Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 28 August 2013

Perbezaan Budak Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum.

Hai hai hai. Siapa generasi hebat? Sila angkat kaki! Nampak bakat seorang motivator lah sangat. Ok, lets proceed.

1. Banyak duit

Budak sekarang kemain sekolah rendah dah pandai lepak Macd. Pergh, gila gempak kamu dik. Akak sekolah menengah baru kenal Macd, itupon idak ler aku melepak. Makan bersama family je. I tak pandai melepak, bila dah kerja baru lah berjiwa muda lepak kedai makan. Pastu, datang Macd semua stok bawak laptop untuk study katanya, padahal lu online sampai lebam. Kemain kaya kau dik, padahal area Puchong ni rumah flat berlambak. Oops maaf, bukan aku nak menghina. Aku pon dapat laptop masa nak masuk asasi tau. Inilah masalah budak zaman sekarang tak tahu mak bapak susah cari duit, tahunya nak ikut kawan-kawan punya style. Hipster ke apa jadah.

2. Kurang Belajar

Haa ini memang nampak sangat sejak peperiksaan PMR dihapuskan. Aternya, budak-budak ni bolehlah bersuka-ria dengan alasan 'Tak payah belajar sebab bukan ada periksa pon.' Bedebush nak je aku tumbuk muka kamu budak. Bila dah takde peperiksaan, mulalah budak ni bosan. Lalu menghiburkan diri dengan perkara yang melaghakan seperti merempit, dating dari balik sekolah sampai ke malam, lalu tengtengteng. Haish, kebejatan sosial dalam kalangan remaja semakin teruk dari hari ke hari. Masya Allah. Insaflah. One day you will regret about what you have done in your past especially during your teenagehood. But, pengalaman mematangkan manusia, takpe dik kau layanlah gelojak jiwa muda kau tu. Puih.

3. Suka-suki lari rumah.

Whatthefish! Zaman aku dulu jarang sangat dengar cerita pasal remaja lari rumah ni. Tapi, sekarang Masya Allah merajuk dengan mak bapak sket, terus lari rumah. Bodoh! Sebab kau tahu tak istilah Home Sweet Home. Bagi akulah kan, aku akan rasa tenang kalau dapat tidur kat bilik aku sendiri. Wah gitu. Lagi satu, kita ni pelajar, mana ada duit nak survive. Kamu pk kamu mampu hidup kat luar sana tanpa bantuan mak bapak? Itu semua poyo, kau terlampau ikut sangat jiwa muda yang suka memberontak tu. Mesti kau pk 'takpe, aku boleh kerja.' Puih, kamu tahu tak belajar lah yang paling best. Sebab kau tak payah fikir pasal masalah lain. Kat tempat kerja kena marah dengan bos lagi. Kau mampu tahan? Fikir masak-masak ye adik-adik.

4. Bercinta bagai nak rak

Ya Allah, yang ni memang aku cukup tak berkenan. Ye, akak tahu kamu sayang bangat sama pakwe kamu tu. Tapi dik, ingat ni 'Pastikan cinta kita pada manusia tu tidak melebihi cinta kita pada Allah.' So that, when you and your partner were clashed, you will not suffer so hard. Ini karang ada yang buat kerja bodoh sampai bunuh diri, merayu-rayu kat jantan lelaki tak guna tu. And please sayang, jangan kerana kamu nak buktikan cinta kamu sampai kamu serahkan maruah kamu. Please, no matter what protect our only pride. Kalau kes kena ROGOL tanpa RELA tu lain ceritanya. Pastu, jangan suka-suka kau je nak ikut pakwe balik rumah, bila mak ayah kau larang means its for your own sake. Kesian mak ayah kamu nak kena buat PC suruh/merayu kamu balik rumah. Tebal muka mereka kamu tak kira plak kan? Habis satu Malaysia tahu anak deme lari rumah. Pakwe kau tu tak guna kalau dia bawak kau lari. Kalau betul dia anak jantan, dia akan jumpa mak ayah kau untuk minta izin bernikah dengan kamu,paham?

5. Kat sekolah pakai tudung, kat luar free hair

Hmm, ini masalah lama. Aku pon cenggitu jugak dulu. Tapi, budak zaman sekarang lagi hebakk. Keluar rumah pakai shorts and spaghetti straps <aq tak tau eja>. Aku pelik mak bapak kau tak tegur ataupon kau buat ketegaq, mak pak siap menangis-nangis anaknya tak tutup aurat sedangkan ayahnya tetiap waktu solat berjemaah di masjid, maknya bertudung labuh. Ye, iman memang tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa tapi dengan didikan yang diberikan sejak kecik, kau boleh jadi seorang Muslim/ah yang sejati. Cuma bila dah masuk usia remaja, you are against it. Why? Lagi satu, di sebalik tudung tu terselindung rambut karat kau. Ya Allah, lagilah aku terkejut. Kau pakai tudung kat sekolah sebab nak cover rambut karat, sama jugak cam budak lelaki pakai songkok pergi sekolah sebab nak cover rambut panjang.


6. Manja ya amat

Cikgu tu nak mengajar, kalau baru kena jentik siket mak bapak kau failkan saman. Memang jahanam masa depan kamu. Aku rasa sebab tu budak-budak zaman le ni makin teruk. Mak bapak melampau sangat. Rotang mahupon denda tu untuk mengajar anak-anak. Takde matinya anak kau tu. Kalau mak bapak tak tau ajar anak, bagilah cikgu ajar. Dah memang tanggungjawab depa. Since my mak-pak sedara cikgu, memang dah faham sangat perangai mak pak. Kesian kat cikgu tahu tak? Mesti ada yang kata ROTAN tu bukan cara yang betul untuk didik anak, tapi bagi aku memang itu cara nak mengajar anak. Dulu, mama aku bantai dengan hanger baju tu. Pergh, sedap bhaii. Dan aku rasa sebab tu kitorang adik-beradik tak pernah lagi berperangai tak senonoh ni. Penampar pon dah biasa kalau mulut lancang sangat walaupon kitorang dah besar camni. Kita kena bagi sekali yang kawkaw punya, lepas tu taubat anak tu tak buat perangai lagi.



7. Anti Sosial

Ini bukan kebejatan sosial tau tapi yang bersosial atau berkomunikasi dengan kawan,masyarakat dan keluarga. Dah kerja kau asyik nak tweet or to be exact menghadap phone atau laptop 24/7. Due to this factor, your creativity are sloping downwards. Budak-budak zaman millenia ni mana tau main masak-masak guna pasir, daun, tempurung kelapa, senapang patah, panjat pokok dan sebagainya. Hish sangat tak awesome your childhood time. Haha. Nanti aku nak ajar anak aku panjat pokok. Muahaha, kalau masa tu ada pokok lagi. Oh lagi satu binatang pon kau tak tahu beza. Sepupu aku boleh kata tikus yang ayah aku perangkap tu as hamster. Memang aku bantai gelak kawkaw. Muahaha. Dan mungkin bagi parents nowadays gempak lah kan, bila anak dia yang baby pon pandai main game kat tab/ipad/phone. Bravo! Cuba ajar anak tu dengan ilmu akhirat. Gajet tu kita guna untuk kebaikan bukan lagi menjahanamkan masa depan mereka. 

Apa yang aku nampak, budak sekarang memang lagi teruk dari zaman aku sekolah. Aku ingat zaman aku tu dah habis teruk rupanya ada lagi teruk. Well, it's normal. But supposedly, as a new generation', we MUST be a good generation not becoming worst. Ahh, i really don't understand why it become like this. Should we blame the government, parents, media or you yourself? Take your time and muhasabah diri seketika. Aku tau tak semua jahat dalah sesuatu generasi itu, tapi tegurlah kawan-kawan kita for becoming a #BetterNation.


'Tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Jadikan generasi dulu sebagai rujukan supaya generasi akan datang tidak mengulangi kesalahan yang sama.'

P/s: Ini semua berdasarkan pemerhatian ketika aku kerja di Macd,kedai buku, family background and google. Maaf jika kamu tersentap, tapi tersentap supaya kau berubah aku tak kisah. Hehe. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...