Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 24 August 2013

Cendol oh Cendol

Assalamualaikum,

Hai uolls. Since last few months, i'm craving for CENDOL. Aku ni demand or to be exact cerewet sket bab makan ni. Aku nak cendol pakcik yang kat depan Masjid Nurul Huda, Kg. Kenangan tu je. Sebab aku rasa itulah cendol yang paling sedap sejak aku sekolah kat SRA Batu13 tu. Haha, ini tekak aku je tau. Masalahnya, pakcik ni berniaga kat masjid tu hari Jumaat sahaja. Dan aku malu la woi, yang beli semua lelaki <almaklom baru balik solat Jumaat>, and i'm the only girl who was there. Hehe, ini masa zaman sekolah, tak malu sangat. Sebab, orang akan cakap 'Takpe, kasi adik ni dulu, nak pergi sekolah.' Haha. Aternya, kalau sekarang ni kau suruh aku pergi beli, emm kena fikir banyak kali ler.

ayah aku beli 3 bungkus sebenarnya, tapi aku dah tuang dalam jag.

umm sedapnya.


Bulan lepas tak boleh lah kan, ingat sket RAMADHAN. Puasa bhaii. Sekarang, baru boleh membeli sesuka hati di siang hari tanpa sekatan. Minggu lepas aku berharap sangat sampai terbayang-bayang kenikmatan menyedut cendol. Ohh, sungguh sedap. Tapi, itu cuma imaginasi sahaja. Itulah orang dolu-dolu kata, jangan terlalu berharap. Kalau tak dapat, dia punya 'keciwa' tu memang makan dalam punya. Sedih gila masa tu.

Then, masa ayah dah siap-siap nak pergi solat, aku ingatkan ayah banyak kali. 

'Ayah, bawak duit lebih sket tau. Along nak cendol cik Syed.'
'Ayah, jangan lupa tau beli cendol kalau ada.'

Banyak kali aku cakap benda yang sama. Tapi, aku takde berharap sangat, takut jadi cam minggu lepas. 

Ayah pergi masjid awal hari ni around 1pm, ayah kata 'Minggu lepas ayah dah terlambat pergi masjid.'
Sebab, last week ayah pi hantaq mesin fotostat, tu yang terlambat. Ayah aku memang jaga pasal kehadiran solat Jumaat. Sebab, kalau kita datang khatib dah naik mimbar, malaikat dah tak catat pahala.

And then around 1:15pm, ayah kelam-kabut park motor tanpa matikan enjen depan kedai. Aku cuak ok masa tu. 'Ya Allah ayah accident ke? Motor rosak ke?' Ini je yang ada kat kepala aku masa tu.

Dan rupa-rupanya, Ayah hantar cendol. Ya Allah, aku rasa nak menangis masa tu je. Terima Kasih ayah. Apa yang Along nak, semua ayah tunaikan. 

Aku cakaplah; 'Laa kenapa beli sekarang. <menyusahkan ayah je>. Balik nantilah beli, tak payah ayah ulang-alik 4 kali <2x pergi, 2x balik>. And my ayah said;

'Kalau beli balik nanti, ramai orang. Ayah malas nak tunggu.' 

Sebab, lepas balik solat jumaat baru ayah lunch. Lagi satu alasan ayah bila aku kata 'Balik nanti pon boleh' ialah;

'Nanti cair plak sementara habis solat sebab ayah beli awal.'

Ya Allah, apa lagi yang kau nak Syira oii? Along sayang ayah sangat-sangat. Thanx so much for being a great father to us. Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik dan panjang umur agar kitorang dapat balas jasa Ayah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...