Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 30 August 2013

Hari Pengebumian

On the other day which is on Independent Day and second day of Hari Raya, we are going to keep my arwah opah in where we come-TANAH. Sepatutnya kita kena kebumikan secepat mungkin, sebab malaikat akan jaga mayat dalam tempoh err aku tak ingat berapa jam. Kami terpaksa kebumikan keesokan harinya sebab jenazah sampai around 11pm, yelah nak tunggu post-mortem lama woi. 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Pagi sebelum kebumi, hujan rahmat turun. Senang nak gali tanah. Pastu, kami solat jenazah di rumah sahaja. Alhamdulillah ramai sebab hari raya kan, semua saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan ada. Penuh hall rumah atok. Yang perempuan tak sempat dan tak muat nak solat. Aku baru kelam-kelibut nak cari telekung, memey tak dan lah kan. Rupanya solat jenazah tu sekejap je. Sedikit terkilan. Pastu, pasal mandikan jenazah mama dengan adik-beradik dia yang perempuan 5 orang mandikan opah. Mak Su dengan Mak Yong dah ada sijil Pengurusan jenazah dibantu dengan kawan-kawan arwah opah yang pakar. Mandi pon kat tempat parking kereta. Kiranya semua buat kat rumahlah. 

Pastu masa nak cium jenazah tu, konon sebagai yang paling tua akulah dulu kan? Tapi, air mata ni degil sangat, tak henti-henti turun. So, aku bagi lepas kat sepupu-adik beradik aku dan mak-pak sedara aku dulu. Bila aku dah tenang, aku menangis balik bila tengok atok aku susah nak turun dari kerusi sebab atok aku ada parkinson, kaki dia tak kuat untuk berdiri. Pastu, bila aku dah tenang semula, opah Jijah pulak buat drama air mata. Aku ni kan sensitif, menangis balik. Once i get called from sapa entah yang opah dah takde, aku terus call opah yang jaga aku masa kecik. Aku tak sangka opah sanggup datang dari Puchong ke Ipoh. 

Masa kat tanah perkuburan, kitorang semua ikut. Tak tahulah siapa yang tinggal kat rumah, mungkin jiran tetangga. Masa ni aku kawal diri, tapi mama aku pulak terlebih emosi. Inilah masalah perempuan, emosi tak terkawal. Oh, pastu yang sambut jenazah opah ialah anak-anak lelaki opah, pak lang dan pak me. Pastu, talkin dibaca oleh anak saudara opah. Alhamdulillah.

Yang sedih bila mama kata; 'Malam ni mak tidur dalam tanah dah.'

Malam tu kami buat tahlil arwah selama tiga hari berturut-turut. Seminggu lepas tu, Hospital Serdang call, dia tanya kenapa tak datang appointment? Pastu, maksu katalah yang arwah opah dah meninggal. Then, doktor call balik nak comfirmkan. Sebab kalau ikut rekod, takde sakit yang teruk, macam mana boleh meninggal? Ada jatuh ke apa? Haa semualah dia tanya. Tapi, kitorang cakap lah dah sampai masa opah jumpa penciptaNya, kan ajal maut di tangan Allah. Kami redha. 

Pastu, Izzati tu pulak masa kecik memang opah jaga dia. So, dia cakap kat mak dia:-

'Mak, telefonlah opah. Boleh Zati tanya opah dah makan ke belum?'

Ya Allah, aku dengar terus menangis. Sungguhlah budak kecik dok paham menda. 

'Opah dah tidur Zati. Hari tu kan kita hantar opah tidur dalam tanah. Zati tak ingat ke?' 

'Yelah, kalau mak bagi tepon kat opah, bila opah bangun mesti opah tepon Zati bila opah rindu kat Zati,kan?'

Tak sayang. Kita dapat jumpa masa kat Padang Mahsyar nanti. Tapi, apalah budak kecik tu fahamkan? Satu perubahan yang sangat besar selepas opah pergi ialah kami selalu solat berjemaah bila gather ramai-ramai, buat kenduri tahlil sesama ahli keluarga yang hampir 35 orang semuanya. Aku up entry ni supaya otak aku tak delete saat-saat itu. Insya Allah aku akan ingat sampai bila-bila. Mohon kalian sedekahkan alFatihah untuk arwahyarhamah Amnah bt Mantan. Nampak nau Jawanya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...