Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 21 August 2013

SOLAT : Saling mengingati antara kita

Assalamualaikum.

Haa yang tengah baca ni dah solat ke belum? Hmm mesti ada yang kata; 'Cett, bajet alim budak ni.' Hehe, aku tau dah. Tapi, hang kena tau kita ni kena saling mengingati antara satu sama lain. Kau patut rasa bersyukur bila ada orang/kawan/family/bf/gf yang concern pasal solat kita. Serius, ini bukan menganjing. Sebab solat itu tiang agama dan syaiton tu memey suko kalau kita tak tunaikan kewajipan kita.

Bukan nak cakap apa, macam aku sendirilah kan, kekadang err most of the time mesti rasa malas nak solat. I mean memey jarang lah mu nok nampok aq solat di awal waktu. Azan je terus solat. Itu kau boleh nampak kalau aku nak pergi kelas pukul 2pm atau KESAT kol 5pm. Yang lain jangan harap. Bapak teruk doe. Sedar pon.

So, kalau kat rumah memey mama dan ayah aku akan tanya; 'Dah sembahyang ke belum?' Pastu, mesti cakap 'Belum, kejap lagilah.' Tett. Suka tangguhkan solat blabla. Hmm, kalau taknak kena bebel better u bangun terus amek wudhu' and perform your solat. Ini satu teknik mendidik anak solat yang aku syorkan pada kalian sampai anak korang tua bangka. Kalau kau pk 'Ahh, anak aku dah besar panjang manusia, pandai-pandailah dia nak solat ke tak.' No, its your responsibility as parents. Manusia ni selalu lalai, sebab tu kita kena saling menegur dan mengingati antara satu sama lain. Kalau anda dapat didik anak anda dengan solat, Insha Allah klo anak hang pi mana-mana pon, dalam jiwa tu memang dah dibentuk cantik, dia takkan terjebak dengan perkara negatif dan terpesong dari ajaran Islam. 

Lagi satu, aku suka gila bila roommates kita saling tegur dan kejutkan kita untuk solat. Kat sini, kita boleh mengeratkan silaturrahim antara roommates. Macam sekarang ni, kitorang siap buat giliran. Haha. Lepas Nurul solat, baru Dayah solat. Kalau aku dah kejut tak mao bangun, aku pon give up and i would said; 'Weh baik kau bangun sekarang, aku nak sambung tidur ni. Memang tak sedar apa dah. Ini selalu berlaku untuk solat SUBOH lah kan. Pastu, kalau aku cakap banyak kali dia taknak bangun aku panggil kakak lagi sorang suruh kejut. Pastu, mesti dia akan kata; 'Kau ingat aku kapiaq sangat ka tak mao solat.' Haha, ini lawak. And we make this as our trademark klo ada orang suruh solat. Ye, orang tahulah nak solat, sabaq lah, satgi aku pi solat. Yup, inilah yang selalu aku makikan dalam hati. Muahaha.

Pastu, i just want to share with my readers bout words SOLAT and SEMBAHYANG. We often said the words of  'Dah sembahnyang ke belum?' And one day, my makcik tegur, dia kata sembahyang tu untuk non-Muslims, kita guna SOLAT. Then, i start change it to 'Kau dah solat ke belum?' But then, orang akan kata atau pandang slek kat kau macam kau 'bajet alim'. Err, ini bukan pasal aku nak bajet alim ke apa, i just wanna change my words to a better one. Tak salah pon kalau nak guna SEMBAHYANG even my parents said that words. Orang ganu memey sebut SEMBAHYANG, and telekung pon diorang panggil KAIN SEMBAHYANG. 

Pastu, kalau aku balik Ganu, pukul 6pm baru nak amek wudhu'-solat. Pastu, ayah long/tok aku akan kata; 'Huh, malaikat naik atas doh.' Maksudnya, tak baik tangguhkan atau solat lewat, kira macam malaikat dah tak kira. Well, kalau boleh pukul 7pm baru nak solat. Tapi, aku takdelah sampai ghope itu. Aku tabik spring kat family ayah di Ganu tu, masuk waktu terus solat. This is based on how you teach your children. Dan arwah tok ki aku pon, masa tu dia dah tak larat, baring je. Dia tetap gagahkan diri untuk amek wudhu' dan solat. Oh, masa ni memang aku insaf. 

Secara tuntasnya, solat itu tiang agama. Well, semua orang tahu tapi kuatkah kita untuk mempertahankan amalan yang satu ini. Solat Suboh selalu je terlajak kalau hari cuti. Ahh, geramnya aku kat setan ni. Cett, padahal salah diri sendiri. Bunyi alarm, off. Bijak bijak. Kalau boleh solat di awal waktu. Bukan kalau boleh mesti ok. Peringatan untuk diri sendiri.

kat masjid negeri shah alam, raya haji 2012

1 comment:

  1. Assalamualaikum buat blogger semua. Terima kasih untuk sokongan yang telah anda berikan dengan meninggalkan komen di entri Zam sebelum ini. Seperti yang dijanjikan, salah seorang blogger bertuah akan mendapat hadiah misteri dari Zam ;D
    Jemput ke ENTRI TERKINI! Senarai Lengkap 110 BLOGGER Yang Berpeluang Mendapat SATU HADIAH MISTERI Dari Zam! untuk menyemak penyertaan anda.
    Pemilihan BLOGGER yang BERTUAH akan dibuat dengan menggunakan RANDOM.ORG, dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk memudahkan anda mengetahui keputusan terkini, anda boleh memasukkan blog Zam ke dalam bloglist di blog anda :)
    Akhir kata, thanks again, bloggers!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...