Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 16 August 2013

Potong Barisan

Assalamualaikum.

Hello, amacam ada sihat ka? Semoga kalian sihat sejahtera dan bergembira di hari lebaran ini. Disebabkan semua masih dalam mood beraya, busy nak pergi open house, kenduri kahwin dan ziarah rumah saudara-mara dan sahabat-handai. Aku up entry ni. Yelah, kalau kita nak pergi mana-mana mesti naik kereta kan? Kalau naik public transport tu lain cerita lah beb.

credit to google image

Tolonglah kalau anda seorang pemandu, sila memandu dengan berhemah. Bukannya ikut perasaan nak cepat sampai dan nak test power kereta. Kalau anda seorang penumpang, tegurlah driver tu. Aku bengkek gila dengan orang yang suka MEMOTONG BARISAN. Tak kira lah barisan kereta ke beratur nak beli makanan dan sebagainya. Memang aku benci tahap gaban. Kau tahu tak betapa seksanya orang beratur penat-penat berpuluh-puluh minit, tetiba lu datang dengan muka slamber potong barisan. Terbaik brader! Memang lu kena sumpah berapi-api dari orang belakang.

Masa balik dari hantar Qila kat Matrik Jengka semalam, jalan jammed gila bak hang. Biasalah jalan jammed, dah semua orang keyell balik kampung. Yang jadi masalahnya bila ada mangkuk tingkat potong Q. Haii, kalau aku ni ada kuasa veto, aku tunggu depan/tepi tu bagi saman kat semua kereta yang potong Q tu. Boleh kaya woi, kerajaan dapat duit boleh sumbang kat orang miskin. Tapi, mereka yang berkuasa lagi bijak membuat keputusan. Pak lang aku dulu polis trafik sekarang dah jadi polis peronda. Dia kata, bila musim perayaan polis trafik tak boleh saman atau buat road block kat highway. Untuk mengelakkan jalan sesak. Haa, memey jalan tak sesak <sangat>, itu yang depa semua buat ketegaq buat perangai mintak kaki je.

Tahu tak lorong kecemasan tu untuk kecemasan je lah. Macam tetiba bini kau sakit nak bersalin masa jalan tengah sesak, then you can use that emergency lane. And that lane is specially created for motorcyclist. Bila kau dah amek lane depa, tang mana depa nak lalu. Ini semua boleh mendatangkan bahaya tahu tak? Sekali bila polis peronda bunyikan siren, menggelupur semua yang potong Q tu bagi signal nak masuk lane yang betul. Pastu, uolls janganlah bagi depa ni masuk, biaq depa terkangkang kat situ dan kena saman. Baru padan muka depa. Kalau ayah aku, memey ayah aku impit sampai rapat, jangan harap kau dapat masuk. Pelan-pelan kayuh lah brader. Benda ni kalau dia sorang-sorang je potong Q tak berani lah kan? Tapi, bila tengok sorang buat perangai, yang lain mulalah 'mengekor'. Konon, kau kena aku pon kena. Sama-sama kena saman lah cite dia. Tapi, banyaknya aku tengok yang dok pulun potong Q ni kemalangan. Sama ada kereta depa terbalik sebab drive laju sangat, yelah depa je jalan tanpa brek. Drivers kat lorong lain, sket-sket brek-jalan tersengguk-sengguk dan 'bercium' dengan bontot kereta depan-belakang antara satu sama lain.

Oh, pastu masa polis bunyikan siren tu, aku ingat polis nak saman depa. Rupanya, suruh bagi laluan kat RTM nak rakam kesesakan di lebuhraya Karak. Gampang betei. Geram itteww tau. Stres doe bila drive time sesak, tetiba ada kereta main taktik kotor. Cubalah sama-sama kita rasai kesesakan tu. Sebenarnya, disebabkan segelintir orang yang mementingkan diri sendiri ini lah yang menyebabkan jalan sesak. Yelah, dari 3 lane yang hangpa dok potong Q tu, nak jadi 2 lane. Tak ke sesak namanya?

Tolonglah, dear Malaysian drivers, drive with manner and have some respect between drivers. Kau ingat kau sorang je nak sampai destinasi yang dituju dengan cepat? You don't know how's the feeling of waiting until you had experienced it on your own.
haa camni lah jammed hari tu. Gambar curi kat google.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...