Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 10 November 2013

Perlukah iklan di group FB?

Assalamualaikum.

Hallooo, long time no see maa. Aku rasa ini tempoh paling lama aku tak update. Perasaan yang membuak-buak untuk berblogging dan online tu aku terpaksa campak tepi sebab tanggungjawab hakiki lebih memerlukan kidmatku. Wahh, cenggitu ayatku. Kau mampu? Tapi betullah lately my life was very hectic, biasalah dah dekat hujung-hujung sem. Rasa baru semalam daftar masuk second sem. Tup-tup hujung bulan depan dah nak final. 

Ok, back to our topic. Korang mesti ada join mana-mana group kat Facebook kan? Kalau korang takde join mana-mana group nampak benor kome ni tak aktif. Haha. Ok, apa yang aku perasan ialah lately bila bukak je group page penuh dengan iklan. Tahukah anda, bila ada nottificationssss, orang buka lelaju sebab orang akan fikir:- 

1. Ada maklumat baru dari fakulti/admin
2. Class Representative (CR) nak cakap kelas cancel
3. and etcetera 

Tapi, bila bukak ghopenya ada orang upload pasal produk dia. Pfftttt. Bengkek hati itteww tau. Ok, pastu gua nak cakap sama lu, gua bukan dengki dengan lu punya bisnes maa. Ini namanya tindakan lu tu tersangat-sangatlah menjengkelkan (annoying). 

Ok aku boleh terima kalau kata kau nak bisnes online ni semua, ok masa ni lah kita nak menceburkan diri atau melatih diri menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dan, facebook ialah medium terbaik untuk mempromosikan produk hangpa. Tapi, tak perlulah setiap hari/minggu kau update produk kau. Lainlah kalau kau ada buat promotion sempena Raya ke Konvokesyen ke pesta buah mahupon PC Fair. Kadang-kadang iklan ni bertindan tau, penat je orang scroll dari atas sampai ke bawah sebab tak mao miss important things, tapi asyik-asyik keluar iklan kau je. 

Ini style aku dan aku rasa orang lain pon sama kot. Bila aku dah baca pasal produk kau, aku akan save nombor ataupon segala detail pasal bisnes hang, takpon aku like page kau atau follow blog hang, so that IF one day i want to buy your product, i can order it with you. As aku punya prinsip sekarang ni, support kawan-kawan di alam realiti dan alam maya yang buat bisnes. Yang 2 alam aku tak layan. Ok tak lawak syira. So that, IF one day i make up a business, all of my friends will support me. Boleh gitu? Aku tak kisah pon, kalau aku rasa benda tu give benefits to me, aku tak teragak-agak untuk membelinya. Dah laa syira, cakap je laa kau tu pemboros ya amat. Pfffttt. 

Macam sekarang ni aku nak beli bagpack, so aku tengah ushar-ushar kat FB. Harga ok, cuma tunggulah duit pt sem depan pulak ke camne? Kalau rasa nak guna bawak balik rumah, hujung sem baru beli. Sebab kawan aku dah beli, masuk duit semalam hari ni dah sampai. Oh pastu, yang ni aku qoute ayat kak Sepet, kita sebagai penjual ni jangan push customer, kadang-kadang customer tu memey minat nak beli, tapi wangnya enggak ada sik. Hmm like seriously it's true beb. Blog kak Sepet tu aku follow sebab aku tertarik dengan produk dia. Setelah berbulan-bulan baru aku beli. Nampak tak tipsnya di sini anak-anak? Kau ingat customer tu kerjanya COP DUIT ke? Kau offer terus depa beli? Untunglah kalau aku kaya, hahaha. 

Secara tuntasnya, aku sokong cara korang nak mempromosikan barang dagangan/produk yang korang jual cuma kau kena tahu batasnya laa beb. Post jarang-jarang, jangan kerap sangat unless u post in your own wall/group page bukannya menempek di group orang, ok? Kau sentap ke? Maaf, aku cakap benda yang betul. Pastu, like seriously beb aku tak dengki dengan lu punya bisnes tapi it's really really annoying. Bukan aku je tapi orang sekeliling aku. Mohon anda yang bergelar businessman/woman faham situasi kami ini. Semoga bisnes kalian maju dan terus maju. Amiin. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...