Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 18 September 2013

Majulah Sukan untuk anda

Assalamualaikum.

Petang tadi lepas habis kelas OPM 530, kurang lebih pukul 4 cenggitu, aku, kak yaya dan kak yong berjalan kaki di tengah panas menuju ke carefour ataupon sekarang dah tukar kepada aeon big. Ahh, gasakkan orang tetap panggil carefour jugak. Kau pk senang ke nak berjalan kaki hampir 30 minit semata-mata nak jimat RM 2. Kau mampu? dua hengget je pon tapi memey dah biasa jalan kaki ke care4 ni. ahh benda kecik je lah, aku dengan kak yong pernah buat kerja gila jalan kaki dari macd sampai ke jusco. Dahlah pakai heels. gila x?

Apa yang aku nak cerita ialah tadi balik aku nampak budak-budak tengah kawad. Haha, kenangan sangat, kalau tak last sem kami lah yang tengah pulun berkawad kat depan PI tu. Sekarang, biaq pi kat junior plak. Oh, komander madya naik pangkat ek, jadi apa? Dia pakai selempang merah. haha noob gilak, aku tak tau apa-apa pon pasal komander ni semua. 

Oh, actually i want to story-mory about tengtengteng...

Aku bertukar-tukar pendapat dengan Dayah<housemate yg jumpa kat care4>. 'Weh, mamat tu main menda?' Aku kata deme main lontar peluru tapi benda bulat tu kecik ek pon, lagi satu nama pon lontar, aku tengok dia ghope melempar adalaa. Dayah kata dia main bowling padang. Jadah dia, kot ye pon aku tak pernah tengok orang main bowling padang tu, mesti laa ada pinnya kan contoh dia buat pakai botol air alaa macam kat sukaneka tu. haha. Pastu, bila passby budak-budak tu <aku assume depa as budak diploma> aku tanya lah depa main apa? Dia cakap main petanque. Oh man, sadis doe aku tak tau. Budak tu gelak seh kat aku. Adik lelaki aku tu main petanque ni sampai peringkat negeri, tapi aku haram tak tau macam mana permainannya. Rupanya deme tengah training ada KARISMA. Oh i see. 

Pastu, kak yong tanya aku; 'Mu tak tahu ke tu petanque?' Aku dengan jujurnya cakap tak tahu. Sekali kena gelak lagi. Bedebush. 'Buat malu orang Ganu je.' Eh, aku orang Selangor laa, ayah aku yang orang Ganu. Lainlah kalau aku memang stay Ganu, tetiap petang orang kampung aku main petanque tu. Petanque was a game that's so hot in Terengganu, i thought. Hmm. 

In a nutshell, i would like said that majulah sukan untuk negara. Haha. Motif? Idak ler, aternye kita kena tahu semua sukan di Malaysia dengan menonton game Olimpik ke apa jadah di TV mahupon secara langsung. Haha, motif aku nak tengok. Aku cuma layan bola dan badminton je. Gimnastik tu masa kecik-kecik je suka tengok, konon feeling nak jadi perenang. Puih. Choww.

P/S: Sedekahkan alFatihah buat ayahanda blogger Gangster Lipis-Aaron yang meninggal pada 12/9 yang lepas. Be strong brader, dahlah kaki hang tak elok lagi. Allah sedang menguji hambaNya dengan apa yang kita mampu tanggung. Be positive. Aku mulalah nak bersedih ni. Aku yeye nak nasihat orang, sekali aku yang meleleh air mata.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...