Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 18 August 2013

Penyakit di Hari Raya

Assalamualaikum.

Masih dalam mood raya, so kita cerita pasal raya lah ye. Raya kan sebulan. 

So, this is based on my experience through out Hari raya. Selalunya, bila Raya perut selalu meragam. Penyakit beri-beri yang tak tahan tu. Berebut tandas lah kome. Aternya, udah kamu campak segala benda dalam perut tu, memang dapat lah penyakit. Selama sebulan perut tu berehat dengan tenang, datang pagi raya segala jenis juadah kau sumbat. Lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, satay dan macam-macam lagi. Itu tak kira plak side foods macam kekacang dan kuih raya berserta air gas yang kau teguk bergelas-gelas. Konon balas dendam selama sebulan tak dapat makan sesuka hati,gitu? Perut kau terkejut tahu tak? Haha.

Kalau kat rumah tu tandas ada 1/2 memang payah lah. Dah tu kau nak suruh bina berapa banyak tandas? Jenuhlah kalau rumah penuh dengan tandas je, nak tidur celah mana der? Sila beratur, amek nombor giliran nak buang saham. Kalau pergi klinik, doktor mesti senyum je. Dah tahu sangat penyakit hari raya ni. Masa ni, doktor buat duit, masa bulan puasa kurang sket orang datang ziarah doktor kan? Eh, gurau je.  Kalau balik Ipoh, tok aku memang dah standby berpaket-paket pil chikit teck aun. Masalah, aku memang tak suka makan ubat pil, dah lah baunya Ya Allah, nak muntah. Takpe, aku sanggup ulang-alik toilet dari makan ubat tu.

Pernah masa tu pak lang aku kahwin, habis satu rumah sakit perut cirit-birit. Gila punya teruk, sampai semua melepet kat rumah. Nasib pakai catering. Dengan muntah-muntah semua. Masa tu aku sekolah rendah lagi kot. Atok aku beli pil tu dengan air 100PLUS berbotol-botol. Bila tetamu datang, mesti ziarah bilik atok yang mana semua orang sakit berehat dalam tu. 

Lagi satu penyakit yang selalu dapat masa hari raya ialah DEMAM. Mungkin sebab cuaca panas, kita mana kira panas ke hujan, gasakkan. Raya tetap raya. Yang penting rasa seronok beraya ramai-ramai dengan sepupu-sepapat, malam nanti baru semua tertonggeng penat dan lembik. Demam kan. Esok siang, pergi raya lagi mana-mana rumah yang tak sempat pusing. Hahaha.

Oh kalau penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol pon senang dapat masa hari raya ni. Ye lah, dah kau melantak ayam dan daging siang malam, mao tak naik darah tinggi. Pastu, semua rumah sediakan air manis dan bergas, lagilah kencing manis kau naik mendadak. Silap-silap raya kedua orang ziarah kamu di hospital. 

Apapon, jagalah kesihatan diri dalam kita syok beraya ni. Eh, tapi bukan senang nak jumpa makanan ni. Bulan raya je ada. HAHA. So, lanyak jangan tak lanyak. Jangan kempunan tak dapat makan sudaa. Sendiri makan, sendiri tanggung okey.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...