Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 4 September 2013

Kenaikan harga minyak, don't be too fanatic

Assalamualaikum.

Hi what'sup? Umum mengetahui bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sedikit sebanyak RM0.20 per litre. Pelbagai pandangan yang dilontarkan, ada yang menyokong, ada yang membangkang. Well, aku salute sama kamu yang menyokong kenaikan harga minyak. Apakah? Mungkin kome ni kakitangan kerajaan yang dapat kenaikan gaji 2 kali tahun ni, kome orang kaya yang tak perlu kisah pasal susah senang orang lain, mungkin kome menteri dan ahli keluarganya, dan mungkin kome ni langsung tak ambik tahu hal ehwal semasa. Apa saja boleh. 

Hmm bagi aku yang tidak mempunyai kereta tapi aku ada lesen, minyak semua ayah aku isi. So, aku memberi pandangan dari perspektif mereka yang berkereta ke mana-mana setiap hari. 'Alah 20sen je kot, chill lah brader.' Nampak macam siket tapi sebenarnya banyak bezanya. Bila minyak naik, for sure kos sara hidup meningkat. Semua barang naik harga.

Oh, apa yang aku nak cakap ialah tolonglah jangan jadi fanatik ataupun kipas-susah-mati yang membuta tuli. You have to be natural and think rational. Mana yang tak betul, kita perbetulkan. Bukannya kau iyakan apa sahaja yang dibuat oleh mereka. Actually benda ni bukan untuk politikus sahaja tapi melibatkan sesuatu organisasi. Kalau orang atas punya cara tu tak betul dari segi agama ataupon tindakan beliau menindas orang bawahan, pon kita boleh aplikasi amar maruf nahi mungkar. 

Mengenai kenaikan harga minyak ni <pergh aku rasa dah macam nak buat karangan SPM plak>, semalam kat kedai ayah aku ada seorang ustaz belah PAS lah ni, dan seorang ketua cawangan bien. Dan mereka hampir nak bertikam lidah, tapi tahap kesabaran ustaz tu masih ada, alhamdulillah tiada perbalahan berlaku.  Cerita bermula apabila Ustaz tu memberi komen pasal minyak naik kat ayah aku. Then, orang tu boleh cakap cenggini;

'Apa masalah kau kalau minyak naik?'

Woi, ini boleh mendatangkan marah bukan hanya pada ustaz dengan aku sekali rasa nak bergaduh kat situ. Rupanya tuan ni memang die-hard-fan bien, kalau siapa hentam bien pasti dia hentam orang tu balik. Dalam bahasa kasarnya, kome ni digelar macai bien. Ya Allah, kan ke lebih baik kalau kita beriya-iya mempertahankan agama Islam dan keamanan negara. Bukannya pasal politik pon nak bergaduh. Ini yang aku tak berkenan ni.

Pastu, ustaz tu kata dia memberi pandangan untuk orang kampung dan susah, bagi kita mungkin kita mampu sebab duduk kat bandar, gaji tinggi. Eh, gaji pon boleh jadi tak cukup sebab bajet lari ke minyak saja. Lepas minyak naik, barang-barang pon mulalah naik. Yelah, depa mesti kata charge for transportation meningkat,kan?

Then, orang tu balas; 'Apa masalahnya dengan orang susah, diorang bukan pakai kereta pon.' Puih sama hang. Nampak sangat kau tak ambik berat pasal orang susah. Ahh, aku rasa cam nak hentak kepala hang kat dinding. Eh, keganasan rumah tangga tetiba.

Kalau kata jangan risau, BR1M dan PTPTN kan ado. Puih, poie mampuih. Ayah aku tak dapat BR1M kot sebab kereta besar-MPV. Jadah dia. Ayah aku beli Innova sebab nak balik kampung senang,kitorang travel jauh. Pastu, nama pon MPV tuan, ayah saya beli untuk buat job hantar mesin photostate. Do you expect to put a huge machine in Kancil or i bet you would say that 'sewalah/belilah lori,kan senang.' Puih. Mahal tau tak, maintenance lagi. Ada hang pikiaq? PTPTN tu banyak lagi kegunaannya, kos sara hidup tinggi, nak beli buku, photostat nota, sewa rumah dan sebagainya. Kang kalau aku cakap tak cukup, mesti ada yang hentam kata tak pandai berjimat. Betul lah kau ingat aku main-main, tapi i'm glad PTPTN ado, bolehlah menampung kos sepanjang kami belajar ni. Ini dari perspektif aku yang takde beli phone baru, baju branded ke hape dengan duit PTPTN ok. 

And you who are rich and have a good and stable position out there, could you think first before you tell us the stupid way on how to overcome the problem that you are created,huh? Jadah apa, masa gula naik, sila kurangkan gula dalam minuman. Dan-dan lah suruh jaga kesihatan. Bila minyak naik, tuan nak suruh kami berjalan kaki dan berbasikal. Ok, no problem but you must start first coz anak buah mencontohi ketua. You as a leader must show good attitute to your staff and in this case to your citizen who voted you in the last general election. 

Oh, above that i would like to said that i'm begging you i don't even care either you pro government or pro to the opposite party, please don't be too fanatic gila babi. Hormat orang lain punya pendapat walaupon kita berbeza ideologi politik. Peace yau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...