Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 15 October 2013

#Throwback: Main Tipu

Assalamualaikum.

Firstly, aku nak gelak jap. Gila lawak seh bila aku tengok video ni kat wall fb kawan aku. Seriously, aku teringat benda ni memey berlaku dalam kalangan adik-beradik. Well, biasalah kalau tak main Jutaria, Sahibba, Saidina, Monopoly, Chess dan dam haji memang tak awesome zaman kanak-kanak kamu. Ok yang main ni budak-budak 90's and below je kot. Budak ler ning main gadget je tahu.

So, kome nengok ler dulu video ni puas-puas ye. Selamat menonton. 


Dah tengok kan? Aku tau video ni dah berkurun, aku je yang looser baru tengok. Tapi gasakkan. So, aku bet most of you pernah kena macam ni. Apa perasaan anda bila one of them main tipu? Rasa bengkek je, tapi sebab dia abang/kakak kita tak boleh nak buat apa laa kan? Jalan penyelesaian paling mudah ialah MENANGIS so that game dihentikan sementara atau mesti jadi 'Ahh, malas lah nak main' sebab dah kalah atau ada yang main tipu. It always happened to me and my siblings. Masalah dengan aku sekali menangis, adik laa yang selalu main tipu. Geram tau. 

Nak-nak kalau main jutaria, dam haji dan chess. Kalau jenis adik-beradik aku pulak, kalau dah tak boleh nak move,  buat-buat tertolak anak-anak catur dan buah dam tu. Mintak penyepak sangat kamu. Pastu, adik aku malas nak kemas tau, so dia akan cakap siapa kalah kena kemas. Pffttt, berlagak kau ye, macam comfirm dia menang tapi memang pon. Dan disebabkan dia juara bertahan, bila dia kalah dia tak puas hati kena lawan lagi sampai dia menang. Pffttt again. Kau dah selalu menang kan, bagilah chance kat along kau ni pulak feeling-feeling 'i'm the winner'. Haha. 

Pastu satu trick kitorang bila ada yang main tipu, jerit atau nangis kuat-kuat bagi mama dan ayah dengar. So that mama and ayah boleh back up. Haha, aku laa yang selalu buat tactic hampeh tu. Mama dan ayah pon akan kata 'Nak main, main elok-elok, jangan gaduh-gaduh. Kalau tak, kemas tak payah main dah'. Waaa, kenapa tak tempeleng je si Faris yang suka main tipu tu. Haha. 

Lagi satu trick main tipu masa tengah game, buat-buat suruh dia amek air ke tutup tv ke dan sebagainya yang mana fokus dia pada game tu lari laa. Then, masa tu kau tukar dia punya king so that u senang nak checkmate dia. Motiff sangat, kan? Ini adik aku punya kerja. Aku main tipu kalau kat game duit tu je, kalau kena kat tempat dia, nak-nak yang ada hotel tu kan, apalagi sembang-sembanglah sama dia sampai ralit. hahaha. Then, my money will save. 

Ok tu je nak share. Langsung takde update bulan oktober. Konon sibuk benor ler tu kan. Aku ni jenis taip panjang berjela, so i need time to write. Coming soon update Kem Semut 2, PDP at Yan, Pemilihan UMNO 2013 dan Hari Raya Aidiladha. Motif sangat coming soon jadah dia, draft pon tak lagi. Itu semua plan dalam kepala je. 

Selamat Hari Raya Aidiladha. Berkorban kerana Allah dan agama, jangan berkorban untuk balak lu je. Peace yau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...