Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 15 August 2013

Sajak Duit Raya

Duit Raya,
Kau hanya akan ada bila Hari Raya sahaja,
Kau memang special,
Kanak-kanak paling gembira,
Orang dewasa menangis tak dapat apa,
Kerjanya asyik hulur sini sana.

Duit Raya,
Jika kau tiada,
Maka akan kuranglah mood kanak-kanak nak beraya,
Dulu main kupang je, 
Sekarang paling cikai warna biru atau hijau,
Habis glamer kaler merah,
Paling syok bila dapat kaler biru kehijau-hijauan.
Bertuah gila kalau dapat,
Macam nak bagi tahu satu dunia,
'Kita dapat RM50 dari orang tu.'

Duit Raya,
Baumu sunggu sedap, harum lagi wangi,
Gasakkan duit tu baru atau lama, 
Yang pasti boleh guna untuk membeli.
<nampak nau mata duitannya>

Lepas raya,
Anak-anak jadi kaya-raya,
Mak bapak jadi papa,
Habis duit bagi ke anak sedara,
Anak sendiri dan anak tetamu tak lupa juga.

Bila duit dalam tangan,
Makin bertambah kemahuan,
Apa nak semua beli ,
Tak fikir banyak kali,
Tapi anak, adik juga teman,
Sila simpan untuk masa depan.

Ok, sebenarnya aku nak taip biasa je<karangan A lah sangat tu> tapi, tetiba rasa bosan and i come out with this so called poem. Poem lah sangat, merepek meraban ja. 

Create by,
N'ABM
14th August 2013
1:04am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...