Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 26 November 2013

Review Novel: Jaja dan Din

Assalamualaikum.

Hai, mesti macam pelik kan, tetiba aku nak review pasal novel. Memanglah aku pembaca tegar novel tapi tak pernah pulak selama ni aku nak review pasal novel. Sebenarnya pernah terlintas idea untuk buat review pasal novel yang berlambak aku dah baca, Tapi,.... aku malas dan entah macam mana aku macam terpanggil untuk review pasal novel karya Noor Suraya ni dan terbitan Jemari Seni. Sebenarnya, aku rasa aku ni ketinggalan keretaapi kot sebab novel ni telah berada di pasaran sejak tahun 2009 lagi kot. <Eh kejap tetiba aku rasa macam dejavu, aku dah pernah buat review novel ke ek? Ke dalam mimpi. Hehe>




Pastu kan, aku ni sebenarnya kind of person who judge a book by its cover, sinopsis, penulis dan nama hero+heroin. Wah, memilih sangat kau kan syira. Em em i dont know what to say. It just me babeh. Novel ni kawan aku yang cadangkan suruh beli sebab dia kata best gila, memang lain dari novel yang aku baca sampai muntah sebab cliche tapi aku tetap nak baca sebab entah. Dah nama kaki novel, kalau boleh tetiap bulan WAJIB ada stok baru. Ngehngehngeh. Aku memey nak beli tapi tunggu sem depan, tapi alhamdulillah kawan aku jumpa novel ni kat library/tushuguan UiTMPP.



Ok, novel ni memey lain dari yang sebab for the first time ever aku jumpa novel yang langsung tiada adegan sweet-mweet ala-ala minta kaki. Erk, bukan itu ke yang pembaca nak sangat pada setiap novel. Ye, dulu aku suka gila babeng but lately i found out that in reality it's very hard to find that kind of person who are sweet and kind. Kalau ada pon, mungkin satu dalam sejuta. 

Secondly, only on this novel it was not arranged correctly. Bukan salah pencetak novel ok. Tapi, penulis yang buat begitu sebab dia tahu perangai pembaca yang suka skip terus pergi belakang which is part last happy-ever-after bila dah bosan/malas nak baca, ataupon jenis lagi satu dapat je novel terus baca part last baru ada enthusiasm untuk baca. Hehehe. So, by hook or by crook, you have to read the whole chapter in this novel. Skipped was not allowed. Ini aku puji penulis dia Noor Suraya.

Next, in this novel you may learnt lots of thing about Islam as the way of life as the hero, Din mengamalkan kehidupan secara zuhud. Masya Allah. Pastu kan, before they sleep, Din ceritakan kisah para anbiya', sahabat-sahabat Nabi S.A.W dan juga para pejuang-pejuang Islam kat isteri dia. Aku rasa ni sweet moments jugak, lepas baca novel ni boleh laa berangan nak ada suami macam Din yang boleh jadi kita punya bed-time story teller. Bukan cerita merepek tau, ada isi orang kata cerita Din tu. Dalam ni jugak banyak hadis/ayat yang dipetik dari alQuran. 

Then, dalam novel ni juga memupuk semangat jihad fisabil lillah, Din tu lulusan dari al-Azhar. So, dia memey dah bercita-cita nak pergi jihad. Pastu, dia sempat pergi setahun je dan pulang ke tanah air sebab parents dia tak sihat kot tak berapa ingat sebabnya, then dia kahwin dengan Jaja. Lepas dia train Jaja kaw-kaw pasal Islam, Jaja tu jenis yang tak berapa nak alim sangat. Oh pastu kan, si Jaja tu qadha solat dia selama 3 tahun yang dia telah tinggalkan, nampak tak pengaruh/perubahan yang dibawa oleh Din. Lepas Jaja dah complete her course dengan berguru dengan suaminya, Din pon pergi berjihad di mana entah negaranya tak ingat. Maaf. 

Lastly, aku suka gila novel ni sebab perempuan tu yang pinang Din melalui parents Jaja dan uncle Aqmar Aziz. Ia bukan perigi cari timba sebab Siti Khadijah binti Khuwailid R.A. pon dulu meminang Nabi S.A.W. Kalau dah memey dia tu cukup segala sifat untuk menjadi seorang suami yang baik dan mampu membimbing kita, why not girl make a move. Tak salah, tak berdosa pon cuma adat dan budaya kita je yang menganggapnya sebagai pelik or whatsoever.  Tapi, buatlaa istikharah dulu, jangan asal kau tengok stok alim-alim, terus hang suruh mak pak hang pi pinang dia. 

Eh, lupa nak kabor, dalam novel ni jugak masya Allah nama dia sedap gila babas. Oh nama tu juga merupakan pelopor-pelopor Islam seperti Burhanuddin al-Helmy, Usamah Zaid, Zaid Haritsah, Yusuf Qardhawi, Khalid al-Walid dan Abdullah Zubair. Haa sah-sah bila baca novel ni kalau kita tak tau siapakah mereka ini, automatik jadi rajin pi google sapa depa ni untuk kepuasan diri, ye dak? Nanti boleh laa letak nama anak korang Ruqaiyah, Qaulah dan nama-nama lelaki seperti yang disebut tadi. 

Jadinya aku memang recommend uollss untuk baca dan beli novel ni sebab kita boleh gain new and more knowledge kalau kita ni bukan taraf ustaz/ustazah laa. Memang tak menyesal kalau beli mahupon baca. Mohon maaf andai apa yang aku review ni ada terpesong siket dari cerita asal. Aku review selepas beberapa hari khatam baca novel Jaja dan Din ni. So, memori agak lost siket. Nak tahu cerita penuh, poie lah baca sendiri mahupon beli laa sendiri. Hehe.

25 Nov 2013 4:12am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...