Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 17 October 2013

Isteri dera suami?

Assalamualaikum.

Haa amacam terkejut tak dengan tajuk kat atas tu? Ke kena setepek kat batang hidung mu sebab memey mu belasoh laki mu hari-hari. Berat nanang terr. Ok to be honest aku sangat terkejut ok bila pagi tadi aku dengar motivasi pagi by Dr. H.M Tuah kat radio Best104. 

Mengikut data pada tahun 2011, kes penderaan isteri terhadap suami lebih banyak dari kes suami dera isteri. Oh my! Like seriously, apo kono ekau ganaih bonar sis? Yang kau pon, lelaki kan, pertahankan diri or maybe u takut dicop dayus, huh? Beb, orang bodoh je yang tak protect diri dia, yang kau tadah je badan kau bagi bini/laki kau belasah, dah kenapa? Aku tak fahamlah. 

Ok back to basic, isteri wajib patuh pada suami sebab syurga bawah tapak kaki beliau, kan? It same goes to kita wajib patuh pada parents especially our mom, rite? Jadi, adakah mereka layak menerima sepak terajang kau? Gila doe. Aku tak boleh terima, kalau marah tu cam aku boleh hadam lagi. Ini sampai membelasah/mendera tu yang aku tak boleh digest. Ada yang baling suami dengan mangga rumah, woi kalau kena boleh benjol kepala. Ini paling cikai laa. Kang tak memasal ada pendarahan ke kat kepala beliau, acano? Haish mintak simpang lah semua ni. 

Kalau lelaki yang dera isteri tu aku dah biasa dengar, ni yang suami kena dera ni, apakah? Makin lama makin pelik laa perangai. Kot ye pon marah, istighfar, amek wudhu', amalkan cara kawal stress-dari berdiri kepada duduk, pergi minum air. Ye, aku tau cakap memey senang, nak buatnya haram. Ok ok, kalau tak tahan sangat kau marah/maki habis kuat kau tumbuk/lempang suami kau tu dahlah. Erk apakah? Beb seriously aku tak faham sejak bila wanita mengganas, kot ye pon kita ada black belt dalam karate ke taekwondo ke silat cekak ke, kita guna benda ni kalau kita dalam bahaya je macam nak kena rogol ke ragut ke bukan dengan suami awak ye. 

Akhir kata, ini semua pandangan aku je. Korang yang dah kahwin tu tahulah camne ke gayanya kan. Mana tau kot muka laki kau memey minta penyepak ke laki kau yang mintak didera ke, manalah tau walaupon agak pelik. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...