Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 26 November 2013

Review Novel: Jaja dan Din

Assalamualaikum.

Hai, mesti macam pelik kan, tetiba aku nak review pasal novel. Memanglah aku pembaca tegar novel tapi tak pernah pulak selama ni aku nak review pasal novel. Sebenarnya pernah terlintas idea untuk buat review pasal novel yang berlambak aku dah baca, Tapi,.... aku malas dan entah macam mana aku macam terpanggil untuk review pasal novel karya Noor Suraya ni dan terbitan Jemari Seni. Sebenarnya, aku rasa aku ni ketinggalan keretaapi kot sebab novel ni telah berada di pasaran sejak tahun 2009 lagi kot. <Eh kejap tetiba aku rasa macam dejavu, aku dah pernah buat review novel ke ek? Ke dalam mimpi. Hehe>




Pastu kan, aku ni sebenarnya kind of person who judge a book by its cover, sinopsis, penulis dan nama hero+heroin. Wah, memilih sangat kau kan syira. Em em i dont know what to say. It just me babeh. Novel ni kawan aku yang cadangkan suruh beli sebab dia kata best gila, memang lain dari novel yang aku baca sampai muntah sebab cliche tapi aku tetap nak baca sebab entah. Dah nama kaki novel, kalau boleh tetiap bulan WAJIB ada stok baru. Ngehngehngeh. Aku memey nak beli tapi tunggu sem depan, tapi alhamdulillah kawan aku jumpa novel ni kat library/tushuguan UiTMPP.



Ok, novel ni memey lain dari yang sebab for the first time ever aku jumpa novel yang langsung tiada adegan sweet-mweet ala-ala minta kaki. Erk, bukan itu ke yang pembaca nak sangat pada setiap novel. Ye, dulu aku suka gila babeng but lately i found out that in reality it's very hard to find that kind of person who are sweet and kind. Kalau ada pon, mungkin satu dalam sejuta. 

Secondly, only on this novel it was not arranged correctly. Bukan salah pencetak novel ok. Tapi, penulis yang buat begitu sebab dia tahu perangai pembaca yang suka skip terus pergi belakang which is part last happy-ever-after bila dah bosan/malas nak baca, ataupon jenis lagi satu dapat je novel terus baca part last baru ada enthusiasm untuk baca. Hehehe. So, by hook or by crook, you have to read the whole chapter in this novel. Skipped was not allowed. Ini aku puji penulis dia Noor Suraya.

Next, in this novel you may learnt lots of thing about Islam as the way of life as the hero, Din mengamalkan kehidupan secara zuhud. Masya Allah. Pastu kan, before they sleep, Din ceritakan kisah para anbiya', sahabat-sahabat Nabi S.A.W dan juga para pejuang-pejuang Islam kat isteri dia. Aku rasa ni sweet moments jugak, lepas baca novel ni boleh laa berangan nak ada suami macam Din yang boleh jadi kita punya bed-time story teller. Bukan cerita merepek tau, ada isi orang kata cerita Din tu. Dalam ni jugak banyak hadis/ayat yang dipetik dari alQuran. 

Then, dalam novel ni juga memupuk semangat jihad fisabil lillah, Din tu lulusan dari al-Azhar. So, dia memey dah bercita-cita nak pergi jihad. Pastu, dia sempat pergi setahun je dan pulang ke tanah air sebab parents dia tak sihat kot tak berapa ingat sebabnya, then dia kahwin dengan Jaja. Lepas dia train Jaja kaw-kaw pasal Islam, Jaja tu jenis yang tak berapa nak alim sangat. Oh pastu kan, si Jaja tu qadha solat dia selama 3 tahun yang dia telah tinggalkan, nampak tak pengaruh/perubahan yang dibawa oleh Din. Lepas Jaja dah complete her course dengan berguru dengan suaminya, Din pon pergi berjihad di mana entah negaranya tak ingat. Maaf. 

Lastly, aku suka gila novel ni sebab perempuan tu yang pinang Din melalui parents Jaja dan uncle Aqmar Aziz. Ia bukan perigi cari timba sebab Siti Khadijah binti Khuwailid R.A. pon dulu meminang Nabi S.A.W. Kalau dah memey dia tu cukup segala sifat untuk menjadi seorang suami yang baik dan mampu membimbing kita, why not girl make a move. Tak salah, tak berdosa pon cuma adat dan budaya kita je yang menganggapnya sebagai pelik or whatsoever.  Tapi, buatlaa istikharah dulu, jangan asal kau tengok stok alim-alim, terus hang suruh mak pak hang pi pinang dia. 

Eh, lupa nak kabor, dalam novel ni jugak masya Allah nama dia sedap gila babas. Oh nama tu juga merupakan pelopor-pelopor Islam seperti Burhanuddin al-Helmy, Usamah Zaid, Zaid Haritsah, Yusuf Qardhawi, Khalid al-Walid dan Abdullah Zubair. Haa sah-sah bila baca novel ni kalau kita tak tau siapakah mereka ini, automatik jadi rajin pi google sapa depa ni untuk kepuasan diri, ye dak? Nanti boleh laa letak nama anak korang Ruqaiyah, Qaulah dan nama-nama lelaki seperti yang disebut tadi. 

Jadinya aku memang recommend uollss untuk baca dan beli novel ni sebab kita boleh gain new and more knowledge kalau kita ni bukan taraf ustaz/ustazah laa. Memang tak menyesal kalau beli mahupon baca. Mohon maaf andai apa yang aku review ni ada terpesong siket dari cerita asal. Aku review selepas beberapa hari khatam baca novel Jaja dan Din ni. So, memori agak lost siket. Nak tahu cerita penuh, poie lah baca sendiri mahupon beli laa sendiri. Hehe.

25 Nov 2013 4:12am

Tuesday, 19 November 2013

Syukur aku masih ada mereka

Assalamualaikum.

Hai hello hello hai. Motif sangat, kau fikir tengah jadi kakak PM untuk MDS ke hape? 

Ok tajuk tu nampak tak? Kome faham ke idak? Tak faham? Mereka tu orang yang kita sayang laa especially parents bukannya boyfie ataupon girl you tu ok.

Lately, ramai kawan-kawan aku yang mengalami kehilangan ahli keluarga terutamanya depa punya mak atau ayah. Alfatihah untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita semua. Beb, aku terkesan sebab yelah dah dia tu kawan yang sebaya dengan kita mungkin, dah mengalami kehilangan. Secara automatik, otak aku mula laa terfikir what if Allah tarik nyawa mama atau ayah di kala ini. Ya Allah aku tak kuat lagi nak hadapi saat itu. Ye aku tahu ajal maut di tangan Allah dan kita kena redha but you know it's hard ok. 

Cakap memang senang, nak buat tu kita. Kita yang kena kuat. Orang lain memanglah boleh bagi nasihat kononnya. But you are not in that person shoes. Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini dah macam #Bersamamu TV3 dah haa. 

Oh one more thing, i noticed that most of my friends around me who had lost their parents at early age. Ahh, i'm so touched. Gua respect sama lu sebab lu cekal walaupon sekali-sekala pasti rasa rindu itu hadir menyelinap di sanubari. Nak-nak kalau macam sekarang tengok mak bapak datang masa konvokesyen ataupon parents hantar masuk universiti. Mesti korang sedih kan, aku pon tumpang sedih. Aku ni berhati kapas, asal siket nak sedih. Asal terasa nak menangis. Apakah? 

Yeah, i know that i should MUST appreciate their present and to be exact i must thanks Allah for lending my siblings and I to have our parents until nowadays. Ya Allah, panjangkanlah usia mama dan ayah dan kurniakan mereka kesihatan yang baik agar aku dan adik-adik sempat membalas jasa mereka yang tak terbalas itu, serta kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan dalam keluara kami. Amiin. 

Lastly, along sayang mama dan ayah till Jannah. Oh angah dan adik pon along sayang ketat-ketat. No one can replace uolls in my life. 

p/s: malam ni mood sedih. layan lagu nasyid. nak-nak yang di pondok kecil tu haa. Ahhh.

Saturday, 16 November 2013

Tolong Ingat 3 ni sebelum berZINA

Assalamualaikum.

Ok hari ni aku nak bagi nasihat ala-ala macam pesanan penaja kepada adik-adik yang baru nak up gitu. Lately, aku tengok acap kali tersebar di media elektronik seperti facebook dan youtube tentang cinta-till-die-kekal-abadi-bangang adik-adik tu. Akak ucapkan tahniah kerana kamu dah Berjaya menjadi tarikan utama masyarakat di Malaysia ini. GOOD JOB!

Ok akak faham kamu ni REMAJA yang baru nak kenal dunia, masa ni lah jiwa muda bergelojak kononnya nak cuba semua benda baru seperti merokok, couple dan yang lebih berani sahut cabaran kawan-kawan mahupon nak cabar kemampuan diri sendiri ialah dengan melakukan hubungan seks dan terlibat dengan pengambilan dadah dan alcohol. Bagus dik bagus. Lagi tinggi darjah kesan dia pada diri kita, lagi hebatlah kita di mata kawan-kawan. Betul kamu rasa kamu dah cukup hebat? Dah puas hati lah kiranya lepas dah langgar undang-undang dan batasan Agama.

Apa yang akak nak cakap ialah dalam apa-apa pon yang kamu buat TOLONG INGAT :-

1)      Agama

Mana-mana agama pon melarang keras perbuatan yang menzalimi diri sendiri seperti pengambilan dadah dan alcohol serta perkara terkutuk seperti zina. Kita ni beragama Islam, kalau dalam diri kita memey dah ada basic agama yang kukuh, Insha Allah kalau kita kena campak mana pon, kita masih tahu halal haram, buruk baik sesuatu perkara. So, basic tu kena kukuh untuk kita tepis godaan yang bakal melemahkan jiwa ni. Solat tu basic yang paling kena jaga dan solat itu adalah tiang agama. Kalau tak solat apa gunanya. Dan dari apa yang aku perhatikan, kebiasaannya golongan yang bermasaalah ni yang base dia tak kukuh. Seboleh-bolehnya jagalah solat kita, Insha Allah kita akan terpelihara. Oh pastu lagi satu isu pasal pakai-tudung-tapi-melakukan-maksiat. Ok benda ni dulu aku pon argue. But, when I think back, cuba perhatikan yang bermasalah ni hat yang jenis pakai tudung on-off, tudung chikaro-singkat, pakai tudung-tshirt lengan pendek- seluar ketat nak mampus. Ok ini bukan kategori yang menutup aurat ok, kalau betul dia fully covered dia takkan (99%) terlibat dengan gejala social ni. So, please don’t blame ‘nama je pakai tudung, tapi kiss in public’.

2)   Ibu bapa

Dalam apa jua yang kamu nak lakukan, tolonglah panjang siket akal tu. Cuba fikir kalau aku buat video yang kononnya sweet tahap max tu kan, what if someone show it to your parents. Tak ke pengsan/heart attack/mati terkejut tengok anak yang ditatang dengan kasih sayang dan didikan agama yang cukup jadi cenggitu? Sedih dik. Lainlah kalau jenis parents yang memey suka anak dia berpacaran dengan cara gitu. Ini memey reality ok.

Ada parents yang give full support to their children siap ajak tidur kat rumah lagi kau. Hmm zaman dah berubah. Konon pemikiran mak bapak pon dah moden. Kau tahu tak betapa punya malunya mak pak kau kena hina/caci/maki orang kampong/sedara-mara/komuniti di kawasan perumahan kau tu? Padahal bukan salah mak bapak pon (selalunya), korang yang buat aib, depa dapat malu. Tak kesian ka kat depa? Lagi satu, bila dah masuk alam remaja (konon kau rasa dah cukup besar laa kan), kita lebih banyak dengar cakap kawan-kawan dari parents, betul tak? Beb aku pon pernah remaja, tak payah nak kelentong lebat sangat lah. So, please to people out there, stop blame their parents if something bad happen to or made by their children. Blame their children only ok.

3)  Diri sendiri

Haa ini lagilah factor penting. Apapon kita kena sayang diri kita. Contoh yang perempuan tu PLEASE jangan sesuka hati kau biar lelaki tu touch your body not even an inch ok. Kau nak geli-geli ke ringan-ringan ke. NO means NO sayang. Kamu kena ingat satu benda ni DIA tu BELUM TENTU jadi LAKI kamu in future pon. Kita tak tahu what will happen in future. Dan ini apa yang aku dapat masa pergi TOT weekend lepas yang dianjurkan oleh LPPKN,


Lelaki beri CINTA untuk SEKS,
Perempuan beri SEKS untuk CINTA.

Please remind yourself about this my dear sisters. Mungkin kamu akan kata sekarang ni ada dara ke takde dara ke, lelaki tak kisah. Hmm maybe it’s true and maybe not. Berapa kerat yang nak perempuan yang dah ditebuk tupai ni, cer kabo? Kalau Tanya budak-budak lelaki ni, depa bercinta untuk suka-suka je, kita je yang fikir panjang benor. Baru kapel seminggu dah fikir nak kahwin dengan dia, ada anak, siap fikir nama lagi tu. Pfffttt. Tapi, bila time nak kahwin, pandai pulak lelaki ni nak cari stok yang baik-baik dan alim-alim. Puih sama depa. 

Oh pasal ada dara ke takde dara ni, gua nak cakap siket. Walau moden macam mana pon kita ni, maruah tetap kena jaga ok. It comes once in our life. Kau pernah jumpa tak ayat ni kalau kat kedai jam ke barangan kaca ke, aku suka gila ayat ni sebab it reflects our dignity.

Nice to see, Nice to hold,
Once broken consider sold.

Dia macam sekali kau dah ‘buat’ kira macam you are useless. Ok aku bercakap atas dasar kau ‘buat’ suka-sama-suka ok. Kalau yang kena rogol tu kes lain, faham? Hina di mata masyarakat ok lagi, ini dengan Allah camne? Bila kamu dah pregnant, and your boyfie tak mao bertanggungjawab, kamu pi gugurkan kandungan. Tak rasa berdosa ka adik-adik, sahabat-sahabat ku sekalian? Aku yang tengok janin tu kena gunting pon sedih, kesian kat depa, depa tak salah pon. Yang salahnya kamu dan pasangan. Pastu kalau yang carry on with their pregnancy, lepas bersalin pi campak anak kat tong sampah dan merata tempat laa. Buat anak pandai, jaga tak mao. Apa pon tak boleh. Orang lain kahwin sampai 10 tahun, pon takdak anak lagi. Hang ni, senang-senang buang anak. Mintak kaki namanya. Mungkin dalam diri kamu tu dah takde erti peri kemanusiaan. Tak belajaq ka kat sekolah dulu nila-nilai murni. Oh maaf bukan salah cikgu mengajar, bukan salah ibu yang mengandung tapi ini semua salah KAMU dan PASANGAN. Faham?

Akhir kata, sebelum kamu nak buat apa-apa fikir kesan positif dan negatifnya kepada kamu, keluarga, agama, bangsa dan negara. Apa yang penting diri sendiri tu laa. Kalau kamu rasa kamu sanggup nak pregnant at early age, then you may proceed. Jangan ingat nak sedap masa tu jaa, masa depan merana weh. Peace yau.

-cuma teguran biasa dari seorang manusi biasa. Sama-samalah kita renung dan ubah from bad to good, from good to a better Muslim/Muslimah. 



Thursday, 14 November 2013

Konvokesyen kali ke 79 UiTM

Assalamualaikum.


Haa mesti ingat aku yang konvo kan? Idok ler, teman tak merasa lagi nak konvo masa zaman unibersiti ni. Insha Allah lagi 2 tahun. Amiin. Asasi mana ada konvo. Masa lepas SPM ada laa buat Majlis ala-ala dah grade gitu kan. Ok, ini kali gua mao up entry pasal deme yang dah mahupon sedang berkonvo bagi sidang kali ini. Gua cerita pasal UiTM je laa kan. 

Aku nak ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua kawan-kawan mahupon senior-seniorku yang dah grad either diploma mahupon degree ini merangkumi semua universiti mahupon kolej ok. Kang ada yang tersentap aku tak wish congratz ke apa. Seriously, i'm inspired after saw your picture on your convocation and great day with that 'jubah'. Oh my, if I could be there with uolss and took pictures together. Ahh sweet moments in life babeh. 

Oh yaa, for the first time ever, UiTM Pulau Pinang bakal mengadakan Majlis Konvokesyen yang mana sebelum ni semua pelajar di cawangan akan berkonvo di Dewan AgUng Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Ok sebenarnya aku sedih, sebab baru nak feeling-feeling berkonvo di sana. Emm ok just forget about it. Sekarang gua nak bagi tau sama lu, UiTM Pulau Pinang dah dapat kuasa autonomi yang mana kami boleh membuat keputusan SDN BHD, kami berdiri di atas kaki sendiri ok. Hahaha, cerita nak bongkak. Err, tidak, i just want to inform uolls if you did ask how come my campus can do their own convo? 

Last but not least, aku nak promote photography session exclusively conduct by Institut Pemikir Mahasiswa UiTM Pulau Pinang. Bukan aku yang jadi photographernya, i'm just arrange the schedule. Huwaa apakah? Aku serius ni, kalau kome ada abang/kakak/adik/saudara-mara yang berkonvo di UiTMPP this weekend, jangan malu jangan segan contact nombor yang tertera. Sape tepon 2-3 pagi ke atas, lu memey mintak kaki. Itu panggilan kecemasan kalau ada orang mati ke boleh terima lagi. 

HARGA MURAH-MURAH PUNYERR. 



Sunday, 10 November 2013

Perlukah iklan di group FB?

Assalamualaikum.

Hallooo, long time no see maa. Aku rasa ini tempoh paling lama aku tak update. Perasaan yang membuak-buak untuk berblogging dan online tu aku terpaksa campak tepi sebab tanggungjawab hakiki lebih memerlukan kidmatku. Wahh, cenggitu ayatku. Kau mampu? Tapi betullah lately my life was very hectic, biasalah dah dekat hujung-hujung sem. Rasa baru semalam daftar masuk second sem. Tup-tup hujung bulan depan dah nak final. 

Ok, back to our topic. Korang mesti ada join mana-mana group kat Facebook kan? Kalau korang takde join mana-mana group nampak benor kome ni tak aktif. Haha. Ok, apa yang aku perasan ialah lately bila bukak je group page penuh dengan iklan. Tahukah anda, bila ada nottificationssss, orang buka lelaju sebab orang akan fikir:- 

1. Ada maklumat baru dari fakulti/admin
2. Class Representative (CR) nak cakap kelas cancel
3. and etcetera 

Tapi, bila bukak ghopenya ada orang upload pasal produk dia. Pfftttt. Bengkek hati itteww tau. Ok, pastu gua nak cakap sama lu, gua bukan dengki dengan lu punya bisnes maa. Ini namanya tindakan lu tu tersangat-sangatlah menjengkelkan (annoying). 

Ok aku boleh terima kalau kata kau nak bisnes online ni semua, ok masa ni lah kita nak menceburkan diri atau melatih diri menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dan, facebook ialah medium terbaik untuk mempromosikan produk hangpa. Tapi, tak perlulah setiap hari/minggu kau update produk kau. Lainlah kalau kau ada buat promotion sempena Raya ke Konvokesyen ke pesta buah mahupon PC Fair. Kadang-kadang iklan ni bertindan tau, penat je orang scroll dari atas sampai ke bawah sebab tak mao miss important things, tapi asyik-asyik keluar iklan kau je. 

Ini style aku dan aku rasa orang lain pon sama kot. Bila aku dah baca pasal produk kau, aku akan save nombor ataupon segala detail pasal bisnes hang, takpon aku like page kau atau follow blog hang, so that IF one day i want to buy your product, i can order it with you. As aku punya prinsip sekarang ni, support kawan-kawan di alam realiti dan alam maya yang buat bisnes. Yang 2 alam aku tak layan. Ok tak lawak syira. So that, IF one day i make up a business, all of my friends will support me. Boleh gitu? Aku tak kisah pon, kalau aku rasa benda tu give benefits to me, aku tak teragak-agak untuk membelinya. Dah laa syira, cakap je laa kau tu pemboros ya amat. Pfffttt. 

Macam sekarang ni aku nak beli bagpack, so aku tengah ushar-ushar kat FB. Harga ok, cuma tunggulah duit pt sem depan pulak ke camne? Kalau rasa nak guna bawak balik rumah, hujung sem baru beli. Sebab kawan aku dah beli, masuk duit semalam hari ni dah sampai. Oh pastu, yang ni aku qoute ayat kak Sepet, kita sebagai penjual ni jangan push customer, kadang-kadang customer tu memey minat nak beli, tapi wangnya enggak ada sik. Hmm like seriously it's true beb. Blog kak Sepet tu aku follow sebab aku tertarik dengan produk dia. Setelah berbulan-bulan baru aku beli. Nampak tak tipsnya di sini anak-anak? Kau ingat customer tu kerjanya COP DUIT ke? Kau offer terus depa beli? Untunglah kalau aku kaya, hahaha. 

Secara tuntasnya, aku sokong cara korang nak mempromosikan barang dagangan/produk yang korang jual cuma kau kena tahu batasnya laa beb. Post jarang-jarang, jangan kerap sangat unless u post in your own wall/group page bukannya menempek di group orang, ok? Kau sentap ke? Maaf, aku cakap benda yang betul. Pastu, like seriously beb aku tak dengki dengan lu punya bisnes tapi it's really really annoying. Bukan aku je tapi orang sekeliling aku. Mohon anda yang bergelar businessman/woman faham situasi kami ini. Semoga bisnes kalian maju dan terus maju. Amiin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...