Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 17 October 2013

Isteri dera suami?

Assalamualaikum.

Haa amacam terkejut tak dengan tajuk kat atas tu? Ke kena setepek kat batang hidung mu sebab memey mu belasoh laki mu hari-hari. Berat nanang terr. Ok to be honest aku sangat terkejut ok bila pagi tadi aku dengar motivasi pagi by Dr. H.M Tuah kat radio Best104. 

Mengikut data pada tahun 2011, kes penderaan isteri terhadap suami lebih banyak dari kes suami dera isteri. Oh my! Like seriously, apo kono ekau ganaih bonar sis? Yang kau pon, lelaki kan, pertahankan diri or maybe u takut dicop dayus, huh? Beb, orang bodoh je yang tak protect diri dia, yang kau tadah je badan kau bagi bini/laki kau belasah, dah kenapa? Aku tak fahamlah. 

Ok back to basic, isteri wajib patuh pada suami sebab syurga bawah tapak kaki beliau, kan? It same goes to kita wajib patuh pada parents especially our mom, rite? Jadi, adakah mereka layak menerima sepak terajang kau? Gila doe. Aku tak boleh terima, kalau marah tu cam aku boleh hadam lagi. Ini sampai membelasah/mendera tu yang aku tak boleh digest. Ada yang baling suami dengan mangga rumah, woi kalau kena boleh benjol kepala. Ini paling cikai laa. Kang tak memasal ada pendarahan ke kat kepala beliau, acano? Haish mintak simpang lah semua ni. 

Kalau lelaki yang dera isteri tu aku dah biasa dengar, ni yang suami kena dera ni, apakah? Makin lama makin pelik laa perangai. Kot ye pon marah, istighfar, amek wudhu', amalkan cara kawal stress-dari berdiri kepada duduk, pergi minum air. Ye, aku tau cakap memey senang, nak buatnya haram. Ok ok, kalau tak tahan sangat kau marah/maki habis kuat kau tumbuk/lempang suami kau tu dahlah. Erk apakah? Beb seriously aku tak faham sejak bila wanita mengganas, kot ye pon kita ada black belt dalam karate ke taekwondo ke silat cekak ke, kita guna benda ni kalau kita dalam bahaya je macam nak kena rogol ke ragut ke bukan dengan suami awak ye. 

Akhir kata, ini semua pandangan aku je. Korang yang dah kahwin tu tahulah camne ke gayanya kan. Mana tau kot muka laki kau memey minta penyepak ke laki kau yang mintak didera ke, manalah tau walaupon agak pelik. 

Wednesday, 16 October 2013

Aidiladha 2013

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha.



Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Laailahaillallah wallahuakbar. Allahuakbar walillahilhamdu.
<To be honest tulis jawi lagi senang dari nak translate ke rumi.>

Buat kesekian kalinya, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha a.k.a Raya Haji/Qurban. Jangan cakap raya aidiladha tak bermakna sebab kau tak dapat duit raya ok. Hari raya aidilfitri nampak meriah sebab kita mengagungkannya sebagai meraikan kita telah berjaya puasa selama sebulan. Ye betul dah konsep tu. Aidiladha ni kalau kita baca balik kisah para anbiya' ke baca tafsir alQuran ke menerangkan pasal Nabi Ibrahim a.s yang sanggup berkorban apa sahaja kerana Allah hatta bila Allah menyuruh baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s, baginda akur dengan perintah Allah sehinggalah Allah menukarkan anaknya kepada kibas. Emm ini apa yang aku belajar masa kat sekolah dulu lah kan. Sila rujuk ustaz/ah yang lebih pakar untuk tahu kisah dengan lebih mendalam.

So, raya haji kali ni kitorang tak balik kampung either Terengganu mahupon Ipoh. FYI, Raya Haji di Pantai Timur sangat meriah ok. Kalau boleh setiap rumah, mesti ada yang masuk korban. Aku rasa ni masuk kali kedua kami beraya di Selangor. Bukan saja-saja tak nak balik tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Raya mana-mana pon sama je cuma feel lain. Tak dapat feeling balik kampung walaupon it should be consider as my hometown when i'm migrate to Penang for my study. Bagi aku Selangor bukan kampung, boleh cenggitu? Haha, sengal laa syira.

sampai je hari ahad tu, terus pi round2 pkns beli buku adik dan melantak kepsi.
ayah and mama at kepsi, syeksyen 20.
Ok sebab utama kitorang tak balik kampung ialah kekangan masa. Iyelah, ada ke patut sekolah cuti sampai Selasa je. Petang raya tu berkejar-kejaran menghantor Qila kat Pekeliling tu dan Faris balik SAMTTAJ. Ada sebahagian sekolah cuti Selasa je, lagi sadis. Woi, ni raya haji beb, kenapa raya aidilfitri boleh bagi cuti seminggu, tapi raya haji buat lebih kurang je. Orang nak balik kampung lah. Bersyukur kerana UiTM sangat prihatin. 

Hari Isnin tu aku teman Angah pi Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dia nak study. Budak matrik kan dah nak final ni. Aku tak ingatlah deme punya term PPSM ke apa jadah ntah. Maaf saya budak asasi UiTM, Haha. Ok for the fist time ayah lepas aku drive sampai Shah Alam dan Klang. Tak sangka ok, mula-mula aku plan dengan angah kita call ayah bila dah selamat sampai PPAS. Haha. Tapi, aku tak sekental tu lagipon kena drop by adik kat kedai. 

Lepas Asar, terus gerak pergi Klang rumah maksu. Hari Isnin most of my family were fasting, so agak meriah laa berbuka tu kan. Mama rushed to cook laksa penang. But unfortunately, blender rosak. Tergendala terus kerja. Jadinya buka tu makan nasi lauk ayam goreng. Aku tak kisah pasal makan, janji ada air sejuk. Malam siket makcik hantar ketupat, rendang ayam dan kuah kacang. Ini memang benda wajib buat dari keluarga makcik.

ni ketupat palas ek namanya?
Pastu, maksu order lemang kat area Jalan Kebun 8 batang, makcik bawak 2 batang, paklang bawa 2 batang. Sekali yang dibakar betul-betul sebatang je, yang lain deme kukus. Aku memey tak tahu nak beza mana yang dibakor mana yang dikukus. Same goes to my mom and her siblings. Ayah aku lah yang tahu bila nak belah lemang tu. Pastu, opah kata kalau api dia slow je, haa tipu ler tu. Dia dah kukus dulu laa namanya. 

Pastu kejadian di pagi raya, betapa sadisnya tak solat hari raya. Ini kalau ayah aku tahu ni komfem kena bebel 'Tulaa pergi lambat lagi, lepas Suboh tidur'. Tettt memey kena tembak habis-habisan. Habis semua masjid kat area klang tu kami pusing, semuanya dah khutbah. Woi, hangpa solat pukul berapa? Bukan 8.30pagi ka? Sampai ke masjid negeri shah alam kami pusing. Makan angin di pagi raya haji namanya. Beriya aku dengan angah pakai telekung sampai ke sudah. Sebab memey tak bawak/pakai tudung, terus sarung telekung je. Ok pengajaran, lain kali keluar rumah awal. Kalau boleh solat Suboh berjemaah terus kat masjid tu.

Balik je dari makan angin di pagi hari, mama suruh tolong masak nasi minyak. Pastu, maksu suruh pi beli ais, sunquick, plastik sampah kat 99Speedmart. Yang lain semua dapat, ais je yang tak dapt. Sampai ke Jalan Kebun aku drive semata-mata nak mencari ais babeh. Takut gila aku nak naik flyover tu, kelemahan aku dekat bukit. Kalau kereta auto takde hal kot, ini manual beb, berdebor je lah jantungku masa tu. Dalam hati dok kata 'Cepatlah hijau, janganlah merah'. Kereta pon tak banyak kan, kira ok lah. Aku langgar gate rumah maksu masa sampai petang semalam. Pergh, alhamdulillah kereta dan kami selamat. Cuma gate tu terkeluar dari landasan and luckily i have Qila, dia repair-ketuk-ketuk dan angkat gate masuk kembali ke landasan. Kalau tak, jenuh nak membayor bulan-bulan kat maksu.

Haa ni nak ceghita pasai ais takdak masa raya. Kenapakah semua kedai tutup. Ok depa pon nak beraya. Ye aku faham tapi yang macam 99 tu pon, stanndby laa stock ice banyak-banyak. Bukan hat kecik-kecik tu, bila raya comfirm ice laku gila. Kalau macam family kitorang ais hat plastik besaq tu dalam sehari paling kurang 2. Tak pon, sebagai alternatif abang lori yang selalunya hantaq ais kat kedai-kedai tu boleh ler jual rumah ke rumah. Ke kome pon nak beraya jugak. Haish tak tau nak kata camne, tapi ni memey benda yang WAJIB dicari ketika hari raya. So, grab the opportunity.

Lepas dah siap masak, kitorang gerak pergi rumah opah kat Kg. Kenangan, Puchong sebab semalam dah call kan. Kalau tak pergi opah terasa pulak nanti. Lagipon kuah kacang opah and le family is da best sebab opah dulu-dulu bisnes sate. Aku jugak yang drive, si Qila buat taik mata je kerojenya. Penuh gila kereta dengan makanan sebab bekal untuk deme dan kitorang lagi. Yelah, memey tak dan nak makan. Siap je masak terus pack. Sebab bas Angah pukul 3pm. 

angah and asyraf. suka lah budak ni, asyik berdukung je kerjanya.
takde budak kecik lain. si kerinting-zahirah pergi jalan dengan family dia. 
Pastu, balik rumah solat Zohor, mandi dan deme pack barang, terus gerak hantar Qila kat Pekeliling. Oh sepanjang hari tu ayah takde bersama kitorang sebab ayah join orang surau sembelih lembu dan kambing. Cuma pagi tu je ayah datang Klang breakfast, solat sunat hari Raya dan hantar adik. Naik je kereta, aku pilih seat belakang sekali sebab nak tidur. Tak cukup tidur kot, dua malam tu bersembang sakan, tidur pukul 3 pagi. Fuhh penat tak terkata. Poyo je.

Ok, itu jelah cerita hari raya haji tahun 2013 ni. Walaupon sekejap masa yang diluangkan bersama family, takpelah. Asalkan dapat gather semua ahli keluarga. Angah nak final, lagi dua minggu balik laa rumah. Adik pulak nak exam SMA bulan November kalau tak silaplah. Along doakan korang berjaya dengan cemerlang. Adik, kalau kau rasa nak jejak Jordan ke mana ke, do the best. 

p/s: Sekarang aku jadi anak tunggal kat rumah ni. Haha. Padahal, sorang lah bosan, bila soranglah semua kerja kena buat sorang, tak boleh nak schedule work. Jumaat malam aku balik Penang demi tanggungjawab sebagai pengira undi. Sekian liputan dari saya. Salah dan silap harap dimaafi. 


nak jugak gambor dalam kereta. abaikan watermark yg terbalik tu.







Tuesday, 15 October 2013

#Throwback: Main Tipu

Assalamualaikum.

Firstly, aku nak gelak jap. Gila lawak seh bila aku tengok video ni kat wall fb kawan aku. Seriously, aku teringat benda ni memey berlaku dalam kalangan adik-beradik. Well, biasalah kalau tak main Jutaria, Sahibba, Saidina, Monopoly, Chess dan dam haji memang tak awesome zaman kanak-kanak kamu. Ok yang main ni budak-budak 90's and below je kot. Budak ler ning main gadget je tahu.

So, kome nengok ler dulu video ni puas-puas ye. Selamat menonton. 


Dah tengok kan? Aku tau video ni dah berkurun, aku je yang looser baru tengok. Tapi gasakkan. So, aku bet most of you pernah kena macam ni. Apa perasaan anda bila one of them main tipu? Rasa bengkek je, tapi sebab dia abang/kakak kita tak boleh nak buat apa laa kan? Jalan penyelesaian paling mudah ialah MENANGIS so that game dihentikan sementara atau mesti jadi 'Ahh, malas lah nak main' sebab dah kalah atau ada yang main tipu. It always happened to me and my siblings. Masalah dengan aku sekali menangis, adik laa yang selalu main tipu. Geram tau. 

Nak-nak kalau main jutaria, dam haji dan chess. Kalau jenis adik-beradik aku pulak, kalau dah tak boleh nak move,  buat-buat tertolak anak-anak catur dan buah dam tu. Mintak penyepak sangat kamu. Pastu, adik aku malas nak kemas tau, so dia akan cakap siapa kalah kena kemas. Pffttt, berlagak kau ye, macam comfirm dia menang tapi memang pon. Dan disebabkan dia juara bertahan, bila dia kalah dia tak puas hati kena lawan lagi sampai dia menang. Pffttt again. Kau dah selalu menang kan, bagilah chance kat along kau ni pulak feeling-feeling 'i'm the winner'. Haha. 

Pastu satu trick kitorang bila ada yang main tipu, jerit atau nangis kuat-kuat bagi mama dan ayah dengar. So that mama and ayah boleh back up. Haha, aku laa yang selalu buat tactic hampeh tu. Mama dan ayah pon akan kata 'Nak main, main elok-elok, jangan gaduh-gaduh. Kalau tak, kemas tak payah main dah'. Waaa, kenapa tak tempeleng je si Faris yang suka main tipu tu. Haha. 

Lagi satu trick main tipu masa tengah game, buat-buat suruh dia amek air ke tutup tv ke dan sebagainya yang mana fokus dia pada game tu lari laa. Then, masa tu kau tukar dia punya king so that u senang nak checkmate dia. Motiff sangat, kan? Ini adik aku punya kerja. Aku main tipu kalau kat game duit tu je, kalau kena kat tempat dia, nak-nak yang ada hotel tu kan, apalagi sembang-sembanglah sama dia sampai ralit. hahaha. Then, my money will save. 

Ok tu je nak share. Langsung takde update bulan oktober. Konon sibuk benor ler tu kan. Aku ni jenis taip panjang berjela, so i need time to write. Coming soon update Kem Semut 2, PDP at Yan, Pemilihan UMNO 2013 dan Hari Raya Aidiladha. Motif sangat coming soon jadah dia, draft pon tak lagi. Itu semua plan dalam kepala je. 

Selamat Hari Raya Aidiladha. Berkorban kerana Allah dan agama, jangan berkorban untuk balak lu je. Peace yau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...