Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 7 September 2013

Welcome back

Assalamualaikum.

SELAMAT DATANG KE SEMESTER DUA!

Di kala ini, hatiku berasa berat untuk meninggalkan rumah manis rumah. Ahh, why should I feel like this? Mungkin sebab masa cuti sem dulu aku kerja, jadi masa untuk melepak di rumah tu terhad. yelah kerja je dalam kepala pk klo aku kerja gila-gila, dapat gaji pon gila-gila. Tapi, cuti sem kali ni aku kerja kat kedai ayah <on9 je banyak>, dan nama pon anak bos, datang kerja pukul 10/11 pagi balik pukul 6petang before 7pm. Bagus syira bagus! So, most of the time I spend at home.

Ahh i hate this feeling that make me cry all the time. Takdelah, cuma perasaan sebak tu aku tengah tahan, and i know when my tears will go out like heavy rain. Sadis gila! Tambah lagi sebak ini mungkin kali terakhir aku spend time kat rumah ni. Tahun depan punya cuti sem, Insha Allah masuk rumah baru dah. Rumah ni dah tak boleh lepak suka hati sebab nak bagi pakistan sebelah ni sewa. Walaupon rumah ni kemain tinggi tapi banyak kenangan di rumah ni. Sejak aku kecik beb tinggal kat sini. 

Tambah lagi sebak parents hantar balik. Haish, lagi tak tahan rasa sebak tu. Ke aku je rasa gitu? Bukan tak boleh nak balik naik bas, tapi barang kat stor tu berat nak mams, tak larat ler nak mengangkut tengah panas tu haa. Sebenarnya perasaan sebak tu datang due to some other factors but let me keep it as secreto de amore. Hehe. 

Perasaan sedih lebih mengatasi keterujaan untuk naik ke sem baru. Apakah? Haish, tak boleh jadi ni, aku kena lebih bersemangat untuk terus berjuang. Wah gitu. 

Semoga sem baru ni aku lebih berusaha gigih, jadi lebih rajin, jangan suka bertangguh dan lebih fokus dalam kelas. Amiin. Well, biasalah kalau masuk semester atau tahun baru, azam semua nak gebang je kan? Takpe yang penting niat tu kena ada. Jangan awal-awal dah kata nak tidur dalam kelas. Nak kena hempuk dengan kerusi gamaknya.

Akhir kata, semoga perjalanan aku, mama dan ayah selamat pergi dan selamat balik. Esok bertolak singgah jumpa Angah kat matrik Gopeng, dia ada game netball kat situ. Kena pergi jugak sebab dia guna teknik psychology, katanya rindu nak makan air tangan mama-sambal udang masak petai. Pastu, tidur kat Ipoh. Esok pagi, selepas Suboh sebelum lalat bangun, kami bertiga bertolak ke Penang. 

Haa ni kawan aku main piano, lagi bertambah sedih wa cakap lu. Sambil aku taip, ada background music <ke instrumental entah tak tau> lagi tu. Bahagiamu Deritaku piano cover by Q

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...