dia tukar frekuensi. Its hard to those who experienced this. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...