Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 31 August 2013

SANTAU siri 1

Assalamualaikum.

Hai korang. Sorry lah bulan puasa tapi aku update tajuk cenggini. Bulan Ramadhan ni, syaitan semua diikat kan, tapi tu semua kuasa Allah kan. Kalau Allah kata kun fa ya kun, maka jadilah. Kita tiada kuasa nak halang.

Ok, pernah tak keluarga korang atau korang sendiri pernah kena santau ni? Bagi sesiapa yang involve in business dah biasa lah dengan benda ni. Well, orang Melayu kan kalau tengok orang ni maju sket mulalah nak jumpa Mak Esah, Tok Degawan dan apa-apa je lah. Dari yang tak pernah masuk kampung nun kek hulu, sanggup redah tanpa rasa takut. Yang tak pernah pergi kubur, masuk hutan dan sebagainya sanggup pergi demi nak penuhi hajat beliau dan apa yang bomoh mangkuk ayun tu nak seperti tanah kubur, bulu ayam hutan dan tak tahulah aku. Yang pasti benda yang kotor-kotor lah kan. Gila, sanggup kan kome.

Kekadang aku pelik gila, cuba tengok orang Cina berniaga mana ada dengki, takde pulak main santau2 ni. Walaupon kedai bersebelahan ataupon kat satu bangunan tu ada 5 buah kedai repair kereta, idak ler deme dengki antara satu sama lain. Deme ni siap kawtim rate harga sama je. Pastu contoh kalau kita pergi kedai A untuk repair tayar bocor katakan, dan kedai A kehabisan stok, dia boleh je kawtim dengan kedai sebelah. Nampak tak camne deme boleh maju dalam bisnes? Kalau orang Melayu kerja nak dengki je. Asal siket santau orang, kau fikir kau hebat sangat ke? Tak ingat dosa pahala, kau dah dikira mensyirikkan Allah dengan sesuatu, tau dak. 

Pernah tak terfikir kalau kau atau one of your family members yang 'kena', baru kau tahu camne rasanya. Memang takde belas kasihan dan takde PERIKEMANUSIAAN. Kesian tau kat orang yang 'kena' tu tak boleh buat kerja, kena diberhentikan kerja, suami/isteri lari- kehidupan rumah tangga kucar-kacir dan sebagainya. Ya Allah, banyak implikasi negatif disebabkan perangai manusia yang suka main santau2 ni tau. 

1. Ada berapa jenis santau?

Santau ni ada macam-macam tapi selalunya lah dan yang aku tau ialah dari angin, makanan dan tuju. Yang kau nak tahu sangat pasal jenis-jenis santau ni kenapa? Nak cuba? Yang pasti kalau Allah izinkan, maka jadilah. Jangan kau ingat bila dah berjaya santau orang, kau dah hebat tahap moksya. Semoga Allah  beri balasan yang setimpal dengan apa yang kau dah buat.

2.Macam mana nak elak dari kena santau?

Kalau minuman tu before kita minum baca Bismillah dan rasa bawah pungkoq cawan/gelas tu. Contoh laa kau minum air tea o ais limau, then kau rasa bawah tu panas. Then, jangan minum, kemungkinan besar air tu dah kena santau. Pastu sebelum makan baca lah doa makan ke kau rela kongsi makanan dengan syaitan? Lagi satu, baca doa ni- Bismillahi lazi la yadhurru...

Selain tu korang boleh baca DI SINI.

Baca 7x sebelum makan, boleh pecah bekas makanan klo makanan tu ada bacaan santau-Ust Zawawi Yusoh
3.Nasihat kepada yang terkena santau dan penyantau

Jangan putus asa, sentiasa berdoa dan zikir kepada Allah. Memang lah lepas kau pergi berubat, kau akan sembuh dengan izin Allah. Tapi, orang tu akan hantar lagi kalau boleh dia nak bagi kau mati, dia ingat dia tu Tuhan ke? So, kalau korang rasa sakit lagi, jumpa balik ustaz untuk berubat. Selalunya, sapa yang dah selalu 'kena' ni, dah tahu tanda-tandanya. Dan kepada kamu yang suka benor menyantau orang ni, bawak2 bertaubat, kang mati susah. Oh lupa nak kabor, jangan balas/tuju balik kat orang yang buat kita. Bior Allah yang balas. Sabar dan redha je. 

4.Tanda-tanda terkena santau

Macam-macam tau tapi based on experience <lah sangat>, liat nak melakukan ibadah, pemarah, SUSAH TIDUR MALAM, batuk berpanjangan, sesak nafas bila nak masuk Maghrib dan sebagainya.

5. Kat mana nak berubat?

Tolong jangan jumpa pawang/dukun/tok bomoh yang mengamalkan mantera. Cari yang baca ayat al-Quran. Yang aku selalu pergi Darussyifa' Bangi tu hah. Kat situ macam2 ada, ada yang muntah darah, muntah kaca. MasyaAllah ,jahatnya anda,moga Allah beri hidayah. Tapi, sekarang ni dah banyak pusat rawatan islam, so its up to you.

Kekadang aku pelik kita dah di abad millenia, semua dah kira open minded, semua dah canggih TAPI masih nak main benda-benda ni. Syirik la woi. Semua dah canggih cuma satu je kurang agama kita tak canggih lagi bro.

Tengok ni Ustaz Kazim - jangan mengeluh sebab sakit

to be continue...

-ok, ini entry sudah tersimpan lama, konon nak taip lagi. takpe aku dah taip yang baru. so yang ni aku publish je.
-maaf jika ada salah info, aku share apa yang aku tau based on experience, observation, read and tengok youtube.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...