Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 29 September 2013

Kawan aku Manusia

Assalamualaikum.

Hmm, it's quite a long essay that describe my expression, observation and comment. Read it. Thanks. Tajuk tak boleh blah, memey lah kawan aku manusia, takkan tapir pulak, kan. 

Dalam hidup ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam dan karenah manusia. Ada yang depan kita baik umpama Malaikat, ada yang belakang kita mengutuk kita dan sebagainya. Namun, bukan semuanya jahat, pasti ada dalam kalangan kawan-kawan kita yang begitu baik sekali hinggakan sanggup berbohong demi menutup keaiban seorang yang bernama sahabat. Ye, mungkin ada yang akan kata ‘Bodohnya kau nak tudung sikap buruk dia’. Biarlah orang nak kata apa, kerana mungkin kau tak tahu apa itu erti persahabatan.

To be a perfect friend is not an easy as you think. Most of the times, you need to sacrifice your own feeling in order to remain your friendship till Jannah. <hopefully> Kawan kita burukkan kita kat belakang kita, then suddenly we knew it from the confidential source. Its hurt beb. Trust me, that you will feel hurt deeply if the one you trust betray you. Yeah, cause we always put a 100 percent trust on him. But, why he/she betray us? Don’t you know how to be a good friend? Oh, I forgot that no one is perfect. Am I trying to find a perfect friend in my life. Nope! It just a normal criteria that a friend should have.

Be tolerate. Could you ever in your friendship be tolerate with your friend/s? Ini asyik kau je nak menang dalam perbalahan or in decision making. Or its always be you who take for granted. Kau je yang nak untung, sesekali kau lah pulak yang kena beralah brader. Contoh, kalau hangout asyik bedal kereta si A je, mana boleh camtu walaupon kau bayar minyak dan tol sepanjang perjalanan. If you know what is ‘tong-tong and pancung concept’. Ada je orang yang buat bodoh je, semua benda nak free, taknak keluar duit langsung kalau boleh. Sumpah, kau sangat bijak dalam mencari jalan on how to save your money.

Beb, dalam hidup ni semua benda pakai DUIT. ‘No Money, No Talk.’ Did  you ever heard this? Hmm, same goes to this err friendship or matter in your life. Cuba kau fikir, kawan kau tu beli benda tu pakai air liur ke yang kau sampai sangat hati nak mempergunakan harta benda beliau secara FOC to the max. Kalau dia tu memang kaya takpe lah, ini dia pon pakai duit PT untuk menampung kos sara hidup beliau sepanjang tempoh belajar ataupon gaji dia setiap bulan memang lepas untuk tanggung dirinya dan hantar duit kepada family je .

So, this should be win-win situation or Barter system. Contoh, hari ni kau makan Mee segera dia sebungkus, on the other day, walau orang tu tak minta balas pon, do offer her/him your mee segera. Barulah orang tak perasan sangat sikap kedekut haji bakhil kau tu. Ini, dah kontra sangat, orang nak bagi kau pon takde hati. Takpon, bagi sebab malu-malu alang. Kau yang minta, memang buat muka tak tahu malu. Tapi, orang yang nak bagi tu pulak rasa malu, kalau tak bagi. Nanti kena cop kedekut la takpon 'member takkan tak boleh tolong member kot'. Jadah dia, asyik aku je yang tolong kau. Dia kena both party involve same goes to relationship. If only one party give, that we called as take for granted babeh. Pfft.

Tak boleh tengok orang lebih dari dia. Pfft. Ini lagi satu masalah. Ntahapaapantah. Ini namanya penyakit PHD-Perasaan Hasad Dengki. Kau tahu tak ini penyakit hati. Apsal busuk sangat hati kau ni? Kalau dia yang lebih pandai,cantik,kaya dari orang lain takpe. Tapi, kalau orang lain yang lebih segala-galanya dari dia. You’re dead man! Istighfar banyak-banyak brader and sister.

 Kau kena terima dengan hati terbuka. There’s no use of being like this. Memang ada motivator yang kata benda ni bagus, so that you are inspired to do more. But, it is useless when you do it without your own wants but you just wanna to challenges that guy/girl that you can do better that him/her. I’ve experienced it. You get nothing, just waste your time cause your intention is not on the right way. Matlamat tidak menghalalkan cara orang panggil. Bila kau gagal untuk jadi lebih dari dia, boleh gila meroyan sebab your anger level towards him/her makin bertambah dari hari ke hari. Gila betei.

Ok, that’s all for now. Aku memang pantang gila dengan orang yang kedekut ni. Rasa nak lempang lelaju. Kau nak kata aku nak kawan yang perfect ke hape. Suka hati. Lain orang, lain penilaiannnya. Mungkin kau akan kata ‘Kau tu pon bukannya baik/bagus mana?’ Hoyeah, like I care beb? Senang cerita kau layankan je perangai kawan-kawan kau yang pelbagai peel dia sampai mati. Ini statement maut dari aku cause kalau kita tak berkawan/bersosial, sapa nak tolong mandi,kafan,usung, dan baca talkin kat kau bila kau dah tak bernyawa kelak?

‘Dalam apa yang kita buat hari ni, fikirlah masa depan.’

Err, apakah macam tak kena je ayat di atas dengan karangan aku kat atas tu. Tettt. Gasakkan. Peace yau. Assalamualaikum, have a nice day.

...aku dah penat dengan semua ini. Bukan aku mengalah. Tidak. Biarlah aku diam menyaksikan drama berbabak--babak ini. Good job beb!...




Wednesday, 18 September 2013

Majulah Sukan untuk anda

Assalamualaikum.

Petang tadi lepas habis kelas OPM 530, kurang lebih pukul 4 cenggitu, aku, kak yaya dan kak yong berjalan kaki di tengah panas menuju ke carefour ataupon sekarang dah tukar kepada aeon big. Ahh, gasakkan orang tetap panggil carefour jugak. Kau pk senang ke nak berjalan kaki hampir 30 minit semata-mata nak jimat RM 2. Kau mampu? dua hengget je pon tapi memey dah biasa jalan kaki ke care4 ni. ahh benda kecik je lah, aku dengan kak yong pernah buat kerja gila jalan kaki dari macd sampai ke jusco. Dahlah pakai heels. gila x?

Apa yang aku nak cerita ialah tadi balik aku nampak budak-budak tengah kawad. Haha, kenangan sangat, kalau tak last sem kami lah yang tengah pulun berkawad kat depan PI tu. Sekarang, biaq pi kat junior plak. Oh, komander madya naik pangkat ek, jadi apa? Dia pakai selempang merah. haha noob gilak, aku tak tau apa-apa pon pasal komander ni semua. 

Oh, actually i want to story-mory about tengtengteng...

Aku bertukar-tukar pendapat dengan Dayah<housemate yg jumpa kat care4>. 'Weh, mamat tu main menda?' Aku kata deme main lontar peluru tapi benda bulat tu kecik ek pon, lagi satu nama pon lontar, aku tengok dia ghope melempar adalaa. Dayah kata dia main bowling padang. Jadah dia, kot ye pon aku tak pernah tengok orang main bowling padang tu, mesti laa ada pinnya kan contoh dia buat pakai botol air alaa macam kat sukaneka tu. haha. Pastu, bila passby budak-budak tu <aku assume depa as budak diploma> aku tanya lah depa main apa? Dia cakap main petanque. Oh man, sadis doe aku tak tau. Budak tu gelak seh kat aku. Adik lelaki aku tu main petanque ni sampai peringkat negeri, tapi aku haram tak tau macam mana permainannya. Rupanya deme tengah training ada KARISMA. Oh i see. 

Pastu, kak yong tanya aku; 'Mu tak tahu ke tu petanque?' Aku dengan jujurnya cakap tak tahu. Sekali kena gelak lagi. Bedebush. 'Buat malu orang Ganu je.' Eh, aku orang Selangor laa, ayah aku yang orang Ganu. Lainlah kalau aku memang stay Ganu, tetiap petang orang kampung aku main petanque tu. Petanque was a game that's so hot in Terengganu, i thought. Hmm. 

In a nutshell, i would like said that majulah sukan untuk negara. Haha. Motif? Idak ler, aternye kita kena tahu semua sukan di Malaysia dengan menonton game Olimpik ke apa jadah di TV mahupon secara langsung. Haha, motif aku nak tengok. Aku cuma layan bola dan badminton je. Gimnastik tu masa kecik-kecik je suka tengok, konon feeling nak jadi perenang. Puih. Choww.

P/S: Sedekahkan alFatihah buat ayahanda blogger Gangster Lipis-Aaron yang meninggal pada 12/9 yang lepas. Be strong brader, dahlah kaki hang tak elok lagi. Allah sedang menguji hambaNya dengan apa yang kita mampu tanggung. Be positive. Aku mulalah nak bersedih ni. Aku yeye nak nasihat orang, sekali aku yang meleleh air mata.




Monday, 16 September 2013

Berdetak lebih kencang

Assalamualaikum

Hey whats up? Pergh, tajuk kemain lagi. Ini mood gatai meghelaa aku dah mai. Den tak tau nak buek camno laie dah ni haa. Biar aku cerita mengikut kronologi lah yo.

Ok, supposedly on 20-22 Sept this weekend, i will go to Sg.Chiling, Selangor ada Kem Semut 2. Ok, walaupon aku ni orang Selangor tapi den tak pernah poie Sg. Chiling ni, klo Sg. Congkak ke Gabai ke, pernah laa. Aku pergi sebab nak kumpul markah KI dan saja isi masa lapang sementara di awal sem tiada assignments lagi disamping menambah ilmu agama yang tak berapa nak tinggi ni. Tapi, lepas aku dah daftar nama kat nik<urusetia>, tetiba plak jadual KI keluar on the same date 22/9 (Ahad). Damn it. Aku dah teruja gila nak jenjalan keluar dari Penang ni. Wah gitu kau. So, kita tengok lah camne nanti. 

Pastu, malam ni ada perjumpaan pasal Kem ni. Adalah keluar senarai nama, aku pon ushar laa sapa yang pergi. Tujuan utamanya nak tengoklah nama aku terpilih ke tidak. manalah tau, kot dia kata sape dah pi Kem Semut 1 dah tak boleh pi plak kan? Alhamdulillah, my name and my friends name were there. 

But, after i scrolled down, tengtengteng i found his name. Woah, apakah? Ini yang rasa tak mao pi, tapi aku nak pergi jugak sebab alasan yang disebutkan di atas. Takkan sebab dia, aku nak tarik diri. Whatthe? Maka bermulalah kecelaruan minda dan pelbagai persoalan menerjah benakku. Apsal kau nak pergi? Dulu kau tak pergi pon. Semak je lah kau ni dan macam-macam lagi. 

Padahal, suka hati dialah nak pi ke dak, ini bukan kampus aku sorang ja, itu hak dia. Dia pon belajar kat sini. Hmm apa-apa jelah. Aku harap, kami tak satu kumpulan masa kat kem tu nanti. Aku tak tau nak buat reaksi macam mana? Laa ni pon rasa nak meletop dada ni. Uish, teruk benor. Kalau dapat sama kumpulan atau terselisih, aku buat-buat tak kenal. Aci cenggitu? Camne nak cool down ni? Gilalah weh. Istighfar mungkin. 

-hangpa rasa ni musuh aku ka crush? haha. yg pasti bukan budak kelas aku.


Sunday, 15 September 2013

Sehari di Merbok

Assalamualaikum.

Halloo N'ABM's in da house. haha. Well, aku sedang dalam mood gembira/bahagia but at the same time aku sedang bertahan-biasalah hujan-panas, demam laa apalah. 

So, yesterday on 14th Sept, we decided to go to Merbok, Kedah. Well, it just a quick and spontaneous decision a nite before we went there. It's a 3 days holiday, so we should MUST spent our time to the max. Haha. Actually, the motive was we wanted to have a picnic at waterfall. Gempak kan?

Masalah, kat Penang ni memang lah ada waterfall, tapi cam tak banyak kan. Macam la kat Kedah tu banyak sangat kan? LOL. So, disebabkan Merbok tu cam agak best dan tahulah selok-belok jalannya. So, around 11am, aku n kak yong pi amek kereta sewa. Murah kot setengah hari RM50. 

Pastu, perjalanan dari Permatang Pauh to Sg. petani (U) sangatlah sekejap-around 1 hour. Then, the first place we visit was UiTM Merbok. Aku dah cuak kebebeh, yelah Merbok sangat ketat peraturannya, bukannya kau boleh masuk sesuka hati as my own experience study there about 1 year. But, maybe PB dah berubah-dah jadi baik ler ni. 

Masuk terus pergi kat kolej Murni yang indah tu. Over je ayat. Aku pi jumpa kak Syu dan Fini. Oh my, i miss them so much. Oh sebelum sampai tu, dah mesej beberapa orang yang aku kenal dan wujud di Merbok tu, tapi biasalah depa banyak urusan di hari cuti ni. Zana pon aku sempat hai hai bye bye je masa passby tu. Makin gorgeous u kan. Dia nak pi kenduri kahwin kat Baling.

Pastu, pi rumah sewa kawan roommate aku kat taman lembah bujang kot yang kat sebelah MRSM tu. Lepak-lepak pastu makan kat kedai yang cam baru buka je. Ok lah, not bad. Then, we go to Tupah Waterfall. Hmm this is my second time went there. Air dia super duper sejuk gila babas. Kira puaslah. Takut jugak, sebab budak UiTM pon ramai mati kat sini either caused by kencing tikus dan lemas. 

Lepas dah mandi sejuk sampai tahap gigil-gigil, kita bertolak pi Tanjung Dawai. Mari makan seafood. Well, aku bawak pi kedai yang biasa pi makan je lah. Kira murah jugak mungkin sebab tak amek ikan. Nak tengok laut/pantai <aq x tau nak beza.haha.sengal> hujan plus dah nak maghrib, konon nak feeling retiss sat tangkap gambar. Hmm, takpelah aku dah biasa pi situ. <puih>. 

Balik terus hantaq barang kat kolej, yelah jenuh kot nak mengangkut baju basah kami berempat. Pastu, acah-acah berani drive nak masuk sampai kolej. 'Kitorang nak hantaq baju ja, satgi kami keluaq laa balik'. Pastu kena tinggal kad matrik. apa jadah dia? Hmm, pastu pergi pasar malam dan ronda-ronda takdak hala tuju sebab nak habiskan minyak. Motif sangat kan? Macam boleh habis. Aku rasa nak sedut je minyak tu simpan dalam botol, lain kali kalau sewa kereta boleh guna. Untunglah sapa dapat kereta tu, ada 5 takuk lagi. Naik viva isi full tank=RM46 itupon sebab ada 2 takuk balance orang pagi punya. 

So, itu jelah yang aku nak cerita. Biasalah kalau kita dah lama tak pi tempat tu, memey macam-macam perubahan berlaku. Kalau aku pi sana 10 tahun akan datang, memey sesat terus sebab semua hutan/ladang sawit/getah dah bertukar jadi rumah,kan? Merbok menjadi kenangan buat kami yang pernah belajar di sana. Suasananya yang takkan kami lupakan. Oh kat sini juga aku minta maaf klo ada yang tersentap aku tak pi jumpa hangpa masa pi Merbok tu, tak dan lah, lagipon aku datang dengan kawan, so susah lah kalau aku je nak jumpa kawan, depa tercongok cam tunggul. Dan, bila passby rumah cik Ah tu, Ya Allah aku nak sangat pergi. Bila aku dah kerja nanti, ada kereta sdn bhd, aku pi sana jenjalan tanpa ada batasan. Wah gitu.

raihan, dayah n aku at Tg.Dawai. 

Friday, 13 September 2013

Mix Feeling entry

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Hai, aku rasa lama gila tak update padahal tak sampai seminggu lagi. Well, aku rasa jiwa aku kosong. Entah tak tahu kenapa? Aku rasa bosan dengan semuanyalah. then, go die. Itu dah macam orang takde iman namanya. As a conclusion, just keep quiet. It's better than you do or say stupid things. 

Kau tahu tak macam mana rasa bila kau terlalu mengharap pada sesuatu, but then you don't ever get it. Kau dah penat-penat plan itu ini, at last plan kau hancus disebabkan ada benda yang menghalang laa kan macam kawan kau tarik diri. Ah to be more specific in my case, on 20-22 Sept supposedly i will join KEM SEMUT 2 at Sungai Chiling, Selangor. I'm very excited to join this camp not because of the KI mark but i just want to enjoy myself. Haha. Aku dah pernah pergi Kem Semut dulu yang depa buat kat SEDIM, Kulim tu. Tup-tup dapat tau 22 Sept ni kami ada LDK. Pergh. Aku harap one of them will replace or postponed the date. tapi aku lupa kadang-kadang kita kena sacrifice one of them, aku tak boleh TAMAK. Aku ni pulak jenis yang akan down gila babeng bila aku dikecewakan. Wah gitu. 

Then, If i'm being quiet suddenly, then there's something wrong somewhere macam aku tak puas hati dengan seseorang, but then takkan tetiba aku nak pi attack dia. 'Weh, aku benci kau.' Memang mintak penyepak namanya. Lebih baik aku senyap dan jauhkan diri dari kamu. Ye, aku tahu perangai aku teruk but that's me. Beb, normal lah manusia kan, mesti ada sikap 'tak suka/selesa' dengan seseorang.  Aku akan cuba bertahan semaksimum mungkin, nanti kalau dah tak tahan sangat menangislah dia. Takpon call somebody to talk. Haha. 

Dah hampir seminggu memulakan sem baru, so far so good. Emm to be frank, i don't like this statement. Haha. Adalah sebabnya. Lecturer semua best, mohon tiada yang kerek. Sebab ada 3 subjek lagi yang aku tak jumpa lecturer lagi. Hari tu aku kata tak mao jual buku, kan? You knew what last night, aku pi jual buku teks IT, LAW n ECO. Bukan buat bisnes, memang tak untung pon sebab buku dah third hand, kira acah-acah, boleh gitu. Lagi satu, aku tak gamak laa nak letak harga mahal-mahal sebab budak-budak ni belum dapat PT lagi. Lagipon, ilmu kan tak baik dinilaikan-my friend said this.

Ok, till we meet again if i've something to share with uolss. I'm no more an active user for all kind of social networking due to no network, lazy-bored, no privacy-haha apakah? and due to other factors. Tetiba, rasa nak menyendiri. And if this is my last post <yeah who knows what will happen in future, rite?>, aku minta maaf sebab aku pernah tercuit hang either zahir mahupon batin<hati>. Aku bukan perogol yang nak main pasal batin ni. Choww.

SELAMAT HARI MALAYSIA in advance. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan berjaya. Juga berada di bawah rahmat Allah dan semoga kita rakyatnya terlindung dari melakukan maksiat di atas dunia ini. Don't forget to pray for all Muslims whereever there are especially those who are in Syria, palestin, Iraq and etc.


Saturday, 7 September 2013

Welcome back

Assalamualaikum.

SELAMAT DATANG KE SEMESTER DUA!

Di kala ini, hatiku berasa berat untuk meninggalkan rumah manis rumah. Ahh, why should I feel like this? Mungkin sebab masa cuti sem dulu aku kerja, jadi masa untuk melepak di rumah tu terhad. yelah kerja je dalam kepala pk klo aku kerja gila-gila, dapat gaji pon gila-gila. Tapi, cuti sem kali ni aku kerja kat kedai ayah <on9 je banyak>, dan nama pon anak bos, datang kerja pukul 10/11 pagi balik pukul 6petang before 7pm. Bagus syira bagus! So, most of the time I spend at home.

Ahh i hate this feeling that make me cry all the time. Takdelah, cuma perasaan sebak tu aku tengah tahan, and i know when my tears will go out like heavy rain. Sadis gila! Tambah lagi sebak ini mungkin kali terakhir aku spend time kat rumah ni. Tahun depan punya cuti sem, Insha Allah masuk rumah baru dah. Rumah ni dah tak boleh lepak suka hati sebab nak bagi pakistan sebelah ni sewa. Walaupon rumah ni kemain tinggi tapi banyak kenangan di rumah ni. Sejak aku kecik beb tinggal kat sini. 

Tambah lagi sebak parents hantar balik. Haish, lagi tak tahan rasa sebak tu. Ke aku je rasa gitu? Bukan tak boleh nak balik naik bas, tapi barang kat stor tu berat nak mams, tak larat ler nak mengangkut tengah panas tu haa. Sebenarnya perasaan sebak tu datang due to some other factors but let me keep it as secreto de amore. Hehe. 

Perasaan sedih lebih mengatasi keterujaan untuk naik ke sem baru. Apakah? Haish, tak boleh jadi ni, aku kena lebih bersemangat untuk terus berjuang. Wah gitu. 

Semoga sem baru ni aku lebih berusaha gigih, jadi lebih rajin, jangan suka bertangguh dan lebih fokus dalam kelas. Amiin. Well, biasalah kalau masuk semester atau tahun baru, azam semua nak gebang je kan? Takpe yang penting niat tu kena ada. Jangan awal-awal dah kata nak tidur dalam kelas. Nak kena hempuk dengan kerusi gamaknya.

Akhir kata, semoga perjalanan aku, mama dan ayah selamat pergi dan selamat balik. Esok bertolak singgah jumpa Angah kat matrik Gopeng, dia ada game netball kat situ. Kena pergi jugak sebab dia guna teknik psychology, katanya rindu nak makan air tangan mama-sambal udang masak petai. Pastu, tidur kat Ipoh. Esok pagi, selepas Suboh sebelum lalat bangun, kami bertiga bertolak ke Penang. 

Haa ni kawan aku main piano, lagi bertambah sedih wa cakap lu. Sambil aku taip, ada background music <ke instrumental entah tak tau> lagi tu. Bahagiamu Deritaku piano cover by Q

Thursday, 5 September 2013

Kawan mencerminkan diri kita yang sebenar

Assalamualaikum.

Cuba tengok kawan-kawan yang rapat dengan kita, adakah beliau menjadi pencetus kita dekatkan diri dengan Allah atau makin jauh dengan Allah? Atau kita sendiri yang menjadi faktor pemangkin kepada sahabat-sahabat kita untuk berubah mendekatkan diri kepada Allah. Jika sahabat kita berubah ke arah kebaikan atas dorongan dari kita, masya Allah besar ganjaranNya nanti.

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim..
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. "   http://jombelajarlagii.blogspot.com/

Kalau masa kat sekolah dulu, mungkin tidak terlalu ekstrem hubungan dengan kawan-kawan ni. Tapi, bila dah masuk ke alam universiti/kolej dan pekerjaan, boleh dikatakan sepanjang hari kita bersama kawan-kawan tanpa bimbingan/pantauan dari ibu bapa. Jadi, kita kena pandai memilih kawan. Kalau kita dah nampak ciri-ciri yang ada pada kawan kita tu yang mana kita tahu diri kita lemah dengan godaan itu, tinggalkan kawan anda itu. Mungkin nampak kejam, anda pilih bulu. Yes, we have to my dear sebab kita tahu diri kita mudah goyah dengan godaan yang bakal menjahanamkan hidup kita unless you will not be like her/him eventhough you are be friend with them. Kalau kau punya jiwa yang kental dan kau mampu tarik kawan kau ke jalan yang lurus, then you may choose this option. 

'Biar dicop pilih bulu dari kita gadaikan hidup kita sebab terikut-ikut dengan kawan.'

Bagi aku, cukuplah kawan aku tu masih ada nilai Islam dalam diri beliau dengan solat, berperangai sederhana, kalau yang bajet orang ada-ada, maaf aku mengundurkan diri. Aku takut terpengaruh, kang jenuh aku paksa ayah aku belikan iphone, acano? Kang tetiba tudung aku terbang,balik rumah rambut karat mesti orang salahkan aku sebab salah pilih kawan,kan? Aku tahu iman aku tak tinggi mana. <ahh, alasan cliche> Kau pandai-pandailah jaga diri sendiri, janganlah terpengaruh dengan kawang hang tu. Beb, cakap memang senang tapi kalau dah hari-hari kau lepak dengan depa tetiba hang sorang yang bertudung litup. Itu pelik kot. Lama-lama mesti hang terikut sama. Aku cakap ni sebab memang berlaku ok.

Kita memang kena memilih kawan sebab dalam pepatah arab ada menyebut;

'Jika kita berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita akan rasa percikan wangiannya, tapi jika kita berkawan dengan tukang besi kita akan rasa percikan apinya.' 

Haa, faham ke idak maksud pepatah ni? Kalau kome tak paham, secara analoginya kalau kau kawan dengan orang yang kaki masjid, tak banyak siket, paling kurang sekali mesti kau ikut dia pergi masjid jugak kan? Lama-lama mesti kau terikut dan hidup kamu berubah secara total. Yelah, mesti kau malu bila dalam rumah tu semua pergi masjid, tapi kau sorang je yang tidur terbongkang dalam bilik tu. Nampak tak permainannya di sini? 

Pastu, aku bagi contoh diri aku, aku ini idak ler sempurna benor bab jaga aurat. Tapi, bila aku  masuk asasi, aku dikelilingi oleh mereka yang menjaga aurat, so aku pon terikut ler. Tudung tutup dada<yg ni memang perangai aku sejak dulu> cuma aku belum tahap tudung bidang 60 tu dan pakai stoking kaki pi kelas. Benda tu mula-mula je kita rasa terpaksa tapi lama-lama kita buat dengan hati yang ikhlas. Dan bila kita tak fully covered, secara tiba-tiba perasaan malu tu terbit tahu sebab yelah kawan-kawan kita elok je bertudung labuh semua, tiba tang kita hampeh. Tapi, aku tak totally changed, satgi ada plak yang jumpa aku tak pakai stoking, habis kena bahan. Pelan-pelan kayuh ye. Pastu kan, aku suka ushar orang yang pakai tudung labuh, yang aurat dia fully covered. Rasa tenang gila wa cakap lu. Bila aku nak jadi begitu ye?

Kadang-kadang pulak, kita ni dah memang kawan dengan orang yang baik-baik, tapi alasan cliche kita 'Hidayah tak sampai lagi.' Hang nak tunggu Malaikat cabut nyawa dulu ka, baru nak dapat hidayah Allah? Kita yang dok ketegaq tak mao berubah, nak buat lagu mana lagi? Tetiba, bila kita jumpa kawan baru, hati kita lembut untuk berubah. So, don't blame your old friends because they are trying very hard to change you to becoming a #betterMuslim. 

Sebenarnya susah nak cari seorang mahupon ramai kawan/sahabat yang boleh digelar sahabat dunia akhirat. Kalau dah jumpa, alhamdulillah kita sangat beruntung. Aku bersyukur sangat dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik macam kamu semua. Love you till Jannah. Insha Allah. Walau kita sudah terpisah beribu-ribu kilometer, semua tu takkan mengubah ukhuwah di antara kita. Rindu? Hmm acap kali perkataan ini bermain di bibir kita. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana rasa rindu ni kat hangpa, setakat buat reunion peluk-peluk, makan dan lepak tak sampai sehari macam tak berbaloi. Tapi, daripada tak jumpa langsung, boleh lah kan. Kalau ikut hati, aku tak mao pisah dengan hangpa, biar kita stay kat situ sampai bila-bila tapi aku lupa Life must go on. Semua orang ada cita-cita dan hala tuju hidup masing-masing. Cukuplah kita saling mengingati antara satu sama lain dalam lipatan doa dan memori itu akan tetap utuh dalam lipatan sejarah hidup kita. How time flies so fast, tup-tup ada yang dah kahwin, ada anak semua. 

And to be honest, aku suka kawan dengan orang Kelantan sebab majority of them, pegangan agama dia sangat kuat tak kira lelaki mahupon perempuan. Memang jarang sangat aku jumpa orang Kelantan yang tak solat, buat perkara bukan-bukan. Ini karang ada yang hentam aku kata 'Rakyat negeri lain pon dididik dengan agama yang menebal dalam jiwa mereka'. Ye, aku tahu tapi buat masa sekarang ni, aku tak jumpa lagi yang dari negeri lain. Ada cuma segelintir. Ke aku memang asal jalan jupe ore kelate ja. Pastu aku akui tak semua ore kelate tu baik, ada je hok jadi penjenayah, minah rempit segala tu. Tapi, aku tak kenal mereka yang jahat. Ambo kenal hok baik-baik belako. Aku cakap based on my observation and my own experience. 

Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu, atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya) http://asyrafdinie.blogspot.com/

notaN'ABM: Maaf jika entry ini membuatkan kamu sentap denganku, maaf sebab aku bukanlah kawan terbaik untukmu, aku amat menghargai kehadiranmu sebagai kawan/sahabat dalam hidupku walau untuk seketika cuma. Aku sayang kamu sahabat/kawan.

p/s: Oops entry ini agak beremosi dan ayat pon macam jiwang sket. Entahlah, tetiba on mood jiwang n beremosi.



Wednesday, 4 September 2013

Kenaikan harga minyak, don't be too fanatic

Assalamualaikum.

Hi what'sup? Umum mengetahui bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sedikit sebanyak RM0.20 per litre. Pelbagai pandangan yang dilontarkan, ada yang menyokong, ada yang membangkang. Well, aku salute sama kamu yang menyokong kenaikan harga minyak. Apakah? Mungkin kome ni kakitangan kerajaan yang dapat kenaikan gaji 2 kali tahun ni, kome orang kaya yang tak perlu kisah pasal susah senang orang lain, mungkin kome menteri dan ahli keluarganya, dan mungkin kome ni langsung tak ambik tahu hal ehwal semasa. Apa saja boleh. 

Hmm bagi aku yang tidak mempunyai kereta tapi aku ada lesen, minyak semua ayah aku isi. So, aku memberi pandangan dari perspektif mereka yang berkereta ke mana-mana setiap hari. 'Alah 20sen je kot, chill lah brader.' Nampak macam siket tapi sebenarnya banyak bezanya. Bila minyak naik, for sure kos sara hidup meningkat. Semua barang naik harga.

Oh, apa yang aku nak cakap ialah tolonglah jangan jadi fanatik ataupun kipas-susah-mati yang membuta tuli. You have to be natural and think rational. Mana yang tak betul, kita perbetulkan. Bukannya kau iyakan apa sahaja yang dibuat oleh mereka. Actually benda ni bukan untuk politikus sahaja tapi melibatkan sesuatu organisasi. Kalau orang atas punya cara tu tak betul dari segi agama ataupon tindakan beliau menindas orang bawahan, pon kita boleh aplikasi amar maruf nahi mungkar. 

Mengenai kenaikan harga minyak ni <pergh aku rasa dah macam nak buat karangan SPM plak>, semalam kat kedai ayah aku ada seorang ustaz belah PAS lah ni, dan seorang ketua cawangan bien. Dan mereka hampir nak bertikam lidah, tapi tahap kesabaran ustaz tu masih ada, alhamdulillah tiada perbalahan berlaku.  Cerita bermula apabila Ustaz tu memberi komen pasal minyak naik kat ayah aku. Then, orang tu boleh cakap cenggini;

'Apa masalah kau kalau minyak naik?'

Woi, ini boleh mendatangkan marah bukan hanya pada ustaz dengan aku sekali rasa nak bergaduh kat situ. Rupanya tuan ni memang die-hard-fan bien, kalau siapa hentam bien pasti dia hentam orang tu balik. Dalam bahasa kasarnya, kome ni digelar macai bien. Ya Allah, kan ke lebih baik kalau kita beriya-iya mempertahankan agama Islam dan keamanan negara. Bukannya pasal politik pon nak bergaduh. Ini yang aku tak berkenan ni.

Pastu, ustaz tu kata dia memberi pandangan untuk orang kampung dan susah, bagi kita mungkin kita mampu sebab duduk kat bandar, gaji tinggi. Eh, gaji pon boleh jadi tak cukup sebab bajet lari ke minyak saja. Lepas minyak naik, barang-barang pon mulalah naik. Yelah, depa mesti kata charge for transportation meningkat,kan?

Then, orang tu balas; 'Apa masalahnya dengan orang susah, diorang bukan pakai kereta pon.' Puih sama hang. Nampak sangat kau tak ambik berat pasal orang susah. Ahh, aku rasa cam nak hentak kepala hang kat dinding. Eh, keganasan rumah tangga tetiba.

Kalau kata jangan risau, BR1M dan PTPTN kan ado. Puih, poie mampuih. Ayah aku tak dapat BR1M kot sebab kereta besar-MPV. Jadah dia. Ayah aku beli Innova sebab nak balik kampung senang,kitorang travel jauh. Pastu, nama pon MPV tuan, ayah saya beli untuk buat job hantar mesin photostate. Do you expect to put a huge machine in Kancil or i bet you would say that 'sewalah/belilah lori,kan senang.' Puih. Mahal tau tak, maintenance lagi. Ada hang pikiaq? PTPTN tu banyak lagi kegunaannya, kos sara hidup tinggi, nak beli buku, photostat nota, sewa rumah dan sebagainya. Kang kalau aku cakap tak cukup, mesti ada yang hentam kata tak pandai berjimat. Betul lah kau ingat aku main-main, tapi i'm glad PTPTN ado, bolehlah menampung kos sepanjang kami belajar ni. Ini dari perspektif aku yang takde beli phone baru, baju branded ke hape dengan duit PTPTN ok. 

And you who are rich and have a good and stable position out there, could you think first before you tell us the stupid way on how to overcome the problem that you are created,huh? Jadah apa, masa gula naik, sila kurangkan gula dalam minuman. Dan-dan lah suruh jaga kesihatan. Bila minyak naik, tuan nak suruh kami berjalan kaki dan berbasikal. Ok, no problem but you must start first coz anak buah mencontohi ketua. You as a leader must show good attitute to your staff and in this case to your citizen who voted you in the last general election. 

Oh, above that i would like to said that i'm begging you i don't even care either you pro government or pro to the opposite party, please don't be too fanatic gila babi. Hormat orang lain punya pendapat walaupon kita berbeza ideologi politik. Peace yau.

Monday, 2 September 2013

Oh my vantage umbrella

Hai uolls. Eh dah kenapa kau ni? Sorry.

Assalamualaikum.

Dup dap dup dap jantungku, lagi 5 hari nak balik Penang. Kenapa aku rasa macam taknak balik ni? Selama ni takde pon perasaan cenggini. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku, jauhi diriku dan keluargaku dari malapetaka. Tenanglah wahai hati. 

Haa back to my topic, actually my beloved umbrella was lost at UiTM Penang in study week. Huhu, sedih bak hang. Payung tu mama aku yang hadiahkan masa nak masuk asasi dulu, mahal dan cantik gilak. Tapi, sayang aku tak pernah tangkap gambar payung tu. Aku suka gila payung tu sebab boleh feeling retisss sangat. Mungkin salah aku-cuai. Aku memang selalu tinggal barang, maksudnya aku tak boleh benda tu dipegang, mesti hilang/tercicir. Jadinya, aku kena sumbat segala barang dalam beg. Tapi, payung aku tu jenis yang tak boleh lipat. So, aku syak payung tu aku tertinggal masa beli nasi atau kat koperasi. 

Kepada kalian yang terjumpa payung aku tu di UiTM Permatang Pauh <takkan lari jauh punya>, hujung dia bengkok sket, kalau aku jumpa memey aku kenal lah. Either you terambil tak tau siapa tuan dia, terjumpa, please i'm begging you, return it to me. Aku rasa benda tu limited edition from Avon. Perlu ke aku buat iklan kat seluruh UiTM tu? Emm, i don't think so. Aku cuma kehilangan payung yang boleh diganti dengan payung lain <oh, tapi tetap tak sama ok> compare to those who lost their family or friends. Yup, nyawa memang tiada galang gantinya. Oleh itu, aku perlu redha dengan kehilangan payungku. But, aku simpan sedikit harapan untuk aku jumpa balik payung tu. Kalau kita ada jodoh la yo.

Sebenarnya, aku cuak gila sebab naik sem 2 ni mama aku hantar, satgi mama aku tanya pulak mana payung tu? Ohohoi, apa yang aku nak jawab. Memang senang cakap je 'Dah hilang.' Tapi, mesti mama ingat aku tak tau nak hargai pemberian yang sangat berharga tu. Aku sorang je yang dapat okey. 

haa nampak yg terpacak kat atas tu, yg tu aq punya dah bengkok sket. Pict credit to http://decasamia.blogspot.com/
aku nak sangat payung ni balik sebab itu adalah kenangan bhaii. Kalau bagi yang baru pon takkan sama. Huwaa ni rasa nak menangis 3 hari 3 malam semata-mata sebab payung. Apakah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...