Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 16 November 2013

Tolong Ingat 3 ni sebelum berZINA

Assalamualaikum.

Ok hari ni aku nak bagi nasihat ala-ala macam pesanan penaja kepada adik-adik yang baru nak up gitu. Lately, aku tengok acap kali tersebar di media elektronik seperti facebook dan youtube tentang cinta-till-die-kekal-abadi-bangang adik-adik tu. Akak ucapkan tahniah kerana kamu dah Berjaya menjadi tarikan utama masyarakat di Malaysia ini. GOOD JOB!

Ok akak faham kamu ni REMAJA yang baru nak kenal dunia, masa ni lah jiwa muda bergelojak kononnya nak cuba semua benda baru seperti merokok, couple dan yang lebih berani sahut cabaran kawan-kawan mahupon nak cabar kemampuan diri sendiri ialah dengan melakukan hubungan seks dan terlibat dengan pengambilan dadah dan alcohol. Bagus dik bagus. Lagi tinggi darjah kesan dia pada diri kita, lagi hebatlah kita di mata kawan-kawan. Betul kamu rasa kamu dah cukup hebat? Dah puas hati lah kiranya lepas dah langgar undang-undang dan batasan Agama.

Apa yang akak nak cakap ialah dalam apa-apa pon yang kamu buat TOLONG INGAT :-

1)      Agama

Mana-mana agama pon melarang keras perbuatan yang menzalimi diri sendiri seperti pengambilan dadah dan alcohol serta perkara terkutuk seperti zina. Kita ni beragama Islam, kalau dalam diri kita memey dah ada basic agama yang kukuh, Insha Allah kalau kita kena campak mana pon, kita masih tahu halal haram, buruk baik sesuatu perkara. So, basic tu kena kukuh untuk kita tepis godaan yang bakal melemahkan jiwa ni. Solat tu basic yang paling kena jaga dan solat itu adalah tiang agama. Kalau tak solat apa gunanya. Dan dari apa yang aku perhatikan, kebiasaannya golongan yang bermasaalah ni yang base dia tak kukuh. Seboleh-bolehnya jagalah solat kita, Insha Allah kita akan terpelihara. Oh pastu lagi satu isu pasal pakai-tudung-tapi-melakukan-maksiat. Ok benda ni dulu aku pon argue. But, when I think back, cuba perhatikan yang bermasalah ni hat yang jenis pakai tudung on-off, tudung chikaro-singkat, pakai tudung-tshirt lengan pendek- seluar ketat nak mampus. Ok ini bukan kategori yang menutup aurat ok, kalau betul dia fully covered dia takkan (99%) terlibat dengan gejala social ni. So, please don’t blame ‘nama je pakai tudung, tapi kiss in public’.

2)   Ibu bapa

Dalam apa jua yang kamu nak lakukan, tolonglah panjang siket akal tu. Cuba fikir kalau aku buat video yang kononnya sweet tahap max tu kan, what if someone show it to your parents. Tak ke pengsan/heart attack/mati terkejut tengok anak yang ditatang dengan kasih sayang dan didikan agama yang cukup jadi cenggitu? Sedih dik. Lainlah kalau jenis parents yang memey suka anak dia berpacaran dengan cara gitu. Ini memey reality ok.

Ada parents yang give full support to their children siap ajak tidur kat rumah lagi kau. Hmm zaman dah berubah. Konon pemikiran mak bapak pon dah moden. Kau tahu tak betapa punya malunya mak pak kau kena hina/caci/maki orang kampong/sedara-mara/komuniti di kawasan perumahan kau tu? Padahal bukan salah mak bapak pon (selalunya), korang yang buat aib, depa dapat malu. Tak kesian ka kat depa? Lagi satu, bila dah masuk alam remaja (konon kau rasa dah cukup besar laa kan), kita lebih banyak dengar cakap kawan-kawan dari parents, betul tak? Beb aku pon pernah remaja, tak payah nak kelentong lebat sangat lah. So, please to people out there, stop blame their parents if something bad happen to or made by their children. Blame their children only ok.

3)  Diri sendiri

Haa ini lagilah factor penting. Apapon kita kena sayang diri kita. Contoh yang perempuan tu PLEASE jangan sesuka hati kau biar lelaki tu touch your body not even an inch ok. Kau nak geli-geli ke ringan-ringan ke. NO means NO sayang. Kamu kena ingat satu benda ni DIA tu BELUM TENTU jadi LAKI kamu in future pon. Kita tak tahu what will happen in future. Dan ini apa yang aku dapat masa pergi TOT weekend lepas yang dianjurkan oleh LPPKN,


Lelaki beri CINTA untuk SEKS,
Perempuan beri SEKS untuk CINTA.

Please remind yourself about this my dear sisters. Mungkin kamu akan kata sekarang ni ada dara ke takde dara ke, lelaki tak kisah. Hmm maybe it’s true and maybe not. Berapa kerat yang nak perempuan yang dah ditebuk tupai ni, cer kabo? Kalau Tanya budak-budak lelaki ni, depa bercinta untuk suka-suka je, kita je yang fikir panjang benor. Baru kapel seminggu dah fikir nak kahwin dengan dia, ada anak, siap fikir nama lagi tu. Pfffttt. Tapi, bila time nak kahwin, pandai pulak lelaki ni nak cari stok yang baik-baik dan alim-alim. Puih sama depa. 

Oh pasal ada dara ke takde dara ni, gua nak cakap siket. Walau moden macam mana pon kita ni, maruah tetap kena jaga ok. It comes once in our life. Kau pernah jumpa tak ayat ni kalau kat kedai jam ke barangan kaca ke, aku suka gila ayat ni sebab it reflects our dignity.

Nice to see, Nice to hold,
Once broken consider sold.

Dia macam sekali kau dah ‘buat’ kira macam you are useless. Ok aku bercakap atas dasar kau ‘buat’ suka-sama-suka ok. Kalau yang kena rogol tu kes lain, faham? Hina di mata masyarakat ok lagi, ini dengan Allah camne? Bila kamu dah pregnant, and your boyfie tak mao bertanggungjawab, kamu pi gugurkan kandungan. Tak rasa berdosa ka adik-adik, sahabat-sahabat ku sekalian? Aku yang tengok janin tu kena gunting pon sedih, kesian kat depa, depa tak salah pon. Yang salahnya kamu dan pasangan. Pastu kalau yang carry on with their pregnancy, lepas bersalin pi campak anak kat tong sampah dan merata tempat laa. Buat anak pandai, jaga tak mao. Apa pon tak boleh. Orang lain kahwin sampai 10 tahun, pon takdak anak lagi. Hang ni, senang-senang buang anak. Mintak kaki namanya. Mungkin dalam diri kamu tu dah takde erti peri kemanusiaan. Tak belajaq ka kat sekolah dulu nila-nilai murni. Oh maaf bukan salah cikgu mengajar, bukan salah ibu yang mengandung tapi ini semua salah KAMU dan PASANGAN. Faham?

Akhir kata, sebelum kamu nak buat apa-apa fikir kesan positif dan negatifnya kepada kamu, keluarga, agama, bangsa dan negara. Apa yang penting diri sendiri tu laa. Kalau kamu rasa kamu sanggup nak pregnant at early age, then you may proceed. Jangan ingat nak sedap masa tu jaa, masa depan merana weh. Peace yau.

-cuma teguran biasa dari seorang manusi biasa. Sama-samalah kita renung dan ubah from bad to good, from good to a better Muslim/Muslimah. 



1 comment:

  1. Agama dan mak bapak yang penting. Tulah yana in the process of nak jaga kesihatan la ni walaupun takdelah jaga sangat. Assignment banyak pun sabar je lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...