Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 5 September 2013

Kawan mencerminkan diri kita yang sebenar

Assalamualaikum.

Cuba tengok kawan-kawan yang rapat dengan kita, adakah beliau menjadi pencetus kita dekatkan diri dengan Allah atau makin jauh dengan Allah? Atau kita sendiri yang menjadi faktor pemangkin kepada sahabat-sahabat kita untuk berubah mendekatkan diri kepada Allah. Jika sahabat kita berubah ke arah kebaikan atas dorongan dari kita, masya Allah besar ganjaranNya nanti.

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim..
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. "   http://jombelajarlagii.blogspot.com/

Kalau masa kat sekolah dulu, mungkin tidak terlalu ekstrem hubungan dengan kawan-kawan ni. Tapi, bila dah masuk ke alam universiti/kolej dan pekerjaan, boleh dikatakan sepanjang hari kita bersama kawan-kawan tanpa bimbingan/pantauan dari ibu bapa. Jadi, kita kena pandai memilih kawan. Kalau kita dah nampak ciri-ciri yang ada pada kawan kita tu yang mana kita tahu diri kita lemah dengan godaan itu, tinggalkan kawan anda itu. Mungkin nampak kejam, anda pilih bulu. Yes, we have to my dear sebab kita tahu diri kita mudah goyah dengan godaan yang bakal menjahanamkan hidup kita unless you will not be like her/him eventhough you are be friend with them. Kalau kau punya jiwa yang kental dan kau mampu tarik kawan kau ke jalan yang lurus, then you may choose this option. 

'Biar dicop pilih bulu dari kita gadaikan hidup kita sebab terikut-ikut dengan kawan.'

Bagi aku, cukuplah kawan aku tu masih ada nilai Islam dalam diri beliau dengan solat, berperangai sederhana, kalau yang bajet orang ada-ada, maaf aku mengundurkan diri. Aku takut terpengaruh, kang jenuh aku paksa ayah aku belikan iphone, acano? Kang tetiba tudung aku terbang,balik rumah rambut karat mesti orang salahkan aku sebab salah pilih kawan,kan? Aku tahu iman aku tak tinggi mana. <ahh, alasan cliche> Kau pandai-pandailah jaga diri sendiri, janganlah terpengaruh dengan kawang hang tu. Beb, cakap memang senang tapi kalau dah hari-hari kau lepak dengan depa tetiba hang sorang yang bertudung litup. Itu pelik kot. Lama-lama mesti hang terikut sama. Aku cakap ni sebab memang berlaku ok.

Kita memang kena memilih kawan sebab dalam pepatah arab ada menyebut;

'Jika kita berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita akan rasa percikan wangiannya, tapi jika kita berkawan dengan tukang besi kita akan rasa percikan apinya.' 

Haa, faham ke idak maksud pepatah ni? Kalau kome tak paham, secara analoginya kalau kau kawan dengan orang yang kaki masjid, tak banyak siket, paling kurang sekali mesti kau ikut dia pergi masjid jugak kan? Lama-lama mesti kau terikut dan hidup kamu berubah secara total. Yelah, mesti kau malu bila dalam rumah tu semua pergi masjid, tapi kau sorang je yang tidur terbongkang dalam bilik tu. Nampak tak permainannya di sini? 

Pastu, aku bagi contoh diri aku, aku ini idak ler sempurna benor bab jaga aurat. Tapi, bila aku  masuk asasi, aku dikelilingi oleh mereka yang menjaga aurat, so aku pon terikut ler. Tudung tutup dada<yg ni memang perangai aku sejak dulu> cuma aku belum tahap tudung bidang 60 tu dan pakai stoking kaki pi kelas. Benda tu mula-mula je kita rasa terpaksa tapi lama-lama kita buat dengan hati yang ikhlas. Dan bila kita tak fully covered, secara tiba-tiba perasaan malu tu terbit tahu sebab yelah kawan-kawan kita elok je bertudung labuh semua, tiba tang kita hampeh. Tapi, aku tak totally changed, satgi ada plak yang jumpa aku tak pakai stoking, habis kena bahan. Pelan-pelan kayuh ye. Pastu kan, aku suka ushar orang yang pakai tudung labuh, yang aurat dia fully covered. Rasa tenang gila wa cakap lu. Bila aku nak jadi begitu ye?

Kadang-kadang pulak, kita ni dah memang kawan dengan orang yang baik-baik, tapi alasan cliche kita 'Hidayah tak sampai lagi.' Hang nak tunggu Malaikat cabut nyawa dulu ka, baru nak dapat hidayah Allah? Kita yang dok ketegaq tak mao berubah, nak buat lagu mana lagi? Tetiba, bila kita jumpa kawan baru, hati kita lembut untuk berubah. So, don't blame your old friends because they are trying very hard to change you to becoming a #betterMuslim. 

Sebenarnya susah nak cari seorang mahupon ramai kawan/sahabat yang boleh digelar sahabat dunia akhirat. Kalau dah jumpa, alhamdulillah kita sangat beruntung. Aku bersyukur sangat dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik macam kamu semua. Love you till Jannah. Insha Allah. Walau kita sudah terpisah beribu-ribu kilometer, semua tu takkan mengubah ukhuwah di antara kita. Rindu? Hmm acap kali perkataan ini bermain di bibir kita. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana rasa rindu ni kat hangpa, setakat buat reunion peluk-peluk, makan dan lepak tak sampai sehari macam tak berbaloi. Tapi, daripada tak jumpa langsung, boleh lah kan. Kalau ikut hati, aku tak mao pisah dengan hangpa, biar kita stay kat situ sampai bila-bila tapi aku lupa Life must go on. Semua orang ada cita-cita dan hala tuju hidup masing-masing. Cukuplah kita saling mengingati antara satu sama lain dalam lipatan doa dan memori itu akan tetap utuh dalam lipatan sejarah hidup kita. How time flies so fast, tup-tup ada yang dah kahwin, ada anak semua. 

And to be honest, aku suka kawan dengan orang Kelantan sebab majority of them, pegangan agama dia sangat kuat tak kira lelaki mahupon perempuan. Memang jarang sangat aku jumpa orang Kelantan yang tak solat, buat perkara bukan-bukan. Ini karang ada yang hentam aku kata 'Rakyat negeri lain pon dididik dengan agama yang menebal dalam jiwa mereka'. Ye, aku tahu tapi buat masa sekarang ni, aku tak jumpa lagi yang dari negeri lain. Ada cuma segelintir. Ke aku memang asal jalan jupe ore kelate ja. Pastu aku akui tak semua ore kelate tu baik, ada je hok jadi penjenayah, minah rempit segala tu. Tapi, aku tak kenal mereka yang jahat. Ambo kenal hok baik-baik belako. Aku cakap based on my observation and my own experience. 

Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu, atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya) http://asyrafdinie.blogspot.com/

notaN'ABM: Maaf jika entry ini membuatkan kamu sentap denganku, maaf sebab aku bukanlah kawan terbaik untukmu, aku amat menghargai kehadiranmu sebagai kawan/sahabat dalam hidupku walau untuk seketika cuma. Aku sayang kamu sahabat/kawan.

p/s: Oops entry ini agak beremosi dan ayat pon macam jiwang sket. Entahlah, tetiba on mood jiwang n beremosi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...