Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 11 August 2013

Corat-coret Raya 2013

Assalamualaikum

Halloo, semua dalam mood raya lagi ke? Hmm aku tengah mood malas nak unpack barang. Hehe. So, acano rayo uolls? Mesti gempak,kan? Oh ye, jangan lupa puasa 6 memang lah sunat tapi banyak kebaikannya. Siapa yang dah start tu , gua salute sama lu. Selalunya orang kat Terengganu hari raya kedua dah mula puasa 6. Tapi, aku idak ler serajin itu. Dah nak habis raya baru berkejor nak berpuasa enamnya.

Ok, apa yang aku nak cerita ialah apa yang berlaku selama seminggu aku bercuti dari blog,fb n twitter. Tu je ada, inipon dah cukup untuk melaghakan aku berjam-jam. Its a long journey from Puchong,Selangor - Bukit Payong,Serada,Tganu - Ipoh,Perak - Matrik Jengka - HOME SWEET HOME. Tetiap tahun pon aku sekeluarga akan merentasi lautan api 5 NEGERI untuk sampai ke destinasi yang dituju. SELANGOR n KEYELL <ni kira sekali lah ye dak?>, PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN dan PERAK. Ini yang best kalau kahwin dengan orang jauh. 

Ok, disebabkan mama aku tak berapa sihat, kitorang tidur semalam kat rumak mak ngah di Balok, Kuantan. Esok paginya baru gerak balik Ganu. Jadinya, berpuasalah beberapa hari disana. Mak long aku ler yang jadi chefnya. Sebab bila balik Ganu, masakan dia lain tau. Asyik gulai je, yang mana kalau kat sini, gulai tu sama ada masak lemak atau kuning. Tapi, kalau kat sana, aku boleh cakap dia lebih kurang macam kari versi tak banyak sangat serbuk kari tu. So, masak-masak ni kita serah pada yang pro je lah kan. Oh lagi satu, bila balik kampung misi aku ialah untuk mahirkan skill merempit bawak motor dengan alasan bawak budak-budak tu jenjalan round kampung. 

Malam raya orang sibuk bertakbir kat surau atau rumah ke rumah, kita layan Setia Hujung Nyawa Raya beramai-ramai. Jangan ingat kita melagha je ye, kan ada selingan takbir raya kat TV, ikutlah. Baru dapat pahala kan? And then pagi raya, aku tak pergi solat sebab takde geng dan rasa malas la. Hoi, bapak teruk seh. Pastu, pergi ziarah kubur tok ki dan buat tahlil siket with my cousins and siblings. Sumbatkan aje ramai-ramai dalam kereta tu. Disebabkan ayah ngahku berhati mulia nak ziarah kubur setiap jenazah yang ada di situ, kami remaja dan kanak-kanak riang main tarik-tarik air perigi dan aku call angah suruh pick up aku naik motor dengan baju kurungnya. Meletop sangat kau Qila. Sebenarnya, aku rimas lah pakai baju kurung yang ada manik-labuci jadah tu. At last, bukan aku yang balik dulu, tapi sepupu aku hat kecik 2 orang tu. Aku balik naik kereta juga. 

Balik, pegi beraya rumah Tok Su, Tok de dan ayah long. Tahun ni ayah long tak buat open house sebab lepas solat sunat hari raya, deme sekeluarga rushed balik Kota Bharu. Disebabkan aku dah tahap orang dewasa walaupon aku ni masih belajar dan muda belia, iolls segan okey. Balik rumah, layan drama kat tv. Raya ni penuh dengan muka Emma Maembong je. Collection duit raya hanya dari adik-beradik mama dan ayah serta ahli keluarga terdekat sahaja. Itupon, bila suruh beratur untuk bersalam dan amek duit raya, aku buat krikkrik sehinggalah budak-budak kecik tu dah sudah, barulah aku pergi. Hehe. Nampak macam siket tapi hmm berbaloi brader. Eleh, itu pon, sebab mama and ayah bagi RM100. Ohohoi, gumbira hati den.

Pagi raya kedua, OTW to Ipoh. Alhamdulillah, jalan tak jammed. Malam tu, kat rumah Ipoh buat kenduri tahlil untuk arwah opah. So, kemas-kemas rumah, makanan sampai pukul 6petang, terus melantak. Then, esok tu macam tahun lepas kitorang sepupu-sepapat ni hangout together. Apa guna duit raya bertimbun, kalau tak enjoy siket,kan? Nampak nau tanduk setan dah tumbuk atas kepala. Dengan budak kecik sekali aku angkot. Ayat kelakar Zaty, si petah berbicara buat;

Zaty : Mak Ngah, boleh tak kanak-kanak kecik nak ikut kanak-kanak besar jenjalan.
Mama : Boleh tapi Zaty ada duit ke?
Zaty : Ada, 500ribu juta. Nanti Zaty mintak kat mak. <amboi sangat, habis banyak lah duit kamu ye?>

Kitorang mononton wayang cerita Adnan Sempit dan Percy Jackson. Kau jangan ingat aku kayo sangat nak marathon movie sampai dua, dahlah pergi hari Sabtu, tiket mahal der. Separuh tengok Adnan Sempit, separuh tengok PJ tu, termasuk kanak-kanak riang nengok cerita omputih. Kurlass uolls. Pastu, pergi memborong novel, main bowling dan makan kat marry brown. Angah dah round satu Ipoh Prade tu katanya takde kepsi, mekdi n pizza. Tak tahu lah kalau mata si Qila ni kero, kitorang mana biasa hangout tempat orang ni. Hehehe. Aternye tempat ca ya nun alif, memey payah ler nak mencari makanan kita kan. Kalau tahu, baik kitorang gi AEON je cam tahun lepas. Biarkan. Tahun depan cuba tempat baru plak ek. Along drive itupon kalau ayah ngan kome beri keizinan. Haha.

faka, faiz n amin.


Oh ye, malam semalam juga, kitorang ramai-ramai tercongok depan tv tengok game malaysia vs barcelona. Good job Harimau Malaya. Mangkuk betei Messi, cuak ke brader nak main dengan player Malaysia? 

Pagi tadi gerak terus pi hantaq angah balik Matrik Jengka. Pasepa keluar loghat utagha ni? Dia cuti sampai Isnin tapi dia nak peksa hari Selasa, tu yang hantaq balik awai konon nak study. Kau mampu ke orang tengah mood raya, kau sorang study? Tergugat bhaii. Kami bertolak awai dah kot nak elak jalan sesak, lebih kurang pukul 6.30am. This is our first trip from Ipoh to Jengka, so my ayah ask from family ways to go there. Ye WAYS ok, sebab lain orang lain jalannya. Lastly, ikut cakap ayah ngan Balok, lalu ikut Tanjung Malim-Ulu Yam-Genting-terus gi Jengka. Sekejap je dah sampai, jalan tak jammed. Lepas lunch, terus gerak,konon nak elak jammed. Dalam pukul 12.30, sekali keluar kat Lanchang, jammed gila bak hang. Mula-mula, ayah nak suruh aku drive sebab dah mengantuk sangat. Pastu, bila dah tengok jalan jammed, terus tak jadi kasik. Oh, aku sedang menunggu lesen besar dari ayah untuk drive luar area Puchong terutama Innova. Viva tu aku dah pernah drive kat highway LPT,Kuantan. So, setiap kali balik kampung, aku akan cakap; 'Ayah, bagi along drive.' Padahal, dalam hati cuak kebebeh jugak sebab kereta tu besaq woi, gua takut. Tapi, kalau setakat kat highway takde hal, lainlah kalau nak masuk park and reverse. Oh lagi satu, aku tak cekap drive kereta auto ni, sebab ayah aku beli kereta viva tu manual spesial bila anak dia dah dapat lesen. Bukan kereta aku ok, bapak aku punya untuk kegunaan anak-anak. Kalau nak kereta, cari duit, kerja dan usaha sendiri. Terbaekk mama dan ayah aku. Gua tak main lah harta mak bapak kasi ni. Ayah aku takut kami jadi macam mama aku, bila dah drive auto terus lupa cara nak drive kereta manual.

Ok, since cuti seminggu sudaa habis, bro. Sila masuk kerja balik. Kedai ayah aku melambai-lambai dah tu haa. Sape-sape ada nak buat open house jangan lupa jemput. Ater mike pon beragak sket klo nak menjemput orang tu, teman duduk kat Puchong, kome duduk kat Temerloh. Tak berbaloi klo takat nak makan sate 20 cucuk. Haha. Tapi, saja buat manis, taknak orang tu terasa ye dak. Jemput je lah.
ni kerja gila 12 orang dlm MPV. Gasakkan asal dapat tengok wayang.

seat belakang. pose bajet manja mintak penyepak.


~Gambor tak banyak sebab kami tak suka bergambar. ok, sadis.



2 comments:

  1. ;wow......dpt duit raya pergi tgk wayang...mmg terbaik...kat sni x ada wayang...so,kna g tmpat lain around 40 minit semata-maya nak tgk wayang

    ReplyDelete
  2. haha, kesian der lor. takpe terengganu bagus, elak maksiat.

    if you are kak yong, if i'm mistaken. sorry. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...