Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 26 August 2013

Kadang-kadang kita lupa jasa mereka

Assalamualaikum.

Kita ni manusia yang bersikap nisyan iaitu pelupa. We are not perfect but we MUST TRY to be a perfect person. Apa yang aku nak kata ialah 'pernahkah kita mengenang jasa parents kita?' Mereka kemain bersusah payah demi kita. Tapi kita ni, cam haram langsung tak ingat jasa mereka. 

Bagi mereka yang lahir dalam golongan miskin atau kurang berkemampuan, mostly depa ni jenis mengenang jasa mak pak. Eh tapi ramai je yang tahunya perabih duit mak bapak je. Sedarlah mak bapak susah cari duit, kau plak kerja nak mintak duit je. Basic thing is be friend with those who are same level with you. Bukan aku kata tak boleh nak kawan dengan anak orang kaya, tapi kau pernah dengar tak orang kata 'Enggang dengan pipit tak boleh terbang bersama.' Oh one more thing, kalau kau kawan dengan orang ada-ada tapi dia bukan penyebab untuk kamu menjadi seorang yang 'biar pape, asal bergaye' tak mengape ler. Tapi, selalunya mesti kamu pon terikut-ikut dengan style deme. Hmm, jadi pandai-pandailah.

Bagi mereka yang lahir dalam golongan ada-ada, kau nak apa semua dapat. Lepas SPM terus dapat Lamborghini sebijik, amboi melampau benor. Ater, apaknya CEO boleh lah dapat. Haha. Walaupon, senang-senang je kau mintak, dapat as you wish but could you at one time think deeply; 'What if one day my papa's company bankrupt? Kita tak tahu, bukan aku mendoakan kejatuhan kegemilangan kalian. But it just the concept of ' Hidup ni umpama RODA. Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.' Kau faham tak maksud di sebalik kata-kata ini? 


Bagi golongan sederhana pulak, hmm camne nak cakap ek. Ini based on my experience laa ek. Keluarga aku idok ler kaya mana, nak kata miskin nau pon tidak. So-so je orang kata. Alhamdulillah. Kau tahu jelah orang berniaga ni, rezeki tu tak menentu, based on our effort and customers. But for sure its all about Allah punya rezeki. Bila aku masuk asasi, memey tak guna duit ayah sangat sebab dapat biasiswa yang kerajaan bagi tu kan. RM19++ Satu sem. Lagipon, kira aku masyuk laa gaji kerja kat Macd ada lagi. Cuma yuran pengajian je ayah bayar. But then, bila aku masuk degree, aku banyak menyusahkan ayah. PT dapat lambat. Tapi, sebenarnya normal dan dapat cepat dari tempoh yang sepatutnya, masalahnya aku nak duit tu masuk 2-3 hari lepas aku masuk semester baru, boleh? Melampau kan. Dahlah gaji aku kerja kat kedai buku tu macam tak nampak ke mana hala tuju. Tiba-tiba dah habis camtu je. Mungkin sebab masa kat Macd, makan minum semua fully supported, kan dah jimat banyak kat situ.

Oh ni aku nak bagi pendapat jelah dan kalau kau ingatlah masa MDS, rektor/penceramah jemputan pernah cakap lebih kurang cenggini;

'Kalau kamu dah dapat duit PT mahupon biasiswa, just use that money. Tak perlulah nak minta kat mak ayah lagi.' Memanglah itu tanggungjawab parents, but could you help them by lighten their burden, hmm? Lagipon, kau nak buat apa duit banyak-banyak, lagi melaghakan ada. Lagi satu, duit tu takkan habis kalau kamu pandai berjimat lah, aku siap simpan RM1k duit PT tu kat ASB. Ok, ini mama aku tarik awal-awal disebabkan aku ni pemboros. Ngehngehngeh.

Ya Allah, tak tahu camne nak kawal diri. Tetiap minggu keluar RM50 paling cikai. Mama aku memang selalu bandingkan dengan Angah, duit dia tak pernah habis. Ahh stress. Sungguh berjimat ye kamu. Aku dengan adik je yang teruk. Kalau joli sakan guna duit sendiri takpe lah kan, tapi bila duit mak bapak terasa lain okey. Aku akan stress bila takde duit, kalau kurang dari RM50 dalam purse, itu adalah insecure bagi aku. Masa zaman sekolah dulu, aku takkan keluar rumah <main  petang2 sebab mesti nak beli jajan kan?> kalau duit aku kurang dari RM10. Apakah sikap aku ini? 

Aku tersangat-sangatlah MALU untuk mintak duit kat parents sebab aku tau susah untuk mama dan ayah nak dapatkan duit tu. But i have to, aku tak tau mana nak cekau duit dah. Aku dah memang pasang niat nak buat part time kat Macd naik sem ni. Ok better i'm stop at here. Merepek cerita pasal diri sendiri je, pasaipa?

Ok,  back to my topic. Tak kiralah korang dari golongan mana pon, apa yang pasti parents kau mesti nak lakukan yang terbaik untuk kau. Aku ni idak ler baik mana, selalu menyusahkan mama dan ayah. Tapi, ada mata tengok, ada otak tafsir dan cuba amek jadikan pengajaran. Masa aku kerja kat kedai buku tu memang banyak lah aku dapat pengajaran. Yelah, kedai buku = ilmu/akademik kan? Mestilah mak bapak datang nak beli buku/alat-tulis untuk anak mereka. Kadang-kadang aku tak sampai hati nak amek duit tu, kalau kedai tu aku yang punya, kalau aku tengok dia orang susah dan mempunyai potensi untuk belajar bersungguh-sungguh, demi Allah aku akan bagi FREE. Doakan aku ada kedai buku sendiri so that i can help those who are needed. Aku memang mudah tersentuh kalau bab-bab cenggini.

Dan aku sangat-sangatlah menyeru kalau kamu berasal dari kampung/golongan yang susah <bukan nak menghina>, tolonglah if possible jangan menyusahkan mak pak hang dengan minta duit. Cuba usahakan, minta zakat, belajar pandai-pandai pi mintak biasiswa, kerja part time and etc. Ini kau dah tahu status diri kau, lagi nak belanja awek. Puih. Benci gila Tak suka betul aku kalau jumpa orang macam ni. Pernah tak kau terfikir yang dari mana mak pak hang cari duit nak bank in kat hang? Ada yang pi jual emas, tanah dan sebagainya. Aku sangat hormat dekat orang yang dia tau keluarga dia susah dan dia tak menyusahkan mak pak dia. Kita ni memang tahu meminta je, mana pernah nak memberi. Sentap. 

'Ayah, minggu depan kakak nak pergi rombongan sekolah. Cikgu suruh bayar hujung minggu ni jugak selewat-lewatnya.'

'Oh, berapa ringgit nak kena bayar? Kalau tak pergi tak boleh ke?'

'Alaa, kakak memang teringin sangat nak pergi Cameron Highlands. RM100 je ayah.'

Hmm, kalau kau dah kemain memujuk mak ayah kau, mesti mak ayah kau turutkan juga. Padahal, gaji bulan tu memang ngamngam untuk belanja bulan tu. Tapi, kerana sayangkan anak, mereka sanggup berkorban. Dulu aku memang camni, cikgu kata boleh bayar selewat-lewatnya hujung minggu ni. 

Hari ni cikgu cakap, esok aku dah pi bayar. Bukan nak menunjuk konon aku kaya tapi aku memang menggelupur tak nak nanti cikgu sebut nama siapa yang tak bayar lagi <malu laa konon?>, lagi satu mama n ayah memang tak suka tangguh, takut nanti duit tu guna untuk benda lain pulak. 

Padahal orang lain hari terakhir tu baru berlumba-lumba nak bayor. So, start from now on, aku nak lengahkan tempoh pembayaran. Wowowo, apakah ini? Contoh kan, yuran pengajian kena bayar before 1 Oktober ni, ayah aku dah tanya berapa yuran, tapi aku cakap biar je dulu. Aku nak tunggu duit PT masuk, kalau sebelum due date bayar yuran PT masuk, bolehlah bayar pakai PT kan? 

Lagi satu contoh;

'Mama, along nak buat birthday party kat sekolah. Tak kira nak jugak.' Sumpah, mintak penyepak, nasib masa tu aku darjah empat. 

Dan kau tahu tak mama aku masak pulut kuning untuk satu kelas dan beli kek. Kemain kau ye Syira. Dahlah masa tu mama demam. Damn you. Kau tahu jelah, masa zaman budak-budak tu, habis glamer ler kalau buat beday kat sekolah kan? Eh, tapi beday tu masa kecik-kecik, kitorang memey celebrate dengan kawan-kawan, buat jamuan camtu. Kalau adik dan angah tu kan lahir bulan February, so meriah sket laa sebab celebrate sama-sama. Buat kat rumah opah. Bila dah besar ni, makan besar dengan family sudaa. Bila aku tengok budak-budak kemain hentak-hentak kaki suruh maknya beli kek, aku senyum je.

 Dulu aku pon macam tu, eh aku baik sket. Lepas dah buat ala-ala befday party kat sekolah, takde aku demand macam-macam dah. Takkan aku nak kata 'Adik, mak kamu tu susah cari duit, cuba jangan nak mintak macam-macam. Just appreciate what you have.' Eh, tapi kekadang aku sound slamber je. Sebab mak ayah ni memang seboleh-bolehnya deme sorokkan kesusahan mencari rezeki/duit untuk anak-anak, yang tahu jerih payah tu hanya kawan-kawan tempat kerja,keluarga mak pak hang je. Bila kita tengok camtu, always pray 'Ya Allah, semoga anak beliau membalas jasa mak/ayah dia bila besar kelak.' 

Hmm, aku rasa tu jelah. Ingatlah, aku pon bukannya seorang anak yang baik. But better late than never. Tetiba keluar idiom ni apehal? Maksud aku, marilah kita sedar sekarang dari terlambat. Paham? Jangan jadi seorang anak yang tahu mintak kaki itu ini je, usaha sendiri. Insha Allah kita boleh lakukannya.

p/s: aku update entry ni lepas baca kisah-kisah menyayat hati pasal ibu bapa yang bersusah payah demi anak-anak, tapi bila mereka dah tak berdaya, anak-anak tak hiraukan mereka sedangkan masa anaknya study kat U, ayah dia terkial-kial nak bank in duit untuk anaknya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...