Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 17 August 2013

Subjek Part 1 Bachelor of Human Resource Management

Assalamualaikum.

Aku update ni sebab ada orang tanya apa yang aku belajar dalam HR ni. Masalah, untuk part 1 until part berapa entah aku tak ingat kita akan belajar benda yang sama dengan pelajar BM240 dan BM243. Ini mungkin dekat cawangan je kot. Kira dengan buat entry ni, dapatlah aku mengimbau kenangan dolu-dolu. Tapi, part 1 aku tak segah part 1 masa asasi. Ukhuwah tak kuat lagi. Hehe. Sebab tu aku tak berapa cerita pasal kelas-kawan-and etc.

So, here we go.

1. ACC 418-Financial Accounting

Ok, bagi aku yang takde basic ni memang tercangak-cangak lah dalam kelas. But practice make perfect.
Serius pening dengan acc. Tapi, ni baru basic, sem depan ada lagi. Sir kata simpan buku n nota sem 1. Aku tak takut nak bertanya kat sir, sebab anggap cam kawan je. Muahaha. Sir Shfri  memang bestlah. Harap sem depan sir ajar lagi. Sir pon Merbokians tapi masa tu aku tak wujud lagi kat Merbok.
yg kecik tu sir Shfri. ni sebahagian dari kami. BM240,243 n 244
2. ECO 415- Economics

Haa, ni pon sama subjek yang agak tough bagi aku yang tak suka mengira banyak-banyak ni. Dulu masa asasi, eco tak banyak kira. Dari awal memang aku tak minat subjek ni. Aku lebih rela buat account. Haha. Sebenarnya takde susah mana <puih>. Disebabkan subjek ni agak susah, Madam Song banyak tolong kita. Most of Friday class, we had test and quiz. Sampaikan bila nak tiba hari Jumaat, menggelabah buka buku eco. hehe. Selamat bertemu dengan eco ye adik-adik. Alhamdulillah lulus, aku tak nak jumpa eco lagi. 

3. BMD 401- Mandarin Language I

Subjek ni best gila, mungkin sebab aku dapat laoshi yang sporting walaupon a bit clumsy. Best gila belajar Mandarin. Sem depan tak tahu lah kena amek bahasa apa. Tapi, budak2 hotel belajar bahasa Jepun kot sem ni. Yang ni akan ada listening, speaking, writing dan korang kena buat video. Berlakon dalam Mandarin tau. Lidah memang terbelit sket lah. Tapi kau jangan ingat bila dah pandai cakap Mandarin, kau eksyen kamen pi cakap denga nyonya jual sayur, depa memang tak paham lah. Pasai depa guna Tagalogue, Kantonese dan sebagainya. Kita belajar Mandarin taraf antarabangsa gitu, bukan bahasa pasar.

4. LAW 416- Business Law

Ini memang killer subject walaupon aku ex pre law, tapi kau ingat sama ke dengan apa yang aku belajar dulu. Yang sama cuma Law of Contract je, tapi berapa lah sangat. Dapat pulak Madam Kanni, kecut perut shiall dalam kelas dia. Kau tak buat kerja yang dia suruh buat, memang lu cari nahas. Bagi korang yang bukan pre law, mesti terkejut dapat lecturer camtu. Kitorang dah biasa. HAHA. Tapi, dengan aku sekali takut. Walaupon kau hanya nak tanya ejaan nama Madam in full masa test/quiz, kau dianggap meniru. Tanya nama je kot, belum jawab soalan lagi. Dahlah kalau eja nama dia salah, tolak markah. 

5. MGT 417- Information Technology in Business

Hmm, dah nama pon IT, sape yang berminat boleh 'makan' lah subjek ni. Subjek paling bosan sebab aku tak minat. Miss kitorang cun seh. But sorry miss, i'm bored in your class. Tapi, seteruk-teruk aku dalam kelas dia, tak pernah tidur dalam kelas dia atau buka warung gosip mak jemah. Walau tak minat, just show your respect by listen carefully what's your lecturer wanna tell you. Kalau aku jadi miss, aku halau keluar je sape yang perangai camni. 

6. MGT 420- Principles and Practice of Management

Subjek ni paling best sebab aku dengan kawan-kawan dapat travel dari Penang-Terengganu-Kelantan. Kau ingat kitorang saja-saja pergi sana. Ada projek besar woi. Alhamdulillah, selesai jugak masalah kitorang, kemain bincang dari awal sem sampai dah nak seminggu lagi study week baru pergi. This iss to know how you are able to manage or overcome the problem. Aku memang respect kat Dr. Bard. Kagum bak kata orang. You had inspired me. Subjek ni memang kena menghafal lah teorinya. 

kau ingat senang nak dapat experience camni?


7. HBU 111- National KESATRIA I

Ok, since this is my first time joined KESAT, i just want to say; 'It was a great experienced.' Hey, kemon best gilak kawad. Bila lagi kau nak merasa benda ni semua. Dah kerja nanti, takde nya bos kau suruh kau kawad. Last aku kawad masa sekolah dulu lah-KAPPA-JPAM. Tuan pon baik, takde tetiba nak jerkah kat kau. Tapi, masalah bila orang dah buat baik dengan kita, kita pulak naik kepala. Bagi penampaq sedas dua baru tau. Tepatilah masa, aku memang benci tak suka dengan orang yang tak punctual ni. Kalau orang lain boleh datang awal, why not u. Before azan standby amek wudhu' terus sarung telekung dan siap pakai baju kesat. Azan je terus solat, lepas solat terus gerak pergi depan PI. Ini tips nak bagi kat hangpa kot-kot tak tau camne nak cepat kan? 

Oh one more thing, if you think you are good enough or you have a HIGHER EDUCATION <poie mampuih la hang>, please do respect people who have more experience than you. Kita baru setahun jagung, tuan tu dah pencen dari tentera. Kau patut rasa bangga tahu dapat dengar cerita dia mempertahankan negara. Dia lebih dulu makan garam dari kita, so apa yang dia dok cerita kat kita tu nak suruh buat jadi pengajaran, paham? 

8. BEL 403- English 

Ok aku tak ingat kod subjek sebab aku dapat PC. Subjek ni best sebab ada sir yang comel and we enjoyed learning by singing. Biasalah kalau subjek English. Sama je dari sekolah sampai universiti. It just about language. If you want to be expert and fluent, speak with your friends. 

Itu saja subjek yang aku belajar. Ingatkan masuk degree in HR subjek lagi sket. Haha. Sekali sama je dengan asasi. Apapon, i'm done with first semester. Work hard for another 5 semesters. Dan aku tak mao jual buku kepada junior, harap maklom. Sebab most of my lecturers said that we will use books,handouts and etcetera in future. Hehe, bukan berlagak ye. So, welcome to HR world. 

Err, maaf kalau tak menepati piawaian kehendak soalan. Aku tak tahu lah, takkan aku nak describe satu-satu tentang subjek yang aku belajar. Itu kena bukak buku balik laa yang oii. Tapi, buku aku semua kat stor Baiduri. If you have any question you want to ask me, just comment below. I'll try to answer it if i know the answer. Don't worry, your question will not harm you and you don't have to give any reward if i'm answering your question. Saya suka jadi kaunter pertanyaan. Serius, ini bukan menganjing coz i know how's the feeling of being alone, what i should do and blabla.

Ini link what subjects will you take. But i'm not sure whether u can open it or not because i retrieved it directly from my own UiTM Student Portal. Check it out here







22 comments:

  1. kesatria tu memang wajib ke ? ada pilihan lain ?

    ReplyDelete
  2. klo dapat kat kampus cawangan, no option. Sem 1 je ada Kesat. Nanti sem 2-3 ada public speaking.

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya. Untuk intake march 2015 ada lagi tak HR kat penang?

    ReplyDelete
  4. Saya tak dapat nak bagi pengesahan sebab saya bukannya kerja dgn UiTM. Hehe. Tapi, saya blaja je lagi kat situ on that time. Takde pulak info kata kena pindah. Sorry x dapat membantu.

    ReplyDelete
  5. Kalau saya dapat kampus balik pulau,kiranya Kesat tu wajib lah for sem 1 ?

    ReplyDelete
  6. Cne plak ngn tranport? Slalu nmpk bas g bartam je..bas g balik pulau ktne plk?

    ReplyDelete
  7. Yezza, KESAT tu Wajib kecuali klo dulu awak dah amek koko masa Diploma atau dah pergi PLKN (Check balik dgn pjbt koko, tgkat 8, HEP). Bas meme\ang disediakan. Kena bagun awal sbb bas akan gerak plg lewat 7:30am, klo lambat pandai2lah nak hidup sebab klo x pergi awak burn the whole classes on that day. Tunggu kat depo bas.

    ReplyDelete
  8. Koko-Kesat dan bahasa ke-3 akan belajar di kampus permatang pauh. Contoh Kesat hari Khamis 5-7pm, kelas kat balik pulau akan habis awal. Bahasa ke-3 tu selalunya hari Jumaat. dan yg paling x best ada kelas Mandarin je Jumaat tu, klo x, dah boleh balik rumah for weekend 3 days.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tiap2 hari pack ke jdual?dr pg smpai petang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends on your course, lecturers and etc. Kekadang Isnin-Rabu ok je x pack, tetiba Khamis pack gila sampai malam, pastu Jumaat satu kelas je. So, be prepare mental n physical. Good Luck!

      Delete
  11. Dlu amek kos ape? Xleh transfer kredit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu asasi undang-undang. Dapat transfer BEL je. Klo dulu awak diploma, boleh laa transfer banyak lagi. Naty jumpa HEA n KPP.

      Delete
  12. hai kak,mmg ada bhs mandarin je ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos bisnes mmg Mandarin. Hotel bahasa Jepun. Engineering ada France n Mandarin.

      Delete
  13. Kak cne dgn pnmpatan sem2 dpan? Provide ke x? Kne ulang alik tiap2 ari? Fuh..pnat 2..klu jam cne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh dah lama, baru nak reply. Just in case kamu datang blog akak lagi n for future students yg nak tau. Kolej utk siswi setakat ni memang akan dapat tapi bagi kita yg kat Bertam ni, akak tak tau nak cakap camne. Insha Allah siswi save.

      Delete
  14. nak tanya sikit...utk last sem industrial training tu tak payah buat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, kenapa pulak tak payah buat eh sebab setahu saya kita memang ada LI masa cuti sem 5 sampai pertengahan sem 6 (6 bulan practical). Maaf kalau info salah.

      Delete
  15. babe, hi. i nak tanya, i from f6 and dapat sambung degree in HR dekat unisel. i nak tanya study HR mmg wajib eko ke cemana? sorry, i really hv no idea pasal course HR. kalau you dapat reply ASAP, i syukur sngt2. thankyou.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello , nak tnya kalau masa f6 subjek apa y perlu ambil agr dpt smbg degree dlm hr?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...