Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 23 December 2013

Kenduri dan Keracunan berpisah tiada

Assalamualaikum.

Hai whatsupp? Ok just a short entry. Korang pernah tak kena sakit perut, cirit-birit selepas makan kenduri? Pernah? Aku bet mesti kome pernah melalui pengalaman sebegini. Kekadang aku rasa macam dah serik nak pergi kenduri. Tak pergi, orang cakap apa pulak nanti. Terutama parents aku memey kalau orang ajak, kalau takde apa-apa hal memey pergi kenduri tu. Sebab hukumnya WAJIB kalau orang dah ajak dan HARAM makan jika kita pergi kenduri yang tak diajak. 

Aku bukan nak salahkan tuan rumah 100%, mungkin kita patut salahkan tukang masak atau pihak yang berkenaan. Ye, aku tau kalau nak buat air tu pakai air paip je sebab nak cepat, lauk tu masak malam sebelum kenduri and etcetera. Aku tau kome kekangan masa dan kekurangan tenaga kerja nak buat semuanya perfect. But, you should consider on your guests babeh. Actually majlis walimatul urus tu kita panggil orang makan macam bersedekah. Tapi, tak syok laa kalau lepas guests makan, habis satu keluarga sakit perut, cirit-birit, keracunan makanan and whatsoever.

Bila satu family kena sakit perut cenggini, udah berebut bilik air, nak je aku suruh ayah beli tandas pasang-siap tu haa. Bergilir-gilir masuk bilik air tu, tidur terganggu dan macam-macam lagi kesannya. Aku cuma menegur je. Aku tau kekadang tuan rumah tak tau apa-apa pon sebab dia beri kepercayaan kepada caterer ataupon geng rewang untuk settle pasal makanan di hari kenduri. 

Saturday, 21 December 2013

Cerita bas lambat

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepikan diri di laman sosial. Busy tu memey laa tapi masalah paling besar broadband aku dah jahanam. Aku tunggu masa je, cuku 2 tahun kontrak Julai tahun depan, aku terminate terus P1 tu. Ok, kita tutup cerita pasal P1, wa nak cerita sekarang gua sedang cuti study week and for the first time ever, gua berstudy week di rumah atas sebab kekeringan wang, boleh cenggitu? Haha. Harapnya dapatlah aku belajar dengan lebih tekun disamping mengajar adik yang bakal bertemu dengan SPM. Nampak niat murni di situ?

Ok, sekarang aku nak cerita pasal semalam (20 Dec 2013). Aku memang dah takde kelas hari Jumaat, cadangnya nak balik siang tapi malangnya semua tiket balik Selangor dah habis. Yang ada malam je, itupon bas tambahan. Ok aku tak kisah as long as boleh balik rumah. Akak tu siap cakap 'akak jamin adik dapat bas baru. Plat Number PKsomething. Consider as baru laa kot kalau kat Penang. So, aku gerak dari UiTM pukul 10.30 malam sebab takut akak prebet tu kena tahan dengan PB pulak kalau lambat masuk. 

Jadi, aku sampai jetty, terus pergi kaunter akak tu kata pukul 2330 baru datang balik. Aku pon pergi laa dinner dulu. Aku tak tahulah barang semua dah naik harga ke aku yang kena 'cekik' dengan peniaga ke camne. Dipendekkan cerita, aku pergi balik kat kaunter, dia tulis no plat bas. So, aku pon berdiri tercongok di situ sambil tengok jam berkali-kali. Suasana di stesen bas sangat meriah, full house, umpama nak balik raya. Ini kerana student Diploma UiTM cuti mid sem, student Degree UiTM cuti study week, budak poly aku tak tau laa cuti apa. Itu yang full house maybe. Kau tahu aku tunggu sampai pukul 1am. Whatthefff.

Kalau ikut hati, nak je aku maki akak tu. Kalaulah sumpah seranah, maki hamun tu boleh selesaikan masaalah, but one thing for sure, rasa puas bila dah maki/marah orang. Kau tak fikir pulak dosa mencarut masa tu kan? Jadinya sabar selagi boleh, walaupon dalam hati rasa tu dah meluap-luap, nak nangis pon ada sebab takut kena tipu, mao tidoq kat stesen bas aku malam tu. And luckily, i was with the rombongan makcik-makcik ke kolumpo. Ater, ada laa kawan aku. Kau tau aku sorang je malam tu. Oh aku jumpa Megat, tapi dia bas lain. Kat situ memey laa majority students UiTM tapi aku tak kenal depa personally. So, consider as strangers. But luckily, aku ni jenis yang ringan mulut jugak. Sembang-sembang siket, dapat kawan baru. Budak poly sorang, budak mekanikal UiTM sorang. 

LUGGAGE besar gabak

Semalam aku bawak balik satu luggage besar, dalam tu aku letak buku last sembalance yang aku tak jual kat junior, novel/buku agama/motivasi dan fail sijil-sijil. Mmemey berat wa cakap lu. Aku seret dari kolej pergi ke kereta akak tu, pastu sampai jetty seret siket dan aku biarkan kat tepi tu sambil aku pergi makan. Pastu aku angkat masuk kat tempat letak beg kat bas tu. Ye, memey nampak cam senang je, tapi kau tak tahu betapa berat dan susahnya aku nak angkat melepasi longkang, benteng, dan masuk dalam bas tu alone ok. I repeat ALONE. Manakah pergi gentleman semua? Fine. Dah pupus. Takpon, takde rasa peri kemanusiaan ke? Kalau aku, tengok orang tua walaupon pakcik ke makcik or sape-sape je lah, dalam kesusahan tolonglah. Hmm i dont know what to say.

Bas Tambahan

Sekali bas yang dinanti pon tiba around 1:30 am, sekali akak tu boleh kata, 'Siapa cepat dia dapat naik bas' Tak ke aku memang patut bagi WTF kat akak tu? Aku bayar kot, bukannya dapat tiket free. kejadahannya di situ. Aku kemain bersusah payah isi beg kat situ, sekali kata dah penuh. Tak ke mangkuk namanya. Akak tu kata, jangan risau bas lagi satu dah OTW lagi 10minit. Kepala lutut dia 10 minit, naik lenguh kakiku berdiri di situ konon nak cop tempat, aci cenggitu? Akhirnya, dapatlah jugak aku naik bas dan bertolak pukul 2am. Supposedly aku punya bas pukul 12 ok. 

Aku sampai pagi tadi pukul 640, ku pikirkan pakcik bas tu speed laa malam tu. Aku target sampai around 5-6am. Memey laa aku kena gembira sebab dah dapat jejak kaki di rumah as compared to those yang tak dapat balik rumah. Tapi, perasaan tu bengkek. Sampai kedai, tengok anak kucing tu dah besar, dulu masa aku balik kecik keneot je. 

Lastly, selamat berstudy week. Semoga kita semua dapat menjawab soalan final dengan mudah dan mendapat result yang cemerlang. Amiin. 










Sunday, 1 December 2013

Site visit to Perak

Assalamualaikum.

Apa khabor yob dan yong sekalian? Haa nampak tak aku fasih bebenor cakap loghat Perak ni. Ater, teman baru balik dari Kuale Kangsor melawat ke kilang kicap Tamin dan labu sayong. Kicap Tamin tu terletak kat Enggor manakala labu sayong tu memang terkenal kat Kuale tapi keme pergi yang dekat Padang Rengas dan dia buat kat rumah je pon. Idokler berkilang benor pon. Oh ye, ini kali teman pergi ke Perak untuk site visit subjek International Business Management (IBM 530). Keme pergi satu bas je pon, kelas HR dan OM. Ater minggu ni bas UiTM full booked. Untunglah kome yang dapat pergi ke Family Day UiRC kat SEDIM. Padahal aku dah pernah pergi 2 kali kot SEDIM tu tapi suka hati aku laa nak pergi berapa kali pon.  

bas yang bawa kami ke sana ke mari. Bas UiTM dah habis. Banyak benor event budak2 UiTMPP ni.

muka bahagia nak tengok kicap. HAHAHA. 

ini replika sahaja tau. Jangan kau ingat memey wujud kicap sebesor ni.
Ok moh ler kita imbau kenangan ye. Imbau sangat, macam dah lama pulak memori tu terperam kat kepala ni haa. Padahal baru semalam perginya haa. Ok destinasi pertama yang dituju ialah kilang kicap Tamin. Ok, mungkin tak menarik sangat sebab i am expecting to see how they process the soysauce from A to Z. But we only can see how they did packaging, kacang soya yang ditanam dalam pasu. (kacang soya tu kena tanam ke tumbuh sendiri ek?). Pastu membeli-belah kicap, sos, perasa minuman and etc. Bergambor dan balik. 

dalam pasu ni ada kacang soya. Tapi tak boleh bukak selalu, sekarang kan musim hujan. Nanti dia basi kot ke quality dia kurang. Camtu laa.


haa nampak tu dia punya tagline. Dulu family aku memey pakai kicap ni, tapi dah lama jugaklah bertukar ke kipas udang tu haa. Aku pon tak tahu kenapa mama dah tukar. Yang pasti dua-dua pon sedap.

girls generation. Ni pakai kamera polaroid Nas. Aku tangkap direct, takde masa laa nak scan bagai.

Ini model kicap namanya. haha. Aku,Raihan,Bunga,Syida,Adda dan Dayah.

antara produk keluaran Tamin. Sekarang dah generasi ke3 ok. Keluaran Bumiputra.

Cantik kan susunan dia.

Pengalaman menaiki bot dan menyusuri Sungai Perak yang terbesar ke terpanjang? Eh, kau pergi bukak balik buku Geografi laa. 

Best scenery 1. Taman rasanya tu, tapi idakler aku ke sana. Lagipon cuaca mendung dan hujan.


Pastu, kitorang singgah laa kat Pekan Kuale alaa yang ada cam bazar tu depan ada Sungai Perak. Aku call Pak Me tanya mana tempat yang best makan kat area Kuale, Pak Me kata kalau rombongan memey dia singgah situ ler. Ater makan laa di situ dengan harga yang kena cekik. Tapi, best gila sebab dah lama tak makan tempoyak, pedas sampai tahap menangis pon layankan aje.Sebelum lunch, kitorang naik bot menyusuri Sungai Perak. Murah je, satu kepala RM6. Siap pakai jaket keselamatan lagi kau. Lepas tu, pekena Cendol pulak. Pergh, memang terangkat laa wa cakap sama lu. Eh, ni dah macam JJCM pulak. On the way nak balik ke bas, ada pakcik ni tahan suruh rasa dia punya rojak. Nama rojak dia Rojak Mengancam. And again Pergh, memang terancam rasanya. Kami yang rasa tu semua pakat beli. 




Sebelum naik tu sempat juga shopping cenderamata katanya. Disebabkan aku suka mengumpul fridge magnet, dapatlaa 2 biji aku beli. Dalam pada nak berjimat-konon tak nak keluar duit satu sen pon. Pfffttt. Eh tapi, mana boleh tu kan tanda kenangan. Cubaan untuk cover line. Tapi, yang tak syoknya jalan kali ni keluar duit sendiri untuk makan. Emm takpelah kan, kita ingat benda yang best-best je ok. 

Pastu, singgah solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Cantik giloss. Aku tak tau kenapa kat Kuale ni bangunan dia semua cantik-cantik. And actually Perak have so many history and the building was made up during zaman penjajahan British. Kalau aku balik Ipoh pon, dan pergi bandar kedai-kedai tu semua jenis kayu. So, bawalah anak-anak anda mengenal sejarah dengan bawa anak-anak ke seluruh negeri di Malaysia dulu baru sibuk nak ke luar negara. Kat Perak ni ada Kellie's Castle, Pasir Salak, and etcetera. 


jangan cakap ini rumah hantu pehliss. Mungkin rumah tak siap. Kau boleh nampak bila menyelusuri Sg. Perak.

sebenarnya aku nak kabo, parking banyak dan luas, jadi tunaikanlah solat. 


siap ada air terjun buatan lagi kau. Tapi, jangan pulak kau pergi terjun mandi kat situ.

model air terjun.

SubhanAllah, cantik kan? Aku rasa yang kat kad raya tu gambor masjid ni gamaknya.

ni sekolah maahad tau. bangunan dia oldschool tapi cantik. Oklaa sebenarnya aku suka rumah kayu sebab dia antik kot.
Ok, next destination was Padang Rengas. Kitorang masuk kampung orang semata-mata untuk belajar buat labu sayong. Ok sebenarnya kami teruja nak belajar dan buat guna tangan yang macam kita tengok kat Majalah 3 or others documentary. Tapi laa ni orang dah maju, semua pakai mesin dan acuan, cuma yang ukir je pakai tangan. Oleh itu, marilah memborong dengan harga murah. Ada yang RM1 pon ok. Tapi yang murah ni kira macam ada crack siket laa. 
ni acauan dia. berat ok, aku ingatkan plastik je. 

tanah liat yg akan dikisar dalam tong biru belakang tu.
ini satu kebetulan, kami tak pakat pon. Tabi, takde lah jumpa deme kat sini. Masa kitorang sampai, deme baru je balik.
isi laa tanah liat yg telah siap diadun ke dalam acuan ini sebanyak 3 kali. Lapisan 1 untuk dinding luar, lapisan ke2 dan 3 untuk mampatkan dia.

makcik ni sedang membuat ukiran pada labu sayong tersebut.

labu sayong yg telah siap dibakar dan original colour.


tepak sireh versi kecik.

ni yang ada lampu. 

cantik2 dan murah2. moh ler beli weh.


ni je yang mampu diborong. beli banyak2 karang susah pulak nak bawak naik bas. Takut pecah satu hal.
Ok itu sahaja lintas langsung dari Kuale. Cett, padahal dah penat terbongkang siap pergi program T.O.T pagi tadi, baru ada chance petang ni nak update. Oh pastu, jalan jammed bak hang masa kami OTW balik Penang tu. Aku dah laa duduk belakang sekali, jenuh nak tahan rasa yang bergelora nak muntah, pening and etc. Ok, aku memey mabuk naik bas. Sebab tu standby plastik dan bam/minyak kapak. Tapi, aku belum lagi tahap muntah laa, cuma rasa loya je. Pastu, mungkin sebab lapar. Memeylah dah berhenti makan, tapi bila kerja asyik berjalan sana sini, terus jadi lapar balik. Nampak tak alasannya di situ. Apapon, aku enjoy the trip sebab ada kawan-kawan, inilah masanya nak luangkan masa bersama-sama dan masa belajar ni lah kau ada masa nak buat site visit cenggini. Kalau tak, haram kau nak jenguk kilang-kilang ni, baik meroloh.

Sila faham loghat Perak yang common sebab mama aku orang Ipoh.
Teman/Keme/Awak - Saya/Aku
Mike/Kome - Kamu
Idokler - Tidaklah
ayor - air
Ater - Dah tu
hangat pijor - panas gila
meroloh - tidur



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...