Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 31 August 2013

tambahan Santau siri 1

Assalamualaikum.

Hai apa khabar? Semoga kalian semua sihat. Ok, hari ni aku nak berbicara tentang Santau. Wah, gitu macam dah expert sangat aku ni. Dok aih, aku share apa yang aku tau je.

1. Siapa yang selalu terkena santau ni?

Well, sesiapa pon boleh but mostly orang yang berniaga kecik-kecilan. Sumpah, aku pelik gila pasaipa hang tak pi santau orang yang dah ada wisma sendiri ke yang sebulan gaji puluh-puluh ribu? Eh, bukan aku suruh kau pergi santau orang-orang kaya. Kang ada yang membuta tuli pi buat plak. Bak kata UAI, 'kalu mu nak santau sangat, pi santau Israel tu.' Ini orang baru bukak kedai jual nasi lemak, kau santau. Kesian dia, anak kecik-kecik lagi. Ater, kalau udah terbaring tak boleh berniaga macam mana anak-anak dia nak sekolah? Pernah pikir? Eh tak semestinya orang berniaga je, orang biasa pon kalau ada orang dengki atau tak puas hati, dia sanggup buat benda syirik ni. Contoh, perempuan ni tolak cinta mamat ni, sanggup mamat ni hantar santau angin supaya takde orang dekat dengan perempuan tu. Masya Allah. 

2. Apa motif depa buat semua ni?

Semuanya pasal DENGKI, tak boleh tengok orang hidup senang siket dari dia.Apakah? Sepatutnya kita bergembira kawan/saudara/jiran kita dah senang, bukan duduk di takuk lama. Mana tahu hati beliau baik, tolong kau untuk majukan bisnes kau pulak? Dalam hal bisnes, aku respect kat kaum Cina. Korang boleh tengok sendiri kalau tak percaya. Kedai tayar ada 3 buah dekat dalam satu bisnes park, kekadang tu berjiran tapi semua bisnes sama. Depa elok ja, takdak nak berkelahi pon. Siap tolong sep-sep depa adalah. Contoh, kita pergi kedai A untuk tukar bateri kereta, dia takde stok. Sekejap je dia boleh kawtim dengan member kedai sebelah. Kau tak nampak lagi ke permuafakatan depa. Kan muafakat membawa berkat. Orang Melayu ni kalau boleh, dia nak bagi kedai sebelah dia bungkus terus, biar dia sorang berniaga,kaya sorang-sorang. Ceh. 

Lagi satu, dear Malay businessman/woman could you be more creative? Kalau hari ni ada sorang bukak payung jual nasi lemak, esok takpon 2-3 minggu lagi ada lah 2-3 payung baru menapak. Apakah? Kot ye pon, nasi lemak itu satu perniagaan yang sangat menguntungkan, boleh tak kau bukak kedai jauh sket dari orang tu. Pergi lorong atau taman/kampung lain. Ini kalau boleh nak betul-betul sebelah orang tu. Konon nak berjiran, ada kawan buat sembang. Puih. Takde maknanya sebab nanti hati kau mesti bengkek semacam bila customer ramai kat kedai dia je. Pastu, mulalah nak menyantau bagai. Pastu, kalau customer kau takde ataupon kurang, mesti kau cakap orang sebelah tu pakai pelaris atau ubat guna-guna untuk tutup kedai kau. Apakah? So, please to avoid all this nonsense, hang pi jual jauh-jauh.

3. Kesan kepada penyantau?

Hang pk hang teror tara mana? Hang pk hang Tuhan ka? Memanglah pesakit boleh mati disebabkan santau hang tu. Tapi, hang tau dak hang tu orang Islam, bila hang buat benda santau-santau orang ni, umpama hang mensyirikkan Allah. And you know what, sekarang memang hang happy tengok mangsa hang sakit nak mati, tapi sakit tu akan sampai kat hang bila sampai masa Malaikat Izrail nak cabut nyawa hang. Masa tulah hang terseksa dan segala amalan baik hang akan dapat totally kat mangsa. Haha, penat-penat hang buat amal kebaikan, pastu dapat kat orang yang teraniaya. Tak rasa menyesal ke?

4. Nasihat kepada pesakit/mangsa.

Ok sebagai orang yang teraniaya, berdoalah dan redha dengan ujian yang maha hebat ini. Kuatkan diri lawan dengan zikrullah, pergi berubat cara Islam. Aku cadangkan pergi Darussyifa' Bangi, rawatan tepuk hari Sabtu dan Ahad<perempuan sahaja>. Rawatan kena berterusan, jangan stop selagi ustazah tu tak suruh stop. Jika kita mati disebabkan dianiaya oleh mereka yang menyantau, insya Allah akan beroleh kebaikan. Ganjaran syurga ni aku tak berani nak kata, hang pi rujuk ustaz naa. 

5. Tanda-tanda terkena santau/sihir?

Susah tidur malam, sakit pinggang-tak boleh bangun/duduk, turun darah, batuk non stop, tiada selera makan-kurus, hilang berat badan dan macam-macam lagi. Kalau korang rasa lain macam sebab kita boleh tahu keadaan badan kita, cepat-cepat cari penawar. Jangan pergi jumpa tok bomoh, sila jumpa ustaz. Banyak pusat rawatan Islam sekarang. 

6. Pendinding diri.

Sebelum masuk rumah bagi salam dan baca ayat kursi, bila keluar rumah baca Al-Ikhlas. Kalau aku, aku bukak youtube pastu pasang Ruqyah lepas azan Maghrib Penawar Sihir & Gangguan Jin, pastu aku beli buku Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, amalkan baca doa-doa dalam buku tu. Paling bagus, kau hafal. Pastu, aku tak ingatlah aku baca kat mana, tapi setiap kali lepas solat fardhu aku akan baca alFatihah, ayat Kursi, selawat Syifa' dan Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin(3x). Oh, lastly ustazah tu kata kat aku yang kita kena jaga solat 5 waktu <mesti cukup> dan setiap hari jadikan amalan membaca alQuran tu WAJIB bagi kita, so that our soul will not empty and syaitan tak mudah masuk badan kita.

7. Pengalaman?

Hmm, dulu aku ingat keluarga aku je yang dah 'expert' pasal menda ni, tapi lepas acap kali pergi Darussyifa' dan merata-rata tempat pergi berubat barulah tau. Santau tu boleh dianggap sebagai norma masyarakat Melayu. Oh back to my experience based on my observation, bila ustaz/ah mengaji kat telinga/belakang kau sambil pegang kepala, rasa nak muntah, benda tu keluar ikut telinga<berasap panas gila rasa>, rasa nak tumbuk ustaz tu pon ada <setan yg sedang kawal kita>, kau akan muntah kaca, tali, darah, paku dan sebagainya. Kalau ikut logik, mana mungkin benda tu masuk dalam badan kita, kan? Tapi, dengan izin Allah benda tu boleh masuk, cuma kita tak nampak dengan mata kasar. 

Rujukan :
3. Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Bangi

Entry yang berkaitan dengan Santau :-
1. Orang Perak suka santau?
2. Bertahanlah mama demi anak-anakmu
3. Santau siri 1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...