Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 31 August 2013

tambahan Santau siri 1

Assalamualaikum.

Hai apa khabar? Semoga kalian semua sihat. Ok, hari ni aku nak berbicara tentang Santau. Wah, gitu macam dah expert sangat aku ni. Dok aih, aku share apa yang aku tau je.

1. Siapa yang selalu terkena santau ni?

Well, sesiapa pon boleh but mostly orang yang berniaga kecik-kecilan. Sumpah, aku pelik gila pasaipa hang tak pi santau orang yang dah ada wisma sendiri ke yang sebulan gaji puluh-puluh ribu? Eh, bukan aku suruh kau pergi santau orang-orang kaya. Kang ada yang membuta tuli pi buat plak. Bak kata UAI, 'kalu mu nak santau sangat, pi santau Israel tu.' Ini orang baru bukak kedai jual nasi lemak, kau santau. Kesian dia, anak kecik-kecik lagi. Ater, kalau udah terbaring tak boleh berniaga macam mana anak-anak dia nak sekolah? Pernah pikir? Eh tak semestinya orang berniaga je, orang biasa pon kalau ada orang dengki atau tak puas hati, dia sanggup buat benda syirik ni. Contoh, perempuan ni tolak cinta mamat ni, sanggup mamat ni hantar santau angin supaya takde orang dekat dengan perempuan tu. Masya Allah. 

2. Apa motif depa buat semua ni?

Semuanya pasal DENGKI, tak boleh tengok orang hidup senang siket dari dia.Apakah? Sepatutnya kita bergembira kawan/saudara/jiran kita dah senang, bukan duduk di takuk lama. Mana tahu hati beliau baik, tolong kau untuk majukan bisnes kau pulak? Dalam hal bisnes, aku respect kat kaum Cina. Korang boleh tengok sendiri kalau tak percaya. Kedai tayar ada 3 buah dekat dalam satu bisnes park, kekadang tu berjiran tapi semua bisnes sama. Depa elok ja, takdak nak berkelahi pon. Siap tolong sep-sep depa adalah. Contoh, kita pergi kedai A untuk tukar bateri kereta, dia takde stok. Sekejap je dia boleh kawtim dengan member kedai sebelah. Kau tak nampak lagi ke permuafakatan depa. Kan muafakat membawa berkat. Orang Melayu ni kalau boleh, dia nak bagi kedai sebelah dia bungkus terus, biar dia sorang berniaga,kaya sorang-sorang. Ceh. 

Lagi satu, dear Malay businessman/woman could you be more creative? Kalau hari ni ada sorang bukak payung jual nasi lemak, esok takpon 2-3 minggu lagi ada lah 2-3 payung baru menapak. Apakah? Kot ye pon, nasi lemak itu satu perniagaan yang sangat menguntungkan, boleh tak kau bukak kedai jauh sket dari orang tu. Pergi lorong atau taman/kampung lain. Ini kalau boleh nak betul-betul sebelah orang tu. Konon nak berjiran, ada kawan buat sembang. Puih. Takde maknanya sebab nanti hati kau mesti bengkek semacam bila customer ramai kat kedai dia je. Pastu, mulalah nak menyantau bagai. Pastu, kalau customer kau takde ataupon kurang, mesti kau cakap orang sebelah tu pakai pelaris atau ubat guna-guna untuk tutup kedai kau. Apakah? So, please to avoid all this nonsense, hang pi jual jauh-jauh.

3. Kesan kepada penyantau?

Hang pk hang teror tara mana? Hang pk hang Tuhan ka? Memanglah pesakit boleh mati disebabkan santau hang tu. Tapi, hang tau dak hang tu orang Islam, bila hang buat benda santau-santau orang ni, umpama hang mensyirikkan Allah. And you know what, sekarang memang hang happy tengok mangsa hang sakit nak mati, tapi sakit tu akan sampai kat hang bila sampai masa Malaikat Izrail nak cabut nyawa hang. Masa tulah hang terseksa dan segala amalan baik hang akan dapat totally kat mangsa. Haha, penat-penat hang buat amal kebaikan, pastu dapat kat orang yang teraniaya. Tak rasa menyesal ke?

4. Nasihat kepada pesakit/mangsa.

Ok sebagai orang yang teraniaya, berdoalah dan redha dengan ujian yang maha hebat ini. Kuatkan diri lawan dengan zikrullah, pergi berubat cara Islam. Aku cadangkan pergi Darussyifa' Bangi, rawatan tepuk hari Sabtu dan Ahad<perempuan sahaja>. Rawatan kena berterusan, jangan stop selagi ustazah tu tak suruh stop. Jika kita mati disebabkan dianiaya oleh mereka yang menyantau, insya Allah akan beroleh kebaikan. Ganjaran syurga ni aku tak berani nak kata, hang pi rujuk ustaz naa. 

5. Tanda-tanda terkena santau/sihir?

Susah tidur malam, sakit pinggang-tak boleh bangun/duduk, turun darah, batuk non stop, tiada selera makan-kurus, hilang berat badan dan macam-macam lagi. Kalau korang rasa lain macam sebab kita boleh tahu keadaan badan kita, cepat-cepat cari penawar. Jangan pergi jumpa tok bomoh, sila jumpa ustaz. Banyak pusat rawatan Islam sekarang. 

6. Pendinding diri.

Sebelum masuk rumah bagi salam dan baca ayat kursi, bila keluar rumah baca Al-Ikhlas. Kalau aku, aku bukak youtube pastu pasang Ruqyah lepas azan Maghrib Penawar Sihir & Gangguan Jin, pastu aku beli buku Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, amalkan baca doa-doa dalam buku tu. Paling bagus, kau hafal. Pastu, aku tak ingatlah aku baca kat mana, tapi setiap kali lepas solat fardhu aku akan baca alFatihah, ayat Kursi, selawat Syifa' dan Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin(3x). Oh, lastly ustazah tu kata kat aku yang kita kena jaga solat 5 waktu <mesti cukup> dan setiap hari jadikan amalan membaca alQuran tu WAJIB bagi kita, so that our soul will not empty and syaitan tak mudah masuk badan kita.

7. Pengalaman?

Hmm, dulu aku ingat keluarga aku je yang dah 'expert' pasal menda ni, tapi lepas acap kali pergi Darussyifa' dan merata-rata tempat pergi berubat barulah tau. Santau tu boleh dianggap sebagai norma masyarakat Melayu. Oh back to my experience based on my observation, bila ustaz/ah mengaji kat telinga/belakang kau sambil pegang kepala, rasa nak muntah, benda tu keluar ikut telinga<berasap panas gila rasa>, rasa nak tumbuk ustaz tu pon ada <setan yg sedang kawal kita>, kau akan muntah kaca, tali, darah, paku dan sebagainya. Kalau ikut logik, mana mungkin benda tu masuk dalam badan kita, kan? Tapi, dengan izin Allah benda tu boleh masuk, cuma kita tak nampak dengan mata kasar. 

Rujukan :
3. Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Bangi

Entry yang berkaitan dengan Santau :-
1. Orang Perak suka santau?
2. Bertahanlah mama demi anak-anakmu
3. Santau siri 1

SANTAU siri 1

Assalamualaikum.

Hai korang. Sorry lah bulan puasa tapi aku update tajuk cenggini. Bulan Ramadhan ni, syaitan semua diikat kan, tapi tu semua kuasa Allah kan. Kalau Allah kata kun fa ya kun, maka jadilah. Kita tiada kuasa nak halang.

Ok, pernah tak keluarga korang atau korang sendiri pernah kena santau ni? Bagi sesiapa yang involve in business dah biasa lah dengan benda ni. Well, orang Melayu kan kalau tengok orang ni maju sket mulalah nak jumpa Mak Esah, Tok Degawan dan apa-apa je lah. Dari yang tak pernah masuk kampung nun kek hulu, sanggup redah tanpa rasa takut. Yang tak pernah pergi kubur, masuk hutan dan sebagainya sanggup pergi demi nak penuhi hajat beliau dan apa yang bomoh mangkuk ayun tu nak seperti tanah kubur, bulu ayam hutan dan tak tahulah aku. Yang pasti benda yang kotor-kotor lah kan. Gila, sanggup kan kome.

Kekadang aku pelik gila, cuba tengok orang Cina berniaga mana ada dengki, takde pulak main santau2 ni. Walaupon kedai bersebelahan ataupon kat satu bangunan tu ada 5 buah kedai repair kereta, idak ler deme dengki antara satu sama lain. Deme ni siap kawtim rate harga sama je. Pastu contoh kalau kita pergi kedai A untuk repair tayar bocor katakan, dan kedai A kehabisan stok, dia boleh je kawtim dengan kedai sebelah. Nampak tak camne deme boleh maju dalam bisnes? Kalau orang Melayu kerja nak dengki je. Asal siket santau orang, kau fikir kau hebat sangat ke? Tak ingat dosa pahala, kau dah dikira mensyirikkan Allah dengan sesuatu, tau dak. 

Pernah tak terfikir kalau kau atau one of your family members yang 'kena', baru kau tahu camne rasanya. Memang takde belas kasihan dan takde PERIKEMANUSIAAN. Kesian tau kat orang yang 'kena' tu tak boleh buat kerja, kena diberhentikan kerja, suami/isteri lari- kehidupan rumah tangga kucar-kacir dan sebagainya. Ya Allah, banyak implikasi negatif disebabkan perangai manusia yang suka main santau2 ni tau. 

1. Ada berapa jenis santau?

Santau ni ada macam-macam tapi selalunya lah dan yang aku tau ialah dari angin, makanan dan tuju. Yang kau nak tahu sangat pasal jenis-jenis santau ni kenapa? Nak cuba? Yang pasti kalau Allah izinkan, maka jadilah. Jangan kau ingat bila dah berjaya santau orang, kau dah hebat tahap moksya. Semoga Allah  beri balasan yang setimpal dengan apa yang kau dah buat.

2.Macam mana nak elak dari kena santau?

Kalau minuman tu before kita minum baca Bismillah dan rasa bawah pungkoq cawan/gelas tu. Contoh laa kau minum air tea o ais limau, then kau rasa bawah tu panas. Then, jangan minum, kemungkinan besar air tu dah kena santau. Pastu sebelum makan baca lah doa makan ke kau rela kongsi makanan dengan syaitan? Lagi satu, baca doa ni- Bismillahi lazi la yadhurru...

Selain tu korang boleh baca DI SINI.

Baca 7x sebelum makan, boleh pecah bekas makanan klo makanan tu ada bacaan santau-Ust Zawawi Yusoh
3.Nasihat kepada yang terkena santau dan penyantau

Jangan putus asa, sentiasa berdoa dan zikir kepada Allah. Memang lah lepas kau pergi berubat, kau akan sembuh dengan izin Allah. Tapi, orang tu akan hantar lagi kalau boleh dia nak bagi kau mati, dia ingat dia tu Tuhan ke? So, kalau korang rasa sakit lagi, jumpa balik ustaz untuk berubat. Selalunya, sapa yang dah selalu 'kena' ni, dah tahu tanda-tandanya. Dan kepada kamu yang suka benor menyantau orang ni, bawak2 bertaubat, kang mati susah. Oh lupa nak kabor, jangan balas/tuju balik kat orang yang buat kita. Bior Allah yang balas. Sabar dan redha je. 

4.Tanda-tanda terkena santau

Macam-macam tau tapi based on experience <lah sangat>, liat nak melakukan ibadah, pemarah, SUSAH TIDUR MALAM, batuk berpanjangan, sesak nafas bila nak masuk Maghrib dan sebagainya.

5. Kat mana nak berubat?

Tolong jangan jumpa pawang/dukun/tok bomoh yang mengamalkan mantera. Cari yang baca ayat al-Quran. Yang aku selalu pergi Darussyifa' Bangi tu hah. Kat situ macam2 ada, ada yang muntah darah, muntah kaca. MasyaAllah ,jahatnya anda,moga Allah beri hidayah. Tapi, sekarang ni dah banyak pusat rawatan islam, so its up to you.

Kekadang aku pelik kita dah di abad millenia, semua dah kira open minded, semua dah canggih TAPI masih nak main benda-benda ni. Syirik la woi. Semua dah canggih cuma satu je kurang agama kita tak canggih lagi bro.

Tengok ni Ustaz Kazim - jangan mengeluh sebab sakit

to be continue...

-ok, ini entry sudah tersimpan lama, konon nak taip lagi. takpe aku dah taip yang baru. so yang ni aku publish je.
-maaf jika ada salah info, aku share apa yang aku tau based on experience, observation, read and tengok youtube.

Friday, 30 August 2013

Hari Pengebumian

On the other day which is on Independent Day and second day of Hari Raya, we are going to keep my arwah opah in where we come-TANAH. Sepatutnya kita kena kebumikan secepat mungkin, sebab malaikat akan jaga mayat dalam tempoh err aku tak ingat berapa jam. Kami terpaksa kebumikan keesokan harinya sebab jenazah sampai around 11pm, yelah nak tunggu post-mortem lama woi. 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Pagi sebelum kebumi, hujan rahmat turun. Senang nak gali tanah. Pastu, kami solat jenazah di rumah sahaja. Alhamdulillah ramai sebab hari raya kan, semua saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan ada. Penuh hall rumah atok. Yang perempuan tak sempat dan tak muat nak solat. Aku baru kelam-kelibut nak cari telekung, memey tak dan lah kan. Rupanya solat jenazah tu sekejap je. Sedikit terkilan. Pastu, pasal mandikan jenazah mama dengan adik-beradik dia yang perempuan 5 orang mandikan opah. Mak Su dengan Mak Yong dah ada sijil Pengurusan jenazah dibantu dengan kawan-kawan arwah opah yang pakar. Mandi pon kat tempat parking kereta. Kiranya semua buat kat rumahlah. 

Pastu masa nak cium jenazah tu, konon sebagai yang paling tua akulah dulu kan? Tapi, air mata ni degil sangat, tak henti-henti turun. So, aku bagi lepas kat sepupu-adik beradik aku dan mak-pak sedara aku dulu. Bila aku dah tenang, aku menangis balik bila tengok atok aku susah nak turun dari kerusi sebab atok aku ada parkinson, kaki dia tak kuat untuk berdiri. Pastu, bila aku dah tenang semula, opah Jijah pulak buat drama air mata. Aku ni kan sensitif, menangis balik. Once i get called from sapa entah yang opah dah takde, aku terus call opah yang jaga aku masa kecik. Aku tak sangka opah sanggup datang dari Puchong ke Ipoh. 

Masa kat tanah perkuburan, kitorang semua ikut. Tak tahulah siapa yang tinggal kat rumah, mungkin jiran tetangga. Masa ni aku kawal diri, tapi mama aku pulak terlebih emosi. Inilah masalah perempuan, emosi tak terkawal. Oh, pastu yang sambut jenazah opah ialah anak-anak lelaki opah, pak lang dan pak me. Pastu, talkin dibaca oleh anak saudara opah. Alhamdulillah.

Yang sedih bila mama kata; 'Malam ni mak tidur dalam tanah dah.'

Malam tu kami buat tahlil arwah selama tiga hari berturut-turut. Seminggu lepas tu, Hospital Serdang call, dia tanya kenapa tak datang appointment? Pastu, maksu katalah yang arwah opah dah meninggal. Then, doktor call balik nak comfirmkan. Sebab kalau ikut rekod, takde sakit yang teruk, macam mana boleh meninggal? Ada jatuh ke apa? Haa semualah dia tanya. Tapi, kitorang cakap lah dah sampai masa opah jumpa penciptaNya, kan ajal maut di tangan Allah. Kami redha. 

Pastu, Izzati tu pulak masa kecik memang opah jaga dia. So, dia cakap kat mak dia:-

'Mak, telefonlah opah. Boleh Zati tanya opah dah makan ke belum?'

Ya Allah, aku dengar terus menangis. Sungguhlah budak kecik dok paham menda. 

'Opah dah tidur Zati. Hari tu kan kita hantar opah tidur dalam tanah. Zati tak ingat ke?' 

'Yelah, kalau mak bagi tepon kat opah, bila opah bangun mesti opah tepon Zati bila opah rindu kat Zati,kan?'

Tak sayang. Kita dapat jumpa masa kat Padang Mahsyar nanti. Tapi, apalah budak kecik tu fahamkan? Satu perubahan yang sangat besar selepas opah pergi ialah kami selalu solat berjemaah bila gather ramai-ramai, buat kenduri tahlil sesama ahli keluarga yang hampir 35 orang semuanya. Aku up entry ni supaya otak aku tak delete saat-saat itu. Insya Allah aku akan ingat sampai bila-bila. Mohon kalian sedekahkan alFatihah untuk arwahyarhamah Amnah bt Mantan. Nampak nau Jawanya. 

30th August a day to remember

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Today in past 2 years ago which is on 30th August 2011 and its falled on 1st Hari Raya Aidilfitri, my opah was died at Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. I will remembered the flow as the date was very special. Yeah because its on first Hari Raya which is supposedly we celebrated Eid Mubarak, rite? And the other day we celebrate our Independent Day but we are sent our opah to her place that full of peace. Insha Allah.

In that year, our rotation system to celebrate Raya at Terengganu. As usual on second day of Hari Raya, we are going back to Ipoh. But, in that year, it won't happened as usual. It is an extraordinary year for us. Before we are going to perform our Solat Hari Raya, my mom made a phone call to her sister. And it was a shocked when my aunty said that opah was admitted at HRPB this morning. This is due to her condition became worse. When my aunty called opah, she doesn't  respond and my aunt said that yesterday nite my opah keep said; 

'Mak dah tak nampak. Gelap je.' Masa ni mata opah pandang atas je.

'Nanti A' bukak lampu ye'

When the light was opened, my opah still can't saw clearly. Supposedly at that time, we should know the 'hint' that he/she are going to leave us soon. But, we doesn't have any experience through it. Then, my aunt and uncle call a midwife-Opah Biah to checked my opah and luckily her son-in-law was a doctor <ke bawah sket pangkatnya,but idk what to called him.hehe.> So, both of them came at our house and there are two theories. Well, it's normallah when a traditional-minded vs modern-minded. Opah Biah said, this is the time for my opah to leave us, so just let her rest at home until malaikat came. But, her son-in-law said that we should brought opah to hospital. Then, my aunt and uncle were decided to call ambulance in the beautiful morning. While everyone out there were celebrating their hari raya at masjid/surau, we are in mixed up feeling. 

On the other state, my family and I were packed all the stuffs <not really, we're just campak barang masuk kereta je>. And Alhamdulillah our journey from Terengganu to Ipoh are going smoothly. And we finally reached at HRPB around 5pm. We kissed opah forehead and to be frank i don't think that was our last time to meet her. Because it's normal for us for being check in and out from Hospital either private or government hospital. Then, we are going back to home. My mama siblings that are seven of them leave there to take care of her including my mama.

After Maghrib, we received a call from my uncle said that 'my opah is no longer alive.' I don't know how to react, i just keep quiet and my tears are described me at that time. My atok was so cool but i know that he was crying in his room. And i'm as the eldest grandchildren ask all my cousins to gathered and recite Yassin just to calm us and sedekahkan to arwah opah. That's all I can do. We recite Yasiin together and we cry along it. And i can't bear my tears when I saw my brother cried. It's hurt when i saw that as guys are very hard to cry. And on that day and the other day, i saw my uncle cried.

I asked my brother, why he crying <sampai bengkak2 mata> and he said that on the hospital, my opah looked on him with eye-to-eye contact and he will always remembered that moment. Through out our recitation, banyak kali dia dan kami tersekat-sekat untuk tahan sebak. I'm reminding them that if we cry, we are actually make opah suffer. Tapi, aku sendiri tak boleh kawal diri dari untuk tidak menangis.

Fuhhh penat jugak nak buat essay ni. Dah berkurun tak buat kan? Ok, aku campurlah pulak. Saja nak mengada test power. Hehe.

Pastu kitorang kemas rumah, angkat sofa dan meja makan letak kat tempat parking/koridor depan. Bentang tikar dan karpet, letak tilam menghadap kiblat. Ya Allah masih terbayang lagi. Malam tu kitorang anak-menantu-cucu mengaji habiskan satu alQuran=30 juzuk. Alhamdulillah habis, aku tak tahu ini adat atau tuntutan agama sebab kami buat as arwah opah dulu panggil geng marhabannya mengaji 30 juzuk masa arwah onyang=ayah opah meninggal dulu. 

Malam tu semua sepupu aku pakat takut nak tidur dekat jenazah. Puih, ini semua pengaruh cerita hantu. Padahal tu opah yang masak,jaga kamu selama ni. Lempang lelaju baru tahu ye. 

to be continue...

Wednesday, 28 August 2013

Perbezaan Budak Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum.

Hai hai hai. Siapa generasi hebat? Sila angkat kaki! Nampak bakat seorang motivator lah sangat. Ok, lets proceed.

1. Banyak duit

Budak sekarang kemain sekolah rendah dah pandai lepak Macd. Pergh, gila gempak kamu dik. Akak sekolah menengah baru kenal Macd, itupon idak ler aku melepak. Makan bersama family je. I tak pandai melepak, bila dah kerja baru lah berjiwa muda lepak kedai makan. Pastu, datang Macd semua stok bawak laptop untuk study katanya, padahal lu online sampai lebam. Kemain kaya kau dik, padahal area Puchong ni rumah flat berlambak. Oops maaf, bukan aku nak menghina. Aku pon dapat laptop masa nak masuk asasi tau. Inilah masalah budak zaman sekarang tak tahu mak bapak susah cari duit, tahunya nak ikut kawan-kawan punya style. Hipster ke apa jadah.

2. Kurang Belajar

Haa ini memang nampak sangat sejak peperiksaan PMR dihapuskan. Aternya, budak-budak ni bolehlah bersuka-ria dengan alasan 'Tak payah belajar sebab bukan ada periksa pon.' Bedebush nak je aku tumbuk muka kamu budak. Bila dah takde peperiksaan, mulalah budak ni bosan. Lalu menghiburkan diri dengan perkara yang melaghakan seperti merempit, dating dari balik sekolah sampai ke malam, lalu tengtengteng. Haish, kebejatan sosial dalam kalangan remaja semakin teruk dari hari ke hari. Masya Allah. Insaflah. One day you will regret about what you have done in your past especially during your teenagehood. But, pengalaman mematangkan manusia, takpe dik kau layanlah gelojak jiwa muda kau tu. Puih.

3. Suka-suki lari rumah.

Whatthefish! Zaman aku dulu jarang sangat dengar cerita pasal remaja lari rumah ni. Tapi, sekarang Masya Allah merajuk dengan mak bapak sket, terus lari rumah. Bodoh! Sebab kau tahu tak istilah Home Sweet Home. Bagi akulah kan, aku akan rasa tenang kalau dapat tidur kat bilik aku sendiri. Wah gitu. Lagi satu, kita ni pelajar, mana ada duit nak survive. Kamu pk kamu mampu hidup kat luar sana tanpa bantuan mak bapak? Itu semua poyo, kau terlampau ikut sangat jiwa muda yang suka memberontak tu. Mesti kau pk 'takpe, aku boleh kerja.' Puih, kamu tahu tak belajar lah yang paling best. Sebab kau tak payah fikir pasal masalah lain. Kat tempat kerja kena marah dengan bos lagi. Kau mampu tahan? Fikir masak-masak ye adik-adik.

4. Bercinta bagai nak rak

Ya Allah, yang ni memang aku cukup tak berkenan. Ye, akak tahu kamu sayang bangat sama pakwe kamu tu. Tapi dik, ingat ni 'Pastikan cinta kita pada manusia tu tidak melebihi cinta kita pada Allah.' So that, when you and your partner were clashed, you will not suffer so hard. Ini karang ada yang buat kerja bodoh sampai bunuh diri, merayu-rayu kat jantan lelaki tak guna tu. And please sayang, jangan kerana kamu nak buktikan cinta kamu sampai kamu serahkan maruah kamu. Please, no matter what protect our only pride. Kalau kes kena ROGOL tanpa RELA tu lain ceritanya. Pastu, jangan suka-suka kau je nak ikut pakwe balik rumah, bila mak ayah kau larang means its for your own sake. Kesian mak ayah kamu nak kena buat PC suruh/merayu kamu balik rumah. Tebal muka mereka kamu tak kira plak kan? Habis satu Malaysia tahu anak deme lari rumah. Pakwe kau tu tak guna kalau dia bawak kau lari. Kalau betul dia anak jantan, dia akan jumpa mak ayah kau untuk minta izin bernikah dengan kamu,paham?

5. Kat sekolah pakai tudung, kat luar free hair

Hmm, ini masalah lama. Aku pon cenggitu jugak dulu. Tapi, budak zaman sekarang lagi hebakk. Keluar rumah pakai shorts and spaghetti straps <aq tak tau eja>. Aku pelik mak bapak kau tak tegur ataupon kau buat ketegaq, mak pak siap menangis-nangis anaknya tak tutup aurat sedangkan ayahnya tetiap waktu solat berjemaah di masjid, maknya bertudung labuh. Ye, iman memang tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa tapi dengan didikan yang diberikan sejak kecik, kau boleh jadi seorang Muslim/ah yang sejati. Cuma bila dah masuk usia remaja, you are against it. Why? Lagi satu, di sebalik tudung tu terselindung rambut karat kau. Ya Allah, lagilah aku terkejut. Kau pakai tudung kat sekolah sebab nak cover rambut karat, sama jugak cam budak lelaki pakai songkok pergi sekolah sebab nak cover rambut panjang.


6. Manja ya amat

Cikgu tu nak mengajar, kalau baru kena jentik siket mak bapak kau failkan saman. Memang jahanam masa depan kamu. Aku rasa sebab tu budak-budak zaman le ni makin teruk. Mak bapak melampau sangat. Rotang mahupon denda tu untuk mengajar anak-anak. Takde matinya anak kau tu. Kalau mak bapak tak tau ajar anak, bagilah cikgu ajar. Dah memang tanggungjawab depa. Since my mak-pak sedara cikgu, memang dah faham sangat perangai mak pak. Kesian kat cikgu tahu tak? Mesti ada yang kata ROTAN tu bukan cara yang betul untuk didik anak, tapi bagi aku memang itu cara nak mengajar anak. Dulu, mama aku bantai dengan hanger baju tu. Pergh, sedap bhaii. Dan aku rasa sebab tu kitorang adik-beradik tak pernah lagi berperangai tak senonoh ni. Penampar pon dah biasa kalau mulut lancang sangat walaupon kitorang dah besar camni. Kita kena bagi sekali yang kawkaw punya, lepas tu taubat anak tu tak buat perangai lagi.



7. Anti Sosial

Ini bukan kebejatan sosial tau tapi yang bersosial atau berkomunikasi dengan kawan,masyarakat dan keluarga. Dah kerja kau asyik nak tweet or to be exact menghadap phone atau laptop 24/7. Due to this factor, your creativity are sloping downwards. Budak-budak zaman millenia ni mana tau main masak-masak guna pasir, daun, tempurung kelapa, senapang patah, panjat pokok dan sebagainya. Hish sangat tak awesome your childhood time. Haha. Nanti aku nak ajar anak aku panjat pokok. Muahaha, kalau masa tu ada pokok lagi. Oh lagi satu binatang pon kau tak tahu beza. Sepupu aku boleh kata tikus yang ayah aku perangkap tu as hamster. Memang aku bantai gelak kawkaw. Muahaha. Dan mungkin bagi parents nowadays gempak lah kan, bila anak dia yang baby pon pandai main game kat tab/ipad/phone. Bravo! Cuba ajar anak tu dengan ilmu akhirat. Gajet tu kita guna untuk kebaikan bukan lagi menjahanamkan masa depan mereka. 

Apa yang aku nampak, budak sekarang memang lagi teruk dari zaman aku sekolah. Aku ingat zaman aku tu dah habis teruk rupanya ada lagi teruk. Well, it's normal. But supposedly, as a new generation', we MUST be a good generation not becoming worst. Ahh, i really don't understand why it become like this. Should we blame the government, parents, media or you yourself? Take your time and muhasabah diri seketika. Aku tau tak semua jahat dalah sesuatu generasi itu, tapi tegurlah kawan-kawan kita for becoming a #BetterNation.


'Tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Jadikan generasi dulu sebagai rujukan supaya generasi akan datang tidak mengulangi kesalahan yang sama.'

P/s: Ini semua berdasarkan pemerhatian ketika aku kerja di Macd,kedai buku, family background and google. Maaf jika kamu tersentap, tapi tersentap supaya kau berubah aku tak kisah. Hehe. 

Tuesday, 27 August 2013

Kahwin di usia muda

Assalamualaikum.
 Ya Habibi Ya Maulana, cabut gigi guna spanar. Ok ini tak lawak. Aku cuma teringat dolu-dolu suka cakap ghope ini. 

So, kome nampak kan tajuk di atas? Apa komen anda? Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas mahupon kau membangkang? Haha, lantakkan.

Benda ni ada pros and cons. Dan bagi aku, once you are really ready to be somebody wife/husband or to be more specific you are ready to carry a BIG responsible and burden, Allah will send to you your prince charming. hehe. 



Ok, secara jujurnya aku rasa cemburu gilak bila kawan-kawan aku including my juniors,seniors and my other type of friends sudah berkahwin dan melangkah ke alam perkahwinan di usia muda. Oh apakah, sungguhlah mung ni suko membezakan kasih sayang. Err, tidak. Just forget it. Aku rasa bila umur aku dah 20, aku dah mula terima jemputan ke majlis walimatul urus atau perkahwinan secara individual. Kau paham ke tidak? Yelah, sebelum ni aku pergi kenduri kahwin follow parents sebab dapat undangan En.Mubi sekeluarga, sekarang Cik Syira sekeluarga. Eh tetiba?  

Aku jeles tahap gaban dengan hangpa. But at the same time i'm very proud of you, praying for your happiness and may Allah bless you and your new family. May your marriage until Jannah. Aku tak mao dengaq satgi ada khabar yang tidak menggembirakan seperti 'Si Mat tu dah bercerai, baru 2 bulan kahwin.' Ya Allah, minta dijauhkan. Aku nak dengar berita gembira je dan lahirkan babies. Lama sudaa tak pegang baby. Haha.

Oh tak lupa juga, ada jugak kawan-kawan aku yang dah ada anak walaupon umur dia sebaya aku. Hoho, jeles seh. Aku jeles sebab hari-hari dia boleh cium baby, bau baby wangi gila. Aku suka. Sepupu aku semua dah besar, paling kecik setahun lebih. Aku nak yang baby betul yang tak kenal orang lagi, yang bila dia tidur aku suka letak satu jari dalam genggaman baby tu sampai aku tidur. Alala, sudahnya aku beli budak Pureen, Dapat feeling jadi baby. Haha.

Ok, tu je aku nak cakap. Perasaan cemburu yang membuak-buak tu tak dapat ditahan bila dalam bulan ni kemain ramai kawan-kawan yang aku kenal kahwin. Nanti aku update pasal pros and cons. Kalau rajin lah kan. Hehe.

Monday, 26 August 2013

Kadang-kadang kita lupa jasa mereka

Assalamualaikum.

Kita ni manusia yang bersikap nisyan iaitu pelupa. We are not perfect but we MUST TRY to be a perfect person. Apa yang aku nak kata ialah 'pernahkah kita mengenang jasa parents kita?' Mereka kemain bersusah payah demi kita. Tapi kita ni, cam haram langsung tak ingat jasa mereka. 

Bagi mereka yang lahir dalam golongan miskin atau kurang berkemampuan, mostly depa ni jenis mengenang jasa mak pak. Eh tapi ramai je yang tahunya perabih duit mak bapak je. Sedarlah mak bapak susah cari duit, kau plak kerja nak mintak duit je. Basic thing is be friend with those who are same level with you. Bukan aku kata tak boleh nak kawan dengan anak orang kaya, tapi kau pernah dengar tak orang kata 'Enggang dengan pipit tak boleh terbang bersama.' Oh one more thing, kalau kau kawan dengan orang ada-ada tapi dia bukan penyebab untuk kamu menjadi seorang yang 'biar pape, asal bergaye' tak mengape ler. Tapi, selalunya mesti kamu pon terikut-ikut dengan style deme. Hmm, jadi pandai-pandailah.

Bagi mereka yang lahir dalam golongan ada-ada, kau nak apa semua dapat. Lepas SPM terus dapat Lamborghini sebijik, amboi melampau benor. Ater, apaknya CEO boleh lah dapat. Haha. Walaupon, senang-senang je kau mintak, dapat as you wish but could you at one time think deeply; 'What if one day my papa's company bankrupt? Kita tak tahu, bukan aku mendoakan kejatuhan kegemilangan kalian. But it just the concept of ' Hidup ni umpama RODA. Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.' Kau faham tak maksud di sebalik kata-kata ini? 


Bagi golongan sederhana pulak, hmm camne nak cakap ek. Ini based on my experience laa ek. Keluarga aku idok ler kaya mana, nak kata miskin nau pon tidak. So-so je orang kata. Alhamdulillah. Kau tahu jelah orang berniaga ni, rezeki tu tak menentu, based on our effort and customers. But for sure its all about Allah punya rezeki. Bila aku masuk asasi, memey tak guna duit ayah sangat sebab dapat biasiswa yang kerajaan bagi tu kan. RM19++ Satu sem. Lagipon, kira aku masyuk laa gaji kerja kat Macd ada lagi. Cuma yuran pengajian je ayah bayar. But then, bila aku masuk degree, aku banyak menyusahkan ayah. PT dapat lambat. Tapi, sebenarnya normal dan dapat cepat dari tempoh yang sepatutnya, masalahnya aku nak duit tu masuk 2-3 hari lepas aku masuk semester baru, boleh? Melampau kan. Dahlah gaji aku kerja kat kedai buku tu macam tak nampak ke mana hala tuju. Tiba-tiba dah habis camtu je. Mungkin sebab masa kat Macd, makan minum semua fully supported, kan dah jimat banyak kat situ.

Oh ni aku nak bagi pendapat jelah dan kalau kau ingatlah masa MDS, rektor/penceramah jemputan pernah cakap lebih kurang cenggini;

'Kalau kamu dah dapat duit PT mahupon biasiswa, just use that money. Tak perlulah nak minta kat mak ayah lagi.' Memanglah itu tanggungjawab parents, but could you help them by lighten their burden, hmm? Lagipon, kau nak buat apa duit banyak-banyak, lagi melaghakan ada. Lagi satu, duit tu takkan habis kalau kamu pandai berjimat lah, aku siap simpan RM1k duit PT tu kat ASB. Ok, ini mama aku tarik awal-awal disebabkan aku ni pemboros. Ngehngehngeh.

Ya Allah, tak tahu camne nak kawal diri. Tetiap minggu keluar RM50 paling cikai. Mama aku memang selalu bandingkan dengan Angah, duit dia tak pernah habis. Ahh stress. Sungguh berjimat ye kamu. Aku dengan adik je yang teruk. Kalau joli sakan guna duit sendiri takpe lah kan, tapi bila duit mak bapak terasa lain okey. Aku akan stress bila takde duit, kalau kurang dari RM50 dalam purse, itu adalah insecure bagi aku. Masa zaman sekolah dulu, aku takkan keluar rumah <main  petang2 sebab mesti nak beli jajan kan?> kalau duit aku kurang dari RM10. Apakah sikap aku ini? 

Aku tersangat-sangatlah MALU untuk mintak duit kat parents sebab aku tau susah untuk mama dan ayah nak dapatkan duit tu. But i have to, aku tak tau mana nak cekau duit dah. Aku dah memang pasang niat nak buat part time kat Macd naik sem ni. Ok better i'm stop at here. Merepek cerita pasal diri sendiri je, pasaipa?

Ok,  back to my topic. Tak kiralah korang dari golongan mana pon, apa yang pasti parents kau mesti nak lakukan yang terbaik untuk kau. Aku ni idak ler baik mana, selalu menyusahkan mama dan ayah. Tapi, ada mata tengok, ada otak tafsir dan cuba amek jadikan pengajaran. Masa aku kerja kat kedai buku tu memang banyak lah aku dapat pengajaran. Yelah, kedai buku = ilmu/akademik kan? Mestilah mak bapak datang nak beli buku/alat-tulis untuk anak mereka. Kadang-kadang aku tak sampai hati nak amek duit tu, kalau kedai tu aku yang punya, kalau aku tengok dia orang susah dan mempunyai potensi untuk belajar bersungguh-sungguh, demi Allah aku akan bagi FREE. Doakan aku ada kedai buku sendiri so that i can help those who are needed. Aku memang mudah tersentuh kalau bab-bab cenggini.

Dan aku sangat-sangatlah menyeru kalau kamu berasal dari kampung/golongan yang susah <bukan nak menghina>, tolonglah if possible jangan menyusahkan mak pak hang dengan minta duit. Cuba usahakan, minta zakat, belajar pandai-pandai pi mintak biasiswa, kerja part time and etc. Ini kau dah tahu status diri kau, lagi nak belanja awek. Puih. Benci gila Tak suka betul aku kalau jumpa orang macam ni. Pernah tak kau terfikir yang dari mana mak pak hang cari duit nak bank in kat hang? Ada yang pi jual emas, tanah dan sebagainya. Aku sangat hormat dekat orang yang dia tau keluarga dia susah dan dia tak menyusahkan mak pak dia. Kita ni memang tahu meminta je, mana pernah nak memberi. Sentap. 

'Ayah, minggu depan kakak nak pergi rombongan sekolah. Cikgu suruh bayar hujung minggu ni jugak selewat-lewatnya.'

'Oh, berapa ringgit nak kena bayar? Kalau tak pergi tak boleh ke?'

'Alaa, kakak memang teringin sangat nak pergi Cameron Highlands. RM100 je ayah.'

Hmm, kalau kau dah kemain memujuk mak ayah kau, mesti mak ayah kau turutkan juga. Padahal, gaji bulan tu memang ngamngam untuk belanja bulan tu. Tapi, kerana sayangkan anak, mereka sanggup berkorban. Dulu aku memang camni, cikgu kata boleh bayar selewat-lewatnya hujung minggu ni. 

Hari ni cikgu cakap, esok aku dah pi bayar. Bukan nak menunjuk konon aku kaya tapi aku memang menggelupur tak nak nanti cikgu sebut nama siapa yang tak bayar lagi <malu laa konon?>, lagi satu mama n ayah memang tak suka tangguh, takut nanti duit tu guna untuk benda lain pulak. 

Padahal orang lain hari terakhir tu baru berlumba-lumba nak bayor. So, start from now on, aku nak lengahkan tempoh pembayaran. Wowowo, apakah ini? Contoh kan, yuran pengajian kena bayar before 1 Oktober ni, ayah aku dah tanya berapa yuran, tapi aku cakap biar je dulu. Aku nak tunggu duit PT masuk, kalau sebelum due date bayar yuran PT masuk, bolehlah bayar pakai PT kan? 

Lagi satu contoh;

'Mama, along nak buat birthday party kat sekolah. Tak kira nak jugak.' Sumpah, mintak penyepak, nasib masa tu aku darjah empat. 

Dan kau tahu tak mama aku masak pulut kuning untuk satu kelas dan beli kek. Kemain kau ye Syira. Dahlah masa tu mama demam. Damn you. Kau tahu jelah, masa zaman budak-budak tu, habis glamer ler kalau buat beday kat sekolah kan? Eh, tapi beday tu masa kecik-kecik, kitorang memey celebrate dengan kawan-kawan, buat jamuan camtu. Kalau adik dan angah tu kan lahir bulan February, so meriah sket laa sebab celebrate sama-sama. Buat kat rumah opah. Bila dah besar ni, makan besar dengan family sudaa. Bila aku tengok budak-budak kemain hentak-hentak kaki suruh maknya beli kek, aku senyum je.

 Dulu aku pon macam tu, eh aku baik sket. Lepas dah buat ala-ala befday party kat sekolah, takde aku demand macam-macam dah. Takkan aku nak kata 'Adik, mak kamu tu susah cari duit, cuba jangan nak mintak macam-macam. Just appreciate what you have.' Eh, tapi kekadang aku sound slamber je. Sebab mak ayah ni memang seboleh-bolehnya deme sorokkan kesusahan mencari rezeki/duit untuk anak-anak, yang tahu jerih payah tu hanya kawan-kawan tempat kerja,keluarga mak pak hang je. Bila kita tengok camtu, always pray 'Ya Allah, semoga anak beliau membalas jasa mak/ayah dia bila besar kelak.' 

Hmm, aku rasa tu jelah. Ingatlah, aku pon bukannya seorang anak yang baik. But better late than never. Tetiba keluar idiom ni apehal? Maksud aku, marilah kita sedar sekarang dari terlambat. Paham? Jangan jadi seorang anak yang tahu mintak kaki itu ini je, usaha sendiri. Insha Allah kita boleh lakukannya.

p/s: aku update entry ni lepas baca kisah-kisah menyayat hati pasal ibu bapa yang bersusah payah demi anak-anak, tapi bila mereka dah tak berdaya, anak-anak tak hiraukan mereka sedangkan masa anaknya study kat U, ayah dia terkial-kial nak bank in duit untuk anaknya. 

Saturday, 24 August 2013

Cendol oh Cendol

Assalamualaikum,

Hai uolls. Since last few months, i'm craving for CENDOL. Aku ni demand or to be exact cerewet sket bab makan ni. Aku nak cendol pakcik yang kat depan Masjid Nurul Huda, Kg. Kenangan tu je. Sebab aku rasa itulah cendol yang paling sedap sejak aku sekolah kat SRA Batu13 tu. Haha, ini tekak aku je tau. Masalahnya, pakcik ni berniaga kat masjid tu hari Jumaat sahaja. Dan aku malu la woi, yang beli semua lelaki <almaklom baru balik solat Jumaat>, and i'm the only girl who was there. Hehe, ini masa zaman sekolah, tak malu sangat. Sebab, orang akan cakap 'Takpe, kasi adik ni dulu, nak pergi sekolah.' Haha. Aternya, kalau sekarang ni kau suruh aku pergi beli, emm kena fikir banyak kali ler.

ayah aku beli 3 bungkus sebenarnya, tapi aku dah tuang dalam jag.

umm sedapnya.


Bulan lepas tak boleh lah kan, ingat sket RAMADHAN. Puasa bhaii. Sekarang, baru boleh membeli sesuka hati di siang hari tanpa sekatan. Minggu lepas aku berharap sangat sampai terbayang-bayang kenikmatan menyedut cendol. Ohh, sungguh sedap. Tapi, itu cuma imaginasi sahaja. Itulah orang dolu-dolu kata, jangan terlalu berharap. Kalau tak dapat, dia punya 'keciwa' tu memang makan dalam punya. Sedih gila masa tu.

Then, masa ayah dah siap-siap nak pergi solat, aku ingatkan ayah banyak kali. 

'Ayah, bawak duit lebih sket tau. Along nak cendol cik Syed.'
'Ayah, jangan lupa tau beli cendol kalau ada.'

Banyak kali aku cakap benda yang sama. Tapi, aku takde berharap sangat, takut jadi cam minggu lepas. 

Ayah pergi masjid awal hari ni around 1pm, ayah kata 'Minggu lepas ayah dah terlambat pergi masjid.'
Sebab, last week ayah pi hantaq mesin fotostat, tu yang terlambat. Ayah aku memang jaga pasal kehadiran solat Jumaat. Sebab, kalau kita datang khatib dah naik mimbar, malaikat dah tak catat pahala.

And then around 1:15pm, ayah kelam-kabut park motor tanpa matikan enjen depan kedai. Aku cuak ok masa tu. 'Ya Allah ayah accident ke? Motor rosak ke?' Ini je yang ada kat kepala aku masa tu.

Dan rupa-rupanya, Ayah hantar cendol. Ya Allah, aku rasa nak menangis masa tu je. Terima Kasih ayah. Apa yang Along nak, semua ayah tunaikan. 

Aku cakaplah; 'Laa kenapa beli sekarang. <menyusahkan ayah je>. Balik nantilah beli, tak payah ayah ulang-alik 4 kali <2x pergi, 2x balik>. And my ayah said;

'Kalau beli balik nanti, ramai orang. Ayah malas nak tunggu.' 

Sebab, lepas balik solat jumaat baru ayah lunch. Lagi satu alasan ayah bila aku kata 'Balik nanti pon boleh' ialah;

'Nanti cair plak sementara habis solat sebab ayah beli awal.'

Ya Allah, apa lagi yang kau nak Syira oii? Along sayang ayah sangat-sangat. Thanx so much for being a great father to us. Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur agar kitorang dapat balas jasa Ayah.


Wednesday, 21 August 2013

SOLAT : Saling mengingati antara kita

Assalamualaikum.

Haa yang tengah baca ni dah solat ke belum? Hmm mesti ada yang kata; 'Cett, bajet alim budak ni.' Hehe, aku tau dah. Tapi, hang kena tau kita ni kena saling mengingati antara satu sama lain. Kau patut rasa bersyukur bila ada orang/kawan/family/bf/gf yang concern pasal solat kita. Serius, ini bukan menganjing. Sebab solat itu tiang agama dan syaiton tu memey suko kalau kita tak tunaikan kewajipan kita.

Bukan nak cakap apa, macam aku sendirilah kan, kekadang err most of the time mesti rasa malas nak solat. I mean memey jarang lah mu nok nampok aq solat di awal waktu. Azan je terus solat. Itu kau boleh nampak kalau aku nak pergi kelas pukul 2pm atau KESAT kol 5pm. Yang lain jangan harap. Bapak teruk doe. Sedar pon.

So, kalau kat rumah memey mama dan ayah aku akan tanya; 'Dah sembahyang ke belum?' Pastu, mesti cakap 'Belum, kejap lagilah.' Tett. Suka tangguhkan solat blabla. Hmm, kalau taknak kena bebel better u bangun terus amek wudhu' and perform your solat. Ini satu teknik mendidik anak solat yang aku syorkan pada kalian sampai anak korang tua bangka. Kalau kau pk 'Ahh, anak aku dah besar panjang manusia, pandai-pandailah dia nak solat ke tak.' No, its your responsibility as parents. Manusia ni selalu lalai, sebab tu kita kena saling menegur dan mengingati antara satu sama lain. Kalau anda dapat didik anak anda dengan solat, Insha Allah klo anak hang pi mana-mana pon, dalam jiwa tu memang dah dibentuk cantik, dia takkan terjebak dengan perkara negatif dan terpesong dari ajaran Islam. 

Lagi satu, aku suka gila bila roommates kita saling tegur dan kejutkan kita untuk solat. Kat sini, kita boleh mengeratkan silaturrahim antara roommates. Macam sekarang ni, kitorang siap buat giliran. Haha. Lepas Nurul solat, baru Dayah solat. Kalau aku dah kejut tak mao bangun, aku pon give up and i would said; 'Weh baik kau bangun sekarang, aku nak sambung tidur ni. Memang tak sedar apa dah. Ini selalu berlaku untuk solat SUBOH lah kan. Pastu, kalau aku cakap banyak kali dia taknak bangun aku panggil kakak lagi sorang suruh kejut. Pastu, mesti dia akan kata; 'Kau ingat aku kapiaq sangat ka tak mao solat.' Haha, ini lawak. And we make this as our trademark klo ada orang suruh solat. Ye, orang tahulah nak solat, sabaq lah, satgi aku pi solat. Yup, inilah yang selalu aku makikan dalam hati. Muahaha.

Pastu, i just want to share with my readers bout words SOLAT and SEMBAHYANG. We often said the words of  'Dah sembahnyang ke belum?' And one day, my makcik tegur, dia kata sembahyang tu untuk non-Muslims, kita guna SOLAT. Then, i start change it to 'Kau dah solat ke belum?' But then, orang akan kata atau pandang slek kat kau macam kau 'bajet alim'. Err, ini bukan pasal aku nak bajet alim ke apa, i just wanna change my words to a better one. Tak salah pon kalau nak guna SEMBAHYANG even my parents said that words. Orang ganu memey sebut SEMBAHYANG, and telekung pon diorang panggil KAIN SEMBAHYANG. 

Pastu, kalau aku balik Ganu, pukul 6pm baru nak amek wudhu'-solat. Pastu, ayah long/tok aku akan kata; 'Huh, malaikat naik atas doh.' Maksudnya, tak baik tangguhkan atau solat lewat, kira macam malaikat dah tak kira. Well, kalau boleh pukul 7pm baru nak solat. Tapi, aku takdelah sampai ghope itu. Aku tabik spring kat family ayah di Ganu tu, masuk waktu terus solat. This is based on how you teach your children. Dan arwah tok ki aku pon, masa tu dia dah tak larat, baring je. Dia tetap gagahkan diri untuk amek wudhu' dan solat. Oh, masa ni memang aku insaf. 

Secara tuntasnya, solat itu tiang agama. Well, semua orang tahu tapi kuatkah kita untuk mempertahankan amalan yang satu ini. Solat Suboh selalu je terlajak kalau hari cuti. Ahh, geramnya aku kat setan ni. Cett, padahal salah diri sendiri. Bunyi alarm, off. Bijak bijak. Kalau boleh solat di awal waktu. Bukan kalau boleh mesti ok. Peringatan untuk diri sendiri.

kat masjid negeri shah alam, raya haji 2012

Monday, 19 August 2013

Dinner Pre Law

Malam Aspirasi 2012


Assalamualaikum.

Gambar ni dah berkurun lama aku letak kat draft. Hampir setahun. Tetap nak publish, kau ingat senang ke kitorang nak make up, nak melawa cenggini. Tu tak kira lagi dengan heels tinggi bapok, jubah semua cantik-cantik macam model. Dan tudung ala datin yang aku pakai tu, tobat tak mao pakai. Aku rasa over gila babas, tu pon mak su yang hadiahkan. Memang harapan aku nak beli tudung ghope itu.

Oh pastu, malam tu memang best gilak sebab kami bergambar ramai-ramai, menyanyi, sapa-sapa yang cemerlang tu dapatlah hadiah, oh pastu ada lucky draw <ini best, kemain eksaited ingat nombor kita, ghopenya orang lain> Nombor depan dah sama, belakang je lain. Dia punya debor tu rasa nak meletop jantung. Haha, over sangat. Paling best, bila kelas kitorang nyanyi atas pentas tanpa practice, memey kucar-kacir but we enjoyed it together. Kami memang sporting. Tabik spring to KPIOO52B team.

BTW, credit to MUA and fashion designer kak Anna, Kak Syu dan Zana. Amboi, kemain banyak MUA aku kan, alaa, semua pon bagi idea and touch up muka aku. Wedges Zana Zazara, tinggi gilak, sakit kaki iolls. Dalam bas, aku buka, dekat nak sampai hotel n hostel baru pakai balik. Pastu, credit to Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sg. Petani. And the most sweet moment, when you wear like this, you still perform your solat. Our bus driver took girls only and send us to PI. Kitorang pon before make up, dah amek wudhu' siap-siap. Jangan kerana kau sayang make up, terus tak solat sister. Kau tahu jelah perempuan ni leceh, lelaki tu amek wudhu' terus solat, tak yah nak betul tudung n make up apa semua.

So, just check-it-out. Banyak lagi gambaq, tapi takkan semua aku nak tepek sini. Malu ler ittew.Gedik mai dah.



with bella

solat maghrib at PI Ashabul Kahfi

Bella with Anis


Peah n Gaga

ammar ni tiru aq,pakai baju kaler sama

ecah n mek lida

with classrep-mahfiz hafzan

duta nasi tomat-muzil

KPI0052B sweet memory

sebahagian gegirls klas B

Iela,Syira,Ammar,Peah n Mira

comey la hangpa-aaron n bella. jangan salah paham, depa bukan couple.
p/s: essay baru karang, gambar je yang dah lama peram kat draft. Haha.

Sunday, 18 August 2013

Penyakit di Hari Raya

Assalamualaikum.

Masih dalam mood raya, so kita cerita pasal raya lah ye. Raya kan sebulan. 

So, this is based on my experience through out Hari raya. Selalunya, bila Raya perut selalu meragam. Penyakit beri-beri yang tak tahan tu. Berebut tandas lah kome. Aternya, udah kamu campak segala benda dalam perut tu, memang dapat lah penyakit. Selama sebulan perut tu berehat dengan tenang, datang pagi raya segala jenis juadah kau sumbat. Lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, satay dan macam-macam lagi. Itu tak kira plak side foods macam kekacang dan kuih raya berserta air gas yang kau teguk bergelas-gelas. Konon balas dendam selama sebulan tak dapat makan sesuka hati,gitu? Perut kau terkejut tahu tak? Haha.

Kalau kat rumah tu tandas ada 1/2 memang payah lah. Dah tu kau nak suruh bina berapa banyak tandas? Jenuhlah kalau rumah penuh dengan tandas je, nak tidur celah mana der? Sila beratur, amek nombor giliran nak buang saham. Kalau pergi klinik, doktor mesti senyum je. Dah tahu sangat penyakit hari raya ni. Masa ni, doktor buat duit, masa bulan puasa kurang sket orang datang ziarah doktor kan? Eh, gurau je.  Kalau balik Ipoh, tok aku memang dah standby berpaket-paket pil chikit teck aun. Masalah, aku memang tak suka makan ubat pil, dah lah baunya Ya Allah, nak muntah. Takpe, aku sanggup ulang-alik toilet dari makan ubat tu.

Pernah masa tu pak lang aku kahwin, habis satu rumah sakit perut cirit-birit. Gila punya teruk, sampai semua melepet kat rumah. Nasib pakai catering. Dengan muntah-muntah semua. Masa tu aku sekolah rendah lagi kot. Atok aku beli pil tu dengan air 100PLUS berbotol-botol. Bila tetamu datang, mesti ziarah bilik atok yang mana semua orang sakit berehat dalam tu. 

Lagi satu penyakit yang selalu dapat masa hari raya ialah DEMAM. Mungkin sebab cuaca panas, kita mana kira panas ke hujan, gasakkan. Raya tetap raya. Yang penting rasa seronok beraya ramai-ramai dengan sepupu-sepapat, malam nanti baru semua tertonggeng penat dan lembik. Demam kan. Esok siang, pergi raya lagi mana-mana rumah yang tak sempat pusing. Hahaha.

Oh kalau penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol pon senang dapat masa hari raya ni. Ye lah, dah kau melantak ayam dan daging siang malam, mao tak naik darah tinggi. Pastu, semua rumah sediakan air manis dan bergas, lagilah kencing manis kau naik mendadak. Silap-silap raya kedua orang ziarah kamu di hospital. 

Apapon, jagalah kesihatan diri dalam kita syok beraya ni. Eh, tapi bukan senang nak jumpa makanan ni. Bulan raya je ada. HAHA. So, lanyak jangan tak lanyak. Jangan kempunan tak dapat makan sudaa. Sendiri makan, sendiri tanggung okey.

Saturday, 17 August 2013

Subjek Part 1 Bachelor of Human Resource Management

Assalamualaikum.

Aku update ni sebab ada orang tanya apa yang aku belajar dalam HR ni. Masalah, untuk part 1 until part berapa entah aku tak ingat kita akan belajar benda yang sama dengan pelajar BM240 dan BM243. Ini mungkin dekat cawangan je kot. Kira dengan buat entry ni, dapatlah aku mengimbau kenangan dolu-dolu. Tapi, part 1 aku tak segah part 1 masa asasi. Ukhuwah tak kuat lagi. Hehe. Sebab tu aku tak berapa cerita pasal kelas-kawan-and etc.

So, here we go.

1. ACC 418-Financial Accounting

Ok, bagi aku yang takde basic ni memang tercangak-cangak lah dalam kelas. But practice make perfect.
Serius pening dengan acc. Tapi, ni baru basic, sem depan ada lagi. Sir kata simpan buku n nota sem 1. Aku tak takut nak bertanya kat sir, sebab anggap cam kawan je. Muahaha. Sir Shfri  memang bestlah. Harap sem depan sir ajar lagi. Sir pon Merbokians tapi masa tu aku tak wujud lagi kat Merbok.
yg kecik tu sir Shfri. ni sebahagian dari kami. BM240,243 n 244
2. ECO 415- Economics

Haa, ni pon sama subjek yang agak tough bagi aku yang tak suka mengira banyak-banyak ni. Dulu masa asasi, eco tak banyak kira. Dari awal memang aku tak minat subjek ni. Aku lebih rela buat account. Haha. Sebenarnya takde susah mana <puih>. Disebabkan subjek ni agak susah, Madam Song banyak tolong kita. Most of Friday class, we had test and quiz. Sampaikan bila nak tiba hari Jumaat, menggelabah buka buku eco. hehe. Selamat bertemu dengan eco ye adik-adik. Alhamdulillah lulus, aku tak nak jumpa eco lagi. 

3. BMD 401- Mandarin Language I

Subjek ni best gila, mungkin sebab aku dapat laoshi yang sporting walaupon a bit clumsy. Best gila belajar Mandarin. Sem depan tak tahu lah kena amek bahasa apa. Tapi, budak2 hotel belajar bahasa Jepun kot sem ni. Yang ni akan ada listening, speaking, writing dan korang kena buat video. Berlakon dalam Mandarin tau. Lidah memang terbelit sket lah. Tapi kau jangan ingat bila dah pandai cakap Mandarin, kau eksyen kamen pi cakap denga nyonya jual sayur, depa memang tak paham lah. Pasai depa guna Tagalogue, Kantonese dan sebagainya. Kita belajar Mandarin taraf antarabangsa gitu, bukan bahasa pasar.

4. LAW 416- Business Law

Ini memang killer subject walaupon aku ex pre law, tapi kau ingat sama ke dengan apa yang aku belajar dulu. Yang sama cuma Law of Contract je, tapi berapa lah sangat. Dapat pulak Madam Kanni, kecut perut shiall dalam kelas dia. Kau tak buat kerja yang dia suruh buat, memang lu cari nahas. Bagi korang yang bukan pre law, mesti terkejut dapat lecturer camtu. Kitorang dah biasa. HAHA. Tapi, dengan aku sekali takut. Walaupon kau hanya nak tanya ejaan nama Madam in full masa test/quiz, kau dianggap meniru. Tanya nama je kot, belum jawab soalan lagi. Dahlah kalau eja nama dia salah, tolak markah. 

5. MGT 417- Information Technology in Business

Hmm, dah nama pon IT, sape yang berminat boleh 'makan' lah subjek ni. Subjek paling bosan sebab aku tak minat. Miss kitorang cun seh. But sorry miss, i'm bored in your class. Tapi, seteruk-teruk aku dalam kelas dia, tak pernah tidur dalam kelas dia atau buka warung gosip mak jemah. Walau tak minat, just show your respect by listen carefully what's your lecturer wanna tell you. Kalau aku jadi miss, aku halau keluar je sape yang perangai camni. 

6. MGT 420- Principles and Practice of Management

Subjek ni paling best sebab aku dengan kawan-kawan dapat travel dari Penang-Terengganu-Kelantan. Kau ingat kitorang saja-saja pergi sana. Ada projek besar woi. Alhamdulillah, selesai jugak masalah kitorang, kemain bincang dari awal sem sampai dah nak seminggu lagi study week baru pergi. This iss to know how you are able to manage or overcome the problem. Aku memang respect kat Dr. Bard. Kagum bak kata orang. You had inspired me. Subjek ni memang kena menghafal lah teorinya. 

kau ingat senang nak dapat experience camni?


7. HBU 111- National KESATRIA I

Ok, since this is my first time joined KESAT, i just want to say; 'It was a great experienced.' Hey, kemon best gilak kawad. Bila lagi kau nak merasa benda ni semua. Dah kerja nanti, takde nya bos kau suruh kau kawad. Last aku kawad masa sekolah dulu lah-KAPPA-JPAM. Tuan pon baik, takde tetiba nak jerkah kat kau. Tapi, masalah bila orang dah buat baik dengan kita, kita pulak naik kepala. Bagi penampaq sedas dua baru tau. Tepatilah masa, aku memang benci tak suka dengan orang yang tak punctual ni. Kalau orang lain boleh datang awal, why not u. Before azan standby amek wudhu' terus sarung telekung dan siap pakai baju kesat. Azan je terus solat, lepas solat terus gerak pergi depan PI. Ini tips nak bagi kat hangpa kot-kot tak tau camne nak cepat kan? 

Oh one more thing, if you think you are good enough or you have a HIGHER EDUCATION <poie mampuih la hang>, please do respect people who have more experience than you. Kita baru setahun jagung, tuan tu dah pencen dari tentera. Kau patut rasa bangga tahu dapat dengar cerita dia mempertahankan negara. Dia lebih dulu makan garam dari kita, so apa yang dia dok cerita kat kita tu nak suruh buat jadi pengajaran, paham? 

8. BEL 403- English 

Ok aku tak ingat kod subjek sebab aku dapat PC. Subjek ni best sebab ada sir yang comel and we enjoyed learning by singing. Biasalah kalau subjek English. Sama je dari sekolah sampai universiti. It just about language. If you want to be expert and fluent, speak with your friends. 

Itu saja subjek yang aku belajar. Ingatkan masuk degree in HR subjek lagi sket. Haha. Sekali sama je dengan asasi. Apapon, i'm done with first semester. Work hard for another 5 semesters. Dan aku tak mao jual buku kepada junior, harap maklom. Sebab most of my lecturers said that we will use books,handouts and etcetera in future. Hehe, bukan berlagak ye. So, welcome to HR world. 

Err, maaf kalau tak menepati piawaian kehendak soalan. Aku tak tahu lah, takkan aku nak describe satu-satu tentang subjek yang aku belajar. Itu kena bukak buku balik laa yang oii. Tapi, buku aku semua kat stor Baiduri. If you have any question you want to ask me, just comment below. I'll try to answer it if i know the answer. Don't worry, your question will not harm you and you don't have to give any reward if i'm answering your question. Saya suka jadi kaunter pertanyaan. Serius, ini bukan menganjing coz i know how's the feeling of being alone, what i should do and blabla.

Ini link what subjects will you take. But i'm not sure whether u can open it or not because i retrieved it directly from my own UiTM Student Portal. Check it out here







Perosak bahasa Melayu

haa kau paham apa yang ditulis?


Ok, tadi ada customer berbangsa Pakistan datang kedai ayah, suruh type quotation. Sekali aku tengok apa yang dia tulis. Sumpah tak paham sepataha haram pon. Yang pen merah tu ayah aku betulkan ayat dia. Apa ke pelik benor ayatnya. 

Tingkap jadi Tinkip
Tarik jadi Terik
Tukar jadi Tuker
dan macam-macam lagi.

Pergh, kalau aku lah kan nak buat renovation rumah nanti, aku panggil orang Melayu. Eh, tapi kau kena tahu orang asing ni murah je amek, klo bangsa kita mahal kot. Indon paling murah charge for renovation. Ahh, lantaklah nak amek sesapa pon asalkan kualiti berbaloi dengan harga. Jangan tak sampai setahun, dah retak dinding apa semua sudaa.

Tapi, bukan calang-calang customer pakistan ni dapat. Total RM 50,600. Aku pk baik beli rumah baru sebiji dari renovate rumah sedia ada. Dia beli rumah second holder ler ni, tu yang habis semua nak pecah buat baru. 

Kalau customer foreigner memang payah sket nak paham. Kalau tahu cakap in English tahan jugak. Kalau aku yang taip memang aku tolong adjust balik ayat tunggang-langgang tu. Habis jahanam bahasa Melayu ku dibuat deme. Pastu, ingat aku translator ke, dia cakap je, pastu suruh aku translate in English. Puih, kau ingat aku tahu ke term untuk welding, construction apa jadah ni. 

Friday, 16 August 2013

Potong Barisan

Assalamualaikum.

Hello, amacam ada sihat ka? Semoga kalian sihat sejahtera dan bergembira di hari lebaran ini. Disebabkan semua masih dalam mood beraya, busy nak pergi open house, kenduri kahwin dan ziarah rumah saudara-mara dan sahabat-handai. Aku up entry ni. Yelah, kalau kita nak pergi mana-mana mesti naik kereta kan? Kalau naik public transport tu lain cerita lah beb.

credit to google image

Tolonglah kalau anda seorang pemandu, sila memandu dengan berhemah. Bukannya ikut perasaan nak cepat sampai dan nak test power kereta. Kalau anda seorang penumpang, tegurlah driver tu. Aku bengkek gila dengan orang yang suka MEMOTONG BARISAN. Tak kira lah barisan kereta ke beratur nak beli makanan dan sebagainya. Memang aku benci tahap gaban. Kau tahu tak betapa seksanya orang beratur penat-penat berpuluh-puluh minit, tetiba lu datang dengan muka slamber potong barisan. Terbaik brader! Memang lu kena sumpah berapi-api dari orang belakang.

Masa balik dari hantar Qila kat Matrik Jengka semalam, jalan jammed gila bak hang. Biasalah jalan jammed, dah semua orang keyell balik kampung. Yang jadi masalahnya bila ada mangkuk tingkat potong Q. Haii, kalau aku ni ada kuasa veto, aku tunggu depan/tepi tu bagi saman kat semua kereta yang potong Q tu. Boleh kaya woi, kerajaan dapat duit boleh sumbang kat orang miskin. Tapi, mereka yang berkuasa lagi bijak membuat keputusan. Pak lang aku dulu polis trafik sekarang dah jadi polis peronda. Dia kata, bila musim perayaan polis trafik tak boleh saman atau buat road block kat highway. Untuk mengelakkan jalan sesak. Haa, memey jalan tak sesak <sangat>, itu yang depa semua buat ketegaq buat perangai mintak kaki je.

Tahu tak lorong kecemasan tu untuk kecemasan je lah. Macam tetiba bini kau sakit nak bersalin masa jalan tengah sesak, then you can use that emergency lane. And that lane is specially created for motorcyclist. Bila kau dah amek lane depa, tang mana depa nak lalu. Ini semua boleh mendatangkan bahaya tahu tak? Sekali bila polis peronda bunyikan siren, menggelupur semua yang potong Q tu bagi signal nak masuk lane yang betul. Pastu, uolls janganlah bagi depa ni masuk, biaq depa terkangkang kat situ dan kena saman. Baru padan muka depa. Kalau ayah aku, memey ayah aku impit sampai rapat, jangan harap kau dapat masuk. Pelan-pelan kayuh lah brader. Benda ni kalau dia sorang-sorang je potong Q tak berani lah kan? Tapi, bila tengok sorang buat perangai, yang lain mulalah 'mengekor'. Konon, kau kena aku pon kena. Sama-sama kena saman lah cite dia. Tapi, banyaknya aku tengok yang dok pulun potong Q ni kemalangan. Sama ada kereta depa terbalik sebab drive laju sangat, yelah depa je jalan tanpa brek. Drivers kat lorong lain, sket-sket brek-jalan tersengguk-sengguk dan 'bercium' dengan bontot kereta depan-belakang antara satu sama lain.

Oh, pastu masa polis bunyikan siren tu, aku ingat polis nak saman depa. Rupanya, suruh bagi laluan kat RTM nak rakam kesesakan di lebuhraya Karak. Gampang betei. Geram itteww tau. Stres doe bila drive time sesak, tetiba ada kereta main taktik kotor. Cubalah sama-sama kita rasai kesesakan tu. Sebenarnya, disebabkan segelintir orang yang mementingkan diri sendiri ini lah yang menyebabkan jalan sesak. Yelah, dari 3 lane yang hangpa dok potong Q tu, nak jadi 2 lane. Tak ke sesak namanya?

Tolonglah, dear Malaysian drivers, drive with manner and have some respect between drivers. Kau ingat kau sorang je nak sampai destinasi yang dituju dengan cepat? You don't know how's the feeling of waiting until you had experienced it on your own.
haa camni lah jammed hari tu. Gambar curi kat google.

Thursday, 15 August 2013

Sesal kemudian tidak berguna lagi

Assalamualaikum.

Dah kenapa tajuk tuan punya blog kemain lagi? Emm, idak ler. Ater teman baru lepas baca blog seorang doktor. Aternye, teman rasa diri teman ni kecik benor kalau nak dibandingkan deme yang kerja bom kebabom. Gempak seh. 

Dalam hati aku ni terdetik;

'Itulah dulu masa kat asasi tak nak belajor sungguh-sungguh. Kalau tak, mesti kau tengah amek LLB sekarang ni.'

But, the other side of me tell me that;

Its all about fate. Allah give what is the best for me, just go with it and all out in whatever i'm doing. Think positive. Mungkin klo kau amek LLB, Kau tak boleh carry-berhenti blajor. Haa, camne tu?'

Tak semestinya bila dah jadi doktor, lawyer, engineer, you are becoming a great person. Eh tapi memang betul kan. Kalau deme dengar kau kerja doctor, pepak sekampung. Semua orang sanjung dan hormat kau. Err, so sekarang kau nak orang respect kau by your position or what? Emm, not really but err tettt. Everybody deserve a bright future, either you take it or leave it. Make an effort to achieve it. Doa dan usaha kena selari. Ingat tu. 

Kalau kau fikir diri kau teruk, orang lain beribu kali lagi teruk dari kau. Amboi, ini perumpamaan nak kata diri kita bagus, hakikatnya kita noob. Mama aku selalu marah. Kalau aku dan adik-adik dapat markah cukup-cukup makan je, mesti kata camni nak buat ayat cover line dari kena bebel;

'Alah, berlambak orang failed add math dalam kelas along. Yang lulus ada dalam sepuluh orang.'

'Dah tu, takkan asyik kamu je yang nak tersenarai dalam golongan yang failed tu.'

Toingtoing, kena setepek dengan mama. At least, kita ada hala tuju hidup bukannya tergolong dalam mat pit ke kaki merempit and etcetera. 

Whatever it is, appreciate what you have. Don't keep asking why like this, why like that. Erk saya terasa. Tett. Just go with the flow.Emm, ni macam takde cita-cita plak. Apa-apa pon, jadi seorang anak,Muslim,isteri/suami dan kawan yang baik. Dah cukup. Kerja tu orang tak pandang pon.<poyo>

Sajak Duit Raya

Duit Raya,
Kau hanya akan ada bila Hari Raya sahaja,
Kau memang special,
Kanak-kanak paling gembira,
Orang dewasa menangis tak dapat apa,
Kerjanya asyik hulur sini sana.

Duit Raya,
Jika kau tiada,
Maka akan kuranglah mood kanak-kanak nak beraya,
Dulu main kupang je, 
Sekarang paling cikai warna biru atau hijau,
Habis glamer kaler merah,
Paling syok bila dapat kaler biru kehijau-hijauan.
Bertuah gila kalau dapat,
Macam nak bagi tahu satu dunia,
'Kita dapat RM50 dari orang tu.'

Duit Raya,
Baumu sunggu sedap, harum lagi wangi,
Gasakkan duit tu baru atau lama, 
Yang pasti boleh guna untuk membeli.
<nampak nau mata duitannya>

Lepas raya,
Anak-anak jadi kaya-raya,
Mak bapak jadi papa,
Habis duit bagi ke anak sedara,
Anak sendiri dan anak tetamu tak lupa juga.

Bila duit dalam tangan,
Makin bertambah kemahuan,
Apa nak semua beli ,
Tak fikir banyak kali,
Tapi anak, adik juga teman,
Sila simpan untuk masa depan.

Ok, sebenarnya aku nak taip biasa je<karangan A lah sangat tu> tapi, tetiba rasa bosan and i come out with this so called poem. Poem lah sangat, merepek meraban ja. 

Create by,
N'ABM
14th August 2013
1:04am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...