Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 30 July 2013

Review Samurai Chicken Burger

Assalamualaikum

Sapa tak terliur tengok iklan Samurai Burger kat TV kan? Erk, ke aku je yang tak kuat iman. So, mula-mula aku nak tunggu time aku cuti baru nak pi beli samurai ni. Tapi, nampaknya gua dah tak tahan, asyik termimpi-mimpi di siang hari <ok, over sangat>, so semalam aku pi lah beli. Chicken Samurai. Maaf gua tak amek gambor, aternya udah teringin benor, tu yang azan je terus balun. 

So, komen aku, ini apa yang aku rasa. Tekak aku kan.

TAK SEDAP.

Entah, mungkin imaginasi aku based on iklan kot. Tekak aku tak boleh masuk kot. Benci lah. Eh, aku bukan benci burger, tak baik. Ahh, apa-apa je lah. Yang pasti aku kecewa, dah lah bapok mahal. RM11.++ kot walaupon aku beli time value dinner. Mahal sebab aku tukar fries tu kot, yelah menda baru mesti try. Sekali dah cuba, dah tahu tak sedap, tobat tak mao makan dah. HAHA.

Pastu, bila fikir balik memBAZIR je aku beli burger tu sebab harga macam tu aku cekik sorang2. Cuba kalau pergi bazar, haa kan boleh beli makanan untuk dimakan seisi keluarga gitu. Ahh, aku tergoda... Ayah aku tanya sedap ke tak, aku cakap ler sedap hingga menjilat jari sebab nak cover harga mahal punya pasal.

Oh, pastu dulu masa aku kerja kat Macd, SAMURAI tu kitorang punya term kalau customer suruh keratkan burger supaya senang anak deme nak makan. Nampak tak, kami baik, ikutkan je apa yang customer nak.

Tapi, apa pon ini tekak aku je ye. Lain tekak, lain selera. Peace yau. 

Pastu, ni tadi aku tengok kat beautiful nara. Haha. Tu yang terus update ni. Tengok tau video di bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...